Pages

Thursday, 12 April 2012

Ichigo Gari 2012

Salam wbt. Antara aktiviti minggu lepas. Ichigo gari (strawberry picking) boleh dilakukan seeloknya selepas habis musim sejuk. Kalau di sini dalam bulan 4 dan bulan 5 memang waktu yang sesuai untuk aktiviti sebegini. Pada tahun pertama kami sampai ke sini, kami pernah pergi sekali dan untuk tahun lepas memang tak berkesempatan memandangkan waktu itu baru je lepas earthquake dan tsunami. Kami pulak selepas tu terus dihantar balik ke Malaysiakan. Jadi, tahun ni nak pergi balik ke tempat tahun pertama tu dah tak ingat kat mana lokasinya, terpaksa pergi tempat yang baru. Mungkin bukan rezeki kami waktu tu, sebabnya buah belum banyak masak dan tak berapa nak manis. Memang sebelum datang dah telefon dulu ladang ni dan mereka pun kata buah dah banyak masak tapi rupanya kami tertipu..sobs! Takpe, Mr K kata hujung bulan ni pergi lagi sekali tapi kena cari tempat yang mula-mula dulu tu..

Untuk entry ini memang tak banyak sangat gambar buah yang memikat hati. hehehe.. Tak jumpa buah yang besar-besar dan masak sepenuhnya. Mungkin dah habis kebetulan waktu kami sampai dalam pukul 2 petang gitu. Apa pun yang penting ank-anak suka dan puas makan ichigo. Selalu kalau beli memang tak pernah cukup, kali ni makanlah puas-puas ye anak-anak..Budak-budak kan memang suka buah!..hehe.
 buah yang tak berapa nak besar dan belum begitu masak..
bagi saya rasanya agak tawar kalau nak dibandingkan dengan ladang yang pernah kami pergi sebelum ni..
harga pun saya rasa makin naik dari tahun sebelumnya..
adult: 1300 yen, kanak2: 500 yen..
dudukla selama mana kita nak duduk kat situ dan makanlah sepuasnya..:)
kalau kat sini cara orang Jepun makan ichigo adalah cicah dengan susu pekat manis cap kepala lembu..ekeke
memandangkan buah ni agak tawar memang sedap je dicicah dengan susu tu..
kalau dulu tak payah cicah pun takpe, sebab memang dah begitu manis sangat rasanya..
susu pekat tu dijual asing dengan harga masuk ke situ. 
Faeiz dan Faeiq makan tanpa henti..saya rasa memang puas sangat kot sampai bila ditanya nak lagi atau tak, diorang jawab dah tak nak dah..bagus:p
budak tecik ni pun sama..
sangat suka ichigo, bila nampak babah duk petik ichigo pandang geram semacam je..:p
saya rasa banyak jugakla dia makan lebih dari 6 biji..
Alhamdulillah, tak sakit perut atau masalah lain..:)
Amni dengan ichigo..
setiap seorang dapat bekas tu seorang satu..memang penuh di isi, dah habis pergi petik lagi..:)
perasan tak rambut Amni dah pendek?..
Mama terpaksa gunting sebab kalau pagi-pagi nak pergi sekolah mesti gaduh-gaduh dengan dia nak sikat dan ikat rambut tu..
tak tahu nak ambik gambar apa..kita ambik jela gambar lampu tu..:p
antara deretan pokok ichigo..
 
see..ada yang masih kecik dan hijau lagi..

*semalam saya tak tahu pun ada earthquake dan ada keluar amaran tsunami tu. bila dah pukul 10.30 baru saya tahu. memang sekarang jarang sangat belek fb dan tengok tv..sebelum tido tengok iphone, baru tahu apa yang terjadi..harap semuanya ok dan saya tahu macam mana rasanya bila kita berhadapan dan merasai gegaran yang kuat tu. menangis saya bila tahu Acheh sekali lagi ditimpa bencana sebegitu walaupun amaran tsunami di tarik semula. Ada jugak yang perasan, semalam adalah 11.4. kalau tahun lepas 11.3 di Jepun. Kebetulan tarikh tu sama walaupun bulan dan tahun yang berlainankan. Semoga kita semua di bawah lindunganNya.*


p/s: 2-3 hari lepas ni agak kemaruk duk melayan Kdrama.;p tu sebab kadang-kadang update kadang-kadang tak sampaikan apa-apa yang berlaku kat dunia ni pun agak lambat saya dapat tahu..teruknya saya ni..:(

21 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Bestnya... nostalgia lalu.. teringat kembali.. petik buah strawberry dan celup kat coklat wahh..... nice photos.. i like..... kirim salam kiss2 kat anak2 yang comey tu yaa...

ijayuji said...

salam lia!! ahahahaha... itu namanyer line sana ko sbb tu gmbr tak kuar ehehe... alaaaaaaaa... bestnyerrr ichigo gari, selama kawen dgn ninja pun kita cuma g sekali jerr :D sbb balik jepun mesti tak musim nak memetik ichigo niii huhu.. mmg jakun betul masa mula2 petik tuu, yg kelakar nyer ckp ngan laki kita>>nada tak nak kalah nii ehehe.. alaaaaaa nak duk lama2 nak petik byk2, masa tu tak tahu lagi, ninja tu ckp nanti kenyang terbongkang ahaha.. tp kita degil, baru 2 round keliling pokok2 tu sambil petik sambil cicah susu, terus mcm nak termuntah! wakakaka... tu ler nasib org2 yg tamak haloba :D

yatie chomeyl said...

SN pun suka mkn ichigo ni, kalau pergi gari takut habis semua id petiknya..naya naya hehe

Aziela said...

Amni dah potong rambut...makin lawa anak dara Lia tu..hihihihi. Akak pun x tahu ada gempa bumi kat Acheh, melainkan bila terasa gegaran di rumah semalam... Tapi entah kenapa rilekk jer..hehehehehe

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

si adam suka sangat ichigo
segala jenis benda berkaitan ngan ichigo dia telan....syok la kat sana x der limit time nak duduk....area tochigi ni selalu limit sejam jer...nangesss x puas nak makang ngeee

Asmara said...

mahalkan nak masuk. tp berbaloi mkn byk2 sampai puas. tak pernah pegi lg kat sini. sadis..

Hanis MY said...

geram pulak tgk afiya makan ichigo tu comel sungguh...

arigatou info tu... wiken lepas g survey2 la jugak susu, kalau mcm ni kena standby susu tepung dr mesia...

So Shy Lady (SSL) said...

blum pnah lg ichigo gari huhuhu...sdap nengok ank2 cecah strawbry dgn susu kpla lmbu tuh hehe

akk t.suka lyn kdrama sbb lpas tu addict, naya!

moga kita smua dlindungi malapetaka n bncana, amin

KakAsma said...

LIA,
mmg sonok makan stoberi jepun nie..manis sangatkan..besar2 lak tu..masa akak dulu tak sempat nak gi petik stoberi tapi petik ringo yang besar2 tu..wallaaaa baru angkut sepoloh dah berta beg..hihihihi seronok gitu..

シャイマ said...

tahun ni belum pegi. last year pegi tapi we all jenis tak leh nak makan byk sekali arung. so tak ambik yg makan sepuas2nya ambik yg petik untuk beli bwk balik je.

nur easy said...

alahai.. ichigo dah mulai masak ya.. terasa2 kemanisannya esp y besar2 tu

munna said...

aduhai seronoknya... hari tu gi Cameron Higlands nak petik strawberry tapi sayang banyak yg tak masak lagi

zila norazila said...

salam kak
alahhaaaii chumil2 btl ank akk tue..dah mcm org jepun ..cute2..kita yg dgor citer nie pun mcm nk petik jew satu kt pic nie,..:)

FnF Simple Life said...

alahai...bestnye...lama dah tak gi ichigogari

Nadiah Sidek said...

selalu orang makan strawberry dengan coklat. jepun dengan susu pekat manis pula ye

ADEEYA said...

Sedapnyaaa makan ichigo ! :D

Unknown said...

As salam Kamalia,

Sedapnye ichigo! Kat sini panggil fresa :)

ucubakery said...

salam lia....tolong petik byk2 ichigo tu pastu pos2 lah kt sini..nk juga terai cicah dgn susu pekat..manalah tau ichigo sana dengan strawberi sini lain...hahahaha....

Cik TeN10 said...

Ok la tu 1300 dok bpe lma pn xpe..kt akita 1500 30 minit je.. Tp xtau la bila nk g nya..tiap2 mggu ade je aktivitinya..

Acik Erna said...

salmlia..afiya pun pandai makn strawbeery ye..

eija_sweetmama said...

yummy2,i like strawberry..♥

beshnya dapat petik strawberry, eija ni 2 kali dh teringin nak petik sndiri strawberry masa g bercuti ke cameron asik x musim jerk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...