Pages

Tuesday 16 March 2010

Bun blueberry

Petang semalam buat roti ni..Actually dah give up jugak nak buat roti ..budak-budak tak nak makan sangat..even bun coklat pun diorang tak nak sangat, kalau cicah ngan air milo barula nak makan itu pun sikit je..Mama ni jugakla yang kena habiskan..:p Tapi, kalau sosej roll tu makan jugakla..tapi makan sosej je..grrr..,mama diorang ni tengah gian meroti..Buat jugaklakan..Bila dah siap tu, rasala..perghhh..memang sedap sangat resipi cik puan ros ni, lembut dan gebu gitu..awww!..time kaseh la ye share resipi yang sedap ni..anak-anak suka sangat especially Faeiz..Separuh makan malam tadi, dan yang lebih tuk breakfast..dah habis pun..Puas hati mama..:)) Makan roti ni waktu panas-panas memang sedap..:D...

walaupun terlupa letak parmesan cheese, rasa tetap sedap.:p

Yang besar ni untuk babah..konon nk bg dia bwk pg lab mlm tu, tp xsmpt pun..ank2 dah hbskn..:p

nampak gebu dan lembut sangat..cehhh..perasan..:-p

Mintak izin puan ros tuk c n p resipi ni ye..tuk reference saya nanti..tq ros..muahhh.:)

Bahan-bahannya

180gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu marjerin
130 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread impover (xletak,xdo kt rumah ni)
1 sudu kecil bread softner (xletak jgk..jwpn sm spt di atas..hikhikhik)
2 sudu besar parmesan cheese ( trlupo..nsb baik sedapppppppp)

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.

2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan di dalam acuan petak 18cm. biarkan doh naik sehingga dua kali ganda lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.

4. Gliss pemukaan roti dengan 1 sudu kecil susu+ beberapa titik madu, kemudian paipkan jem blueberry diatas bun, bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit. Apabila baki pembakaran tinggal 10 minit, tutup permukaan roti dengan alumunium foil, bagi mengelakkan permukaan roti terlalu perang, tutup pintu oven dan biarkan proses pembakaran selesai, setelah masak sejukkan atas redai dan amat sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, selamat mencuba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...