Pages

Wednesday, 12 May 2010

Roti Jala Inti Sardin

Buat untuk breakfast..Sedap jugak makan dengan sardin..Tapi,anak -anak lagi suka makan macam tu je..taknak inti..Lagi senang mama dia ni nak bagi makan..:p

Nak buat pun senang je..Amek resipi ni dari rumah Kak Juwita. Saya mintak izin untuk c n p ye kak..TQ :))

bahan-bahan ( 20 ketul )

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
4 sudu minyak masak
sedikit garam
sedikit kunyit
2 cawan air ( kalau cair kena tambah tepung sikit)

@@ Inti sardin @@
* 1 tin kecil sardin
* 1/2 biji bawang besar- potong dadu
* 1 sudu kecil jus limau nipis/ kasturi
* sedikit minyak untuk menumis
* garam, gula secukupnya
* 2 sudu besar ss tomato


cara-cara
1.masukkan semua bahan kedalam blender.
2.Putar hingga semuanya sebati dan pekat.
3. panaskan kuali non stick dan jala..
4. setelah kekuningan angkat
untuk inti

Utk Inti :
1. Tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan sardin yang telah dilenyek dengan garfu.
3. kemudian masukkan soso tmat
4. Akhir sekali masukkan garam, jus limau . Adjust kan rasanya.
5. Bila dah siap bolehlah tutupkan api.
gulung roti jala dengan meletkan inti sardin didalam nya.. gulung mengikut kesukaan..

2 comments:

ahmad said...

boleh la jual masa garden party nanti ek..

Kamalia said...

ahmad:nak jual ni ke?bole jer..nnt msuk meetg dulu k.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...