Salam buat semua..Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 6 kita berpuasa. Saya
Mr K aka Kamil, mewakili isteri saya Mrs K aka Kamalia yang sibuk kebelakangan ni..Bila saya kira semula rupanya dah dekat 2 minggu Mrs K tak update blog beliau..Saya tahu kenapa beliau malas hendak update blog..Antara sebabnya ialah seperti berikut:-
- Dua minggu sebelum berpuasa, Mrs K sibuk pergi ke Korea. Bukannya pergi secara fizikal, tapi pergi melalui menonton korean drama tv series online..Saya pun tak tahu hendak kata apa dah, hanya boleh memandang saja bila beliau menonton series tersebut. Sekejap ye saya tanya drama apa yang beliau tonton..Ok, beliau kata beliau tengok 18 vs 29, bad couple and personal preference..Alhamdulillah, bila dah masuk bulan Ramadhan, Mrs K berjaya menghentikan tabiat tersebut.
- Twin kami; Faeiz dan Faeiq sekarang ni semakin super hyper active. Kesian kepada Mrs K kerana agak tidak larat untuk melayan kerenah mereka berdua. Memandangkan saya memang sibuk sangat kebelakangan ini, memang saya jarang dapat membantu beliau menguruskan anak-anak. Jadi, pada bulan Ramadhan ini, Mrs K menjadi bertambah letih. Bila anak- anak tidur, beliau pun sama sekali akan tertidur..Beliau kata ini untuk reboost her energy untuk memasak pada petang hari. Saya rasa itu sebab beliau tidak jumpa masa untuk mengupdate blog ini..
- Saya rasa itu saja antara sebab Mrs K semakin sibuk dan jarang mengupdate blog beliau..Beliau sempat berpesan kepada saya, nanti kalau dia dah jumpa masa yang sesuai beliau akan cuba menjadi rajin seperti dahulu.
Sepanjang bulan Ramadhan ini, memang Mrs K rajin memasak. Alhamdulillah.
Untuk 1st iftar, beliau telah berjaya membuat cucur badak labu..Yang ini saya perasan, beliau ada mengambil gambar kuih tersebut (seperti di bawah). Nanti saya tanya di mana beliau ambil resepi tersebut..
Untuk 2nd iftar, beliau telah berjaya membuat cucur udang..Tapi, malangnya beliau malas nak ambil gambar.
Untuk 3rd iftar, kami mengadakan majlis iftar di rumah kami. Beliau telah menyediakan ayam masak lemak cili api dan burger malaysia..(beliau taknak ambil gambar, malu katanya)
Untuk 4th iftar, beliau membuat bubur pulut hitam..Macam biasa, sama seperti di atas.
Untuk 5th iftar, beliau memnyediakan nasi lemak, sotong salut tepung dan karipap.. saya tengok beliau dah mula menyusun kuih dan sotong tu ke dalam piring (susun begitu cantik sekali), rupanya beliau hendak bagi juadah itu kepada adik di depan rumah kami..itulah menu iftar kami untuk lima hari yang lepas.
Sekarang mari kita tengok resipi untuk cucur badak labu..Saya baru hendak menulis resipi, Mrs K kata tak payah. Hanya copy and paste saja..Beliau kata, resipi ini ambil dari rumah
Ros @ Jintanmanis..Mintak izin kepada adik ini untuk c n p ye..
Bahan-bahan ( 25 biji ) ( cucur badak labu)
1 kg labu ( ros guna 1/2 biji labu, 3 biji keledek saiz kecil)
2 cawan tepung gandum (1 cawan tepung gandum)
Sedikit garam
Minyak masak utk menggoreng
Cara-cara
1. Bersihkan labu, buang kulitnya dan rebus hingga empuk
2. Toskan airnya dan taburkan sedikit garam
3. Lenyek sampai hancur sementara labu masih panas
4. Biarkan hingga labu betul2 sejuk
5. Setelah labu sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga rata
6. Buat bentuk bulat dan masukkan inti serunding kelapa dan goreng, jaga api jgn terlalu kuat..
7. angkat dah toskan minyak nye:: Tip, sapukan sedikit minyak ditapak tangan supaya doh tidak melekat.
8. Siap utk dihidang..
Saya harap tidak ada sesiapa pun yang bosan bila baca entry ini. Saya tidak pandai mengarut seperti Mrs K. Segala salah silap harap dimaafkan. Walaupun saya sibuk, tapi saya sebenarnya suka menulis..Sila beri sokongan kepada saya ye..Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah ke blog isteri saya ini..
p/s: entry ini autopublish..saya harap berjaya publish seperti yang dibuat.
p/s: Mrs K kata nanti dia akan blogwalking ke rumah kawan2 yang lain.