Pages

Monday 24 May 2010

Blueberry Cheese Cake

Pecah rekod tuk diri sendiri...hahaha..selame 2 minggu brturut2, diri ini mmbuat ciskek ni..memang sedap sangat..Bangga dengan diri sendiri yang brjaya mmbuat ciskek yang sedap lagi lemak brkerim, disukai ramai..Plus brtambah rajin mmbuat kek..Kali ni buat sebab requested by adik2 kat sini..diorang ni nak buat housewarming party..baru pindah rumah baru kn..jadi,buatla sikit kenduri..Disebabkn en.hubby kita ni memang sibuk tahap gaban skarang ni, jadi diorang trpaksala belikan barang2 tuk buat ciskek ni..yang kat rumah ni memang dah abih dah..tapikan kek ni memang sedap sangatla..sampaikan Bigu kate die makan 1/4 dari kek ni..okla..mmbebel la pulak puan ni ye..jom tengok gambo n resipi ..:p

ciskek sebelum dibawa ke rumah adik2 ni..(comotkan...hikhikhik)

setelah sampai kat umah diorang ni..sapela yg potong kek ni..comot lg..:p

anak2 sape la ni ye??

source::pn ika @ ija::mntk ijin nak kopi pes ye puan...lap u..:p

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam - lebih kurang 200g
125 gm mentega tanpa garam - letak 100g

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
165 gm gula kastor - letak 150g
1 sudu besar jus lemon- 2 sb

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

Topping
Blueberry topping secukupnyer
Jus lemon
Gula caster
Sedikit air

Cara-cara
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. >>Lepas dah keras adunan cheese boleh sapukan fresh cream yg dpukul sebelum dtuangkan kuah topping, lebih kurang 150ml fresh cream.
  8. Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan.
  9. Tuangkan kuah topping hingga habis.

Puding Roti Marble

source:::kak hana::minta izin nak kopi pes ye kak...muahhh..cayang akak..:)

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Thursday 20 May 2010

Berhenti menyusu badan??

Dah lama dah cuba nak berhentikan twin ni susu badan..tapikan..asyik tak jadi je :(
..mama ni dah tak larat dah nak bagi diorang ni susu..bulan 6 ni dah cukup 2 tahun..kalau nak ikut Islam point of view, dah cukup / sempurna tempoh penyusuan waktu tu..:)

Nape mama ni nak berhenti menyusukan twin..:-
  • susu dah tak banyak..tak cukup untuk diorang..
  • diorang makin lama makin kuat menyusu..( dah dkt 2tahun kan)
  • mama sakit pinggang dan sakit belakang..sebab kalau waktu siang, kalau mama nak baring je mesti diorang ni datang nak menyusu..jadi, mama malas nak take a nap or baring2..
  • mama tak cukup tido..uwaaa..dah lebih 2tahun mama tak cukup tido..mama jeles ngan babah ( babah bangun jugak malam2,buatkan susu tuk Amni.)
  • mama nak tido yang nyenyak macam babah...sob..sob..sob..
  • kadang2 diorang ni suka gigit ***** mama..uwaaa..sakit..selalu diorang akan kena marah bila lepas gigit tu..kadang2 mama nangis..sakit sangat..:(
  • mama makin lama makin kurus (ye ke bi??chewahh..perasan)..mama malas dah nak asyik kena makan selalu..yela,asyik lapo je perut ni..
  • okla..itu jela kot reasons yang ado..
Tapikan..at the same time mama rasa sedih sangat bile nak berhentikan diorang ni menyusu..mesti nangis..sob..sob..sob..nanti bila dah berhenti the bonding between mama dengan diorang ni dah tak macam dulu..yela, bila menyusu tu mama boleh belai2 diorang, cium2, bual2..bole baca surah2 yang patut..hmmmm..camne ye nak buat ni?? Sebenarnya, according to WHO, UNESCO, AAP dan pertubuhan kesihatan yang lain2, mereka ni menggalakkan extended breastfeeding; meneruskan penyusuan walaupun anak dah lebih 2 tahun..Tapi, memandangkan keadaan tak begitu mengizinkan buat mama ni, mama kenala berhentikan..:(

Banyak je petua yang mama ni dapat tuk berhentikan menyusu badan ni..letak nescafela..letak sirap merah tula..letak asam jawala..ade lagi..ade makcik tu cakap cuba berhentikan waktu hari diorang lahir..kot diorang ni lahir hari senin, cuba berhentikan hari yang sama..Baru2 ni, mama ni cuba letak nescafe..itupun letak sikit..memang diorang tak nak, tapikan asyik merengek je..sebelum ni ade jugak letak serbuk kunyit, waktu tu memang tak bole handle la bila dua2 sekali ni nangis..last2 mama diorang ni pun nangis sekali..bagi jela waktu tu..tak tahan dengar diorang nangis..babah pun takde waktu tu..sob..sob..sob..

Dolu2 waktu diorang ni kecik2 diorang ni minum je formula milk..pastukan..bila makin lama makin besar diorang ni dah pandai memilih..sekarang ni kot minum formula milk tu pun sikit je..3 oz pun tak abih..macam Faeiz ni..alahai..kurus je..tak nak makan sangat..tak nak minum susu sangat..harapkan susu badan mama je..so, kawan2 ade cadangan tak camne nak berhenti menyusu badan??

@ Alamanda...memandangkan stoller twin ni agak besar, maka xdapekla nak bwk skali..naik jola troli ni ye..:p

Monday 17 May 2010

Mini Pizza

Buat ni untuk adik2 kat sini..diorang order 16 keping untuk dimakan lepas tadarus malam jumaat yang lepas..memang ponek buat sorang-sorang..nak buat camnekan..takde bibik..huhuhu..sayala bos dan sayala jugak bibik..hukhukhuk..:p

Guna resipi basic doh ..memang best jadi mini pizza ni..terima kasih tuk k.Nor..soft gituuu..diorang sume suka taww..hahaha..masuk lift tekan sendiri..perasan..(*^*)..lalalalala..

sebelum dibakar..
-
-
-
-
-
-
gambar selepas dibakar xdo..lupe nak snap..:(
source: k.nor..(sy c n p jela dr k.nor)
BASIC DOH
Bahan2

  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula castor
  • 1/2sk Garam
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur A
  • 100ml air
  • 100gm water roux
  • 30gm butter
  • 30gm shortening
Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.

Friday 14 May 2010

Lagu..lagu...

Ni n3 ngade-ngade lagi..suke dengar lagu ni..waktu mula-mula kitorang sampai dulu, lagu ni tengah femes..baru last month tahu sape yang nyanyi..nak wat cmnekn..xtau nihongo..lalalala..:p



hensem tak mamat ni?? ramai yang kate die ni mix..muka ala2 org middle east kan..tp fan die ni dok kate yg die ni 100% japanese..xkisahla kn..jnji lagu ni sodap di dongar..(*~*)..

Cheesy soft bun

nape cheese die mcm menggerutu jerk???xpueh ati betul..

Satu lagi cubaan roti yang baru..Ambik resipi dari Ros..memang lembut gitu..Mintak izin untuk c n p ye Ros. TQ...:))

Bahan-bahan ( 12 bun kecil )

250 gram tepung roti
30 gram tepung gandum
160 ml susu segar
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar cheddar cheese ( powder)
1/3 sudu kecil garam
2 sudu besar marjerin
sedikit mozarela cheese untuk ditabur atas bun
1 sudu kecil bread improver ( boleh diganti dengan wateroux)
1 sudu kecil yeast

Cara-cara
1. masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali mozarela cheese. Uli hingga doh lembut dan tidak melekat pada tangan.

2.perap sehingga doh menjadi dua kali ganda, dan setelah itu tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. kemudian bahagi doh pada 12 bahagian dan susun atas dulang pembakar.

3.setelah doh naik, sembur ( spray) permukaan doh dengan air dan tabur mozarela cheese, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. Keluarkan roti dan glis roti dengan marjerin untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat.

4. sejukkan atas redai dan simpan di dalam plastic atau bekas kedap udara, roti ni lembut je sepanjang masa, sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

Thursday 13 May 2010

::The Journey::

Saje je nak letak gambar ni..Antara gambar yang ade sepanjang perjalanan dari Malaysia - Hong Kong - Jepun..Walaupun dah dekat sebulan dah gambar2 ni, tapi kenangan nak balik ke sini tu memang ade pahit manisnye..Flight pagi, 9.45 ..checkin lebih kurang kul 7.30..Tak sempat nak breakfast kat rumah pun..sesudah subuh terus gerak ke airport..:)

Faeiz dengan MIL .Breakfast @ McD..:)

Amni..Faeiq kat sebelah die taknak dok diam bile nak amek gamba:p

Hubby n my MIL....

Selama ni kami tak tahu kewujudan KLIA Jungle Board Walk ni..mungkin sblm ni ambik flight malam , jd mmg xprsn la kot..

Cuba tengok Amni dok posing..Amboi2..taktau la mn die bljar..:p

Yang bestnye, sepanjang perjalanan, kami dapat keistimewaan..Contohnye, waktu kat imegresen, orang punyela ramai yang beratur panjang ni..Tapi, bile officer tu nampak je kami, terus die suh kami pergi ke Premier Lane..Hahaha..best..best..Kat situ hanya kami je..siap ade red carpet lagi tu..officer tu kesian tgok kami yang ade 3 ank kecik dgn stroller besar gedabak ni..Pastu waktu nak masuk gate berlepas pun kami orang yang terawal gak..muahahaha..Keistimewaan ni kami dapat sampai ke Tokyo airport..Jadi, kot nak dapat privilege pasni lagi, kena ade anak kecik la pulok..Alhamdulillah, semua berjalan lancar sampai la ke Jepun..:)

Waktu ni transit kat Hong Kong..sib baik ade kids place ni, jadi budak2 ni xdela kebosanan sgt..

Faeiq dengan gaya macho..huhuhu..:p

Mama yang malu-malu kucing ..:p

Hubby yang tengah cube mgcontrol twin suh dok diam2..

Amni sibuk bertanye, mana 1 kite punye mama?? erkk..kite xkaya lagi la Amni..:p

Twin yang kepenatan..Wktu ni kat waiting room kat Tokyo Eki..Tgh tggu shinkanzen nak balik ke Morioka..:)

Wednesday 12 May 2010

Roti Jala Inti Sardin

Buat untuk breakfast..Sedap jugak makan dengan sardin..Tapi,anak -anak lagi suka makan macam tu je..taknak inti..Lagi senang mama dia ni nak bagi makan..:p

Nak buat pun senang je..Amek resipi ni dari rumah Kak Juwita. Saya mintak izin untuk c n p ye kak..TQ :))

bahan-bahan ( 20 ketul )

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
4 sudu minyak masak
sedikit garam
sedikit kunyit
2 cawan air ( kalau cair kena tambah tepung sikit)

@@ Inti sardin @@
* 1 tin kecil sardin
* 1/2 biji bawang besar- potong dadu
* 1 sudu kecil jus limau nipis/ kasturi
* sedikit minyak untuk menumis
* garam, gula secukupnya
* 2 sudu besar ss tomato


cara-cara
1.masukkan semua bahan kedalam blender.
2.Putar hingga semuanya sebati dan pekat.
3. panaskan kuali non stick dan jala..
4. setelah kekuningan angkat
untuk inti

Utk Inti :
1. Tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan sardin yang telah dilenyek dengan garfu.
3. kemudian masukkan soso tmat
4. Akhir sekali masukkan garam, jus limau . Adjust kan rasanya.
5. Bila dah siap bolehlah tutupkan api.
gulung roti jala dengan meletkan inti sardin didalam nya.. gulung mengikut kesukaan..

Tuesday 11 May 2010

Aku Ingin MencintaiMu...


Penyanyi : Edcoustic

Komposer : Aden

Album : Sepotong Episode

Produksi : Mikamusik Indonesia 2008

Tuhan betapa aku malu atas semua yang kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa

Entah mungkin karena ku terlena sementara Engkau beri
Aku kesempatan berulangkali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu

Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu selamanya sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMu yaa Rabbi

Monday 10 May 2010

Selamat Hari Ibu..

Sebenarnya agak lambat nak post n3 ni..Sabtu n Ahad memang sibuk..Biasala kalau weekend tu, nak dok mengadap comp ni agak susahkan..Rasanya tak terlambat nak diucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak saya Pn Saemah dan Ibu mertua Pn Salmah..Sayang mak...:)) Selamat Hari Ibu jugak kepada semua ibu di luar sana..;)

Tak sangka pulak semalam dapat ni...Eii..bestnya..Memang dah idam lama dah..TQ..:))

Yang ni pulak dapat dari ros...TQVM..:))

p/s: tO All mOthErs.. : It's nOrmAL whEn U'rE in uR 20s, U'll lOOk vEry 'MENGANCAM' ... whEn U'rE @30s, U bEgIn tO bEhAvE 'BERMACAM-MACAM' ... whEn U tUrn 40s - 50s, u'll fEEl 'TERANCAM' ... And sAdly, whEn U rEAch AbOvE 60s, OrAng lAngsUng tAk bOleh 'CAM' !!! ... hAppY mOthErs dAy !!....hikhikhik..:p

Friday 7 May 2010

Moist banana bread

Sedap roti ala kek ni..Memang nak buat pun senang..tak payah nak guna mixer pun..Ambik resipi dari rumah k.Jun..K.Jun pulak amik dari website ni..Mintak izin c n p ye k.Jun..:)


3 or 4 ripe bananas, smashed
* 1/3 cup melted butter
* 1 cup sugar (can easily reduce to 3/4 cup)
* 1 egg, beaten
* 1 teaspoon vanilla
* 1 teaspoon baking soda
* Pinch of salt
* 1 1/2 cups of all-purpose flour

Preheat the oven to 350°F (175°C).
With a wooden spoon, mix butter into the mashed bananas in a large mixing bowl.
Mix in the sugar, egg, and vanilla.
Sprinkle the baking soda and salt over the mixture and mix in.
Add the flour last, mix.
Pour mixture into a buttered 4x8 inch loaf pan.
Bake for 1 hour.
Cool on a rack.
Remove from pan and slice to serve.

Thursday 6 May 2010

Lawak hari ini..mat rempit

Cerita kat bawah ni takde kena mengena dengan saya pun..Saja je nak letak entry ni..Mungkin ade yang pernah baca kot..:p

Tiga kejadian lawak semasa aku tengah giler-giler dengan motor. Orang panggil mat rempet le sekarang nih.

Kisah Pertama:
Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak.Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70.Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang,Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.

Kisah Kedua:
Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit celok poket nak ambil lighter dalam poket seluar.Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus jalan…meninggalkan aku berdiri sambil berjingkit nak nak ambil lighter di trafic light…siol…aje…Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkakang sorang sorang dilampu isyarat…macam ape entah…..gelak pulak tu dia orang.

Kisah ketiga:
Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan.Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire grand la tu.Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu le hawek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah.Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka, ader motor le katakan. Tapi pada haritu kejadian yang sangat memalukan telah berlaku. Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh, Aku memang ler tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam nak masuk lubang jamban je waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2 tu…tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu tolak ler motor sampai rumah…. Lepas tu tak mau ngurat lagi.

p/s:kihkihkih...akma, aku c n p ye cite ko ni..akma pulak dpt cite ni dr kwn die..sakit perut gelak banyak sangat bace kisah mat rempit ni..:))

Monday 3 May 2010

Hanami @ Hirosaki Koen

Bestnye dapat tengok bunga sakura..1st time in my life ( yana's fveret word)..Memang cantik sangat..Jadi jakun la pulak..kuikuikui..nak buat camne kan..kat Malaysia takdo..:p

Pergi dengan adik-adik ni hari sabtu 1.5.10..Yang tak bestnya, ada 3 orang je pompuan..saya, Amni n Kamilah..Yang lain2 tak dapat nak pergi..Tapi, apa pun, memang best sangatla pegi hanami kat Hirosaki ni..Journey lbh kurang 2jam..Jauh sebenarnya, nak wat camnekan..Yang ni je tempat yang paling cantik yang boleh kami pergi..:))

Jadi, layanla gambar kat bawah ni ye..

Cantikkan...:)

macam kanak2 ribena..diorang ni memang gile2..waktu ni Kamilah dah mghilang..::p

Twin dengan maskot Castle yang ade kat situ..castle tu dah berusia lebih kurang 400 thn:)
Amni...Amni...Amni...Amni...
::Dayung..dayung sampan..::Erkk..nape ade 4 org je..huhuhu..waktu ni Faeiq tido la pulak..Naik sampan ni best sgt..tapi xthn sejukla..angin kuat sgt waktu ni..:))
Rasanya dah lama x amik gamba brdua cmni..loving couple??? of course..kuikuikui.::p

Sunday 2 May 2010

Bentou

Bentou..bentou..500 yen je..Ni bentou ari Jumaat lepas..Sebenarnya dah lama tak buat bentou ni..Dekat 2 bulan la jugak kot..Mula-mula adik-adik ni cuti semester sebulan memang tak buat bentou la kan, yela nanti kot buat sapela nak beli..diorang pun bukannya ada kat sini pun..Pastu pulak balik Malaysia 3 minggu..

Kalau dulu buat bentou ni seminggu dalam 2 3 kali jugakla..Bergantung pada demand dari adik-adik ni..Sekarang ni mungkin sekali seminggu je kot..Lagipun twin dah agak susah nak kawal bila sibuk memasak ni..Diorang pun nanti sibuk jugak nak memasak sekali..Ishk..Geram je..Grrr..

Selalunya menu bentou = ayam + nasi + sayur..Kengkadang kot saya rajin, ganti dengan daging..Sebelum kami datang ni, ada senior diorang jugak yang jual bentou ni..Jadi, bila diorang dah balik dan kebetulan pulak kami datang, saya pun meneruskan la legasi membuat bentou ni...:)

Aritu punya menu nasi minyak hujan panas + ayam masak merah + timun n tomato(malas nak goreng sayur)..Nasib baik sodap..yela, dah lama tak buat bentou, masak pun agak kelam kabut..Lagipun lepas masak tu , Amni mintak buatkan kek pulak..Bila petang, kena buatkan Cheese calzone 17 biji..Ni untuk kitorang bawak pegi hanami sakura matsuri..Memang cukup penat ari Jumaat tu...Sampai arini pun tak hilang lagi..Sakit-sakit badan..:(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...