JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.
“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.
Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.
Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.
6 comments:
Salam..aduhhh..meremang anak tekak di buatnya..
mmg..saya yg baca ni rs mcm nk trmuntah dah..pasni,kot nk guna asam jawa,kn tgk2la.tkut kita pulak yg trkena..:p
salam kenal kamalia..
saya baca metro semalm pasal tu ler.. rasa loya anak tekak nie.. siap malam tadi mengigau terbeli asam jawa yang ada camtu gak.. heee.. meremang bulu roma.. nasib baik mimpi jer.. lain kali nak beli asam jawa beli yang adabi yang takde biji.. lagi selamat kot..
ler yea ker? kot QC nih tak buat kija kot??
Makkkkkkk aiiiii.. biar betul nih? isk isk isk..
zalieda:- hi,sian nye..smpi bole trmimpi2 pulak..mmg,kot nk slmt kn guna yg seedless kot.:p
idayu n k.ajzie:- ye..betul la kot..rasa qc ni pun tkt nk check btul2..
Post a Comment