Pages

Friday 12 February 2010

Milik Siapakah Hati Yang Kejam Itu??

Perghh..Tajuk panjang giler..Agak-agak la kan kalau bagi tajuk ni kat Norhayati Berahim, dia nak tak? Huhuhu..konpem reject!!.

Ok, back to the story..Saya rasa semua orang dah bacakan kisah pembuangan bayi yang makin berleluasa sekarang ni..Yang terbaru pada 11 Feb..Kisah ni betul-betul menyayat hati..Saya tak mampu menahan air mata saya dari menitis bila baca kisah bayi malang yang dihurung semut ni..Ibu manalah yang kejam sangat tu? Takkan takda secebis pun rasa kasih untuk bayi yang dikandungnye selama 9 bulan 10 hari ni?? Tak tau saya nak gambarkan bagaimana hati Ibu ni...

Kenapa ibu yang telah diberi kekuatan untuk mengandung dan melahirkan bayi ni begitu tega untuk buang bayi ni selepas dilahirkan? Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya selepas baca berita ni..Nampak dari gambar tu macam cukup je sifat, badan macam gebu dan besar rasanye bayi tu..Agak-agak la kan bayi ni sempat tak di azankan? rasa tak setitis susu ibu dia? apatah lagi pelukan dari ibu bapanye sendiri...Binatang pun tahu sayangkan anaknye!

Kalau rasa kehadiran bayi tu menyusahkan, bagila kat orang lain..ok..easier said than done..takpe, mungkin takut orang kenal awak, cubalah tinggalkan kat hospital atau balai polis ke? Rumah kebajikan pun ada .. Kalau takut orang tu ingat muka kita, pakaila topeng..Bila dah bagi (kat pak guard hospital), larila..suh kawan tunggu kereta kat tempat yang tersorok ke?? Ada tak diorang terfikir macam yang saya fikirkan ni? Entahla ye..mana nak tau..Saya harap waktu diorang tinggalkan bayi tu, dia dah tak bernyawa..Sekurang-kurangnye takda la bayi tu menangis kelaparan, kesejukan atau kesakitan kena gigit semut-semut tuh..TAK terbayang saya kalau bayi tu masih bernyawa..Sedihnye..

Sebenarnye kalau ibu bapa bayi tu masih ada akal, mereka boleh bagi kat sesiapa pun..Masih ramai orang di luar sana yang mengharap kehadiran anak..Ada yang berkahwin 10 tahun pun masih belum ada rezeki..Carila mereka ni..Mesti ramai yang nak..Kot nak bagi orang yang dah ada anak pun, mereka tak kisah..Tapi itula, kita tak tahu hakikat sebenar..Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Mungkin perempuan ini diperkosa, jadi mungkin famili dah buang dia ke?? Tapi, dengan cara membuang bayi tu, tetap pilihan yang salah..Cuma yang saya harap, sewaktu bayi ni dilahirkan, dia dah tak bernyawa..Sekurang-kurangnye, takda la bayi tu terseksa..

Ya Allah, tempatkanlah anak yang tidak berdosa ini di syurgaMu Ya Allah....dan angkatla bayi ni menjadi Pari-pari di syurgaMu..Amiin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...