Pages

Friday 14 May 2010

Cheesy soft bun

nape cheese die mcm menggerutu jerk???xpueh ati betul..

Satu lagi cubaan roti yang baru..Ambik resipi dari Ros..memang lembut gitu..Mintak izin untuk c n p ye Ros. TQ...:))

Bahan-bahan ( 12 bun kecil )

250 gram tepung roti
30 gram tepung gandum
160 ml susu segar
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar cheddar cheese ( powder)
1/3 sudu kecil garam
2 sudu besar marjerin
sedikit mozarela cheese untuk ditabur atas bun
1 sudu kecil bread improver ( boleh diganti dengan wateroux)
1 sudu kecil yeast

Cara-cara
1. masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali mozarela cheese. Uli hingga doh lembut dan tidak melekat pada tangan.

2.perap sehingga doh menjadi dua kali ganda, dan setelah itu tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. kemudian bahagi doh pada 12 bahagian dan susun atas dulang pembakar.

3.setelah doh naik, sembur ( spray) permukaan doh dengan air dan tabur mozarela cheese, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit. Keluarkan roti dan glis roti dengan marjerin untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat.

4. sejukkan atas redai dan simpan di dalam plastic atau bekas kedap udara, roti ni lembut je sepanjang masa, sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

2 comments:

misah said...

Rajinnye buat roti..Nampak sedap tu...

Kamalia said...

akak..ni bukanye rajin..tp mmg kn buat..kot x, x merasa la sy roti ni..akak sht ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...