Pages

Monday 16 August 2010

Salam Ramadhan.

Salam buat semua..Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 6 kita berpuasa. Saya Mr K aka Kamil, mewakili isteri saya Mrs K aka Kamalia yang sibuk kebelakangan ni..Bila saya kira semula rupanya dah dekat 2 minggu Mrs K tak update blog beliau..Saya tahu kenapa beliau malas hendak update blog..Antara sebabnya ialah seperti berikut:-
  • Dua minggu sebelum berpuasa, Mrs K sibuk pergi ke Korea. Bukannya pergi secara fizikal, tapi pergi melalui menonton korean drama tv series online..Saya pun tak tahu hendak kata apa dah, hanya boleh memandang saja bila beliau menonton series tersebut. Sekejap ye saya tanya drama apa yang beliau tonton..Ok, beliau kata beliau tengok 18 vs 29, bad couple and personal preference..Alhamdulillah, bila dah masuk bulan Ramadhan, Mrs K berjaya menghentikan tabiat tersebut.
  • Twin kami; Faeiz dan Faeiq sekarang ni semakin super hyper active. Kesian kepada Mrs K kerana agak tidak larat untuk melayan kerenah mereka berdua. Memandangkan saya memang sibuk sangat kebelakangan ini, memang saya jarang dapat membantu beliau menguruskan anak-anak. Jadi, pada bulan Ramadhan ini, Mrs K menjadi bertambah letih. Bila anak- anak tidur, beliau pun sama sekali akan tertidur..Beliau kata ini untuk reboost her energy untuk memasak pada petang hari. Saya rasa itu sebab beliau tidak jumpa masa untuk mengupdate blog ini..
  • Saya rasa itu saja antara sebab Mrs K semakin sibuk dan jarang mengupdate blog beliau..Beliau sempat berpesan kepada saya, nanti kalau dia dah jumpa masa yang sesuai beliau akan cuba menjadi rajin seperti dahulu.
Sepanjang bulan Ramadhan ini, memang Mrs K rajin memasak. Alhamdulillah.
Untuk 1st iftar, beliau telah berjaya membuat cucur badak labu..Yang ini saya perasan, beliau ada mengambil gambar kuih tersebut (seperti di bawah). Nanti saya tanya di mana beliau ambil resepi tersebut..
Untuk 2nd iftar, beliau telah berjaya membuat cucur udang..Tapi, malangnya beliau malas nak ambil gambar.
Untuk 3rd iftar, kami mengadakan majlis iftar di rumah kami. Beliau telah menyediakan ayam masak lemak cili api dan burger malaysia..(beliau taknak ambil gambar, malu katanya)
Untuk 4th iftar, beliau membuat bubur pulut hitam..Macam biasa, sama seperti di atas.
Untuk 5th iftar, beliau memnyediakan nasi lemak, sotong salut tepung dan karipap.. saya tengok beliau dah mula menyusun kuih dan sotong tu ke dalam piring (susun begitu cantik sekali), rupanya beliau hendak bagi juadah itu kepada adik di depan rumah kami..itulah menu iftar kami untuk lima hari yang lepas.

Sekarang mari kita tengok resipi untuk cucur badak labu..Saya baru hendak menulis resipi, Mrs K kata tak payah. Hanya copy and paste saja..Beliau kata, resipi ini ambil dari rumah Ros @ Jintanmanis..Mintak izin kepada adik ini untuk c n p ye..


Bahan-bahan ( 25 biji ) ( cucur badak labu)
1 kg labu ( ros guna 1/2 biji labu, 3 biji keledek saiz kecil)
2 cawan tepung gandum (1 cawan tepung gandum)
Sedikit garam
Minyak masak utk menggoreng

Cara-cara

1. Bersihkan labu, buang kulitnya dan rebus hingga empuk
2. Toskan airnya dan taburkan sedikit garam
3. Lenyek sampai hancur sementara labu masih panas
4. Biarkan hingga labu betul2 sejuk
5. Setelah labu sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga rata
6. Buat bentuk bulat dan masukkan inti serunding kelapa dan goreng, jaga api jgn terlalu kuat..
7. angkat dah toskan minyak nye:: Tip, sapukan sedikit minyak ditapak tangan supaya doh tidak melekat.
8. Siap utk dihidang..

Saya harap tidak ada sesiapa pun yang bosan bila baca entry ini. Saya tidak pandai mengarut seperti Mrs K. Segala salah silap harap dimaafkan. Walaupun saya sibuk, tapi saya sebenarnya suka menulis..Sila beri sokongan kepada saya ye..Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah ke blog isteri saya ini..

p/s: entry ini autopublish..saya harap berjaya publish seperti yang dibuat.
p/s: Mrs K kata nanti dia akan blogwalking ke rumah kawan2 yang lain.

12 comments:

eija_sweetmama said...

wah bagusnya en. suami tolong updatekan n3..hehe..selamat berpuasa mrs k

Asmara said...

hehe.. kelakar pulak husband tolong update. baiknye husband diaa.. hehe.. Selamat berpuasa untuk u all sekeluarga. Nanti raya kite jumpa ye. InsyaAllah.. *Kamalia nnti bwak la kuih raya. hihi..

..::emi::bentou-ibu::.. said...

hahaha.... best la Kamalia ada Kamil tolong update blog... keep up the good work Kamil... biar nanti sentiasa ada mood nak menulis thesis pulak lepas ni kan??? By the way, hari tu sempat berjumpa bdk2 Iwate si Daus n Kamila sebelum diorang balik Mesia...

Kamalia said...

eija:mekaseh..mekaseh..nnt sy smpaikan kat mr k..konpem die suke bila org puji die nih..:D

kak as:hahahha...dah die nak sgt update,sy bagila die tulis..ha amik,skema rama ayat die guna...selamat brpuasa tuk akak sekeluarga jugak..Insya Allah..ala akak,sy mlsla nak buat kuih raya..:p

Kamalia said...

aile 77:kak emi ke?sy igt sapela td..hahaha..nnt sy sampaikan kat die..mst senyum lebar die pasni..mekaseh akak..ooo,die org lepak kat chiba ye?ade jugak si daus kate nak turun chiba..:D

Juwita Jamaludin said...

Salam kamalia.. Hubby akak pun dulu rajin updatekan untuk akak.. Tp tahun ni tak plak hihihi... Kadang3 dia update best juga ye

Kamalia said...

kak ita:hahaha..ramai ghupernye yg tolong update blog wife masing2 ye..tahun ni hubby akak sibuk ke?tu pasal la kot xtlg updatekn blog tuh...ngeee:p

Idayu said...

kelako3x! kehkehkeh..ayat skema. bestnyer en abg tlg update..abg kita nk log in dlm blogger pon tatau agaknyer hahaha

Anonymous said...

Rajinnya Mr K tolong update kan blog.. harap2 nanti Mrs K ada masa utk update juga ya... selamat berpuasa :)

Ijan

Kamalia said...

Kak ayu:hahahaha//ayat mmg skema rama kak..takpe2,msg2 ade keistimewaan..:)

Ijan:selamat berpuasa tuk ijan n family jugak..skang ni mrs k dah rajin..ngeee..:D

lady zaini said...

kakakakaka...adihhhh. pecah perut golek2 baca nih. betul ker mr k yang tulis? beliau sungguh rajin rupanya :D


selamat ramadan untuk korang,

ramadan kali nih pun penat sket, tak sempat nak update blog/facebook. nih baru jalan2 kat blog orang, itupun sebab waktu sahur nih) tak terlarat nak layan dua orang budak yang nak melekat jer dengan mamanya nih

Kamalia said...

muahahaha..ala,jgn la gelak golek2..nnt malu mr K..haah,die yg tulis..wktu tu pun lepas sahur smbil nak tggu subuh..die kate xde keje waktu tu..

selamat ramadan to you too..

alalala..siannye..mmg penatkan..yg si twin ni mmg xleh control sgt2 dah skang ni..kdg2 biar je..xpe2,nnt kot diorg dah besar,sngla sikit kot..:D---->be strong ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...