Pages

Thursday 25 March 2010

Kisah Faeiz

Salam..kali ni nak bercerita kisah Faeiz..Last week, Faeiz demam selama 3 hari, dari hari selasa sampaila ke khamis..Hari Jumaat tu badan Faeiz cume dedar2 je..Waktu tu keadaan die memang normal, mcam twin die; Faeiq..Nak dijadikan cerita, pagi sabtu tu baru saya perasan..Bila Faeiz menangis, tiba2 muka die senget sebelah..yang sebelah kanan tu tak bergerak..dapat bayangkan tak??macam org kena stroke sebelah muka..Saya dah cuak jugak waktu tu, yela hubby pun takde kat rumah.memang sibuk tahap gaban,weeknd pun pegi lab sampai ke tengah malam..Jadi, waktu tu saya pantau je keadaan die..Apa yang saya dapat tengok,when he was crying or smile or even talking muka dia akan senget sebelah..tapikan, die masih boleh makan , minum dan main ngan Amni n Faeiq..

Kenapa kami tak bawak pegi hospital cepat2?..Sebabnya, waktu tu weeknd. Kami ade experienced bawa budak2 ni pegi hospital waktu weeknd, tapi diorang reject..Kena pegi klinik tuk kanak2..Klinik tu tutup pulak..Hari isnin hubby bawak Faeiz pegi klinik tu..Klinik tu pulak terus tolak kes Faeiz ni ke hospital besar..pegi sana pulak..kat sana barula tau keadaan yang sebenar..Pediatrician (Watanabe Sensei..) tu dapat beri 3 diagnosis..Die kate :- mungkin Faeiz disebabkan middle ear infection atau masalah dengan nerve system (brain) atau blood problem...
Jadi, doktor suruh balik( waktu tu saya xikut n dah lewat ptg lgpun) dan datang esok paginya dan die mencadangkan stay kat hospital tu selama 1 week..

Bila hubby balik je, terusla die menceritakan segala macam cerita kat hospital tu..Saya ni walaupun dah dapat agak yang Faeiz msti kena admitted gak, tapi nervous n cuaknye saya sampai menangis2..entah..waktu tu rasa kesian sangat..tapi bila pikirkan keadaan Faeiz, terus jadi kuat..malam tu tak boleh tido sangat bila pikir nak kena tingalkan Faeiq..kesian die..:(

Di hospital...setiap kali nurses or doctor datang bilik, mesti Faeiz peluk saya erat2..fobia dengan diorang ni kot..yela, amik darah sampai 3 tabung..pastu,kena bersihkan telinga lagi..doktor nak tengok gegendang telinga kot2 brpunca dari situ..yang bestnya, bilik tu untuk 2orang..memandangkan patient tak ramai, saya dan Faeiz dapatla duk bilik tu dengan satu katil je..hahaha..puas2..ade privacy sikit..nak solat pun senang..bila Faeiq n Amni datang,senangla diorang nak main2 ngan Faeiz ni..supposed Faeiz dapat buat MRI test tu hari rabu or khamis..tapi rezeki Faeizkan, petang tu jugak kami dapat buat..

setelah penat menangis..sebelum MRI test..

cian Faeiz..main sorang2..tangan kanan xleh guna..
Hari rabu..pagi tu macam biasala..doktor buat routine checkup..pastu saya dan Faeiz dok termenung..tak tau nak buat ape.huhuhu..Faeiz tido, saya pun tido..Bila dah malam, baru doktor datang dan bagitau bole discharged..yeayyy..best..best..dapat balik rumah..lagipun, memandangkan Faeiz jadi macam ni bukan disebabkn middle ear infection, so doktor tak boleh nak buat ape2 lagi..balikla..tapi, next tuesday kena datang balik..appointment tuk tahu MRI result n blood test result..Kami berdoa semoga tiada yang buruk akan berlaku kepada Faeiz..semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya kepada Faeiz..

p/s::huhuhu..jgn trtipu,kami kat sini nihongo wakarimasen..jadi,doktor n nurses trpaksala speaking omputih..(hubby bolela ckp sikit2..xhbs pegi klas nihongo..)::
p/s,p/s::pediatrician (Watanabe Sensei) teramatla hensem..hikhikhik..sampaikan terkeluar dr mulut ni ckp ngn hubby.."hensemkan doktor tu"..hubby sengih jerk...memang hensem bangatla..kot jd filmstar,konpem lakunye..::

dikala boring..inilah yg dibaca

Wednesday 24 March 2010

Slice cheesecake

Dah lama buat ni..last week rasanya..Sibuk makan sampai terlupa nak ambik gambar..nasib baik ada lagi sepotong ni..hehehe..Saya ambik resipi dari sini ye..

Chocolate slice cheesecake..nyum nyum..:p

Yang ni pulak mix fruit dadih..Buat last week jugak..:p

Beef and Cheese Calzones

Salam..Dah lama tak berblogging..Mood tak berapa nak ada, so, takda la pergi merayau ke rumah orang lain..Rasanya banyak jugak yang saya termissed..nanti saya jenguk-jengukla ke rumah kengkawan yang lain ye..Lagipun, minggu ni memang sibuk sesangat..Packing barang nak pindah plus packing baju nak balik ke Malaysiaku yang tercinta..Esok kami dah pindah rumah..Maybe, arini last update blog ni kot...Hari sabtu dah turun Tokyo dan flight kami pulak pepagi ahad tu...tak sabar nak balik nih..:p

Ambik resipi ni dari kawan saya yang dok kat north pole tu..hehehe..jangan marah tau datin z..yela, bila winter, suhu kat tempat dia tu (Canada) bole jejak ke -46 C..perghh..saya yang kat sini -18 C pun dah terketaq-ketaq dah..Okla..cukup-cukup la saya bercerita ni...:))

Inila cheese calzone yang patah pulak kat tepi tu..(haippp,biasa dia)..:p

Menu yang sihat..ada sayur, daging dan cheese..:)

Ni kot nak tengok calzone yang lagi cantik.. http://whitneyskitchen.blogspot.com/
Menu sampingan.. spaghetti bolognaise.:p


Ni resipi Beef and cheese calzones..
Bahan-bahan:-
- Doh pizza dan sos bolognaise / sos pizza..(ikut korang punya favourite sos ye)
- Salad sayur-sayuran yang ringkas - tomato, timun, shredded kobis, digaul dengan sedikit mayonnaise
- mix cheese..

Cara-cara:-
Buat seperti menyediakan pizza biasa..
Letak lapisan sos bolognaise, nanas, cheese, salad sayur-sayuran, cheese
Jangan diletak sos di tepi2 doh, sebab pizza akan dilipat/ folded (seperti karipap)
Sapu di bahagian atas dengan butter..Bakar pada suhu 420'F selama 20 -25 minit (lebih kurang)

Tuesday 23 March 2010

Sunday 21 March 2010

Mak..

Salam..saya akan balik ke Malaysia hujung minggu ni..Mak saya sakit kuat...:((

Kali terakhir saya telefon mak ari sabtu minggu lepas(13hb)..Sebelum tu lagi saya dah tau yang tekanan darah mak makin lama makin rendah sangat-sangat..Jadi, bila saya telefon pagi sabtu tu, mak kata fistula dah rosak..Sekarang buat kat leher..Selalunya untuk pesakit buah pinggang,bila diorang dah kena cucuk kat urat leher, diorang ni tak akan bertahan lama....Saya pun tanya la..sakit ke mak?..Mak jawab sakit sangat dik..Mak saya ni seorang yang kuat dan tabah dalam mengharungi sisa-sisa hidup dia..Itu sebab saya tanya sakit ke tidak?..Kalau mak saya dah kata sakit tu, memang sakit sangatla..Mak cerita lagi, bila diorang cucuk jarum kat urat leher tu, darah memancut-mancut..Selalunya kalau cucuk kat tangan pun darah akan keluar juga, tapi bila kat leher yang memancut darah tu, ngeri saya nak bayangkan..:((...Waktu tu mak ada jugak cakap yang mak kena pegi HKL..kena jumpa doktor kat sana, biar doktor tengok samada fistula mak tu bole guna lagi atau tak..

Hari khamis saya telefon rumah lagi..nak cakap dengan mak saya..kenapa saya telefon hari khamis sebab hari selasa mak dah pegi KL..mesti dia penat,kesian nak kacau..Hari rabu mak ada dialisis, mesti penat jugak..Hari khamis mak memang tak pegi mana-mana selalunya..Rupanya Along saya yang angkat telefon..Along bagitau mak masuk hospital..Rupanya hari Rabu tu mak dah muntah-muntah hingga jadi lembik..Punca sebab hari Isnin tu bila mak buat dialisis, mak tak dapat habiskan 4 jam..(toksik dalam badan tak habis keluar, darah tak bersih sangat)..campur penat pegi KL lagi..Badan dah tua, dah tak kuat..Jadi, bila sampai kat emergency room, mak dah tak sedar sangat..Dan macam biasa, semua adik-beradik saya balik..Bila saya dengar cerita tu, saya macam nak nangis, tapi tak bole..Walaupun Along dah nangis-nangis bila bercerita tapi saya masih tenang lagi..Saya nak nangis tapi tak boleh..Hati saya je yang menangis sekarang ni, tapi air mata saya tak nak keluar..Saya risau..Dah 3 hari hati saya tak tenang..Saya teringat arwah abah..dulu waktu arwah abah sakit tenat pun, saya tak nangis..Seolah-olah saya menidakkan apa yang berlaku waktu tu..Sama la seperti sekarang ni..Dan dada saya pun sakit sangat..Tak tau kenapa..

Lepas saya telefon Along, saya telefon kakak saya yang lain pulak..barula dapat berita yang lebih jelas..Rupa-rupanya hari rabu tu, lepas mak dah masuk emergency mak kena juga buat dialisis..Buat jugakla..Kakak saya kata ngeri tengok darah mak memancut-mancut keluar..Sampaikan nurse terpaksa tekan tiub darah tu..Setiap kali mak bergerak, mesti darah akan keluar..Lepas tu mak demam sekali. bergegar-gegar katil tu, sebab mak menggigil kuat sangat..Kakak-kakak saya yang lain bergilir-gilir masuk untuk urut mak, letak minyak angin untuk bagi badan mak panas sikit..Dan hari tu pun mak tak habis buat dialisi..Tiga jam mak dah mintak nurse hentikan mesin hemodialis tu..Dia kata sakit sangat..tak tahan..:((

Ni tadi, hubby baru telefon MIL yang pegi melawat mak saya tadi..Mak dah sihat sikit, cuma masih tak selera nak makan (dah dekat 5 bulan mak memang tak makan sangat..)..dialisis yang mak buat hari jumaat tu pun tak habis..dapat 3 jam je..Walaupun mak pesan dengan MIL tak payah suruh kami balik, tapi kami buat keputusan balik jugak..Sementara mak masih ada lagi ni, bole la saya balik melawat mak..sebelum datang sini kami dah macam berjanji jika ada sesiapa yang meninggal, kami tak balik..Tapi, sekarang ni mak saya sakit, jadi bole la balik..Kalau dah takda, lain cerita la kot..Saya ada jugak tanya pendapat kakak saya, diorang kata takyah la balik..Yela, saya rasa diorang tak nak saya risau sangat, lagipun jauh nak balik ditambah lagi dengan anak-anak yang kecik-kecik lagi ni...Tapi, saya anak bongsu mak..Yang paling rapat dengan mak..Kalau lepas ni saya tak dapat jumpa mak, sekurang-kurangnya saya tak ralat....Kami berdoa yang mak akan sihat dan sempat untuk kitorang ni jumpa mak..InsyaAllah..

p/s: selama beberapa hari ni fikiran saya memang berserabut sangat..Jadi,bila dah confirm tiket nak balik, baru tenang sikit..Ambik masa yang lama jugak tuk decide nak balik, sebab banyak urusan penting yang perlu dibuat dalam minggu ni..nak pindah rumah(kn pndh,sbb dh byr dwnpyment) ,amni nak skolah, hubby ade prsnttion..mmmmmm..pening bila fikirkan..:((

Thursday 18 March 2010

BigMac

Huh...Tak dapat nak rasa prosperity burger!..Tak sempat nak buat black pepper sos dia..Semalam keluar sekejap pegi beli susu Amni dan barang-barang dia nak pegi sekolah.. Pastu pegi singgah chukok pulak..Encik ni nak cari barang..tapi tak jumpa, yang jumpa barang tuk saya..hihihi..best best..:p

Bile sampai rumah dah dekat pukul 8..Terus ke dapur, buat burger untuk rakyat kat rumah ni..Jadi, nila dinner kami semalam..not very presentable but edible..yela, twin ni sibuk la keluar masuk dapur nak menolong..Grrrr...:p

Encik nak makan BigMac dan saya punya pulak double cheeseburger..Waktu ni pun dah tak sempat nak menghias apa yang patut, masing-masing dah kelaparan..mana yang sempat je..:D

Tengokla double cheeseburger tu..malu-malu kucing nak interframe..:p

ni pulak daging burger yang saya dan Amni duk buat..:p

Roti Burger

Salam..Selamat pagi..dah sarapan ke? Sarapan di mana?..(cehh..macam Abby Fana lak)..Kali ni cuba pulak buat roti burger..Teringin nak makan prosperity burger yang macam diorang ni buat..Tapi, di saat akhir tukar jadi burger lain ..hehehe

Ambik resipi ni dari cik puan ros..Minta izin c n p jela ros ye..time kasih..:)

Bahan-bahannya
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.

2) Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.

4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair. Selamt Mencuba.

- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

Tuesday 16 March 2010

Bun blueberry

Petang semalam buat roti ni..Actually dah give up jugak nak buat roti ..budak-budak tak nak makan sangat..even bun coklat pun diorang tak nak sangat, kalau cicah ngan air milo barula nak makan itu pun sikit je..Mama ni jugakla yang kena habiskan..:p Tapi, kalau sosej roll tu makan jugakla..tapi makan sosej je..grrr..,mama diorang ni tengah gian meroti..Buat jugaklakan..Bila dah siap tu, rasala..perghhh..memang sedap sangat resipi cik puan ros ni, lembut dan gebu gitu..awww!..time kaseh la ye share resipi yang sedap ni..anak-anak suka sangat especially Faeiz..Separuh makan malam tadi, dan yang lebih tuk breakfast..dah habis pun..Puas hati mama..:)) Makan roti ni waktu panas-panas memang sedap..:D...

walaupun terlupa letak parmesan cheese, rasa tetap sedap.:p

Yang besar ni untuk babah..konon nk bg dia bwk pg lab mlm tu, tp xsmpt pun..ank2 dah hbskn..:p

nampak gebu dan lembut sangat..cehhh..perasan..:-p

Mintak izin puan ros tuk c n p resipi ni ye..tuk reference saya nanti..tq ros..muahhh.:)

Bahan-bahannya

180gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu marjerin
130 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread impover (xletak,xdo kt rumah ni)
1 sudu kecil bread softner (xletak jgk..jwpn sm spt di atas..hikhikhik)
2 sudu besar parmesan cheese ( trlupo..nsb baik sedapppppppp)

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.

2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan di dalam acuan petak 18cm. biarkan doh naik sehingga dua kali ganda lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.

4. Gliss pemukaan roti dengan 1 sudu kecil susu+ beberapa titik madu, kemudian paipkan jem blueberry diatas bun, bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit. Apabila baki pembakaran tinggal 10 minit, tutup permukaan roti dengan alumunium foil, bagi mengelakkan permukaan roti terlalu perang, tutup pintu oven dan biarkan proses pembakaran selesai, setelah masak sejukkan atas redai dan amat sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, selamat mencuba.

Sunday 14 March 2010

Sate ayam + mee kari + kek coklat

Projek memasak kami minggu ni sate, nasi himpit, mee kari dan kek coklat...Buat untuk celebrate birthday Amni dan juga untuk makan-makan selepas tadarus(untuk lelaki)..Tak ramai pun, cuma 4orang je(inc.kami brdua)..Perghhh..memang penat bakar sate tu..bergilir-gilir kami duk membakar..kuah kacang, sedap..mee kari agak pedas sikit tapi tetap sedap (perasan, msk lif tkn sendiri:p)..kek coklat tuk Amni pun menjadi..Alhamdulillah, sume habis keesokan harinya..banyak sangat makanan, diorang tak tahu nak makan yang mana satu..:-))

Ni dia orang kuat yang dok tengah mencucuk ayam kat lidi sate..

Sebahagian dari sate ayam, nasi himpit , kuah kacang dan mee...

kuah mee kari, kek coklat dan aksesori tuk mee kari(tlupa nk rebus telur)

Ini je gambar yang sempat diambik..segan dengan budak 2 orang tu..cam poyo je nanti:p

Tangan saya ni keras sikit kot nak buat deco, sib baikla ade encik ni:p

Inila hasilnya..hihihi..(kot saya yg buat mst comot..muahaha)

Amni....rambut ala-ala saloma la pulak..:p

Thursday 11 March 2010

Twins..

Saya tak boleh nak tido,walaupun badan letih tapi otak ni asyik nak berfikir je..Teringat macam mana mula-mula dapat twin nis..Sekadar mengingat semula pengalaman yang saya rasa makin lama makin hilang sikit demi sikit.Saya ni dah jadi pelupa yang teramat sangat..adakah salah satu tanda semakin "muda"...:p

Twins ni kehadiran diorang memang tak dirancang..Tapi, kami terima dengan besar hati dan syukur yang teramat sangat..Kami tahu yang saya preggy twin ni pun agak lambat..dalam minggu ke 14 kot..Itupun bila pegi scan, doktor kata dia dengar 2 heartbeat yang berbeza..Pastu, dia cakap awak dapat twin ni..Dan jawapan saya waktu tu..oh ye ke?(mcm xde perasaan kan)..actually waktu tu terkezuttt..tak tau nak respon camna..hehehe..Bila keluar dari bilik doktor, bagitau hubby, dia pun sama macam saya..terkejut !!Yela, family saya dan dia memang takda history kembar ni..Anugerah Allah kepada kami..:D

Faeiz Fahmy dan Faeiq Fahmy..Korang pun bole bayangkan , kalau mengandungkan twin ni memang perut besar dan tak larat sangat..Faeiz lahir, berat dia 2.71 kg dan Faeiq 2.65kg..Mmm, cuba bayangkan perut saya camne?? 6 months pregnancy,bila tido je, tak bole nak bergerak dengan sendiri.Kena kejutkan hubby, mintak tolong alihkan posisi tido saya tu.. Berat saya sebelum bersalin 76kg..naik 26 kg (sebelum 46kg)..huhu..skang ni ada baki 4 kg lagi..takpe,nampak berisi sikit kut.:p

Waktu preggy twin ni, Amni banyak berkorban sangat-sangat..Dia stop BF waktu 10 bulan..Terpaksa, sebab saya tak larat nak BF dia lagi waktu tu..Perut terasa pedih sangat walaupun sebelum tido saya dah makan apa yang patut..Menangis-nangis saya waktu berhentikan dia BF..sedih yang teramat..Pastu, waktu 7 bulan pun, saya dah tak tido dengan dia..Sebelum tido, memang saya dodoikan dia, tapi bila dah nyenyak je, dia akan tido sebelah babah dia..Amni tido agak lasak, dan benda tu buatkan perut saya sakit sangat..Lagipun, saya memang nak bagi dia biasa dengan babah dia, yela bila twin lahir, memang dia tak dapat tido langsung dengan saya..:(( ..Banyak lagi sebenarnya..Sedih sangat dan sampai sekarang bila saya fikir pengorbanan Amni tu, memang nangisla..Rasa ralat..Tapi, bila dah tinggalkan Malaysia ni dan twin pun dah besar sikit, saya dan dia dah rapat sangat-sangat..Even bila nak tido pun, dia dah bole tido dengan saya..:D

Ok..itu cerita waktu preggy..Cerita nak bersalin..Dugaan betul..Sepanjang preggy tu, saya kena pegi check up dengan pakar O & G..Jadi, memang dah tau sebelum bersalin lagi yang salah seorang dari twin ni dalam posisi tranverse (melintang atau kedudukannya dalam keadaan setengah songsang)..Jadi, memang dah dijamin oleh doktor pakar yang saya bole beralin secara normal..yang untuk tranverse tu, doktor kata bole pusing, jadi baby akan keluar secara normal..Twin ni duduk dalam two separate membrane..

Di hari kejadian, saya dah pecah air ketuban kat rumah lagi..air ketuban + darah..memang tak sakit lagi waktu tu..Pegi ke hospital dan doktor tu check, lambat lagi ni..Duk kat ward, selang 2 jam lepas tu, dah mula sakit kuat sangat..Bila nurse check, dah bukak 6cm..Terus masuk labor room..Baru je selesai diorang pasang alat ECG, saya rasa nak meneran sangat..Terus panggil nurse, dia tengok dah bukak penuh..saya pun waktu dah cuak jugakla..Doktor takda lagi..(waktu tu subuh,ramai yang pegi solat kot)..Nurse suruh tahan dulu...Hubby pulak waktu tu on the way dari rumah..balik sekejap( dia tak expect yang saya akan bersalin seawal tu)...Selang 10 minit lepas tu, lahirla Faeiz..Alhamdulillah..Memang senang sangat Faeiz nak keluar waktu tu..Dipermudahkan..Saya ingat lagi waktu tu ayat pertama yang keluar dari mulut saya..Allahuakbar..Saya terus fikir, ok..ada seorang lagi ni..Saya dah bersedia, dan bidan tu pulak baru je pecahkan air ketuban untuk baby seorang lagi tu..Tapi,apa yang bidan tu, satu kesilapan besar sebenarnya..dia tak baca medical history saya dulu..Jadi, bila diorang cuba pusing baby tu, dah tak boleh..Waktu tu ada 2 orang doktor dan bidan tu..bergilir-gilir diorang menyeluk cuba untuk pusingkan baby.Mak ai..sakitnya .Doktor pakar pun sampai, dia scan, terus dia kata emergency cesarean..Uwaaa...saya waktu tu rasa nak pengsan je..nak nangis pun ada, dahla hubby waktu tu dia tak bagi masuk..Sambil saya duk menyain borang , diorang duk bertanya macam-macam pulak..geram je waktu tu..Dah la rasa nak meneran dan memang menyakitkan..

Bila diorang dok tolak saya pegi operation room tu, hubby dah tunggu kat luar labor room..Bila nampak dia, terus saya nangis..Hubby pujuk saya dan usap kepala saya..Kat dalam bilik tu pulak..Ishkkk..ngeri saya bila ingat balik..Doktor siap-siapkan saya dan anesthetist ni terus letak breathing mask...dan saya pun tak ingat lagi dah apa jadi..Saya memang bersyukur yang saya tak ingat apa-apa..:p

Memang kalau bole, lepas ni saya tak nak buat c-section lagi dah..memang saya jadi lembik sangat.Dahla saya ni memang seorang yang lembik dan jenis yang tak tahan sakit..Bayangkan, dengan sakit bawah dan perut lagi..Tapi, waktu tu yang saya jaga lebih, luka kat bahagian perut je..Yang luka kat bawah, saya tak jaga sangat..lambat elok.:(...Hmmm..Lepas bersalin tu, saya cuma pam susu, bagi twin minum susu guna botol je..bila malam, barula saya direct BF..Selama berpantang tu, cuma 2kali je saya mandikan diorang..Tak larat dan perut masih sakit lagi..Alhamdulillah, sepanjang saya dalam pantang memang baik sangat twin ni..Tak meragam, tak menangis malam..memang baik sangat:-))..Cuma hari ke 8 tu, diorang kena warded sebab jaundice dan balik dari hospital saya bentan, seab kat hospital tak tido dan tak cukup rehat..Nak membesarkan diorang pun takda la susah sangat, cuma ada perit sikitla..Twin ni, kalau seorang demam, yang seorang lagi sihat je..cuma dia akan demam mungkin seminggu selepas tu..Kalau nangis pun, tak serentak..menyusu pun tak serentak..Keadaan tu memang memudahkan saya tuk buat kerja rumah ke, solat ke..apa-apa yang patut..Memang bila pikir balik, saya tak sangka saya dapat harungi suma benda ni dengan tabah..cuma sekali-sekala ada gak saya kalah..biasalah, manusia biasakan.:p

Saya rasa ni la entry terpanjang saya waktu ni..Mesti korang boringkan baca..Maap di pinta..Saya taknak saya terlupa macam mana rasanya mengandungkan twin ni..Bukan semua orang rasa nikmat mengandungkan twin dan membesarkan diorang ni..Bila jumpa orang, diorang mesti kata ..Bestnya dapat twin..memang best tapi cabaran nak membesarkan diorang agak perit..memerlukan suami yang ringan tangan, penyayang dan memahami apa yang kita rasa.:-))


Wednesday 10 March 2010

Easy Lunch Potatoes

Menu tuk lunch yang simple...Di makan bersama roti dan juga mushroom soup..mm.memang sedap..nak buat pun senang je..Selalu buat tuk breakfast; dimakan bersama omelet..Tak pun bole jugak dibuat side dish tuk dinner..Buat tambah lauk yang adakan..:)


Resipi ni ambik dari sini..Jadi, ada yang saya tambah kurang sikit la..:p

Bahan-bahan (2 orang makan)
  • 2 biji kentang saiz besar
  • 2 -3 TBS olive oil
  • 1 tsp dried parsley
  • 1 tsp paprika
  • 1 tsp pepper
  • 2 TBS grated parmesan cheese
  • 1-1/2 tsp salt
  • 1 tsp chili powder
Cara-cara:-
1.Panaskan oven 180 C.
2.Bersihkan dan buang kulit kentang..Potong dadu lebih kurang 1-1/2 inci ketebalan.
3.Letakkan di dalam mangkuk. Letakkan olive oil dan gaul. Tambahkan bahan-bahan yang lain juga dan gaul sebati sekali lagi..
4.Tuangkan kentang tadi di dalam loyang..Kalau boleh, biar dia jadi single layer je.
5.Bakar selama 30 minit atau hingga kuning keemasan..
6.Bon appetit!..

Tuesday 9 March 2010

Burger Malaysia @ Morioka

Finally...dapat jugak makan kuih ni..Dari mula sampai aritu nak buat kuih ni, tapi setiap kali masak nasi lemak, mesti sambal ikan bilis tu habis..Arini lunch nasi lemak, jadi memang buat banyakkkk sangat sambal tu..

Kuih ni feveret encik kat rumah ni..Yela, minggu lepas asyik buat kuih feveret saya je, jadi dia kurang sikitla dengan feveret saya..Saya buat kuih bakar, sepotong je dia makan..Saya buat bubur sumsum, sebekas jugak dia makan( nasib baik dia nak makan :p), saya buat bubur chacha, taktaula dia makan tak..rasa sesudu je kot..itupun bila saya suruh dia rasa kesedapan bbur tu..Cisss...memang berbedha selera kami..saya suka kuih tradisional, dia pulak suka kuih yang podeh-podeh..nak buat camna kan...:D

Soryla..melalut panjang pulak ye tak..resipi tengok kat MyR..kak Yani punya kot..nanti tengokla ye..senang je nak buat dia..saya ni je yang baru nak belajar, ada susah sikitla..hikhikhik..

Inila burger Malaysia, buatan "saya budak baru belajar" :op

Untuk kids pulak, kita letak chocolate milk stripes peanut butter..:D

Monday 8 March 2010

::Bobok::

Apa tu bobok? Siapa yang pernah dengar ?? bukan..bukan..bukan momok..tapi, BOBOK. La, tak ramai rupanya yang pernah dengar bobok ni...Sebenarnya tadi one of my hubby's cousin dok tanya (kat dalam fb)..Ape itu bobok?? So, ramaila yang cuba membantu..Ada yang cuba bagi idea suh google je bobok tuh..Ada gak tanya, tu Sarawak punya dialek ke?? Dan cousin tu pun assumed yang bobok tu pukul atau hempok..macam-macam maksud..Pastu, tiba-tiba cousin yang lain pulak bagi jawapan, bobok tu mencuri..Siap suh tengok kat loghat pahang lagi..:p

Saya dulu pun dengar dari bibik..bibik yang jaga Amni dulu selalu cakap, Amni, jom kita bobok..Pastu, bila hantar Amni kat umah cik Ani, dia selalu jugak guna bobok ni..Ok..kalau nak tau, saya punya pengertian bobok ni TIDUR..tak salah saya itu bahasa orang Jawa..

Tadi saya cuba tengok kat wikipedia..dan ni result dia..:D

Bobok
(Russian: Бобок) is a short story by Fyodor Dostoevsky that first appeared in 1873. The title can be translated from the Russian as meaning "little bean," and in the context of the story is taken to be synonymous with "nonsense." ..hehehe..Banyak sebenarnya maksud bobok ni..tengok negeri, negara dan tengok penggunaan ayat dia..satu perkataan boleh bagi banyak maksud..::BOBOK::

p/s::saya nak bobok dulu..hihihi::

Sunday 7 March 2010

:::Lobster:::

Tak tahu nak masak macam mana sebenarnya lobster ni..Ini pun adik Hamdan a.k.a Bigu yang bagi, suh saya tolong masakkan untuk dia..Yang untuk bahagian kitorang dok jugakla mencari lobster, tak jumpa la pulak..nak order kat internet macam lambat je dapat nanti. Lagipun dah seminggu lobster tu dok kat dalam freezer tu dah..Dah bergaduh dengan ayam dan daging saya yang lain..kihkihkih ..Pastu, kami beli jela tiger prawn..huhuhu..:p

Mula-mula nak masak lobster 5 spices, tapi macam biasala kan..takdok la rempah 5 spices..tukar ke lobster cream +cheese, takut tak kena dengan selera Bigu nanti..nak masak sup or tomyam, baik takyah..rasanya dia pun bole buat sendirikan..Kesudahannya sweet sour..mmmm..memang ummphh la..sedap sangat!!..hehehe..Bigu pun kata,kot dia la,dia mesti dah masak tomyam je..:))



Kesian tiger prawn ku..dok meminggir di tepi lobster tu jela..:) Actually, tangan si lobster ni patah waktu saya kuarkan dari freezer tu..hihihi..peace bigu :-p (nasib baik lobster ni takleh bercakap, kot tak mesti dia dah ngadu).....

Saturday 6 March 2010

Popiah goreng

Hari mantai (petang sebelum raya) tahun lepas, hubby dan kakak saya dok membuat 100 biji popiah..uishhh..memang penat..saya tolong tengok je..hihihi..yela,ada alasan tak nak buat sebab jaga twin ni..pandai ngelat.:p..Popiah ni kena buat banyak, sebab mulut yang nak makan pun banyak..itupun saya rasa saya dapat makan dua biji je..kebetulan raya tahun lepas, semua anak-anak mak balik..Jadi, kalau campur anak, menantu dan cucu ada la dalam 70 orang..lebih dari kenduri la pulak..hehehe..nak buat camne kan..adik beradik ramai..:-p

Popiah kakak saya ni spesel..bagi saya la..dia akan letak chicken/meat minced, potatoes,black pepper(kena tumis bawang pastu baru masuk suma ni)..ni sebagai inti utama dia..yang sampingan tu letak la carrot, taugeh ke, sengkuang ke..Disebabkan dah lama tak makan popiah,inila projek masak-masak saya ngan en.hubby..arini dia tak pegi lab, bolela main masak-masak sama-sama..peace bi.:D

En.hubby suka sangat makan ni..beria-ia la dia puji, sedapnya..dah lama tak makan..Kalau makan ni tak cicah sos dia pun takpe..sebab dah rasa pedas black pepper tu sendirikan..sapa yang rajin, bole cubala..:))

Macaroni + cheese

Malas nak masak nasi dan nak makan nasi, jadi makan macaroni cheese je..Lagipun senang nak masak dan anak-anak pun suka:))

Letak chicken minced, sosej dan cheddar cheese..nyum nyum..Amni cakap..yummy mama..Lagipun anak-anak lagi suka makan pasta or noodles dari makan nasi..senang la mama dia nak bagi diorang makan..Rasa suma taukan nak masak camna, jadi tak yah la letak resipi ye..:p

Friday 5 March 2010

Selamat Hari Lahir, Amni..



Sedar tak sedar dah 3 tahun Amni hidup di dunia ni..Alhamdulillah, segalanya baik dan masih buat yang terbaik untuk Amni dan juga adik-adik..Anak adalah kurniaan yang tidak terhingga dari Allah. Anaklah penyejuk jiwa, anak jugalah penyedar kita. Anak yang meneruskan usaha dan perjuangan di masa hadapan. Alhamdulillah pada usia 29 tahun, saya sudah diberikan Allah 3 orang anak..Nur Fadia Amni 3 tahun, Faeiz Fahmy dan Faeiq Fahmy 1 tahun 9 bln..:)

Lagu ini didedikasi untuk Amni dari mama dan babah:-

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Nur Fadia Amni..
Allah selamatkan kamu!

Semoga Amni menjadi anak yang solehah, yang mendengar kata mama dan babah. Semoga Amni sentiasa diberkati Allah dan dilimpahi rahmatNya..Semoga Amni menjadi insan yang baik,cerdik,berakhlak mulia dan berjaya..Aminn..

Wednesday 3 March 2010

Amni dan yōchien

Amni memang nak sangat pegi kindergarten..Setiap hari bila main-main dengan adik dia, mesti dia cakap bye bye adik..kakak nak pegi sekolah..(in pelat version-H=kakak nak hegi holah..)..ishkk.anak dara sorang ni, penat betulkan, masih juga nak guna letter H tu sebagai letter pertama dalam perkataan yang dia nak gunakan..Sebelum datang sini dulu, elok je dia cakap ..petah lagi.Bila sampai sini, terus jadi pelat.:(

Aritu hubby dan bigu dah pegi yōchien ni..Dah tanya apa yang patut..OK..untuk registration fee je dalam 65 ribu ++..mak ai!!..mahalnya sekolah kat jopun ni!!..Monthly fee lebih kurang 25 ribu++..kalau registration tu ada sekali dengan uniform, apron, kasut ,buku ada sekali kot..beg kena beli sendirila.

Jadi, Amni mula sekolah 12.4 ni..For the 1st week, Amni bole balik awal dalam pukul 11.30 am. for the 2nd week bole balik dalam 12.30 dan 3rd week onwards balik macam biasa pukul 1.30 pm..Diorang ada bus sekolah sekali, jadi mungkin the 3rd week baru bagi Amni naik bus kot..Tak taula macam mane dia nanti. Harap tak nangisla..:p

Within this week Amni nak pergi ukur baju..tak tau ari apa..Dah masuk ari rabu dah ni..Tunggu en.hubby free dan macam biasa pergi dengan bigu sekali sebagai interpreter..hehe..diorang punya cikgu takda yang bole cakap B.inggeris..

Sekarang ni dah mula pikir menu apa untuk dibuat bentou. Amni nanti bawak bentou..Agak-agak lakan kalau bagi dia nasi goreng, bole tak dia habiskan..senang bagi roti je..tak pun bagi nugget ke??Entahla..sebenarnya agak nervous bila pikirkan Amni nak ke yōchien ni..So, next year twin ni pulak..Tak taula macam mana kecohnya pagi-pagi nak siapkan diorang ni nanti..hehehe:))

p/s: nak tanya sapa2 yang di luar sana tu, patut tak kami beli beg yang macam nihonjin ni guna..??ada opinion ?

Monday 1 March 2010

Kuat merajuk

Mula-mula dulu Amni yg kuat merajuk..wktu die duduk kat rumah makcikani lg(pngasuh)..bile die xdapat ape yg die nak or xpuas hati je,mesti cakap xnak kawan..Lepas tu terus lari duduk kat penjuru bilik..tarik muka n buat muka sedih..siap ade sound effect lg..bunyi teresak-esak wlaupun xmngis.:p
Mula2 kami ok lg,lyn je..lama-lama mkn mnjadi2 la pulak..`xnak kawan ..`dah jd her favorite quote.Lebih kurang dekat 5bulan jugak la..huhu..xdapat, merajuk..xpuas hati merajuk..gaduh ngn adik pun nk merajuk..wlaupun salah die,tp die yg merajuk jugak..contohnye;-

Amni:xnak kawan baby!
Mama:Amni,knp?
Amni:baby xbg amni mainan tu..
Mama:Amni,baby pinjam skjp je..nnt bile baby dah xnak main,amni ambik blik yer..
Amni:xnak kawan mama!(trus lari msuk bilik)

Dah mcm2 cara kami gune,dah mcm2 petua kami gune gak,sume xjd.So,kami decided tuk brhentikan merajuk die tu..bile die ckp je `xnak kawan`,kami terus kate dgn die;-

Amni:xnak kawan babah!
Babah:ok,kalu amni xnak kawan babah,malam ni jgn tido dgn babah!
Amni:*sob sob sob*

Walaupun mgkn mcm ugutan,tp cara tu brkesan..hopefully,xde side effeect la nnt..insya allah.
Dgn cara mcm tu,kami dapat la mghentikn die punye merajuk dan her favorite quote..

Tetapi,selepas berjaya mghentikan amni dr kuat merajuk,Faeiz la pulak mgikut jejak langkah Amni..Die mmg xckp `xnak kawan`tp kalu kite tegah,marah or lmbt bg ape yg die nk,die akan trus lari masuk bilik.; duduk atas tilam sambil tangan kat atas dahi..ala2 mcm nak mnangis tp xmnangis..


Yg ni mmg susah sikit..xtau mcm mane nak brhentikan dr kuat merajuk..yela,xphm lg,xpndai ckp(bile tye Faeiz nak ape),yela die kecik lg..
Kami rase myb ini salah satu cr die nak attract attention dr kami kot.Mcm Amni jugak sbnrnye..Selalu merajuk sbb kekurangan kasih sayang dr kami...Kalau Faeiz sbb die twin..kena brkongsi kasih n segala-galanye..

Amni,Faeiz n Faeiq..mama n babah sentiasa sayang kamu brtiga dan kami cuba sedaya upaya kami untuk memberi kasih dgn seadilnye.Insya Allah.

Ya Allah,kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.

Ya Allah,jadikanlah anak-anakku Amni,Faeiz dan Faeiq ,anak yang taat,yang lembut hatinya,hormat dan berbakti kepada ibu bapanya.Rahmatilah mereka dan berkatilah kehidupan mereka..Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...