Pages

Monday 27 August 2012

Himawari / Bunga Matahari

Salam wbt..Ramai yang dah bekerja ye harini? Selamat kembali bekerja, jangan malas-malas, ingat tanggungjawab kita tau!.hehe. Ok, sana sini orang duk tayang gambar berhari raya, tapi macam saya ni setakat beraya satu rumah je takdela gambar yang nak ditayangkan sangat. Takpe..takpe, panjang umur next year dapat merasai kemeriahan berhari raya di Malaysia.Amin.

Kali ni nak share gambar bunga matahari atau himawari dalam bahasa di sini. Kiranya nama adik ShinChan, Himawari tu diambil sempena nama bunga ni la kot..;p Kami pergi yang di Koiwai Farm, kebetulan waktu tu je Mr K free. Pergi dalam minggu ke 3 berpuasa tak salah saya. Gigih bawak anak pergi sini, actually banyak sangat activiti untuk anak-anak yang boleh kita lakukan kat sini tau. Yang tu lain entri la saya cerita kot. Memang panas sangat time tu, anak-anak tah berapa botol air kot diorang minum.

time ni tak semua dah kembang..ada jugak yang baru keluar bunga dia macam ni..
Tapi, saya suka tengok dan ambil gambar bunga jenis macam ni..
bagi saya sangat cantik!


contohnya macam ni..kalau tengok dari bawah kiri baru saya tahu putik himawari ni macam ni bentuk dia..
lepas tu bunga ni akan lagi membesar putiknya seperti gambar sebelah kanan..
dan akhir sekali sebelum kembang sepenuhnya kelopak warna kuning tu dah mula kelihatankan..

yang ni pula antara dua jenis gambar yang sempat saya ambil..
dua jenis bunga yang berkembang dari arah yang berlainan..
Masya Allah..!

.
actually takdela luas sangat himawari field ni..
tak sebesar yang macam di Sunflower Zama.yang tu memang besar sungguh dan sangat cantik..
kalau la dekat memang saya dah pergi kot..;p


afiya, kenapa tutup hidung?
gatal ek?

sangat tinggi..ada yang lebih 2 meter ketinggiannya..

bunga ni pun sangat besar dan lebar!
lagi lebar dari muka Afiya..;p

kat dalam ni dibuat macam banyak jalan dan simpang..haha teruk sungguh penerangan yang saya bagi.
actually kalau kita jalan dalam 50 meter kita akan jumpa dua simpang, satu kiri atau kanan..
jadi, kalau taknak anak-anak hilang, kenala pastikan anak-anak sentiasa melekat dengan kita..

sang lebah..

dapat jugak bergambar satu family!
susah nau nak ambik gambar dengan bebudak ni tau..;)

tak ingat bila kali terakhir bergambar berdua..
semua bunga ni menunduk/ menghala ke satu arah.-----------> arah matahari.
(eh, yang ni saya tak ingat la belah mana bunga ni menunduk..kalau salah sori la ek)


sekian cerita bergambar dari saya hari ni. Insya Allah, nanti saya sambung cerita bergambar yang lain pulok..hehe
terima kaish sudi membaca. ..:))

17 comments:

Mixed-family in da house.... said...

Saya sangat suka sunflower!!!!

geramnyer....cantik sangattttt

diha said...

cntiknye himawari~ ^_^

Asmara said...

Bebeh! cantiknya gambar2 u! kami pun ada pergi masa seminggu sebelum raya. tapi kecik je tamannya, tapi boleh la buat kenangan dgn himawari. hehe..
*pst..gambar family cantik sangat dah kalau hantar kat salam perantau. hihi..

Nur-nba said...

Wow.. tersangat cantik gambar2 ni.. Nur suka sangat dengan bunga matahari.. Gambar2 akak cantik2 belaka.. :)

lady lavender said...

Cantiiiknya sunflower...tak jemu tgk! Semestinya model2 nya cantik & comel :)

lady lavender said...

Cantiiiknya sunflower...tak jemu tgk! Semestinya model2 nya cantik & comel :)

lady lavender said...

Cantiiiknya sunflower...tak jemu tgk! Semestinya model2 nya cantik & comel :)

lady lavender said...

Cantiiiknya sunflower...tak jemu tgk! Semestinya model2 nya cantik & comel :)

Amie said...

Hai Kamalia... memang rasa malas nak balik bertugas sebab perut kenyang penuh kuih, ketupat dan rendang he he hehhh
Cantiknya bunga matahari... tenang dan damai memandangnya!

☾SHiemaCMa786☾ said...

oo..baru ku tahu himawari is sunflower.. hihih..

yallah..cantiknye pemandangan dan bunga tu..besau ye..

suke tgk.. keluarga bahagia...sweet je tgk pic together2 tu.. :)

FnF Simple Life said...

cantiknya... himawari baru nak berkembang mekar waktu ni ye...

Unknown said...

As salam Kamalia,

Lamanya kita tak singgah sini... Salam Merdeka Raya! :))

Seronok je tgk bunga2 matahari tu... Kalau kat sana panggil Himawari, org sini panggil Girasol! Sol tu matahari! Tetiba nak nyanyi lagu bunga2 matahari... Yg Maya nyanyi tu...hahaha ;D Semoga ceria selalu seperti Bunga Matahari :))

Aziela said...

Wahhh...besarrrrnya?! Selamat Hari Raya Lia....

eija_sweetmama said...

Wahhh..terpegun tgk himawari tu tinggi rupanye

siyes..cantik sangat...
mmg antara bunga yg diminati..

mrs kayrul said...

subhanallah cantiknya bunga matahari

nur easy said...

speechless.. berkali2.. subhanallah

Sang Pengembara said...

salam,

tarikh brape hb masa trip ni ye? harap masih ingt lg. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...