Pages

Wednesday, 5 September 2012

Kuih Lopes

Salam wbt. Update pasal kuih lopes kegemaran rakyat di rumah ni. Asalkan kuih tu berasaskan pulut, memang laku sokmo. Buat ni pun dalam minggu kedua berpuasa hari tu. Kebetulan ada tetamu datang, jadi dah alang-alang tu bolehla dibuat untuk salah satu juadah berbuka puasa. 

Tetamu yang diraikan adalah Iryd and family plus sakinah. Mereka ni baru balik dari Akita, so terusla singgah rumah kami ni sebelum balik ke Sendai. Ya Allah, memang kecoh sungguh time tu tau. Mereka ni kan sangat peramah, memang borak macam dah lama kenal. Pastu pulak, Pitt sangat suka budak-budak kan, bila dia duk main dengan twins, seronok sangat la budak berdua tu. Bila Pitt dah berhenti layan diorang, twins ni pulak panggil Pitt, "abang, jomla main lagi"..actually banyak kali diorang panggil abang..terus perasan mamat tu jadi muda..;p..
gambar ni saya curi dari fb pitt..hehe
gambar juadah pun saya tak ambik, segan kot time tu nak ambik..hehe
kalau tetamu belum datang, memang saya ambik tapi kalau tetamu dah ada depan mata..
simpan jela kamera tu..
ada lagi gambar amni dan ai chan, tapikan bebudak ni dah delete gambar tu dari ipong..huhu
anyway, terima kasih sudi datang.. 
walaupun cerita ni dah basi, tapi disebabkan kuih lopes nila teringatkan korang tau!..haha
lagi satu, perasan tak saya ni jarang letak gambar tetamu yang datang berkunjung 
sebabnya..sebabnya..sebabnya..
saya adalah penyegan nak ambik gambar diorang!..awww..;p

kuih lopes..
cuma guna acuan onigiri je..senang kot..:)
cuma tang air gula tu saya terbuat cair..

Kuih Lopes
resipi: tulip77 myresipi


Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air

Cara-cara
  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.( saya masak pulut guna microwave. rendam dalam 15 minit, lepas tu masukkan santan ikut paras pulut(sebabnya saya guna beras pulut jepun), dan letak dalam microwave selama 10 minit. Lepas tu keluarkan semula, kacau dan masakkan lagi selama 7 minit. Selepas tu keluarkan balik, kacau dan kita boleh tengokla beras tu patut ditambah santan atau tidak. Selalunya saya akan tambah dalam suku cawan lagi lepas tu masak dalam 5 minit. Selepas tu keluarkan dari microwave, kacau sekiranya dah masak bolehla ikut langkah seterusnya tapi sekiranya belum masak boleh dimasukkan sekali lagi ke dalam microwave dan masak selama lagi 4 minit.)
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

12 comments:

~ yus ~ said...

kak yus pun ada buat kueh lopes masa bulan puasa hari tu, rasa mcm resepi yang sama juga akak ikut...:)

FnF Simple Life said...

terbaik laaa... kuih JLo microwave

ijayuji said...

Salam lebaran my dear frennnnnn liaaaaaaaaaaaaa!!! Nak ambik kesmepatan bermaaf maafan dulu>> pssst>> nak buat gaya mcm mak2 kita bermaaf maafan dgn org lerr, duk bersimpuh tunduk kepala bersalam dgn ayat jawa ehehehe... dgn lia ayat ganas2 sikit baru geng hihihi... Selamat Hari Raya, maaf zahir batin, maaf segala salah silap segala kekurangan segala perkara yg SENGAJA atau TAK di SENGAJAkan, dlm sedar atau tak sedar, halalkan segala resepi2 yg dah ambik sama ada tercuri atau minta izin minta di halalkan dunia akhirat, moga persahabatan yg terjalin berpanjangan insyaAllah!!!
Sapa tu yg malu2????? patutnya org yg ambik gmbr tak malu sbb muka dia tak kuar huh! alasan kena tendang lerr tak leh terima pakai ahahaha..

Chik Mimi said...

Salam Aidilfitri Lia , lamanya akak tak melopes ,fave akak kue ni

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

wah sedapnye kuih lopes..
selalu beli jerk x pernah buat sendiri..hehe

mrs kayrul said...

selamat hari raya lia..

kuih kegemaran kayrul jugak..klu nak wat nie kat rumah memang tak laku la..kayrul jer yg suka makan, rakyat lain x suka...klu teringin beli je la

mama sara nur said...

assalam mama tomei
salam kenal
nampak kuih feberet akak bulan puasa ni terus singgah tau he he
memang sedap lopes ni, akak sempat makan masa last puasa kat kg airtangan mak, dah tak cari kuih lain dah.
nak lg bila gula merah pekat2 uihhh memang sedap sgt

Asmara said...

bila sebut kuih lopes mmg aii pun teringat kat U! hihi.. sifu terhebak tu! beb kalau jd roger2 tau. :D

Nadiah Sidek said...

kuih lopes antara kuih kegemaran nasiah! nadiaha pun guna resipi yang sama ;)

♥ Cmª shIemª ♥ said...

nyam3...sodap tu...hihih..

salam aidilfitri kak :)

ieedaz @ mama_isha said...

lamenye tak makan kuih lopes..ehehe
slmt hari raya kakak! maaf zahir batin ;)

Nur-nba said...

Suka makan kuih ni.. Hmm rajin akak buat.. Nur makan berdua je, so tak rajin nak buat... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...