Salam wbt..masih berhutang entry cuti-cuti Hokkaido dulu. Gambar semua dah lama duk terperap dalam draft, tapi itula nak mengarang cerita bukan main pemalas. Ok..ok..kita terus je pergi cerita bergambar ek.
ini adalah Clock Tower (Tokeidai)..
Kami pergi ke sini seawal pagi, memang belum bukak lagi, jadi tak dapekla nak masuk ke dalam tu kan..
kalau dari hotel kami ni tersangat dekat.
beza dalam 3 blok bangunan je kot tapi hari tu kami naik kereta je pun..hehe
yang bestnya pegi pagi-pagi buta ialah orang takde..tempat tu kami yang punya!
tengok jam tu pukul berapa..7.40 kan..;p
ala, sekejap je pun duduk kat sini, ambik gambar, bagi anak berlari sana-sini, pastu terus naik kereta balik.
eh, bukan balik hotel..pergi ke tempat lain pulak deh..:)
yang tak bestnya, kat sini memang takde tempat parking tapi memandangkan kami pergi hari minggu dan dipagi hari, bolehla parking kat tepi jalan je pun..
oh, Clock Tower ni tepi jalan, kalau turun kereta jalan dalam 3 langkah sampaila ke sini..
kalau nak baca sejarah tentang Clock Tower, bolehla klik di sini
acik maleh nak bercerita pasal sejarah hari ni..hehe
Selepas lawatan ke Clock Tower, rombongan Cik Kam meneruskan lawatan seterusnya ke sini pulak..
ini adalah Akarenga or "Red Brick" ataupun nama sebenarnya Former Hokkaido Government Building..
ini juga salah satu attraction yang harus dilawat di Sapporo ni.
kalau dari hotel kami pun tak berapa jauh, dalam 10 minit berjalan kaki,
tapi kalau adanya anak 4 orang boleh jadi 20 minit kot..
hehe jangan risau, kami pergi naik kereta jugak ke sini..
tak kose acik nak melintas jalan banyak kali mengheret anak ramai-ramai nih..
kalau kat sini ada parking jugak, tapi macam biasa, Jepunkan..parking bukannya free..bayar meh..
kami sampai awal jugak, orang masih belum ramai lagi time ni.
diberikan nama sebagai Akarenga sebabnya adalah bangunan ni telah dibina mengguna 2.5 juta red bricks ..
huehue..banyakkan..direka bentuk mengikut french style..
red brick buildings tak berapa banyak di Jepun ni, kalau ada pun memang dibuat khas untuk dijadikan sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dilawat.
untuk membaca sejarah tentang bangunan ini sila baca di sini..
ini pulak adalah Sapporo Tv Tower..
mesti korang kata, tv tower pun nak pergi..haha
actually kami plan nak pergi malam, tapi memandangkan bila balik dari Furano dah malam sangat
dan anak-anak pulak dah tido, batalkan jela niat tu..
rasanya kalau pergi malam lagi cantik kot..kat sini takde apa sangat..
ada tv tower..itu jela, nak naik tower tu memang malas..pastu ada burung merpati yang banyak..
biarkan anak berlari bebas kejar burung pastu balik hotel balik..
ini pun dekat jugak dengan hotel kami, dalam 7 minit berjalan kaki..
ok, kali ni kami berjalan kaki tapi biasala dari 7 minit terus jadi 15 minit berjalan..
kesemua tempat yang saya pergi ni kita boleh access dari Odori Subway Station, kalau tak salah la ye..
macam kami memang dah dekat dengan hotel, jadi boleh jalan kaki je..
selain dari ni, memang tak sempat nak ke mana pun..ada la pergi chocolate factory, tapi itu lain entry la kot..
banyak lagi tempat menarik kat Sapporo, macam Hyakunen Kinentou (100th Anniversary Memorial Tower)..yang ni memang nak pergi tapi tak sempat..huhu.
ni bunga kat Tv Tower tu..
yang si merah mak ngah tu tak tau apa nama bunga..
yang bawah tu wild daisies kot..
ni pulak nama dia bunga butterfly..
hehe..jangan percaya, itu nama yang saya bagi..nama sebenar bunga ni saya tak tahu..
tapi, cuba tengok corak bunga kat kelopak tu..macam butterfly kan.:))
ok..nanti sambung lagi..
insya Allah akan cuba BW petang sikit, ni nak ambik masa nak reply komen yang berlambak saya simpan tu..
bajet macam glemer, tak nak reply komen orang..haha
maaf, bukan tak nak reply..kadang2 tak jumpa masa nak membelek blog ni ha..
9 comments:
wah..gambar semua menarik ;)
Salam lalingggg!! makwe ai yg sorang ni asyik jalan jalannnn jerrrr sian makwe kat sini asyik duk rumah jerr ahahaha.... untung betul kan duk kat jepun boleh meronda keliling peta, kita ni yg laki sendirik org jepun pun tak pernah pergi osakan lagi tauu! ahahaha.... inikan pulak nak pergi hokkaido???? mimpi baik2 mintak dgn tuhan mimpikan pergi hokkaido pun jadikkk lahhh kikiki...
Salam kenal...cantiknya gambar...
cantik2 nyer gambar...:)
Terrrjatuh hati dengan wild daisy tu. Cantiknyaaa....! Bilalah akak nak merasa jejak kaki ke sana. Teringin sangat nak ke Iwate dan Ichinoseki.
pernah pergi backpacking ke hokkaido.. the best pegi kat shakotan misaki, otaru.. best gila.. tp kitorang travel dengan densha.. so tempat yang dilawati tu agak limited.. cuma since nihon punya rangkaian ketapi lebih meluas so ok la..
yg tak best sangat since hokkaido tu kira kampung..bebudak nya pun agak kampung tak pernah tengok gaijin bertudung..dengan shitsurei nya ambik gamba kami dalam densha.. gerammm..
wahhh.... *sambil mata pegun2*
cantiknya...cantiknya...
bila la dpt pi ni....huhuh..
Bulan berapa ke Jepun ni?
Excellent website! I adore how it is easy on my eyes it is. I am questioning how I might be notified whenever a new post has been made. Looking for more new updates. Pictame is an online instagram tool where you can analyze your accounts instantly with its own developed algorithm. With this tool you can instantly see your own profile strength and interaction rates. This tool is completely free.
Post a Comment