Pages

Wednesday, 24 February 2010

Asam Jawa ..

Pagi tadi bukakla hot fm..dah lama tak dengar online radio..Pastu si Fafau dan FBI ceritala pasal berita yang keluar kat Harian Metro..ishkk..kembang tekak saya dengar cerita ni..Terus bukak myMetro,baca kisah ni..eiii..gelinya..tak terbayang saya kalau saya yang pegang benda tu..konpem terlompat-lompat sebab geli..takpun, saya nak pengsan kot..huhuhu...ni antara petikan dari myMetro tu. :)

JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.

“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.

Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.


6 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam..aduhhh..meremang anak tekak di buatnya..

Kamalia said...

mmg..saya yg baca ni rs mcm nk trmuntah dah..pasni,kot nk guna asam jawa,kn tgk2la.tkut kita pulak yg trkena..:p

zalieda said...

salam kenal kamalia..
saya baca metro semalm pasal tu ler.. rasa loya anak tekak nie.. siap malam tadi mengigau terbeli asam jawa yang ada camtu gak.. heee.. meremang bulu roma.. nasib baik mimpi jer.. lain kali nak beli asam jawa beli yang adabi yang takde biji.. lagi selamat kot..

Idayu said...

ler yea ker? kot QC nih tak buat kija kot??

Ajzie said...

Makkkkkkk aiiiii.. biar betul nih? isk isk isk..

Kamalia said...

zalieda:- hi,sian nye..smpi bole trmimpi2 pulak..mmg,kot nk slmt kn guna yg seedless kot.:p
idayu n k.ajzie:- ye..betul la kot..rasa qc ni pun tkt nk check btul2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...