Pages

Sunday, 28 February 2010

Mini Sosej Roll

Buat untuk minum petang..Arini agak rajin jugak,lagipun stok roti dah habis..Tak taula yang ni bole bertahan sampai bila..kot-kot malam ni dah habis.:p

Yang ada terjulur keluar tu saya salut dengan sliced cheese:p

Belajar buat roti ni dari raja roti..hehehe, jangan marah ye ros....resipi ni pulak amek dari k.hana..Saya c n p ye resipi ni kak..bole la..bole la..k, tq:)

Bahan-bahan
  • 250g tepung roti
  • 6g yis kering
  • 50g gula
  • 50g butter
  • 20g susu tepung
  • 1 biji telur- size S
  • 70g water roux
  • 1/2 sk bread improver
  • 1/2 sk garam
  • 90-100ml susu segar
  • sosej secukupnyer - rebus dahulu
Cara-cara
  • Masukkan semua bhn kecuali sosej ke dalam BM. dan tekan setting dough ONkan. Tunggu hingga siap.( saya xdo en.bm tu, guno tangan ni jo la)
  • Naikkan doh hingga dua kali ganda. Tumbuk2an bagi mengeluarkan angin.
  • Ambil 25-30g. canaikan doh,buh sosej dan gulungkan. Letak di atas loyang.
  • Naikkan roti sekali ganda lagik. Panaskan oven.
  • Bakar 180 selama 15min atau hingga masak.
  • Dah masak sapukan butter agar berkilat dan sejukkan di atas redai.

Can You Keep A Secret ?


Meet Emma Corrigan, a young woman with a huge heart, an irrepressible spirit and a few little secrets:
  • Secrets from her boyfriend:- i've always thought Connor looks a bit like Ken. As in Barbie and Ken
  • Secrets she wouldn't share with anyone in the world:- I have no idea what NATO stands for or even what it is..
Until she spills them all to a handsome stranger on a plane. At least, she thought he was a stranger...Emma comes face to face with Jack Harper, the company's elusive CEO, a man who knows every single humiliating detail about her...

~~my opinion~~

I really enjoy reading the book Can You Keep a Secret? This book was written by Sophie Kinsella. First time baca ni long time ago, masa zaman anak dara lagi..It was borrowed to me by my ex-housemate, and she says the author was the one who wrote the Shopaholic novels. I do remember those novels (walaupun tak pernah baca :p). Beli last month kat Infinity Books Japan..I liked the characters ; my favourite was Emma because her honesty got her into so much trouble at times , and I liked her funny narrating throughout the book. Yang kelakarnya, bila first day si Jack Harper ni datang opis, dia dah kelam kabut giler...part yang tu memang best sangat..She was so embarrassed, and this is the best part of the story. You can imagine how Emma faces her new CEO and how her love life with her boyfriend then turned out to be.The are so many emotions to be felt throughout the book ; Happiness , Sadness ,Romance , laughter , jealousy...and we share them all with Emma. I loved everything about the book from the characters to the storyline.I laughed from beginning to end (I did have to stop for the sad scenes though!) However there was one thing I disliked about the book ; at 364 pages it was far tooo short!! I could have read it and read forever!

Saturday, 27 February 2010

Meatballs in tomato sauce

Malas nak masak nasi, jadi lunch arini makan spagheti dengan meatballs in tomato sauce..hehehe.nanti tuk dinner kena gak masak..malasnya arini :(

Ishkkk...tangan sape pulak ni..besonya tangan..ngehngehngeh..:p


Ambik resipi ni kat dapur k.ijan..jadi,kalau nak tengok yang lagi molek, bole tengok kat blog dia la ya..

Jom tengok resipi.:p

Meatballs in Tomato Sauce Recipe-adapted from Jamie O TV program
  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar –
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs (ltk dlm 4 sudu)
  • 1 telur
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang (tak letak)
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan
  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola sepak tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap :)

Friday, 26 February 2010

Sobetsukai..

Sobetsukai ni untuk raikan adik2 yang dah graduate..Congrats! Jadi, pasni tinggal 15 orang jela orang m'sia kat sini..:(

Yang diraikan ada 5 orang, tapi yang datang cuma 4 orang je..lagi sorang tu demam..Macam biasa, mesti ada makan-makan..Yang masak sume anak-anak dara, mak dara yang sorang ni tak dapat nak tolong..hehehe..handbag penuhla..(anak-anak xde orang nak jaga)..Jadi, saya cuma bawak brownies je..Taktau nak bawak potluck apa, waktu tu teringin nak makan brownies, jadi buatla sekali..Agak manis, walaupun dah kurangkan gula dia :)

Tak tau nak cerita apalagi, layan jela gambar kat bawah ni..peace:D

From left to right:
Upper:- tempura udang, burger ayam n nasi goreng black pepper..my kids xleh makan. podeh:(
middle:- daging masak merah, ayam masak kicap n puding
bottom:- chocholate cake, brownies (sapela punya brownies nih:p)


Diberi penghormatan tuk bagi adik2 souvenir..hehehe..nampak muda sekali.:p


Gambar kami sefamily dengan adik2 yang dah grad ni...



Cian Faeiq.(red sweater), nangis sebab termakan sambal kicap cili api..huaaa..pijar mulut :o(

Wednesday, 24 February 2010

Asam Jawa ..

Pagi tadi bukakla hot fm..dah lama tak dengar online radio..Pastu si Fafau dan FBI ceritala pasal berita yang keluar kat Harian Metro..ishkk..kembang tekak saya dengar cerita ni..Terus bukak myMetro,baca kisah ni..eiii..gelinya..tak terbayang saya kalau saya yang pegang benda tu..konpem terlompat-lompat sebab geli..takpun, saya nak pengsan kot..huhuhu...ni antara petikan dari myMetro tu. :)

JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.

“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.

Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.


Tuesday, 23 February 2010

Nasi Pulau Malas

Walaupun badan tak berapa sihat sebenarnya, tapi bangun pagi masih bersemangat nak masak nasi pulau malas ni...malam semalam Faeiz setiap 1/2 jam mesti bangun..meragam..lepas tu Faeiq pulak..Jadi, rasa macam tak tido sangat ..yang bestnya arini breakfast hubby yang masak..Thanks bi :))

Resipi ni saya ambik dari lady zaini..credit to her and also her friend yang mencipta resipi ni..memang sedap dan simple mimple..easy to cook..muah..sayang korang :p


Nasi Pulau Malas sedap dimakan bersama Rendang Daging Omak Den :-)

Actually resipi yang kat sini saya dah edit sikit..ikut selera saya..Harap datin z tak marah ye, this is for my own reference..hehehe; peace..

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 3 cawan beras basmati
  • 4 cawan (air rebusan daging)
  • pewarna kuning (optional)
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • bawang goreng
Cara-cara
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Tumbuk semua bahan tumis.
  3. Panaskan minyak sapi dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air rebusan daging tadi bersama dengan bawang goreng.
  6. Masaklah nasi seperti biasa.
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk pewarna kuning. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.

Monday, 22 February 2010

Antara Sabar Dan Mengeluh

Untuk renungan bersama....

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah s.w.t. dalam sebuah hadith Qudsi,:
"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabda Rasulullah s.a.w pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Sunday, 21 February 2010

Hinum Hetang..(Amni's version)

Petang ni minum petang buat karipap dan bubur pulut hitam..Agak rajin dan hubby pun ada kat umah, so adala orang nak jaga anak..Nasib baik bubur pulut hitam tak masin macam semalam..huhuhu..Dan karipap pun sodap.:D

Karipap ni putih je...yang ni bakar dalam oven je..yang goreng dah habis:))

Inila bubur pulut hitam yang menjadi..hihihi

Roti canai

Roti canai satu mamak.!.Dah lama dah tak dengar bunyi tu..Hehehe. Pagi tadi buat roti canai, sedap..Uli tepung malam semalam, pastu pagi tadi baru masak..Tukang tebar roti siap import lagi..import dari bilik tido.kihkihkih..sian, tak dapat bangun lambat..(kejut hubby, mintak dia tolong tebarkan roti canai tu..) Thanks bi.:p

Tukang tebar roti ni amatur lagi rupanya..hahaha.Tak pernah buat roti canai, selalunya beli je..Tebar punya tebar, tak jadi jugak..Asyik koyak je.

Apalagi, main tarik-tarik jela roti tuh,asalkan dia jadi nipis...

Mmmm..memang sedap..garing dan nipis je..Makan bersama kari ayam..:))

Resipi ni amek dari joayee @ MyR..Thanks for the recipe..Resipi akak saya c n p je ye..tq..

Bahan-bahan ( 12-16 biji )

  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air(saya lebihkan air skit)
  • *1 egg-50gm( guna telur yg agak besar)
  • *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
  • *1 tsp garam-6gm
  • *1 tsp butter/margerin-15gm(letak dlm 20g)
  • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

  1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh
  4. rehatkan doh selama 10min
  5. uli lagi selama 5min
  6. **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
  8. bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
  9. *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
  10. *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
  11. *NB: refer to komen from skyblue&yani:I dah update jumlah air to 250gm. nak clarify ,Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
  12. lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

Garam dan Gula..

Niat di hati nak masak bubur pulut hitam, favorite hubby tu..my MIL kata, letak la sikit garam bagi rasa lemak kat bubur tu..Saya pun letak la..Tapi bukannya secubit, bercubit-cubit saya letak..Bila rasa, macam tak lemak pun?..Pastu letak gula pulak..Rasa lagi, kenapa takda rasa apa-apa ni? Ok la, biarla menggelegak dulu..(nampak sgt xtau msk, supposed letak grm n gula bila dah menggelegak..hihihi)...Bila dah menggelegak rasa sekali lagi, perghh..masin la pulak..Okla..tambah air dan gula, harap boleh la hilangkan masin tu..Ok, dah sedap rasanya..Suh hubby rasa pulak...Hubby kata sedap.:D

Saya pun masuk ke dapur balik, tak puas hati dengan rasa bubur tu, saya letak secubit lagi garam..(taktau la kenapa beria nak tambah garam, padahal bubur sepatutnya rasa manis..huh) :;(

Pastu, kami pun duk mengadap lunch..Hidang sekali bubur pulut hitam tu...

Hubby: awak tambah garam lagi ke?
Me: Ha aa..Nape? Masin ke?
Hubby: masin la..Tadi dah ok dah rasa dia..

Dan dalam waktu yang sama Faeiz pun bagun dari tido..Demam, jadi selalu merengek..Susah nak bergerak bila dia demam ni..Saya pun terus BF Faeiz..

Me: Bi, awak tolong tambah 2 sudu lagi gula..

Hubby pun ke dapur, selang 2 minit lepas tu, dia masuk balik..

Hubby: ma, kita terletak garam la..2 sudu..masin sangat..Hehehe..Camna nak buat ni?
Me: jap pikir...(saya pun mula la pikirkan cara nak hilangkan masin tu..) Ok, awak buang kuah dia, pastu awak masuk kan santan yang baru..letak gula sekali..
Hubby: santan nak letak banyak mana?
Me: agak-agakla..(taktau nak ajar dia macam mana...muahahaha)..

Faeiz pun dah habis BF, terus ke dapur..Tengok apa cite kat dapur tu..

Hubby: kita rasa tak jadila..masin lagi ni..
Me: meh kita rasa..Ha aa la masin lagi..
Hubby: takpela..awak buang jela..esok buat lagi..
Me: takpe ke? kesian pulak awak..
Hubby: takpe.:((

Jadi, saya dengan hati yang berat, buangla bubur pulut hitam tu..Rasa membazir betul..Tapi tula, taktau nak buat camne dah..Tak taula kenapa kami semalam asyik nak letak garam je..Mungkin hari garam sedunia kot??

Hari ni buat lagi bubur pulut hitam..Ganti yang semalam..Hehehe..tapi, letak secubit je garam..pengajaran dari yang lepas:))

Friday, 19 February 2010

House hunting

Baru je balik dari house hunting..tak banyak pun, satu rumah je..Pegi dengan agen, cari rumah yang 3 bilik dan besar dari sekarang..Rumah tu just nice tuk kami berlima, tapi terlupa lak yang kami memerlukan space lagi besar dari rumah tu..Sebabnya kami ada 2 buah tolocar dan satu basikal..Yang lenlain, takdela besar sangat barangnya..Yela, dengan rumah sekarang ni, kesian my kids. Nak main basikal dan tolocar tu tak bergerak sangat..Rumah sekarang ni sekangkang kera je. Hihihi..Dua bilik dan takda extra space tuk bebudak ni bermain...1 bilik tuk bilik tidor, 1 jadi living room..So, kalau ada buat majlis, memang sempit sesangat..Lagi satu, rumah ni memang sejuk sangat..Tak tahan..Lagipun, jiran kami sume bujang..Aritu macam dah kena sound sikitla..Biasala bebudak kan..Tak bising, bukan budak pulak ye tak?

Bestnya kalau dapat living hall bosa nih..memang puas hatila..(in your dream..muahahaha)

Actually, kami tak sangkala bila dok Jepun ni pun kami akan berpindah rumah..Kalau kat M'sia dulu, 3 kali kami pindah rumah dalam tempoh 3tahun..huhuhu..Rumah 1st n 2nd takdela penat sangat, barang tak banyak..Tapi, memangla..Bila tak sesuai je dengan rumah tu, kami mesti pindah..dengan cara yang baik..Informed landlord awal-awal nak pindah rumah..Last sekali kami pindah sebab hubby dapat jadi felo kat kolej TF..Yang tu bestla..sume free..hehehe..

Sekarang tak decide lagi nak tak duduk kat rumah yang kami tengok tadi..Tengah pikir lagi ni.:)

Thursday, 18 February 2010

Ayam Percik

Ayam percik..ayam percik..sapa nak, bole..bole..bole..bole tengok je..muahahaha..Sori..gurau jek..
Masak ayam percik ni untuk lunch arini..Rasa ok la, memandangkan resipi ni ayam percik kelantan, jadi saya agak kurang sikitla..Saya suka yang biasa-biasa tu..Tapi tula, tak jumpa lagi resipi yang saya suka tuh..Kena rajin menggodek dapur orang lain la pulak.:)

Resipi ni amek dari kak Yani MyR.Time kaseh ye kak..Saya c n p je resipi ni,bole? Time kaseh sekali lagi :D

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 sekor ayam yang dipotong 4
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
  5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

Tuesday, 16 February 2010

Di Pagi Hari..

Hari ni pukul 4 am saya dah bangun..takut hubby lewat. Nak pegi mana? Nak pegi kenkyu. Ada jikken pukul 5am..Tak masuk dek akal betul la diorang nih..Pukul 5am nak buat jikken..Tsk..tsk..(T_T)

Lepas hubby pegi (dalam kul 4.45am), Amni pulak bangun..Ingat baru nak sambung tido..Cari babah..Dah pujuk suh tido, nak susu pulak..Buat susu, masuk bilik, tengok Faeiz pulak dah bangun..Haishh..lepas sorang-sorang bangun nih..Amni nampak gaya macam tak nak tido..Pujuk Faeiz suh tido..Taknak jugak. Nak main tolocar..

Akhirnya, dalam kul 6am, berjaya jugak tidokan Faeiz..Baru terlelap sekejap, Faeiq pulak bangun..Huaaa..mama ngantuk nih..Pastu Amni dengan beraninya keluar bilik, switch on the pc..nak tengok katun la mama..Terpaksala mama ni keluar carikan katun yang best-best tuk dia tengok..Okla,tengok Bee ye? Taknak, Amni nak tengok cite monkey..(tarzan)..K..bukakla dan dia pun tengok ngan Faeiq..Tapi mama dah takleh nak tido pulak..Bila dah pukul 6.30am, rutin harian pun berjalan la macam biasa..sampaila ke malam nanti.:-))

Yuki matsuri...



Yuki matsuri adalah salah satu festival yang popular di Jepun. Festival ni diadakan pada setiap tahun bermula dari 5 Feb hinggalah ke 12 Feb..Di sini kita akan dapat tengok ais yang diukir begitu cantik sekali..Kat M'sia konpem tak dapek tengok..(kat Genting ada la kot??)

Aritu beramai-ramaila kami pergi ke yuki matsuri ni..Kalau dari Morioka lebih kurang setengah jam memandu..Bila sampai je kat sana, budak- budak ni dah tido la pulak..Tak tau nak kejut atau tidak..Kitorang pikir macam nak tengok fireworks dari dalam keta dan pastu balik jela..kononnya..Tup-tup, adik-adik ni semua kata takpe, kitorang bole bergilir dukung budak bertiga nih..Kami apalagi..kecik tapak tangan, stadium bola kami hulurkan..chewah..

Luckily, budak bertiga ni bangun lak..Jadi, diorang dapatla tengok fireworks tuh..Perghh..memang cantik..

Tapi, gambar yang cantik takdak la pulak.huhuhu

Amni dan twin bila nampak je yuki, apalagi mula nak turun..Dah tak nak dukung..bila dah turun tuh, dah tak ingat kat kitorang la..Nasib baikla adik-adik ni rajin nak kejar dan layan budak bertiga ni..Time kaseh ye!..Nak harapkan mama diorang ni memang dah tak larat dah..Sejuknya..gekgekgek..ketaq-ketaq gigi :))

Jadi, bole la tengok gambar di bawah ni..ada yang dah published kat fb..

Tak sangka kami berdua muat masuk kat dalam lubang nih..kihkihkih..

Bersama adik-adik.(nampak diri ku muda skali..ahakss);p

Tak tau apa nama benda ni..snowmobile ni kat belakang tuh ada la tiga bahagian tempat duduk..kitorang duduk di bahagian belakang sekali..memang menakutkan..driver tu akan bawak kita pusing-pusing, tapi dia bawak memang laju gilerrr..benda tu macam nak putus je..tak larat tangan ni nak pegang tali kat tepi tuh..kang kot tak pogang kuat-kuat, tercampak la pulak.huhuhu..Pastu sejuknya..konpem korang yang penakut macam saya ni terjerit-jeritla..pastu siap cakap, bila la benda ni nak berhenti nih...(*~*)

Saturday, 13 February 2010

Muffin Pisang Coklat...

Memandangkan stok pisang banyak, jadi untuk minum petang tadi buat la muffin..Senang sangat nak buat..hehehe..Dan menjadi pulak tuh..huhuhu..Bangga dengan diri sendiri.. berjaya membuat muffin dengan jayanya :D

Yang kat bahagian atas tu letak diced walnut..Sila la rasa..Sodap :))

Friday, 12 February 2010

Milik Siapakah Hati Yang Kejam Itu??

Perghh..Tajuk panjang giler..Agak-agak la kan kalau bagi tajuk ni kat Norhayati Berahim, dia nak tak? Huhuhu..konpem reject!!.

Ok, back to the story..Saya rasa semua orang dah bacakan kisah pembuangan bayi yang makin berleluasa sekarang ni..Yang terbaru pada 11 Feb..Kisah ni betul-betul menyayat hati..Saya tak mampu menahan air mata saya dari menitis bila baca kisah bayi malang yang dihurung semut ni..Ibu manalah yang kejam sangat tu? Takkan takda secebis pun rasa kasih untuk bayi yang dikandungnye selama 9 bulan 10 hari ni?? Tak tau saya nak gambarkan bagaimana hati Ibu ni...

Kenapa ibu yang telah diberi kekuatan untuk mengandung dan melahirkan bayi ni begitu tega untuk buang bayi ni selepas dilahirkan? Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya selepas baca berita ni..Nampak dari gambar tu macam cukup je sifat, badan macam gebu dan besar rasanye bayi tu..Agak-agak la kan bayi ni sempat tak di azankan? rasa tak setitis susu ibu dia? apatah lagi pelukan dari ibu bapanye sendiri...Binatang pun tahu sayangkan anaknye!

Kalau rasa kehadiran bayi tu menyusahkan, bagila kat orang lain..ok..easier said than done..takpe, mungkin takut orang kenal awak, cubalah tinggalkan kat hospital atau balai polis ke? Rumah kebajikan pun ada .. Kalau takut orang tu ingat muka kita, pakaila topeng..Bila dah bagi (kat pak guard hospital), larila..suh kawan tunggu kereta kat tempat yang tersorok ke?? Ada tak diorang terfikir macam yang saya fikirkan ni? Entahla ye..mana nak tau..Saya harap waktu diorang tinggalkan bayi tu, dia dah tak bernyawa..Sekurang-kurangnye takda la bayi tu menangis kelaparan, kesejukan atau kesakitan kena gigit semut-semut tuh..TAK terbayang saya kalau bayi tu masih bernyawa..Sedihnye..

Sebenarnye kalau ibu bapa bayi tu masih ada akal, mereka boleh bagi kat sesiapa pun..Masih ramai orang di luar sana yang mengharap kehadiran anak..Ada yang berkahwin 10 tahun pun masih belum ada rezeki..Carila mereka ni..Mesti ramai yang nak..Kot nak bagi orang yang dah ada anak pun, mereka tak kisah..Tapi itula, kita tak tahu hakikat sebenar..Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Mungkin perempuan ini diperkosa, jadi mungkin famili dah buang dia ke?? Tapi, dengan cara membuang bayi tu, tetap pilihan yang salah..Cuma yang saya harap, sewaktu bayi ni dilahirkan, dia dah tak bernyawa..Sekurang-kurangnye, takda la bayi tu terseksa..

Ya Allah, tempatkanlah anak yang tidak berdosa ini di syurgaMu Ya Allah....dan angkatla bayi ni menjadi Pari-pari di syurgaMu..Amiin.

Thursday, 11 February 2010

Projek Memasak

Projek memasak saya mula-mula berjalan lancar..Tapi,selepas dua hari, dah tak larat..Penatnye..Setiap kali ke dapur, mesti ada assistant datang tolong..Siap bawak kerusi lagi..Yela, nak berdiri sama tinggi la kononnye tuh..hehehe..Nak tahu sapa budak tuh?? Faeiq Fahmy..eiii..geram je ..mesti nak datang ke dapur, pastu main air kat sink..Sepatutnye bole siap dalam setengah jam, bole delay jadi satu jam..(*~*).

Jadi, hari selasa saya masak yogurt muffin..Amni tak suka sangat, luckily the duos suka bangat..nyum..nyum..
Inila yogurt muffin + coklat..first timerkan, jadi taktau sangat nak isi berapa banyak adunan tu kat dalam cup..tak cantik sangat sebab tak penuh:(

Yang bawah ni, letak strawbery coklat..

Ok..yang tu ari selasa..Hari rabu pulak, buat strawberry cheese cake..Buah strawberry takde, guno jem yola..huhuhu.Dah nak habis, baru teringat tak amek gambar lagi..

Tadaa..inila cheese cake ku..takboleh nak kata apa gak..1st time buat kan..nasibla..

Dan hari ni, saya buat soft honey buns tapi jadi scone la pulak :))
..tak tahu apa salahnye:( ..tak macam roti pun..naik sikit je, bole tak salahkan room temperature?? rasanye sebab tu kot..hihihi
..Resipi sume dah ikut sebijik dah, tapi tula..dah tak jadi kan..nak buat camno yo tak??huhuhu

Lupa..Ada lagi satu..pizza..bolela..takda la cantik mana pun, tapi sedap..

Takpe..takpe..nampaknye projek memasak minggu ni hasilnye tak memberansangkan..It's ok, practice make perfect!! yosh.. gambatte...

Inila laporan memasak dari saya sepanjang tiga hari ni..Hehehe

Gaikoku Mart

Pengumuman...Gaikoku Mart akan di tutup pada 21.02.2010...Sedihnye :((

Kami tahu berita ni minggu lepas lagi, lepas solat Jumaat... pengumuman dibuat oleh tauke Gaikoku Mart sendiri ...

Kalau nak tahu, inilah satu-satunye kedai yang menjual makanan halal di Morioka ni..Jadi lepas ni, kalau nak beli barang; ayam, daging, etc(halal food) dah takda pilihan lagi, kena jugakla beli kat Baticrom atau kat Halal House...Yang bestnye kedai ni, ada jual macam-macam produk dari M'sia..; milo, biskut Julie's, coklat dan segala rempah ratusla..Tapi kalau kat Baticrom atau Halal House, tak banyak produk dari M'sia..milo takda, coklat takda..(nampaknye, kena la order dari M'sia)..

Selain produk dari M'sia, Gaikoku Mart ada jugak menjual barang-barang dari Filipina,Pakistan dan India(semestinye), dan ada jugak barang-barang dari negara barat..

Asalnye kedai ni dibuka dengan niat menyediakan halal food untuk muslim kat area Morioka ni... Gaikoku Mart ni ditutup sebab mengalami kerugian semenjak 6 bulan yang lepas..Kesian..Tapi kalau kami, kami memang dah jalankan tanggungjawab dengan selalu membeli di kedainye..Yang sedihnye, Gaikoku Mart ni sebenarnya bayar separuh duit sewa untuk surau di Morioka ni..Lepas ni, tak taulah macam mana..Mungkin semua orang kena tanggung sama-sama duit sewa untuk surau ni..

Tapi bak kata hubby... itulah kehidupan... kita yang berniat baik tak semestinye akan dapat balasan yang baik dari masyarakat setempat... jadi fikir2lah... kalu nampak mane buleh tolong, tolong je la selagi berdaya... huhuhu sedihnye:((

Tuesday, 9 February 2010

Sheperd Pie + Mutton Gril

Hari ni terlebih rajin la pulak..Tiba-tiba nak buat sheperd pie yang macam ijan ni buat..Memang sedap..Pastu, memandangkan mutton tu dah lama dok terperap kat dalam freezer tu, masak la sekali..Agak-agak hari ni berapa ye kalori kitorang naik??Malas nak pikirla:-))

Amni sibuk nak interframe gak..

Taadaa..Inila sheperd pie + mutton grill...

Sheperd Pie Recipe-adapted from Gordon Ramsay Healthy Apetite

  • 1 large onions, grated
  • 2 garlic cloves, grated
  • 1 1/2 carrots, peeled and grated
  • 500 gm minced lamb
  • 50 gm mushrooms, thinly sliced-or in can
  • 4 tbsp tomato puree
  • 2 generous tablespoon of chili paste
  • 1/2 cube of chicken stock
  • salt
  • olive oil/oil
  • For mashed potato topping:
  • 500 gm potatoes, peeled
  • 75 gm butter
  • 4 tablespoon of milk
  • Salt and fresh ground black pepper
  • 25 gm Parmesan cheese, grated
  • Olive oil
  • Sea salt and freshly ground black pepper
  1. Pre- heat the oven to 200°C.
  2. Prepare the meat:
  3. Heat up olive oil/oil in a saucepan and fry the onions, garlic carrots until golden. In a separate pan, heat up 2 tablespoon of oil and cook the minced meat until browned, stirring constantly to break up the meat and ensure it cooks evenly. When the mince is browned and all water has drain off, add the chilli paste and tomato puree. Cook for about 5 min. Add the mushroom, chicken cube and salt, stir well. Finally, add the carrot and onion mixture and constantly stirring for about 5-10 minutes or until lightly golden.
  4. Prepare the mashes potatoes:
  5. Boil the potatoes and cook for about 20 minutes until softened. Drain and cover with a lid to steam ‘dry’ and reduce any excess moisture. Add the butter and milk and mash thoroughly, grate half the parmesan into the potato and mix well. Don’t allow the potato to become too wet or they won’t crisp up nicely in the oven. Season.
  6. Prepare the sheperd pie for baking:
  7. Place the meat into an ovenproof container. Spoon/pipe the potato mixture over the meat, sprinkle with the remaining parmesan and finish with a drizzle of olive oil.
  8. Bake for 25-30 minutes or until the top is golden.

Sunday, 7 February 2010

Ahad...

Hari ni hari yang begitu mengenyangkan..Hehehe..Masak..masak..dan masak..Pastu makan..makan dan makan lagi..Kami dah lama nak makan pulut kuning ..akhirnye dapat jugak makan..nyum..nyum..
Mula-mula, taburkan serunding di atas pulut kuning..Background tu abaikan ye..huhu

Pastu, gulungkan...


Jadila pulut serunding..best.!! Cara ni belajar dari kak Hana..memang kretip la kakak sorang nih..dan teramat la rajin..

Selain di makan bersama serunding, bole jugak di makan bersama sambal ikan bilis..sodap!

Ok..yang tu untuk breakfast...Untuk lunch pulak..cuba teka?? Ye, betul...

Ayam panggang Kenny Rogers..nyum..nyum ..besh..memang rasa macam kenny rogers la..Resipi kot nak, bole mintak kat saya..dapat pun dari orang lain, tak ingat pulak dari blog sape..main tulih je aritu...lagipun malas pulok nak tulih ni..dah ngantuk.;p

Opss..lupa plak..ayam ni di makan bersama nasi lomak..Memang berlomak-lomak badan kami ni ha..kihkihkih..

Friday, 5 February 2010

Novel

Apa yang menyebabkan saya sibuk dan malas?? Projek menghabis stok novel yang ada..Ala, macamla ada expiry date novel tuh!!..Memangla takde, tapi sebab novel yang baru saya beli dah nak sampai ni..hehehe..tak sabar nak baca.:D

Saya ni sejak ada anak ni, memang agak malas nak membaca..Sibuk..Lagipun kalau nak membaca depan twin ni, memang susah..Walaupun dah bagi buku seorang satu, tapi diorang still nak jugak buku yang kita baca tuh..Ishkk..memang fening..Jadi, kalau nak membaca sangat tu, bagila diorang main apa-ape ke atau bukak katun yang best ke..Tapi kadang-kadang tak menjadi jugak..Terperapla novel tu. Tsk..tsk..T_T

Selalunye dulu, waktu zaman study kat S.Alam dan keje dulu, selalu beli used book je..Murah pun murah dan kualiti pun masih baek lagi..Kat mana ye saya beli ??..Ha..Ni my faveret used book shop..Takde lak gambar kedai tu, tapi yang penting owner India..Selalunye yang ada setiap kali saya datang mesti ada sekurang-kurangnye dua orang uncle nih..Not so friendly..Suam-suam kukula :(

Nama kedai pun dah lupo..Yang pasti kedai dia di tepi tangga dan depan pintu masuk dia pulak bertentangan dengan McDonald's kat CM tu..Faham tak??Takpela, buat -buat pahamla ye..Acik pun dah tak hingat sangat dah nih..Dekat empat tahun tak pergi dah..Lepas daku membawa diri ke Bee Pee..

Kalau kat Japan ni, saya beli buku kat internet je..Ada satu online shop tu yang ada link dengan Amazon..Infinity Books Japan..Memang jual online used book (english)..Harga yang di jual murah..affordable..Selalu yang paling mahal pun setakat ni adalah 500 yen je..murah kan..hehehe..tak cayala tuh..Kat Amazon pun ada gak, tapi rasanye lagi murah kat Infinity ni kot..Contohnye macam buku ni :- Can You Keep A Secret by Sophie Kinsella..Kalau kat Amazon ¥ 599 tapi kat Infinity 500 yen je..Walaupun beza cuma 99 yen, tapi saya tetap berkira jugak.:>))

Magazine pun diorang ada jugak jual, tapi takde yang menarik..Nextime, cuba jengah kat Amazon pulak..Saya ni kena membaca, kot tak tepu otak nih.(*-*)

Monday, 1 February 2010

Facebook..oh.. Facebook

Aritu ada dapat video nih..Fido yang forward..Cett!!..Fido, ingat akak macam ibu- ibu yang len ka?? Ni sume pasal facebook..



Kalau saya dan hubby, biasa-biasa je la..takdela sampai dok mengadap 24hours..huhu..Cuma baru-baru ni je kami macam ada sket competition..muahuahua..competition apanye..pasal friends sapa paling ramai..kihkihkih..Macam dah takde benda lain lagi nak buat dah..

Hubby: ishkk..friends awak dah ade 145 la..(intonasi mengejek..)
Me: Awak pulak dah berape?

Hubby: Baru je 170..kihkihkih...kawan kite paling ramai..

Me: Ala, kite sebenarnya malas nak add budak2 skola kite..Dah tak ingat sape diorang tu sbnrnye..(intonasi nak menang, tapi tak tau nak jawab ape..)

Hubby: Takpe, awak add je la kawan2 kite..

Me: La, sama jela ...kite bukannye kenal kawan awk pun..

Jadi, bila dah macam tu, saya pun terpaksa la request nak jadi friend kat budak-budak skola saya dulu..amek ex-classmate je pun..Saya ni malas sket nak request kat orang ..kalau bole, biar orang yang request kat saya..hehehe..macam la saya ni fofular sangat kan..Kalau ada suggestions pun, selalunye saya buat tak tahu je..yela,malaskan. Itula sebabnye kawan saya tak ramai..Peduli ape korang ek..ikut ko la kamalia..huhu.:D

Ekceli, ada bagus gak..Yela, bole jumpa kengkawan lama..Tapi, tula manusia ni macam-macam kan..Yang tak patut tulis pun, nak tulis..Ada sorang tuh, bole pulak mengutuk maid dia..sampai tulis b****..ishkk...bagi saya benda ni kan sume orang baca dan tengok, jadi takyah la nak tulis benda yang bole memburukkan diri sendiri..Ishkk..Lantak diorang la kamalia..Ikut diorang punye sukala...Yang nak membebel kat sini apsal pulak..

Itula kan..manusia ni ada macam-macam ragam..(*^*)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...