ORANGES MUFFINS
Bahannya:
2 cawan tepung
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar parutan kulit oren
1/2 cawan butter (dicairkan)
2/3 cawan jus oren -saya perah dari buah oren
1 1/2 sudu besar oren sunquick -saya tambah
2 biji telur
1/2 cawan kacang walnut - saya tak letak
topping : -saya tak letak, saya taburkan coklat chip
1 sudu besar butter cair
1/4 cawan gula perang
1/2 sudu teh ground cinnamon
Caranya:
Campurkan tepung, baking powder, soda dan garam, kemudian ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Masukkan pula gula halus dan parutan limau. Kacau sebati
Satukan jus oren, butter cair, oren sunquick dan telur. Kacau sebati dan tuang ke dalam mangkuk tepung tadi.
Gaul semuanya supaya bersatu, tapi jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya sebati.
Masukkan ke dalam muffin try.
Untuk topping, gaul rata butter, gula perang dan cinnamon. Kemudian taburkan di atas muffin tadi.
Bakar muffin pada suhu 175 / 180 C selama 20-25 minit.
5 comments:
muahaha..sukee sukee dapt muffin 3 ketoiii... erkk lebih skit tak leh ker..kikiki..kn bagi betis nk peha kan..comel muffin mu itew kamaliaa
kak lia,mie nk jugak!!!!
muffin.. lama tak buat.. tentu sedap sebab rasa oren..
klu dh sggh kat rmh izah..tgk semua muffin pun rasanya nk cuba buat sendiri.
izah..muahaha..yela2..amik la 5 ketui..nnt sampah jgn sepah2 tau..tp,mmg sodapla izah..
mimiey..amiklaaa...
juwita:sedapkak..saya lagi suka muffin camni dr cekelat kot..
moklong:mmg,kalu singgah situ,asyik teruja nak buat sume bnda..
Post a Comment