Pages

Monday, 14 March 2011

This is so embarrassing..



Sungguh memalukan tuk kami rakyat Malaysia yang berada di sini..semalam lagi dah tahu pasal berita ni, tapi tak berkesempatan tuk meluahkan rasa malu dan sedih tu..Betul-betul memalukan..Mungkin sesetengah orang rasa oh, benda ni lawak jela...Chief Editor, takkan la tak terfikir pasal kesedihan dan keperitan yang di alami oleh rakyat Jepun dan rakyat Malaysia sendiri kat sini? Di manakah sikap prihatin anda? Kenapala mesti nak buat lawak yang tak pandai tu? ishh..tolonglah..saya malas nak mengotorkan blog suci saya ni dengan perkataan yang buruk..Saya banyak tengok di Fb mostly (bukan Fb saya, tapi FB kwn2 yang kat sini), adalah 2, 3 orang yang membuat lawak pasal tsunami di Jepun ni..Sungguh sedih bila baca status yang di buat oleh mereka ni..rasa sedih yang teramat sekali..Mereka fikir, mereka kat Malaysia, akan selamat..Ingatlah, bila tiba masanya, kemungkinan kita pun akan menglami benda yang sama..Jangan waktu tu baru nak menyesal..Bencana alam boleh berlaku bila-bila masa..

Walaupun berita harian officially dah mohon maaf, tapi benda ni memang bagi saya cukup melampau..kenapa mesti kita berlawak di atas musibah yang melanda orang lain? Sekarang, students di sini dah rasa begitu tebal muka nak pergi ke uni..Malu nak berjumpa sensei dan kawan-kawan..:(

p/s:akan cuba menyiapkan cerita mengenai pengalaman saya sepanjang 28 jam tanpa bekalan air, elektrik dan gas..

13 comments:

lin said...

alhamdulillah sume slamat. mmg x patut btul la dorang nih...

Nuridah said...

Salam Pagi Kamalia,

Lama sungguh kak nur tak singgah sini..bila sebut tentang Tsunami ni tingat kak nur pada Kamalia.

Manusia ini bila tidak pernah diduga mereka menjadi lupa dan riak sentiasa...mereka terlupa bencana dimana2 saja boleh berlaku...orang kalau tidak cukup ilmu begitulah jadinya, Kamalia.Banyak2 bersabar dengan ujian yg diberi...pasti ada rahmat yg terselindung disebalik kejadian itu.

Memang sedih dan cukup simpati bila melihat trajedi yg menimpa di Jepun.Kak Nur harap Kamalia,Hana dan Asmara serta yang lain nya sentiasa dilindungi Allah tak kira bangsa dan ugama pun...

izahdaut said...

kamalia.. aku risau kat ko bile kak hana kta area ko area merah kan?ko ok ke? anak2 ok ke?

aku pun pelik diorang ni..hati dan perikemanusiaan letak kat lutut gamaknya.cube klu org buat lawak atas musibah kite, cemana la ek..pelik..bukannya manusia tak bersekolah...semuanya belajar tinggi bertingkat2..

kamalia..ko sabar la ye.alhamdulillah bila ko buat entry ni,senyap je risau jugak.hope anak2 pun sihat.aku tunggu next entry ko..

Nadiah Sidek said...

itu la kak..mmg takde sensitiviti langsung. boleh pulak dibuat lawak bencana besar mcm tu. kena kat diri sendiri baru tahu

anie,Nagoya said...

org2 tu mgkn otak dia org dah terkuar dari tengkorak kepala kot?kkanie pun tak mo kotorkan kata2 ku dikotak komen ni.moga mereka fkr lebh dewasa!!!!

ainnoraini said...

mmg tak patut dijadikan bahan lawak..

kak ain tangok kat tv pun sedih dan tak boleh nak bayangkan mcm mane kalau negara kite berlaku bencana mcm tu....

sedar2 la..kalau Allah nak jadi bencana bile2 masa pun boleh...

~ yus ~ said...

memang tak patut betul. Akak pun risau ni bila baca blog umie, area kamalia lebih dekat dr kwsn tsunami tu...

Jaga diri ya.

Idayu said...

kalu xde perasaan langsung kat rakyat jepun, sekurang2 nya pikirkan lah hati n perasaan kami yg berada di jepun nih!!!

EiJa ZaQuaN said...

itu la mmg x patut bencana alam mcm ni dijadikan bahan lawak..

eija kat sini mmg takut bila pk kan ape yg berlaku kat jepun..
btol tu bencana alam ni kita x tau tau kalau Allah nak turunkan kat M'sia..bila2 bole jadi..minta dijauhkan

Alhamdullillah kamilia n family selamat kat sane..

Umie said...

kam, aku sampai tensen tgk current status a few malaysian kat FB yg buat lawak x kena tempat..xde sensitiviti langsung..

munna said...

mmg diaorg otak ada tapi tak pakai... kecoh juga pasal ni... yg fiz fairuz tu siap kena hentam dgn peminat dia pasal cakap tulis macam ni kat twitter dia...sepatutnya panjatkan doa dan simpati pada mangsa2

mamazana said...

mmg xde sensitiviti langsung. x tahu nak cakap apa dah... hurm....

lady zaini said...

Huhu~ even Aisyah yang belum masuk 4 tahun pun ada perasaan simpati dan siap panggil "superheroes" suruh selamatkan mangsa tsunami. Apa la yang kelakarnya ketawakan musibah orang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...