Salam semua..maaf sudah beberapa hari tak update situasi kami di sini. Alhamdulillah, sekarang, kami, semua rakyat Malaysia di Iwate sudah selamat berada di Tokyo..Pada hari Rabu lepas, pihak embassy bersetuju untuk mengeluarkan kami semua dari Iwate..Ini merupakan satu sahaja cara yang boleh bagi kami sampai ke Tokyo memandangkan semua perkhidmatan awam tidak dapat berfungsi seperti biasa. Untuk pengetahuan semua, bagi membolehkan pihak embassy sampai ke tempat kami melalui jalan darat, mereka memerlukan satu pas khas yang hanya boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun.
Walaupun perjalanan mengambil masa selama 11jam dan anak pun agak cranky sewaktu perjalanan, apa pun kami tetap bersyukur kerana sampai dengan selamat. Insya Allah, esok 19.3 kami akan pulang ke Malaysia buat sementara waktu. Semoga kami sampai dengan selamatnya.
Jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang tidak jemu mendoakan keselamatan kami dan seluruh rakyat Malaysia serta Jepun di sini..Insya Allah, semoga kita semua selamat dan berada di bawah lindungan Allah..
p/s: maaf kepada semua, buat masa ni memang tak dapat langsung tuk BW..Insya Allah, bila keadaan sudah kembali reda, saya akan buat kunjungan balas..Terima kasih kerana sudi menjengah dan bertanya khabar.
12 comments:
alhamdulillah. semoga selamat sampai di malaysia..
Alhamdullillah..
xpe..x dpt bw pun..
yg penting moga segalanya berjalan dgn lancar ye..
Alhamdulillah..semoga selamat kembali ke tanah air.
Lia,Alhamdulilah...syukur laa semua selamat.selamat kembali ketanahair yer.bestnya kalau dapat jumpa...
Alhamdulillah... semoga selamat semuanya kembali ke Malaysia...
alhamdulillah lia.. lega baca cerita lia & family selamat disana. semoga perjalanan pulang ke malaysia dipermudahkan Allah s.w.t selamat pulang ye...
alhamdulillah. Selamat kembali ke tanahair ye kamalia
Alhamdulillah dipermudahkan segalanya.. Lega rasa mendengarnya.. Selamat ke Malaysia dengan selamat..
kam, selamat sampai malaysia..;-)
kitorg rasanya stay jela kot kat nihon nie..seems keadaan kat area sini getting better..insyaAllah rasanya selamat la hendaknya...;-)
alhamdullillah.
moga selamat sampai ke mesia.
Alhamdullillah. Moga selamat semuanya... Aminn
Tuan tanah, nanti jemput datang ke Jom Berkelah 2 yer!!
http://amrafahan.blogspot.com/2011/03/jom-berkelah-dengan-geng-kembar-ke-2.html
terima kasih kepada sume yg sentiasa mndoakan kesejahteraan kami..
Post a Comment