Pages

Monday 2 April 2012

Afiya # Cerita bulan lepas

Salam wbt. Baru nak update kisah Afiya, bulan lepas asyik terlupa je. Gambar kat bawah ni gambar minggu lepas, hari khamis. Waktu ni campak/ruam dia baru nak keluar. So, pepagi tu dah pergi hospital, kononnya nak ambik ubat sapu. Kesian tengok dia, macam tak selesa asyik tergaru-garu. Benda tu kan macam miang-miang kot, jadi selalu la dia asyik menangis dan merengek. Bila dah jumpa doktor, doktor pulak kata ni bukan campak *walaupun saya tahu itulah adalah campak, pengalaman anak sebelum ni kan..tapi, yela,dah dia doktor dengar jela cakap diakan..;p* . Bila dah kata bukan campak, takdela dapat ubat sapu untuk ruam tu. Balik rumah macam biasa, tapi kena mandikan selalu dari biasa. Esoknya tengok dah keluar kat kaki pulak..Alhamdulillah, sekarang dah genki (sihat)..

 tergaru-garu dia waktu ni.
ni dalam quarantine room..
nurse sesiap letak kami dalam ni, takut penyakit berjangkit..
 garu-garu lagi..
 lagi..
 dan lagi..hehe
mata pun sembab je 2 hari tu..

close up..ni hari jumaat..
dah keluar semua..tido pun sekejap-sekejap je..:(

waktu ni mama tengah sibuk nak siapkan hidangan 
untuk tetamu yang nak datang lunch, 
dia pun sama nak menolong jugak..haha
bila mama larang, nangis...berjuraian air mata..
sekarang memang macam tu, tak boleh ditegur, konpem nangis tersedu-sedu.
kalau nak dukung, tapi mama buat tak tahu je pun menangis tersedu-sedu..
babah tolong dukungkan pun still takmo jugak..anak manjakan..:))

Update untuk bulan lepas.. setakat minggu lepas berat turun sebab demam lama tu kan, takda selera nak makan langsung. berat: 6.67kg..sangat ringan dan kecik. Sebelum demam selera makan sangat baik, semua orang makan dia pun nak jugak. Selalunya mama akan bagi senbei je untuk dia kalau benda yang kami makan tu dia tak boleh makan kan. Kalau buah tu, bagi je makan semua.

Sangat suka makan ichigo (strawberry). Kalau dah habis sebiji, kena cepat-cepat bagi yang lain. Kalau tak menjerit nangis-nangis nak lagi. Kalau makan mikan (orange) pun sama jugak. huhu


Setakat bulan lepas (8 bulan) dah boleh duduk sendiri dan kalau berdiri tu dah boleh berjalan sambil berpegang atau berpaut pada meja. 


Sangat suka tengok Dora The Explorer dan Team UmiZoomi. Apa yang orang lain main, dia pun nak main jugak..


Okla..itu je kot hari ni. Update ni pun buat cepat-cepat, twins tak berapa sihat. Dah beberapa hari sakit perut, asyik terber- ber je..kadang-kadang serentak pulak tu, agak pitam di situ bila nak membasuh nya..haha.

10 comments:

Acik Erna said...

assalam kamalia..dah besar afiya..alhamdulillah dah baik demam campaknya kan..
semoga twins jugak cepat sembuh sebelum maknya pitam..

ijayuji said...

Salam lia! alololololo..dah besar afiya! kejap jerrr masa berlalu ececece... kita pun dah semakin tua ye tak? ahahaha.... lia, kalau tima dia ter ber ber tuuu pakaikanlah diaper senang kerja tak de lah nak jadi tukang cuci sepenuh masa ahahaha.... ayat terakhir sudah terserlah sungguh kerajinan mu utk mencuci byk2 kali :D get well soon buat twins ya, duk dlm umah ajerr jgn ngada2 nak kuar2 buat aktiviti luar ya :P

Aziela said...

Alahaii...kesiannya tengok dia tergaru2 tu...

Amie said...

alolooooo tomeinya dia.... mamanya tolonglah tubitkan tikit pipinya tu...mmmmuahhh geram sangat, biar dia nangis ye...

☾SHiemaCMa786☾ said...

huhu...kesiannya afiya..ruam die agak kecik2..

dah besau si comel ni ye..
semoga bertambah sihat ye..

LYAfrina said...

MSTI RUAM2 TU BUATKAN DIA GATAL N RIMAS KAN.. KALO LTK BDK SEJUK OK SKITKAN?

Asmara said...

sebijik muka twin! hehe.. muka amni kecik pun ada. dah beradik kan. :D
moga sihat2 selalu ye Afiya comel. ;D

Unknown said...

As salam Kamalia Hani!!!

Waa... Lama tak jenguk sini, header bertukor lg... Cantiknye... Skrg ni nak masuk musim bunga (spring) kan.. Bestnyeeeee....

Afiya kena campak... Mesti tak selesa, Iman belum pernah lg kena campak atau chicken pox... Risau gak ni! Kesian tgk die tergaru-garu tu...

Pandainye menjahit..untungnye... kita ni ape pun tak pandai...huhuuu..T____T


Tempura labu tu nampak sedaplah Lia, manis ke rasanye?

Lia,

Marya teruja tgk gambar naik sampan sambil menikmati kecantikan sakura... Nqk tanya sakura tu wangi tak? Ada bau? Huwaaa, sgt teringin... Cemburunyeeee saya!

Nnt nak ajak hubby pergi Jepun time Hanami lah...hik3x (berangan ntah bile ;p) Serius mmg berangan nak pergi... Nak tgk sakura, nak petik, nak cium...huhuhuuu

Sayang Lia jugak...tetiba ;p...heheheeeeee

Chao!

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

cian khen
but kena waktu kecil senang sket
adam pun kena around 2yrs gituew
kids kat sini mmg hantu ichigo kot sbb my son mmg HANTU ichigo taw

eija_sweetmama said...

Alhamdullillah dah sihat..

risaukan kalau anak kena campak,
anak eija skrg ni Zaquan pun tergaru2 mcm simpton nak kena campak sbb dia x pernah kena campak lagi..
hope jgn kena skrg..sbb takut jangkit ngan adik dia pulak..huk2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...