Pages

Sunday 21 February 2010

Roti canai

Roti canai satu mamak.!.Dah lama dah tak dengar bunyi tu..Hehehe. Pagi tadi buat roti canai, sedap..Uli tepung malam semalam, pastu pagi tadi baru masak..Tukang tebar roti siap import lagi..import dari bilik tido.kihkihkih..sian, tak dapat bangun lambat..(kejut hubby, mintak dia tolong tebarkan roti canai tu..) Thanks bi.:p

Tukang tebar roti ni amatur lagi rupanya..hahaha.Tak pernah buat roti canai, selalunya beli je..Tebar punya tebar, tak jadi jugak..Asyik koyak je.

Apalagi, main tarik-tarik jela roti tuh,asalkan dia jadi nipis...

Mmmm..memang sedap..garing dan nipis je..Makan bersama kari ayam..:))

Resipi ni amek dari joayee @ MyR..Thanks for the recipe..Resipi akak saya c n p je ye..tq..

Bahan-bahan ( 12-16 biji )

  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air(saya lebihkan air skit)
  • *1 egg-50gm( guna telur yg agak besar)
  • *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
  • *1 tsp garam-6gm
  • *1 tsp butter/margerin-15gm(letak dlm 20g)
  • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara

  1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh
  4. rehatkan doh selama 10min
  5. uli lagi selama 5min
  6. **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
  8. bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
  9. *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
  10. *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
  11. *NB: refer to komen from skyblue&yani:I dah update jumlah air to 250gm. nak clarify ,Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
  12. lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

2 comments:

misah said...

kalau dulu-dulu mak saya buat roti canai ni tebar guna dulang bulat, ditepek2, ditarik tarik dan dilipat2..

Kamalia said...

ha aa la..baru saya teringat..dulu2 mak saya pun buat camtu jugak rasanya..itula, lupe pulak nk tya mak kat kg..nway, thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...