Salam wbt. dah lama tak cerita pasal budak tecik ni ha. Mama agak malas nak cerita, tapi kena jugak update dalam ni takut nanti mama lupa.
Sekarang berat masih 7kg lagi..mama dah risau ni, camno ni nak oi, berat tak ideal ni ha..sejak 3 minggu lepas, susah sungguh nak bagi dia makan. Penim mama fikirkan menu untuk dia. Macam-macam dah bagi, paling banyak pun dia makan adalah dalam 5 suap. ye,kena suap kalau makan guna spoon dia tak nak okey. Sungguh kemelayuan la Afiya ni. Bulan depan nak pi check up, konpem doktor bising ni. Apapun, Alhamdulillah. Afiya aktif dan sihat. Semoga membesar dengan sihat hendakNYa.
Nanti mama update lagi. Banyak je kot cerita pasal dia ni. Takpe, mama pun kena update cerita kakak dan abang twins awak jugakkan. Itu entry lainla ye.
Sekarang berat masih 7kg lagi..mama dah risau ni, camno ni nak oi, berat tak ideal ni ha..sejak 3 minggu lepas, susah sungguh nak bagi dia makan. Penim mama fikirkan menu untuk dia. Macam-macam dah bagi, paling banyak pun dia makan adalah dalam 5 suap. ye,kena suap kalau makan guna spoon dia tak nak okey. Sungguh kemelayuan la Afiya ni. Bulan depan nak pi check up, konpem doktor bising ni. Apapun, Alhamdulillah. Afiya aktif dan sihat. Semoga membesar dengan sihat hendakNYa.
time ni dalam 3 minggu selepas lahir..
bila tengok gambar ni, sangat sebak tau..
dah besar dah baby mama ni, bau baby pun dah hilang..
sekarang bau masam peluh pulak, tapi mama tetap suka ..haha
Afiya kan start merangkak dari 8 bulan, so mama dan babah ingat dia akan cepat la berjalan. hehe, belum lagi nampaknya. Maybe nak ikut macam kakak Amni, masuk 13 bulan baru nak berjalan kot. So far, dia dah boleh panjat meja. Hehe, Afiya sangat aktif dan lasak. Kalau setakat nak berjalan pegang meja atau dinding dah lepasla. Lagi satu, dia suka berjalan guna lutut dia, kira macam berlutut tu, dia gerak laju-laju..sangat comel.:)) Takpe nak, lambat atau cepat mama tak kisah pun. Mama lagi suka macam ni kot, sebabnya awak mesti suka berdukung je dengan mama ni. Terasa awak masih kecik baby lagi.
bila tengok kaki yang comel ni, lagi bertambah sebak..
2 tapak kaki muat dalam sebelah tapak tangan mama..
semoga bila dah besar jadi anak yang solehah ye sayang..
Afiya dah pandai guna iphone. Sebelum ni iphone mama rosak sebab dia duk hisapla. Terus home button jadi rosak, pastu speaker dah tak keluar bunyi langsung. Kalau ada call masuk pun kadang-kadang tak sedar. Lama jugak rosak sampai babah terpaksa belil iphone baru, pastu babah bagi mama guna iphone lama babah. Tup-tup bila kami baru tahu (sadis sungguh!) yang Apple store ada kat Sendai, apa lagi terus la tukar. Alhamdulillah, dapat tukar yang baru..yeayyy..tak pasal-pasal pokok Apple kat rumah ni terus berbuah lebat..hehe. Sekarang ni kalau dia nak pegang mesti kena tengokkan, kadang-kadang lepas jugak tu masuk dalam mulut dia. Babah dan mama rasa air liur dia tu berbisa la. Apa-apa yang dia hisap, habis semua rosak. Charger iphone la..aritu ipod pun dia punya speaker ada problem gak. Terus mama cecepat pi vacuum kat speaker tu, nak bagi air liur dia kering. Yang tu sempat diselamatkan..;p
tangan yang sangat comel dan mulus sungguh..
geramnya bila tengok gambar ni..
sebak lagi..*terus nangis T_T *
Bila pandai guna iphone tu, kami pasangkan lah lagu aliff ba ta tu..Sangat suka. Sekarang ni vocab pun dah bertambah. Mama, babah., nak, taa..semua benda jadi taa..taa..kalau tengok aliff ba ta tu dia macam geram je dengan budak kecik berdua tu..haha. siap macam nak ramas-ramas tu. Kalau bukak kat pc konpem dia duk tunjuk-tunjuk monitor tu..haha sambil cakap ta..ta..taa..sangat chomell :))
jari yang sangat panjang, ikut jari-jari babah..
panjang dan runcing
tapi, bila dah besar ni terus jadi kontot..kenapa ek? *ikut jari mama ke* haha
Dia ni nampak sangat girlish tau. Bila pakaikan baju tu sebukla duk belek-belek lengan baju dia, pastu tengok baju kat badan dia. Kalau nampak ada gambar flower ke, ribbon, polkadot ke terus senyum lebar..haha, babah kata memang ikut sungguh perangai kakak Amni dia. Sekarang ni (summer) waktu yang sesuai beli baju dia banyak-banyak. Memandangkan badan dia ni agak kecikkan, so kalau bawak balik tahun depan konpem masih muat kot.*haha, mama yang kedeks*
haisshh..rindunya time ni..bau baby yang sangat best!
sekarang pun best jugak..
sebabnya dia dah pandai demand apa yang dia nak..
lepas tu berlagak macam orang besar pun ye jugak..:))
saya yang comot!
baru lepas makan..miam..miam yummy :))
Alhamdulillah.
9 comments:
AlolOooo comeynyaaa... cute! mata tu hadoii cantik betul... :)) macam nak cubit2 aje pipi tu.. cute!!!!
Nanti balik msia tentu dah pandai berlari kan kan..:))
alhamdulillah...
comeynye budak tecit ni.. :)
semoga membesar dgn lebih sihat ye afiya..mamam lebih2 tau.. :)
assalam kamalia..suka tengok..comel je afiya..senyum je
Comelnya anak akak ni.. Suka melihat dia tersenyum... :)
comelnyaaa :D
Mata Afiya cantik sgt! Dah besar jd rebutan ni Lia...hehehe :)))
Muaaaah kat Afiya! Tomei!
subhanallah... betapa indahnya ciptaan Allah ke atas manusia
ala makin besar makin comel afiya nie...senyuman menggoda betul..
Comelnyerrr...
Bahagia kan bila dapat tengok perkembangan anak didepan mata ;)
Post a Comment