Pages

Tuesday, 5 June 2012

Zosui (Japanese rice soup/porridge)

Salam wbt. Zosui (pronounced: zo-sue-ee). Zosui is japanese rice soup and there is a wide variety of zosui. For example tori zosui (japanese rice soup with chicken), kani zousi (crab), daikon (white radish), tamago zosui (egg), salmon zosui and etc..Baru je cuba resipi ni baru-baru ni. Memula makan zosui ni di Marumatsu tahun lepas kot. Itupun adalah makan dalam 2-3 kali je, lepas tu menu tu dah takde.Yang menu tu memang ada seafood je dan takdela diorang letak chicken broth ke apekan. Baru-baru nila terrajin nak cari resipi ni dan nak cuba sendiri. Macam biasa mestila cari yang senang dan simple.hehe


Sebelum tu, zosui ni actually kalau di rumah Japanese dibuat menggunakan leftover rice. Kadang-kadang nasi tu macam a little bit too dry to eat straight so diorang buatla rice soup begini. Tapi, kalau di kedai tu takdela diorang gunakan konsep yang sama guna leftover rice tu pun. Guna nasi yang baru dimasak kekdahnya. Macam saya kat rumah ni pulak, hari tu masak jugak nasi baru sebabnya kalau nak sedap kena guna japanese rice since rumah ni guna thai ricekan. Masakla japanese rice semata untuk buat zosui ni. Yang bestnya guna japanese rice ni kita tak payah nak masak lama untuk zosui tu sebabnya japanese rice ni memang dah lembut dan lembik. Zosui ni tak terasa sangat tau bau hanyir telur tu maybe sebab adanya shitake mushrooms tu dan dashi tu kot..ntahla saya main teka je haha. Saya buat jenis yang biasa je. Letak shitake mushrooms, ayam sedikit dan telur sahaja. Next time boleh cuba letak seafood  pulak.
Itadakimasu!


Zosui
source: here
Bahan-bahan untuk sup:(untuk 4 orang makan)
  • 2 cawan leftover rice (pre-cooked rice)
  • 4 cawan air (bergantung jenis beras, kalau thai rice lebihkan air..kalau nak nasi tu banyak sup dia bolehla lebihkan lagi air)
  • negi (daun bawang)
  • telur sebiji (dikocok dahulu)
  • dashi
  • garam
  • kicap(optional ; letak setitik je sebab kita taknak nasi tu berwarna coklat.)
Bahan yang ini pula kita boleh letak ikut selera kita. Boleh pilih nak letak apa.
  • shitake mushrooms
  • carrots
  • hakusai (napa cabbages)
  • daikon
  • fish and seafood (udang, crab, scallops)
  • chicken
  • boleh letak je apa yang rasa nak diletak dalam tu..tapi sebolehnya elakkan letak sayur yang pahit (broccoli,cauliflower)
Cara:
  1. Didihkan air di dalam periuk.
  2. Masukkan dashi, garam dan kicap. Kalau nak letak ayam atau daging, bolehla letak sekali dan masak hingga empuk. 
  3. Masukkan leftover rice tadi dan masakla dalam 5-15 minit. Tapi kalau boleh jangan sampai nasi tu hancur. Zosui ni ada 2 jenis cara nak makan samada dengan air sup yang banyak atau dengan sup yang agak kering. Ikut selera masing-masing.
  4. Selepas tu bolehla dimasukkan telur tadi dan kacau sekali dua je lepas tu tunggu seminit baru dimatikan api. Biarkan sekejap untuk telur tu masak barula diangkat. 
  5. Enak dimakan ketika panas-panas.
********************************************************************************
Semalam 4 Jun Anniversary kami yang ke 6. Happy anniversary to Mr K. Semoga kita sentiasa berbahagia dan jodoh kita berpanjangan hingga ke syurga. Semoga Allah merahmati kehidupan kita berdua dan keluarga kecil kita ini. Semoga Allah beri yang terbaik buat kita berdua. Terima kasih  buat segalanya..*sorryla incik, i tak pandaila nak susun kata depan orang ramai ni..;p*

our small celebration..
Pulut Kuning Idaman Kalbu Buat Kekanda 
 Kerutuk Ayam i Sayang You Lebih

saya tanya nak kek ke nak pulut..
pulut yang dipilih, so saya masakla pulut untuk dia..

11 comments:

Madam iEeDaZ said...

epy 6th anniversary kak! moga jodoh kekal sampai ke syurga..amin

Unknown said...

happy 6th anniversary semoga kekal bahagia hidup aman bersama anak2 yg comey lotey sbb mama tomei anak mesti lebih tomei kan hee dengan makanan yg lazat2 tu

yatie chomeyl said...

meanriknya pulut kuning bentuk heart...auwww so sweet

☾SHiemaCMa786☾ said...

tq for the resepi..anak2 suka mkn bubur..leh try vrsi ni plak..

alhamdulillah...happy anniversary buat akak ngan en asben.semoga berkekalan hingga ke syurga

nur easy said...

barakallah.. semoga rtangga sentiasa dalam lindung rahmatNya hingga akhir hayat

Qasey Honey said...

hppy 6th anniversary...semoga berbahagia selalu...klau QH dberi pilihan pon...akan pilih pulut kuning tu...sedap dh lama xmkn..

ucubakery said...

Alhamdullillah dah 6th melayari bahtera rumah tangga ye lia...

Insyaallah kekal hingga hujung nyawa ucu doakan...

Asmara said...

mcm best la. awat kami x pernah mkn ek. hihi.. ada kat marumatsu eh? mesti ikut musim kan, harap2 sempat la jumpa musim ni. tp ada org x mkn bubur, biasa msk utk budak2 ngan mak budak je. tq share resepi! ;D
*Happy anniversary both of you. moga terus berkekalan hingga ke Syurga dan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT. Amin..

Aziela said...

Wah, dah 6 tahun? Dah melepasi tahap kritikal perkahwinan. Congratulations to both of you.

eija_sweetmama said...

Happy 6th Anniversary Lia n Hubby,
Moga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa..AMIN.

menariknya Zosui tu,
dah la eija tgh sakit kepala rasa mcm nak demam ni, tekak terus rasa mcm nak mkn bubur la pulak..huhu

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'Kum Mama tomei :)) Selamat ulang tahun perkahwinan yaa.. moga kekal bahagia ke akhir hayat bersama insan tersayang aminnnn....

bubur tu waduhhh teringinlah pulak.. mana nak cari hehheee...:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...