Pages

Tuesday, 31 July 2012

Tepung Pelita

Salam wbt. Tepung pelita pilihan ramai pada bulan Ramadhan kan. Buat hari jumaat kot, gara2 tengok Izahdaut duk tayang gambar tepung pelita ni la. Saya tak pernah buat rasanya, jadi bila buat tu saya guna je la resipi asal. Resipi ni memang senang dan sedap! Satu adunan tu rupanya dapat banyak, dahla laki tak de kat sini kan, saya la yang terkulat-kulat duk ngabih kan kuih ni..hehe. Dah bagi jiran pun masih banyak lagi, anak-anak tak nak pulak..sobs..Takpe, next year, kalau panjang umur beli je la kot..kalau setakat kami berdua je nak makan, baik beli..haha(dasar pemalash!)
ini je bekas yang ado di rumah saya 
nak keluar beli bekas semata, laki takde pulakkan..
guna jela bekas apa2..;p
resepi: kak Yani @myR
Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam
Cara-cara
Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan

NOTA: Izah ikut sedikit tips daari joayee untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sb tepung ubi. Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dlam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisn hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sk gula. 

10 comments:

ijayuji said...

Salam lia!! kita belum solat lagi dah terjah ke sini :D jap g gerak :D Kita jer belum buat lagi sbb hari2 byk sgt menu2 kuih yg jadik pilihan sampai tak tahu nk buat yg mana satu :D kena dahulukan kuih yg berdaun pisang sbb daun pisang kita tgh byk tuu tp mls pulak dtg dush**

Asmara said...

ok next kuih yg confirm kene buat bulan pose ni. hihi..

FnF Simple Life said...

Mau tersama menu kuih ngn As lagi... next kuih yang nak dicuba gak ni...tp kena beli bekas dulu sebab kat rumah ni yang ada hanya mug... nnt i tayang kuih tepung pelita versi dalam mug...hahahaha

lady lavender said...

tahun ni tak buat lagi teoung pelita tapi dah masuk list hehe..Jenuh la nak perabis sorang2 :-)

Amie said...

Sana sini nampak tepung pelita di bulan puasa ni... kita belum buat lagi menu kegearan ramai ni.

Aziela said...

err...pakai daun pisang ekk? Bukan daun pandan ke Lia...?

Ucu Faridah said...

kuih tu dah sempurna sesangat...walaupun dlm bekas yg x sama...
cuma kurang satu jer lagi..taruk lah sumbu pelita baru meriah gelas tu...ooppsss sowi gurau jer..

Fazliana Jamil said...

wah...thanks untuk resepi... mmg nak cuba buat tepung pelita ni...

♥ Cmª shIemª ♥ said...

rajin betul ibu sorang ni.. ehehe.. akak..meh pos satu kat mesia ni..peberet saye ni... hihihi:)

zila norazila said...

klu time bulan pose kuih nielah yg kami cari dulu sedappp:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...