Pages

Tuesday, 24 July 2012

Trip To Hokkaido: Otaru

Update jalan-jalan di Otaru pulak. Otaru sebuah bandar pelabuhan kecil di utara barat Sapporo, kiranya kalau dari Sapporo dalam setengah jam sahaja. Kalau kita tengok pun di sini building yang dibina banyak jugak mengikut European influences. Boleh klik di sini untuk mengetahu lebih lanjut tentang Otaru.

Perjalanan kami dari Hakodate ke Otaru mengambil masa lebih kurang 4 jam 40 minit. Kami ikut jalan Hokkuaido Expressway (Mori-Sapporo). Waktu kami pergi ni kereta takdela berapa banyak sangat walapun di sesetengah tempat jalan hanya ada satu lane saja. Permandangan sepanjang ke Otaru Masya Allah, sangatla cantik. Lalu tepi gunung-ganang dan kalau kita boleh lihat jauh ke tepi sikit tu boleh nampak laut yang terbentang luas. Memandangkan yang Otaru ni lebih kurang setengah jam sahaja dari Sapporo, jadi kami memang bila lalu expressway tu kami skip Sapporo dulu terus ke Otaru.

Bila sampai je di Otaru, mak ai..orang macam semut duk hurung gula..haha. Ok,takdela ramai sangat tapi bila nak ambil gambar tu agak susah sebenarnya. hehe. Tujuan kami ke Otaru nak lihat sendiri Otaru Canal selain nak jugak lihat Steam Clock. Tapi, at the end kami tak dapat pun pergi ke Steam Clock tu memandangkan anak-anak dah tak larat nak jalan.huhu..memang sakit kaki berjalan sebenarnya.. Oklah, jom kita tengok gambar pulak. Tak tahu saya nak becerita tanpa gambar..;p





memang niat pergi sini nak tengok canal ni je..hehe
tapikan, view waktu winter lagi cantik sebenarnya tau..cuba korang google,mesti terpegunkan..
tapi, sapala sanggup nak pegi sini time winter pastu nak kena keluar malam-malam pulak tu..
mak tak sanggup nak bekukan badan..;p


akhirnya dapat jugak saya ambik gambar reflection macam ni..eheh;p
selalunya saya duk tengok dari IGer ni tau, gambar dia sangat cantik dan kalau gambar reflection tu memang amazing sangatla..
ok, saya tahu gambar saya tak secantik macam yang dia ambik..haha
kat sini ada jugak terjumpa Indonesian.cuti2 jepang..
tapikan time saya pergi ni ramai sungguh orang Cina dari tanah besar..bising teramat tau!

eceh, kononnya nak tiru macam mamat wisslaren Sweden..kahkah.
mesti korang cuba nak telengkan kepala nak tengok betul2 kan..tak yah, kat bawah ni ada..hehe
ok, ni gambar yang tak menjulingkan mata macam kat atas nun..
kali ni tak naik pun bot..maleh la, lagipun setakat lalu tengok gudang lama ni je pun..
yang bahagian tepi ni semua adalah gudang lama )kalau salah sila betulkan..;p)


ni building apa ek?lupa lah..
hotate @ scallops..
sekor 250 yen, nak bakar tu sila cakap tak nak syoyu(kicap) ye..
manis yang teramat, terasa kesegarannya..eceh,nyampah;p
penat melayan kerenah mak bapak..haha
oh, yang ni kami di Sakaimachi Street..
di sini orang pun ramai sungguh dan kebanyakkan banngunan semua ikut western style..
sepanjang jalan ni macam-macam souvenir yang dijual..
nak glass yang cantik2 kat sini boleh dibeli, siap ade glass workshop lagi..
time ni saya memang tak sempat nak ambik gambar, Afiya tidor kena dukung dia..
tak nak langsung naik stroller!

penat ke?hehe
ni kat tepi canal tu adalah statues ni..abang dengan adik kot.
tak sempat pulak nak baca sejarah dia..(malas sebenarnya!)

 adik beca..adik beca di tengah jalan..
kebanyakkan penarik beca di sini adalah part time student..
sangat gagah tau diorang ni..yela, kuat kot duk tarik Mr K yang berat melampau ni..haha

 kat sini jugak banyakla pelukis jalanan..
satu kepala dia charge 800 yen..Mr K pun suruhla kakak tu tolong lukiskan gambar anak-anak kami..
 cantikkan dia lukis..memang samala macam rupa diorang yang sebenar..

nampak sangat gambar dah tak tersusun ni ha..
ni kat Oatru Canal tu..anak dara yang malas nak senyum..penat ye Amni?hehe

Untuk ke Otaru ni sila guna google map, insya Allah sampaila ke sini..hehe

p/s: Maira..sorry..bukan tak nak jumpa awak tau tapi takut awak sibuk dengan kenkyu..so,malas nak kacau.Mmenag tahu awka duduk di Otaru, Kmailah ada bagitau..hehe

p/s2..nak kena tido dah..takut esok tak terjaga pulak sahur, dah la kena makan sorang2..sedih:(

20 comments:

lady lavender said...

Semua gambar cantiiikkk bangat :)

lady lavender said...

Semua gambar cantiiikkk bangat :)

skuterlady.blogspot.my said...

uuiikkkk... cntiknya gambar2 tu... mesti keletihan sesangat kan berjalan? he3...

anyway...saya pon kekadang sahur sorang2... uhuk...uhukkk...heheee

http://skuterlady.blogspot.com/

Mixed-family in da house.... said...

Salam kak Lia,

wah seronok gitu cuti-cuti Jepang...hihihihi..

tepi-tepi canal tu rumah orang ke, bangunan kedai ker? tapi cantik sangat view nya.....

scallop nyer...masyaAllah...besarrrr.....

☾SHiemaCMa786☾ said...

Bestnye..
Cantik sekali pic yg akak tembak tu..
Aishh..bila la dpt ke jepang ni.. :)
Cute la lukisan 4 beradik tu..

sian akak..np kena sahur sengsorang tu..

Qasey Honey said...

cantiknye pemandangan kat situ...tpegun sekejap mlihatnye...buat wallpaper pon ok gak ni...

nur easy said...

subhanallah..super lawa pemandangan dlm gambar.. untung dapat singgah ke sana ;)

p/s: tahun ni dah tak puasa sorang2 lepas 4 thn ;)

Madam iEeDaZ said...

kak, cantik2 yer pic kat sane..ank akak pun semua comel2..:)

Ira said...

hoi cantiknyaaa!! subhanallah.. nak pegi nak pegi nak pegi nak pegi nak pegi nak pegi (ok cukup, dh mcm zikir plak :P)

Nur-nba said...

Salam. Semua gambar akak cantik sangat.. Jelas dan clear.. Terima kasih kerana berkongsi cerita dengan kami...:)

FnF Simple Life said...

canteknye sume gambar2. haish bikin hati teringin nk terbang ke hokkaido. abg si penarik beca tu sungguh gagah perkasa ehehe

Hanis MY said...

pengsan! skill fotografi hebakk yg amat

zila norazila said...

semua pic cantik2..terpegun tgk..rasanya mcm akk pun ada kt situ he hhee perasan la nie..hhahaa..ank2 chumil2 la..suka tgk:)

Kamalia said...

LL:Alhamdulillah,setakat nak brkongsi gambar debgan kawan2..hehe.tapi ada orang yg boleh ambil gmbr lagi canti dr ni..;p

lady skooter:
haah kak,memang penat yg amat..ank2 naik kereta terus tido..oh,akk pun selalu sahur sorang ek.kita serupa:))

Kamalia said...

Dini:
wsalam dini..yg tepi2 tu semua old warehouses kalau xsalah la.tp ada separuh dijadikan kedai minum..
mmg bbesar n puas makan..

cma:
alhamdulillah,sekadar brkongsi gambar dgn kawan2 cma..terima kasih.mr k takdola cma,balik malaysia ni ha..

Kamalia said...

qaseh honey:
kak,kalau bak buat wallpaper boleh je.saya izinkan..sila sila..:))

easy:mesti tahun ni dapat rasakn meriahnta berbuka n brsahur sama2 dgn asben n tm ..

iedaz:
terima kasih ieda..

ira:haha..siyes,klakar..mariimenabung..mari menabung..:))

Kamalia said...

nur:
wsalam..mmg niat utk brkongsi dgn kwn2..sedijit sebnayak ada jugakla entry yg ilmiah sikit kot..hehe

fnf:
apa lagi,tahun depan sempat tak nak pi?kalau dr sana better naik AA je.lagi murah n brbaloi kn..

hanis: sila bangun balik..nnt batal posa..haha

zila:alhamdulillah,dapat jugak akak merasa betada kat situkan.mmg niat tu supaya kwn2 dpt sama menukmati keindahan ciptaan Allah.:))

Juwita Jamaludin said...

Dekat ye otaru tu.. Leh la cuba terjah nanti.. Pandai lia ambil gambar

Unknown said...

Lia,

Ni gambar yg share kat FB kan? Tulah Marya tgk bangunan gudang tu guna red bricks kan... Kagum betullah... unik & cantik sgt2 :))

Unknown said...

Eh, lupa lak... gambar korang takde ke... Mr & Mrs Kamal? Kalau ade mesti bertambah comel! weeeeeeee :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...