Pages

Wednesday, 18 July 2012

Trip to Hokkaido: Hakodate

Salam wbt. Update cerita ke Hokkaido minggu lepas. Trip yang sangat menyeronokkan walaupun penat yang amat..haha. Kami bertolak jumaat malam, dalam pukul 10 macam tu. Perjalanan ke Aomori hanya mengambil masa dalam 2 jam sahaja. Sampai ke jeti dalam pukul 12.15 macam tu terus la Mr K kata jom kita naik ferry pukul 2 pagi nak..Sebabnya kami booked ferry dalam pukul 5 pagi tapi bila Mr K cuba tanya boleh tak kami nak naik awal, rupanay boleh sebab ada kosong lagi..yeaayyy..Tapi yang harunya bila nak kena kejutkan budak bertiga ni untuk masuk ke dalam ferrykan, kesian..Jadi untuk hari pertama tu kami dah awal dari perancangan asal..Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 3 jam 40 minit. Naik ferry terus carik tempat tidur. Tempat terbuka sebenarnya tapi kena pandai cari bahagian tersorok sikit. Memang dah bawak selimut dan batal dari rumah, jadi bolehla baring untuk luruskan badan sekejap..

Sampai Hakodate dalam pukul 6.30 pagi, terus kami cari Hachiman-Zaka Slope. Untuk pengetahuan semua, memang semua direction saya dah carik awal-awal dari malam sebelum bertolak dah sesiap carik address tu dalam GPS. Dari port dalam 4km jugak, dan bila sampai ke sana memang takde orang sebab masih pagi lagi. Waktu ni Mr K je yang turun sebabnya jalan tu memang tak sesuai kami semua nak turun sekali. Hachiman-Zaka ni memang di atas bukit dan berhadapan dengan high school. Kalau nak diikutkan tempat nak mengambil gambar ni betul-betul jalan nak naik ke high school tu.

Selepas tu kami pergi ke next location, Red Brick Warehouses. Kalau dilihat sekeliling Hakodate ni memang banyak European incluences disebabkan ini adalah salah satu pelabuhan yang dibuka pada awal masa dahulu untuk perdagangan antarabangsa. Kiranya pembangunan di sini banyak dipengaruhi oleh orang Barat. Tempat ni memang cantik, pagi tu pun masih belum ramai orang lagi.

tiket kami berlima..menaiki blue dolphin ferry
kalau nak booking tiket sila klik link ini.
rasanya total yang kena bayar dalam 48,000++
itu termasuk caj untuk kereta dan penumpang pergi balik..
tapi, sesapa yang memang dari area kantou better naik air asia kot,lagi murah dan berbaloi..
macam kami ni tak berbaloi sebabnya kena la pulak pergi ke Tokyo untuk ambik flight air asia tu kan..


Hachiman-Zaka Slope.
view waktu malam lagi cantik dari waktu ni tp memandangkan kami tidak bermalam di sini
gambar ni pun dah memadai buat kami..

tram..

time ni semua terkuap-kuap..haha
ni je gambar yang paling sopan..;p

 Red Brick Warehouses

ada bell kat sini, anak2 macam biasa menjakun..haha


antara trademark yang ada di Hakodate..

Faeiz yang bajet macam model..haha
Faeiq pulak dari mula sampai kat tepi port tu duk meratib "nak naik sailboat..nak naik sailboat"
 nasibla dapat babah jenis yang muka tebal sikit..ekeke
babah dia pun dukla tanya mamat ni, boleh ke kalau twins ni nak naik sekejap
so, diorang dengan baik hatinya mengangkatla budak berdua naik ke atas tu..

sebelum diorang duk meratib tu sempatla berborak dengan mamat ni..
kebetulan kami nampak ramai yang duk pasangkan layar kapal tu kan, 
diorang cakapla ada race pagi tu..
dan ramai jugakla russian kat situ..maybe senang nak ke situ kot, nak access pun mudah agaknya..

Kami di Hakodate hingga pukul 9 pagi macam tu, selepas tu kami terus ke Otaru. Ok, yang tu saya cerita dalam next entry ok.

p/s: utk ke hachiman-Zaka tu saya akan bagi link nantila ye, link tu saya bookmarked kat dalam pc, bila cuba google balik tadi dah tak jumpa..actually pc buat hal, so kena update dari lappy..sakit mata mak duk ngadap skrin kocik ni ha..

edited:
alamat Hachiman-Zaka Slope klik sini..
Red Brick Warehouses klik sini.


19 comments:

Asmara said...

bestnya bestnya!!! cepat sambung! ;D

yatie chomeyl said...

wah dpt gak twins naik sailboat, x sia2 papa nya tanya hehe

SURIA AMANDA said...

wah...twins jugak..sama la mcm my niece..twins gegurl..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

if ai jadik uols harus ai jugak ngan muka x malu naik sailboat tue ngeee...bukan selalu blh try ngee...teringin nk terjah maybe next summer la this year dah x sempat nak gi...moga ada flight murah nnt ngeee...malas nk drive jauh sgt

Maira Anjami said...

hakodate mmg best!
otaru pon best!kalo sye tau akk naik hokkaido bleh kite jumpe kat otaru~hehe

Hanis Azla said...

bersihnya tempat tu.. rasa mcm tak puas tgk sbb kagum..

☾SHiemaCMa786☾ said...

seronoknya..hilang tensen bace trip akak ni... gambar pun nice oh..

cpt2 update tau.. :)

FnF Simple Life said...

best nye...nak pi hokkaido gak... jelez

Hanis MY said...

Lawak la twins tu nasib baik boleh naik, syoknya g sana cpt story mory lg

ucubakery said...

salam lia...

kesian bebudak tu lia suruh posing pepagi kt atas feri....

cepat sambung lagi cerita..tak sabar ni...

Selamat menyambut Bulan Ramadhan Lia Sekeluarga...

Juwita Jamaludin said...

Salam lia... Yea day update baru sempat nak baca... Best ya cantik akak x sure dot ke tak gi Hakodate ni sebab jauh ke bawah .. Cepat2 nak baca tentang furano

Hanamiko Sakura said...

saya baca entri ni terasa di hokkaido pulak.. hehe

Cik TeN10 said...

Xsabo nk tggu cerita part ladang lavenda tuuuuu :D

Nur-nba said...

Cantiknya tempatni..pemandangannya indah.. Awat Faeiz terlopong mulut tu.. Hehehe..

Kamalia said...

asmara:
hehe..sori geng, lambat la nak updte..mood lari ke laut dalam..haha

yatie:
nasibla dpt babah yg brmuka tebal..haha

suria:gegirl..wah,bestnya dahla twin gegirl pulak tu.

Kamalia said...

lady ayu:
hehe..uols mng harus trjah sbb kat sini mmg rasa aman je,view mmg sgt cntik..

maira:sory dear..lgpun mcm malas nak ganggu takit maira bz dgn kenkyu..huhu

hanis azla:
alhamdulillah,sekadar brkongsi kak dgn kawan2..semoga ada manfaatnya.

cma:
alolo..napa tensinpulak cma?

Kamalia said...

hanis my:haha..mng xsangka tau boleh pulak requested nak naik sailboat..haissh,nasibla dot naik gak..

fnf:tahun depan jgn lupa trjah ek..hehe

ucu faridah:
yela ucu,sampai situ dah pagikan tu yg msg2 ngantuk tu..naik kereta lps tu semua tido.
salam ramadhan buat ucu n family.:))

juwita:wsalam kak..haah,hakodate ni jauh dr sapporo dlm 230++ km kot..xpegi pun xpe,pegi yg dekat 2 sapporo je pun dah cantik tau.ok,furano msh dlm proses lagi..sabarrr:))

Kamalia said...

juwita:coppp,dalam 314 km dr hakodte to sapporo..jauh bangat.

hanamiko:hehe..terasa jugak berada di hokkaido ye..

nur:
faeiz xtaula napa dia melopong tu.huhu..

fatin:sabar fatin..sabar..haha on,nnt akk update ek.awk masih smpat lg nak pergi sana lagikan..

Unknown said...

Lia,

Marya baca cerita ni semua... mmg seronoklah! Kita tak kisah pun tau awak baca ke tak entry kat blog sy tu...hik3...

Kebetulan nama warehouse tu red brick ek! Mmg kagum sb bangunan red brick biasanye mahal kan...errrmmmm :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...