Pages

Friday, 20 January 2012

Caca Merba #2..

Salam wbt..tetiba ada part 2 la pulak..suka hati ko la kamalia..Panjangkan nama saya. Kalau nama dalam ic Kamalia Hani..Zaman dulu*ceh, macam dah lama je hidup*, bila orang tanya nama penuh mesti orang tak percaya itu adalah nama saya, diorang ingat saya saje-saje je tambah nama hani tu..ei, tolonglah okay..Nama saya ni kakak saya yang bagi*haha, ye,kakak saya semua dah tua, saya anak bongsu yang sesat *..time tu lagu Kamelia, kumpulan Sweet Charity-Ramli Sarip tu uols* tengah glemer, jadi die bagila nama tu..Nasib ada makna tau, cuma Hani tu je takdo. Takpo, adik-redho-kak..;p Kawan sekolah ramai yang panggil kamalia je, kalau sekolah form 4-5 diorang panggil kama..Mr K dulu pun panggil kamalia gak. Takde la nak panggil Hani bagai pun, makgelinoks..haha
Eh, hari ni public holiday ye kat Malaysia? ke belum lagi?sian saya, sampai tak tahu bila CNY.haha..Nak cerita apa lagi ek? Banyak je gambar tu, tapi malas la nak ambik camera, pastu nak transfer lagi..Malas..Ambik gambar dari dalam aifong je la ye.
Afiya suka tengok cermin..
ni adala buku dia tu,siap ada cermin dalam dia..
sambil tengok muka sendiri, sambil jilat cermin tu..
nampak tak kesan air liur dia?haha..
nanti dah besar nak tunjuk ni kat dia..kenangan kan..
ini yang dikatakan nenek si bongkok tiga..
masih gagah obaachan ni pergi supa*supermarket* tau
jalan kaki je ni, dari jauh saya nampak dia jalan perlahan-lahan..
walaupun dah bongkok tiga tapi masih sihat dan gagah nak berjalan..
 
dah lama tak makan mutton kebab ni..
sangat sedap..slrrpp
selalunya Uighur yang jual, secucuk 200 yen.
dan kami akan beli sampai 30 cucuk..gila melantak kamben..huhu
kat sini memang selalu kami makan kamben..
lagipun murah je kalau nak bandingkan dengan Malaysia..
daging kamben, OZ mari..
 
sekarang ni memang susah nak ambik gambar berdua..
tak suka bergambar gamaknya..
dah besarkan heroes ni..
Alhamdulillah..
babah with gegirls..
babah si misai walrus..
bukan saya cakap tau, dia sendiri yang mengaku..peace babah;p
ni pulak sosej rolls yang saya jual..
dah lama dah ni..
siap jual yang frozen lagi, tapi sekarang malas dah nak jual..
lagi satu, saya malas nak kutip hutang sapa yang belum bayar tu..segan la.
tu salah satu sebab saya malas nak jual..
dulu, saya jual bentou..lama jugak..pastu berenti sebab ntahla..
pastu sambung jual mini pizza pulak..lama jugak saya jual..
pastu lama saya berenti meniaga ni sebab yang sama seperti di atas..huhu
diorang ada jugak tanya tapi sekarang dengan Afiya lagi, tak jual dah kot..
tengokla, dah besar lagi sikit saya jual la balik..haha..ntah apa-apakan saya nih..



oklah..tu je..nanti kalau saya rajin, saya upload gambar pergi ke tasik beku; Lake Gando, tempat paling sejuk di Honshu (the main Japanese island)..

Thursday, 19 January 2012

Ganasnya budak-budak zaman sekarang..

Salam wbt..ehem..ni luahan hati emak yang takut bila nak sekolahkan anak dia nanti. Tadi baru baca blog kak Fillanie *sila google sendiri..haha*. kisah anak dia Kasih yang baru masuk tahun satu, yang kena tumbuk dan lempang..uwaaa..sangat takut okay.:( Kena tumbuk di mulut dan kena lempang kat pipi dan yang buat tu adalah budak perempuan..Mak ai, memang ganas ke budak sekarang ni, perempuan kan..Rasa macam tak masuk akal je budak perempuan boleh buat macam tu. Baru tahun satu tu..Belum lagi masuk kisah pow mengepow..kisah buli la..sangat takut..


Amni ni yang saya paling risau. Dia memang seorang yang lemah lembut dan kuat nangis..haha. Serius kalau dia tengok twins tu gaduh ke dia dah cuak sambil tolong leraikan. Tak pun kalau dia tengok salah seorang yang kena debik beria dia menjerit kat mama atau babah dia mintak tolong..Tak boleh kena marah sikit, mesti tarik muka sedih. Kalau marah lagi teruk, nangis..Macam mana nak sekolah kat Malaysia nanti ni? Saya dah banyak kali pesan dengan dia, sensei kat Malysia nanti tak sama tau dengan sensei kat sini. Kat sini Amni boleh manja-manja dengan sensei, kat Malaysia nanti tak dapekla. Kawan kat sini jugak semuanya jenis yang lemah lembut, jarangla nak jumpa yang terkejal..hehe. Sangat risau macam mana nanti dia nak bersekolah. Balik nanti dia dah 6 tahun, sempatla kot masuk kindy. Harap-harap waktu tu dia dah dapat biasakan diri dengan suasana persekolahan kat Malaysia. Amni kena kuat tau..Semua ni lah nanti yang dapat mematangkan dan mengenalkan Amni dengan alam remaja dan jugak untuk menempuh kehidupan di dunia ni.

Sebelum ni ada gak terbaca kisah anak kawan kami bila balik Malaysia hari tu dia dah masuk tahun tiga. Lelaki. Mula-mula sekolah tu, setiap hari bila balik sekolah je mesti nangis. Mengadu sekolah kat sana sangat susah. Cikgu garang-garang. Kawan semua ganas-ganas dan dia agak susah nak jumpa kawan yang sekepala dengan dia. Bila naik van berebut-rebut pun balik nangis mengadu dengan emak dia sebab kena tolak *kat sini semua benda beratur, kalau nak pergi toilet pun beratur* Kawan ejek nama dia pun dia tak tahan. Macam-macamla pengalaman dia mula-mula bersekolah tu, sebab kawan yang kat Jepun dia kata lagi best dan kawan kat Malaysia tak berapa sangat. Sekarang dah ok sikit mungkin dah dapat biasakan diri.

Eh, ni nak cerita apa sebenarnya nih?haha..dah lupa, terkeluar dari landasan la pulak. Nak cerita pasal budak-budak zaman sekarang tapi terbuat cerita perbezaan sekolah Jepun dengan sekolah Malaysia pulak..Apapun, yang pasti kita kena didik anak kita supaya dapat menjadi yang terbaik dan hormati orang lain. *tetiba terfikir twins..haha, yang berdua ni tak makan saman la pulak.haisshh*

Jom sama-sama kita baca yang Ustaz Zaharuddin ni tulis. Mungkin ada yang dah baca, tapi takpe, kongsi jelah. Untuk saya jugak ni..sila klik kat tajuk tu ye..
Ulama & Penjenayah Dibentuk Dari Rumah : Fikirkan Wahai Ibubapa

Wednesday, 18 January 2012

Muffin Pandan (Kak Yatie)

Salam wbt..muffin pandan kegemaran ramai..Ternampak Izah ML buat aritu, perut ni terus menggeletek minta di isi benda yang sama. Terus godek-godek kat dapur,dah siap makan panas-panas..Memang sodap *macam biasa, kena puji diri sendiri pandai masak..perasan.;p * Resipi dari Kak Yatie..Terima kasih buat keduanya yang berkongsi resipi mabeles ini..Nanti nak buat lagi dan lagi..anak-anak suka tau..Lagi satu, kalau nak buat muffin, mesti tengok kat rumah Izah ye. Kat sana banyak sungguh jenis muffin. Sesuai dengan nama Izah Muffin Lover gitu..
Muffin Pandan
source: Kak Yatie

Bahan-Bahan
180 g mentega (unsalted butter)
140 g gula halus
2 biji telur
80 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
220 gm tepung gandum*
2 sk baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh pandan paste

Cara membuatnya
  1. Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan gaul rata.
  3. Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran 3/4 penuh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2..

Tuesday, 17 January 2012

Seikatsu Happyoukai 2011

Salam wbt..cerita akhir tahun lepas, terlepas pandang sebenarnya. haha, sebenarnya banyak lagi event tahun lepas yang saya tak post lagi..asyik bertangguh, lama-lama terlupa. haisshh..:p 
Persembahan ini memang diadakan setiap hujung tahun bagi kebanyakkan kindergarten di sini. Seperti yang kita jangkakan  memang persembahan dari anak-anak kecik ni memang cukup menghiburkan dan sangat menarik untuk ditonton. Bayangkan kanak-kanak seawal 2 tahun dah boleh perform di atas stage. Memang mereka ni dah di ajar dari kecil to overcome stage fright..Baguskan tapi anak kami twins tu memang pemalu sungguh..haha. Sampai tak terkeluar suara diorang.
pic from left to right:
 Amni yang tengah beratur untuk ke toilet
obaachan (nenek) yang datang untuk tengok cucu ;p
Faeiz dan Faeiq main tambourine:)

nyanyi time..semua nyanyi sama-sama
Amni menyanyi sepenuh hati
kawan Amni..kawaii kitty chan
alala..nangis..waktu ni umur 2 tahun yang tengah perform..
yang tengah menangis tu memang sebelum naik stage dah nangis..
bad mood kot pagi tuh ;p
yang bawah tu umur 5 tahun..sangat pandai berlakon.

 hahaha..anak sapala nih..
waktu ni twins kena cakap "belum belum..perut masih lapar"
tapikan suara diorang tak terkeluar, nampak sangat anak melayu nervous..
diorang berlakon jadi orenji (orange)
bawah tu pulak Faeiq jadi suika (watermelon)
Faeiz jadi cupcake 
 
Amni berlakon jadi kumo (awan)..
cerita ni berkisah sapa yang paling kuat..
bila diorang tanya adakah awan yang paling kuat
awan akan jawab bukan, kami tak kuat sebab bila angin tiup kami,
kami digerakkan ke tempat lain pulak..
berterusan meneka sampai ke matahari..habis..haha

penutup..lagu Anpanman..
ada Magician..

 sangat suka dengan sensei  kat Jepun ni..
ops bukan sensei je, rasanya semua orang
mereka ni tersangat kreatif..
baju yang diorang pakai ni semua sensei buat dari plastik sampah je..
cantikkan, boleh buat dress, topi dan macam-macam lagi..
kalau flower yang dekat dress tu pulak dibuat dari tisu..
Amni sangat suka dengan dress tu
bila bawak balik siap pakai lagi, sampaikan nak tido pun still taknak bukak..
tapi macam biasa, mama dengki suruh dia bukak jugak...kahkah


Monday, 16 January 2012

Afiya's First Winter

Salam wbt..Disebabkan saya malas nak bercerita dan nak upload gambar lain, saya update pasal Afiya pulak ye..:)

Winter pertama Afiya. Alhamdulillah, dia dah semakin sihat. Takda batuk atau selsema. Cuma kadang-kadang kulit kering je. Dah masuk 6 bulan sekarang ni. Dah boleh  meniarap dan dah berpusing jauh jugakla dalam bilik ni.Dah mula kenal orang, dengan babah tak nak sangat. Kalau babah pegang pastikan mama tak tunjukkan muka depan dia. Kalau tak, nangis nak mama dia je..Suka sangat dengan Kakak Amni dia, kalau nampak kakak dia mesti tersengih-sengih. Sangat pemurah dengan senyuman. Pantang orang lain tegur dia, mesti melebar senyuman dia tu..Lagi ..lagi..haa, dah mula makan. Mama introduced puri je pun dengan dia. Puri epal tak suka, tak tahu kenapa. Suka sangat makan pisang tapi mama malas nak bagi tetiap hari, ponek asyik buang tut je..haha. Sweet potato pun suka jugak. Carrot dan labu biasa-biasa je. *mesti korang boring..haha. macam dia sorang je ada anak kan.:p*
DSC_1013[1] 
ni gambar semalam..
mama dan babah bawak saya pergi ke Lake Gando..
Tasik beku; tempat paling sejuk di Honshu 
sejuk sangat sampai muka saya bertukar jadi kemerahan dalam masa 10 minit selepas turun ke tasik ni..
cepat-cepat mama bawak saya naik dan duduk dalam kereta je.

DSC_0921[1]
saya memang macam ni..
setiap kali keluar mesti saya tidur..
bila angin sejuk kena muka saya terus saya ngantuk..
jadi, saya tak dapatla nak main-main snow..

DSC_0797[1]
see..ini pun saya tidur..
 
DSC_0138
ok, yang ni saya tak tidur..
sebabnya saya kat dalam rumah..
mama bawak saya pergi ke rumah kakak..
ada majlis makan-makan..
walaupun saya tak boleh makan,
tapi saya suka bila mama bawak saya keluar jalan-jalan..
babah kata entah ikut sapa agaknya suka berjalan..hehe

Friday, 13 January 2012

Kare Pan (Roti kari)

Salam wbt. Ehem..Baru lepas lunch. Pukul 3 baru makan sebab budak tecik tu agak cranky today. Ni baru tido lama sikit, cepat-cepat ambik nasi dan makan. Mama dia dah jadi parkinson sebab perut lapar sampai tangan menggigil bagai. hehe
Karepanman..ok, karepanman karakter kartun dalam cerita Anpanman..Kare pan is roti kari. Buat bila entah, tak ingat. Macam biasa, dah buat sendiri, jadi diri sendiri la yang puji sedapkan..haha  Sesapa yang nak cuba, buatla. Sedap dan mengenyangkan. Tapi, kat sini bila buat roti time winter ni agak malas. Nak tunggu doh naik je dah lama, tapi kalau nak cepat senang je. Letak depan heater terus, dalam 1jam dah naik 2x ganda.
 inila karepanman..
Resipi roti ambik dari rumah Ros Jintan Manis..Terima kasih Ros..
eh,oklah..dia dah bangun..petang la saya BW ye.daaa

Kare Pan ( Bun Kari)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com 

Bahan-bahannya
300 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
3 sudu besar marjerin atau shortening
1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
160 ml susu segar@air suam
2sudu kecil yis ( ros guna jenama instant yis jenama mauripan)
( nak masukkan sedikit bread softner atau bread improver pun boleh, ros tak masukkan sebab dah masukkan telur, telur juga sebagai agen pelembut bagi doh)

untuk inti
3/4 cawan daging cincang
2 biji kentang ( potong dadu)
1/4 biji carrot ( potong dadu)
1 1/2 sudu besar serbuk kari jepun ( leh ganti ngan serbuk kari daging biasa)
( masak seperti kita membuat inti karipap tu, tumis serbuk kari hingga naik bau, kemudian masjukkan daging cincang, kentang dan carrot, masak sehingga semuanya empuk, sesuaikan rasa dan sejukkan sebelum digunakan.)

untuk salutan
1 biji telur ( dipukul sedikit)
1 1/2 cawan breadcrumbs@serbuk roti
( serbuk roti ni ros buat sendiri, roti putih biasa tu, ros bakar sampai perang, guna toaster, lepas tu ros blender hancur)

Cara-caranya
  ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan bahan salutan,  ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan inti dan bahan salutan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4.selepas doh diperap, uli doh sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka, ros suke comel-comel jadinya ros buat 20 bahagian kecil. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian leperkan doh sedikit dan boleh disikan dengan inti kari daging tadi. ros bentukkan lonjong sedikit.
5. Alas dulang dengan baking sheet, kemudian celupkan doh yang siap disikan inti tadi didalam telur dan salut dengan breadcrumbs, atur atas dulang, ulang langkah tadi hingga doh habis. Biarkan doh naik dua kali ganda dan baru digoreng hingga perang. Toskan minyak yang berlebihan dan sedia untuk dihidangkan, amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

- Peringatan, kena letak kertas minyak tau bawah doh yang siap disalut breadcrumbs, supaya doh yang kembang tidak melekat dan senang diangkat untuk proses gorengan nanti.
.


Thursday, 12 January 2012

Nasi Ambeng..

Salam wbt..ehem, Nasi Ambeng kesukaan kami, si jawa celup..haha. Teringat pasal gambar ni terus buat entry, takut nanti saya malas.


Makan nasi ambeng di rumah Kak As. Hari tu sebelum pergi tanya dia boleh ke buat nasi ambeng, jadi bila tuan rumah dah setuju saya pun bawakla apa yang patut dari sinikan. Kononnya nak main masak sama-sama tapi memang hari tu Afiya nak melekap je dengan saya. Dengan babah dia pun tak nak. Jadi, boleh tolong sikit-sikit jela. Apapun terima kasih Kak As sudi terima kami sebagai tetamu sekali lagi dan sudi masakkan nasi ambeng permintaan si jawa celup..Jangan lupa Yuki Matsuri datang sini pulak tau..


 lauk-lauk untuk nasi ambeng..
memang renyahkan nak buat nasi ambeng ni.
banyak sungguh lauk yang kena masak..
masak dari pukul 6.30 pukul 9 malam baru siap..
pitam kalau buat sorang-sorang ni..:p

 nasi ambeng perantauan yang sangat sedap:D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...