Pages

Friday, 13 January 2012

Kare Pan (Roti kari)

Salam wbt. Ehem..Baru lepas lunch. Pukul 3 baru makan sebab budak tecik tu agak cranky today. Ni baru tido lama sikit, cepat-cepat ambik nasi dan makan. Mama dia dah jadi parkinson sebab perut lapar sampai tangan menggigil bagai. hehe
Karepanman..ok, karepanman karakter kartun dalam cerita Anpanman..Kare pan is roti kari. Buat bila entah, tak ingat. Macam biasa, dah buat sendiri, jadi diri sendiri la yang puji sedapkan..haha  Sesapa yang nak cuba, buatla. Sedap dan mengenyangkan. Tapi, kat sini bila buat roti time winter ni agak malas. Nak tunggu doh naik je dah lama, tapi kalau nak cepat senang je. Letak depan heater terus, dalam 1jam dah naik 2x ganda.
 inila karepanman..
Resipi roti ambik dari rumah Ros Jintan Manis..Terima kasih Ros..
eh,oklah..dia dah bangun..petang la saya BW ye.daaa

Kare Pan ( Bun Kari)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com 

Bahan-bahannya
300 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
3 sudu besar marjerin atau shortening
1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
160 ml susu segar@air suam
2sudu kecil yis ( ros guna jenama instant yis jenama mauripan)
( nak masukkan sedikit bread softner atau bread improver pun boleh, ros tak masukkan sebab dah masukkan telur, telur juga sebagai agen pelembut bagi doh)

untuk inti
3/4 cawan daging cincang
2 biji kentang ( potong dadu)
1/4 biji carrot ( potong dadu)
1 1/2 sudu besar serbuk kari jepun ( leh ganti ngan serbuk kari daging biasa)
( masak seperti kita membuat inti karipap tu, tumis serbuk kari hingga naik bau, kemudian masjukkan daging cincang, kentang dan carrot, masak sehingga semuanya empuk, sesuaikan rasa dan sejukkan sebelum digunakan.)

untuk salutan
1 biji telur ( dipukul sedikit)
1 1/2 cawan breadcrumbs@serbuk roti
( serbuk roti ni ros buat sendiri, roti putih biasa tu, ros bakar sampai perang, guna toaster, lepas tu ros blender hancur)

Cara-caranya
  ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan bahan salutan,  ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan inti dan bahan salutan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4.selepas doh diperap, uli doh sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka, ros suke comel-comel jadinya ros buat 20 bahagian kecil. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian leperkan doh sedikit dan boleh disikan dengan inti kari daging tadi. ros bentukkan lonjong sedikit.
5. Alas dulang dengan baking sheet, kemudian celupkan doh yang siap disikan inti tadi didalam telur dan salut dengan breadcrumbs, atur atas dulang, ulang langkah tadi hingga doh habis. Biarkan doh naik dua kali ganda dan baru digoreng hingga perang. Toskan minyak yang berlebihan dan sedia untuk dihidangkan, amat sesuai untuk sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

- Peringatan, kena letak kertas minyak tau bawah doh yang siap disalut breadcrumbs, supaya doh yang kembang tidak melekat dan senang diangkat untuk proses gorengan nanti.
.


13 comments:

Ijah EmoTemo said...

nyumss!! sedap ni heheheh

Amie said...

ha hahahhh dah bangun dia ye... kasihan mamanya sampai menggigil lapar! memang kalau buat roti kena bergantung gak dengan keadaan cuaca kan Kama...

ADEEYA said...

Yumyumyum sedap je nampak. Me gila roti2 ni :D

Hanis Azla said...

sedapnya lia.. akak tak pernah buat roti sendiri sebab tak rajin nak menguli.. tp bila tgk org buat rasa naik semangat juga..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai x pernah try pow ngeeee
selalu buat donat
bentuk dia mcm cik mek molok ekkk

☾SHiemaCMa786☾ said...

peliknya nama kuih ni...

ucubakery said...

kalau lia dah jdi mcm parkinson..perut ucu ni pulak asyik la berpoco2...minta diisi...

Nur-nba said...

Salam.. Kak Kamalia, sedapnya.. nak sikit.. Nur confirm kena buat rawatan akar... huhuhu.. cuaknya.. :(

Asmara said...

antara roti yang belum pernah dicuba. ehek.. mcm inti karipap gitu eh. :D

suri solehah said...

cantik pulak buat bentuk gitu macam cikmek molek..akak pernah try buat sekali..tapi masa goreng cepat sangat nak hangus breadcrumbs tu-takreti-rasa dah malas nak buat huhu..

Unknown said...

Salam Kamalia,
Mmg nampak sdp roti tu... gebu je.. rasa mcm nak try tp kat sini tak reti lg nak cari bahan... takut salah beli...masalah bahasa tak habis2 lg...sigh*

Cik TeN10 said...

oishisou.. dah lama tak buat roti etc.. salu buat kek je.. tgklah bila2 rajin bleh la try buat.. :)

Unknown said...

sedap ke? kalo sedap bak meh sikit...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...