Pages

Thursday, 19 January 2012

Ganasnya budak-budak zaman sekarang..

Salam wbt..ehem..ni luahan hati emak yang takut bila nak sekolahkan anak dia nanti. Tadi baru baca blog kak Fillanie *sila google sendiri..haha*. kisah anak dia Kasih yang baru masuk tahun satu, yang kena tumbuk dan lempang..uwaaa..sangat takut okay.:( Kena tumbuk di mulut dan kena lempang kat pipi dan yang buat tu adalah budak perempuan..Mak ai, memang ganas ke budak sekarang ni, perempuan kan..Rasa macam tak masuk akal je budak perempuan boleh buat macam tu. Baru tahun satu tu..Belum lagi masuk kisah pow mengepow..kisah buli la..sangat takut..


Amni ni yang saya paling risau. Dia memang seorang yang lemah lembut dan kuat nangis..haha. Serius kalau dia tengok twins tu gaduh ke dia dah cuak sambil tolong leraikan. Tak pun kalau dia tengok salah seorang yang kena debik beria dia menjerit kat mama atau babah dia mintak tolong..Tak boleh kena marah sikit, mesti tarik muka sedih. Kalau marah lagi teruk, nangis..Macam mana nak sekolah kat Malaysia nanti ni? Saya dah banyak kali pesan dengan dia, sensei kat Malysia nanti tak sama tau dengan sensei kat sini. Kat sini Amni boleh manja-manja dengan sensei, kat Malaysia nanti tak dapekla. Kawan kat sini jugak semuanya jenis yang lemah lembut, jarangla nak jumpa yang terkejal..hehe. Sangat risau macam mana nanti dia nak bersekolah. Balik nanti dia dah 6 tahun, sempatla kot masuk kindy. Harap-harap waktu tu dia dah dapat biasakan diri dengan suasana persekolahan kat Malaysia. Amni kena kuat tau..Semua ni lah nanti yang dapat mematangkan dan mengenalkan Amni dengan alam remaja dan jugak untuk menempuh kehidupan di dunia ni.

Sebelum ni ada gak terbaca kisah anak kawan kami bila balik Malaysia hari tu dia dah masuk tahun tiga. Lelaki. Mula-mula sekolah tu, setiap hari bila balik sekolah je mesti nangis. Mengadu sekolah kat sana sangat susah. Cikgu garang-garang. Kawan semua ganas-ganas dan dia agak susah nak jumpa kawan yang sekepala dengan dia. Bila naik van berebut-rebut pun balik nangis mengadu dengan emak dia sebab kena tolak *kat sini semua benda beratur, kalau nak pergi toilet pun beratur* Kawan ejek nama dia pun dia tak tahan. Macam-macamla pengalaman dia mula-mula bersekolah tu, sebab kawan yang kat Jepun dia kata lagi best dan kawan kat Malaysia tak berapa sangat. Sekarang dah ok sikit mungkin dah dapat biasakan diri.

Eh, ni nak cerita apa sebenarnya nih?haha..dah lupa, terkeluar dari landasan la pulak. Nak cerita pasal budak-budak zaman sekarang tapi terbuat cerita perbezaan sekolah Jepun dengan sekolah Malaysia pulak..Apapun, yang pasti kita kena didik anak kita supaya dapat menjadi yang terbaik dan hormati orang lain. *tetiba terfikir twins..haha, yang berdua ni tak makan saman la pulak.haisshh*

Jom sama-sama kita baca yang Ustaz Zaharuddin ni tulis. Mungkin ada yang dah baca, tapi takpe, kongsi jelah. Untuk saya jugak ni..sila klik kat tajuk tu ye..
Ulama & Penjenayah Dibentuk Dari Rumah : Fikirkan Wahai Ibubapa

12 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

fighting amni
budak mesia mmg advance bab ni compare ngan nihonjin....bab mulut dah ...budak umur 3 thn dh pandai ckp mcm2...kt sini nak dengar kids ckp benda kotor pow susah...haiyooo!

suri solehah said...

lia bila baca catatan lia akak terfikir..kenapa boleh neg bukan islam kebanyakan akhlaknya lebih baik berbaning dgn kita yg islam ni(maaf cakap)hingga lahirkan persekitaran begitu-dlm cerita lia tu-pening jugakkan
-terima kasih kongsi link tu

Jue said...

dari kacamata@contact lens cikgu sek rendah ni...

yup!!budak2 skrg mmg ganas2..serius aku pun terkejut masa mula2 posting dulu..budak darjah 1 and 2 dh pandai mengepow duit belanja kawan..jgn kata duit kawan..duit cikgu ni pun kena curik ms cikgu p toilet sat..huhu..berlakon pun pandai..depan cikgu baik kemain..belakang kalu..sendri ingatla..blom bab kuang ajar lagi..ngeri tau jadi cikgu skrg wpun cikgu sek rendah..
tapi still ada yg ok :)
maybe yg segelintir ni yg buat tanggapan kita berubah..budak2 comel masih boleh dibentuk klu kena gayanya

#moral of d story : didikan asas bermula dari rumah

Hanis Azla said...

tak bestnya dgr kes2 buli kat sekolah ni.. risau sgt kalau anak2 kita dibuli.. lebih risau kalau anak kita juga ikut membuli.. aduhai.. minta dijauhkan..

skuterlady.blogspot.my said...

bukan budak2 jer yang tak reti beratur.... yang dah tua bangka pon de gak yang tak reti2 nak tunggu giliran... tu yang buat budak2 payah nak ikut tu...

segan dengar bile rakyat negara luar punya disiplin diri yang tinggi bile tiba bab2 beratur ni... tapi negara kita yang kononnya penuh adat budaya sopan santun... tapi rakyatnya tak melambangkan pon budaya tu... kalau leh semua nak mian redah jer...

Unknown said...

Salam Kamalia,
Nanti balik Msia tgk2 lah sekolah yg ok...mmg budak2 skrg ni makin advance...agaknye sb mak bapak sibuk cr duit/urusan duniawi tu yg anak2 pun cr perhatian di luar...Doa yg terbaik utk anak2 kite... I pun tak tahu Iman nnt mcmana...risau gak ni...

Unknown said...

mmg bdk sekarang ni semuanya advance. Kena hati2 lah. Lia ada baca tak entri akak mggu lps pasal aqil kena tekan dgn gunting di lengannya sbb tak ikut arahan pengawas? Itu salah satu contohlah kan. Mmg sentiasa nasihat pd anak2 supayj jgn cari pasal di sekolah huhu

Kelab Kembar Malaysia said...

hadoihh.. risau pula nanti bila amrafahan nak sekolah... harap2 masa tu semuanya ok ok belaka... huhuhu

munna said...

munna pun takut bila baca kes2 budak sekolah skrg ni... mmg budak2 skrg ni advanced sgt... harap2 anak munna ok je nanti bila tadika tahun depan

nur easy said...

betul tu.. memang ngeri bila fikirkan nak lepaskan budak2 wpun utk ke sekolah kan? mengapa sampai jd sek ni tempat y tak selamat ya?

☾SHiemaCMa786☾ said...

jgn kate akak je..cma pun seriau gak..bdk2 zaman skrg ni ganas x kena tempat..mesti ade je kes buli ni..

best la klu sestgh org2 mesia ni ikut adab dan sopan cam org jepun..

x berebut2.. @_@

Cik TeN10 said...

emm tu lah kan.. jauh bezanya persekitaran kt sini dgn kt mesia.. dr situ pn dh leh nmpak dh mcm mana sahsiah diri terbentuk.. sy kagum dgn org jepun ni.. ye la even diorg xberagama tp still ada adab, sopan santun.. kdg2 kn rasa mcm ngeri bila baca berita pasal budak2 skolah kt mesia.. yg lanyak kawan la.. pukul cikgu pn ada.. byk benda yg tak kena.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...