Pages

Wednesday, 30 June 2010

Amni suke pegi sekolah

Hari-hari Amni suke pergi sekolah..Setiap pagi, senang je nak kejutkan Amni ni walaupun kadang-kadang malam tu die tido lambat..Tapi, bila balik je, mesti die tertido kat dalam bas..Yukiko Sensei kata, Amni ni bersemangat betul kat sekolah..Setiap hari, ade je vocab baru die bawak balik..Kesian mama die ni, tercangak-cangak bile Amni cakap benda yang baru..terus bukak dictionary tengok maksud words tu..huhuhu..

Gambar ni waktu parents' observation day....Selalunye every month ade je aktiviti yang diorang buat..pastu pulak,every 2 weeks aktiviti lain pulak..memang penuh jadual diorang ni..Gambar kat bawah ni, yang tengah berdiri tegak tulah Yukiko Sensei..sedap suara die bila nyanyi sambil main piano..jeles mama waktu tu..hikhikhik..(xsedar diri rupenye mama ni...)

Dah siap dah bola(belon)..

Waktu ni memang die kata xyah bwk bentou, jadi Amni cume bole makan cookies ..carrot cake bole pandang jela..

Sebelum balik, nyanyi lagi..Mula2 sampai, nyanyi jugak..Amni dah hafal sume lagu2 tu..kadang2 kat rumah, die ajak twin nyanyi skali..erkkk..twin pulak buat xtau je bile kakak suh nyanyi..hehehe

Tuesday, 29 June 2010

Makan Buah-Bagaimana ia boleh mencegah Kanser

Bagaimana cara makan buah secara betul. (nota tuan tanah: masuk mulut, kunyah)

1. Buah harus dimakan sebelum amik apa-apa meals. Means, makan dalam keadaan perut kosong. Apabila anda makan buah sebelum meals, ia akan memainkan peranan penting untuk detoxify atau dalam erti kata lain, menyahkan toksid dalam system anda, memberikan tenaga untuk mengurangkan berat badan...Ya ampun...patut la aku tak kurus-kurus.Salah amik makanan rupanya. huhuhu....: P

2. Amik meals before fruit juga bole menyebabkan bloating atau dalam erti kata lain kembung perut pastu asik nak melepas n sendawa je. Sebab buah-buahan yang kita makan tu dah bercampur dengan makanan yang ada dalam perut dan menyebabkan gas beracun berlaku. (nota tuan tanah: kalu bom beracun boleh buat kasi bom itu Israel, best gak. Ni asik buat orang pitam je, buat apa)

3. Nak kurangkan rambut beruban dan gugur sebelum waktunya, nervous tak tentu pasal dan jugak ilangkan dark circle bawah mata, baik la makan buah sebelum amik meals.

4. Buah Kiwi : kecik -kecik cili api. Besar khasiatnya. Penuh dengan potassium, magnesium, vitamin E & fiber. Vitamin C 2 kali ganda dari oren.
5. Apple : Memang kurang Vitamin C tapi ada anti-oksida dan flavonoids yang bole mengurangkan risiko kanser kolon, serangan jantung dan stroke.


6. Stoberi : Buah yang protektif (translate secara langsung ni). Mempunyai ketinggian anti-oksida berbanding buah yang lain dan bole protect tubuh dari penyebab kanser juga kesumbatan saluran darah.
7. Oren : Ubat yang manis (ramai orang diabetes takut nak makan oren, nape ek?). Amik oren 2-4 biji sehari boleh menjauhkan flu, menurunkan kadar kolestrol, mencegah dan menghapuskan kidney stones serta mengurangkan risiko kanser kolon.
8. Tembikai : Banyak kandung air. Banyak glutathione yang mana bole menaikkan immune system. Juga kedapatan Vitamin C dan Potassium.

9. Jambu Batu & Betik : Pemenang utama bagi kategori Vitamin C. Juga pemenang bagi kategori ketinggian kandungan Vitamin C. Jambu batu kaya dengan fiber yang bole menghalang constipation. Betik pula kaya dengan carotene yang mana bagus untuk mata anda.

Note : Minum minuman berais selepas makan = KANSER!!!

Note : Simptom serangan jantung = lengan kiri sakit, sakit pada bahagian jaw line, berpeluh secara tiba-tiba.

source: ::Anatomi Cik Akma:: (mekaseh ye noona,bg teman kopipes info nih)~~wiii~~

Monday, 28 June 2010

Chicken pie

Jangan ditanye nape chicken pie ni warna die pucat je..mybe orang yang duk membuatnye pun waktu tu muka dah pucat tahap mayat dah..saya ni kot puasa selain di bulan Ramadan, memang pelik sikit..Badan lemah gile..muka pucat cam mayat..pastu, bibir kering merekah bak delima..eh,,betul ke tuh..hahaha..

Kot korang tengok pie tu macam xbest jekan..jangan tertipu tipah..luaran memang buruk, dalaman perghh..sedap giler..berbakul2 pujian dapat dari hubby tercinta..pastu,ade lebih pulak, bawak pegi piknik,bagila adik2 bujang tu makan..selaut pujian diorang bagi..muahahaha..waktu tu rasa xjejak tanah..macam kuntilanak la pulak ek, bole terbang2 nih..:))

Okla.resipi..ni amek kat MyR (kot skang klik die akan tulih Oops!firefox could not connect to www.myresipi.com)..Satu kehilangan yang besar nampaknye..dan saya pun xtau ni resipi sape ..saya pulak malas nak taip resipi, nanti kot dah rajin saya update resipi ye..mekaseh..:))

Faeiq suka sangat makan pie ni..banyak die makan..:D

Friday, 25 June 2010

ASBABUN NUZUL

Salam dipagi Jumaat..arini xde n3 tuk masak2 or pasal anak2..cuma nak share sedikit tentang Asbabun Nuzul..Sebenarnye saya pun tak tahu ape Asbabun NUzul tu..huhuhu..tapi, Alhamdulillah, nasib baik ade laling kat rumah ni yang memberitahu serba sedikit tentang Asbabun Nuzul ni...Note ni saya dapat dari Che Azie Naro..Terima kasih akak kerana membantu memahami lebih mendalam tentang Asbabun Nuzul ni dan buku yang patut dibeli..:D

Di zaman dahulu Asbabun Nuzul tidak asing bagi orang Islam..Tapi kini berapa peratuskah orang Islam yang mengetahuinya?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya; Apa itu Asbabun Nuzul?

Mungkin ramai yang berkata; tidak pernah dengar perkataan itu!


Asbabun Nuzul atau dalam tulisan Arabnya “سباب النزول” bermaksud:

1. Satu ilmu memahami tafsir Al-Quran mengenai sebab-sebab turunnya sesuatu ayat Al-Quran.
2. Ilmu Al-Quran yang membahaskan mengenai latar belakang atau sebab penurunannya.

Mengapakah umat Islam perlu mengetahui Asbabun Nuzul?

1. Kerana sebahagian besar ayat Al-Quran itu diturunkan secara umum dan tanpa sebarang sebab atau peristiwa.
2. Kerana sebahagian ayat Al-Quran melalui beberapa peristiwa atau sebab menjadikannya sah dan sesuai ketika diturunkan.
3. Kerana sebahagian ayat Al-Quran mempunyai sebab-sebab khusus ketika penurunannya.

Mengapa pentingnya bagi kita mengetahui Asbabun Nuzul?

Di zaman Rasulullah (SAW) terdapat beberapa peristiwa penting yang mana telah mencetuskan beberapa pertanyaan dari para sahabat dan orang Islam mengenai hukum -hakamnya peristiwa itu. Maka Allah Ta'alla telah menurunkan wahyuNya sebagai jawapan ke atas peristiwa yang dikenali sebagai Asbabun Nuzul itu.

Peristiwa dan jawapan Allah melalui wahyuNya dapat membantu kita menjelaskan kepada anak-anak,saudara mara dan orang lain mengenai hukum hakam ayat ini dalam menghadapi kehidupan harian adan apabila berdepan denagn permasalahan atau cabaran-cabaran yang boleh merosakkan nama baik Islam.

Mengapa umat Islam perlu mengetahuinya?

1. Agar mudah memahami tafsir ayat Al-Quran dengan tepat dan tidak silap menerangkannya kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara baru (mualaf).
2. Ianya merupakan jihad pendidikan ke arah mendalami ilmu Al-Quran.
3. Saya ingin berkongsi cerita mengenai perbincangan oleh dua rakan sekerja dalam tahun 2002
mengenai isu di bawah ini – seorang kawan Melayu Islam dan seorang lagi mualaf.

Firman Allah: “Dan milik Allah timur dan barat: kemana pun kamu menghadap, disanalah wajah Allah, Sungguh Allah Maha luas, Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: ayat115)

Dalam perbincangan tersebut kawanku keturunan Melayu Islam sejak lahir tidak dapat menjawab pertanyaan dari kawan saudara Baru (mualaf) yang baru 6 bulan memeluk Islam dan mula menjinakkan diri mempelajari tafsir Al-Quran. Beliau bertanyakan rakan Melayu Islam itu kenapa sembahyang mengadap kiblat sedangkan ayat yang diatas (Al Baqaah:115) yang pada fahamannya bermaksud kiblat dimana-mana. Sayangnya kawanku yang Melayu Islam tersebut tidak mampu menerangkan maksud ayat ini berlandaskan Asbabun Nuzul dan hanya cuma mampu berkata, “ustaz mengajarku sejak di bangku sekolah kiblat mengarah ke Mekah, dan orang Islam jangan banyak tanya, ikut sahaja apa yang di ajar ustaz!”. Tentulah saudara baru itu tertanya-tanya kerana beliau bukan belajar agama Islam sejak kecil dan selama hiduonya berlandaskan fakta dan akal fikiran. Pastinya beliau tidak memahami maksud tafsir tersebut dan yang ruginya kaum Melayu Islam sendiri yng tidak mampu memberi jawapan yang jelas kerana tidak memahami Asbabun Nuzul. Bukankah jawapan seperti ini boleh mengoncangkan keimanan saudara baru yang baru mengenal Islam yang mana selama hidupnya hanya mengenal fakta?

Memang benar sekali baca atau sekali pandang, ayat ini mengharuskan kita mengadap ke mana-mana arah ketika hendak solat. Tetapi kita mesti ingat bahawa salah satu dari syarat sah solat ialah mengadap kiblat. Jika kawanku Melayu Islam itu memahami maksud ayat ini melalui pengertian Asbabun Nuzul, pastinya beliau akan megetahui bahawa ayat ini diturunkan kepada mereka yang bermusafir dan dapat menambahkan ilmu dan memantapkan iman saudara baru tadi!.

Secara ringkas, ayat ini tidak bersifat umum, tetapi hukumnya hanya khusus di gunakan dalam situasi mereka yang tidak mengetahui arah kiblat ketika sedang bermusafir. Ke mana juga arah mereka yang sedang musafir, ianya dikira sebagai arah kiblat, dan solatnya diterima.

Bagaimana cara untuk menegtahui keseluruhan Asbabun Nuzul?

1. Terdapat dalam tafsir-tafsir yang muktabar.
2. Buku khusus karangan ulama mengenai Asbabun Nuzul seperti karangan-karangan
Al-Wahidi (M 427H), karangan Ibnu Hajar Al-Asqolani (M 852H), Lubab Al-Manqul Fi Asbab
An-Nuzul, karangan Imam As-Suyuti (M 911H) dan lain-lain lagi.
3. Hari ini terdapat sebuah buku berjudul “TAFSIR AL-QURAN & ASBABUB NUZUL” karangan
DR. AHMAD HATTA M.A dalam pasaran. Ia boleh di dapati di premis Yayasan Pendidikan ABIM dengan harga sebuah RM120-00. Sesiapa berminat mendalami ilmu Al-Quran sila hubungi saudara
k.anuar76@gmail.com/+60172041010

Walaupun anda membaca naskah ini, saya tetap menyarankan dan menasihati untuk mendapatkan bantuan mereka yang pakar mengenai ilmu Al-Quran untuk membimbing anda memahami Asbabun Nuzul dengan lebih berkesan. Terdapat universiti dan akedemi swata serta masjid dan surau yang mengajar ilmu ini. Dapatkanlah khidmat mereka ini untuk membimbing anda semua dalam menghayati sepenuhnya ilmu Al-Quran.

WAULAHUALAM

Wednesday, 23 June 2010

Kisah AMni + Dadar Lauk Samarinda

Dadar lauk samarinda ni one of Amni's favourite..Amni memang suke kuih2 yang jenis camni..Roti jala pun dia suka jugak..cuma makan roti je la, tak cicah pun dengan kuah kari..Buat ni tuk tambah menu bentou pegi youchien..Sebenarnye,dah tak tau nak masak ape dah tuk bentou die..malaskan mama die ni..hehehe...:)) Tuk resipi, bole tengok kat umah ika ye..


Yang ni pulak kisah Amni:-

Amni ade masa dia agak kedekut dengan twin..Sume barang die, kalau bole die xnak share dengan twin..Tengok mood jugakla kan..kot angin die baik je, die bagila..kot ade angin kus2 die datang...huhh..xdapek nak tolong..
Hobi die, sume barang2 die tu die akan simpan dan letak kat satu tempat..kononnye territory die.ala2..this is my territory ..do NOT trespass...Kot twin amik je, konpem die akan ambik balik..Selalunye bila kami suruh die share barang2 tuh, die akan dengar dan bagila adik die pinjam sekejap..Tapi semalam..macam mimpi ngeri je..Ini antara ayat yang kami selalu guna tuk pujuk die..

Kami :..Amni, bagila adik pinjam sekejap...nanti adik dah xnak main, adik bagila kat Amni balik..u must share it..bla..bla..bla...Amni kan good girl..
-
-
-
-
-
-
-
-
Amni: tak boleh....Amni xnak jadi good girl..

kami=:(

Tuesday, 22 June 2010

Mee Rojak

memang sedap...dah byk kali buat, la ni br smpat nak amik gambar..:))

source: Kak Hana ( mintak halalkn ye kak...sy c n p je)

Bahan-bahan

UTK KUAH
  • 10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas
  • 40g kacang tanah - goreng n blend (sy lebihkn-100g)
  • 40g biskut tawar - blend halus ( sy xletak)
  • *segenggam udang kering
  • *sebiji bawang besar
  • *5 biji bwg merah
  • *3 ulas bwg putih
  • gula melaka
  • air secukupnyer - dlm 6-7cwn
  • garam
  • gula putih - klu tk cukup manis lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)
UTK TEPUNG ROJAK
  • 2 cwn tepung gandum
  • satu sudu makan rata yis
  • 3 sudu gula
  • garam
  • air
  • pewarna kuning - optional
  • myk utk deep fry
BHN SAMPINGAN - ikut suka la mana2 nk buh!
  • timun - hiris
  • tauhu - goreng n hiris
  • tempe goreng - hiris
  • sengkuang - hiris
  • salad lettuce - hiris
  • kangkung celur (optional)
  • taugeh celur (jika suka)
  • telur rebus - belah dua (klu suka goreng la)
  • kentang - rebus n belah2 ( pong bleh goreng dulu)
  • ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayam
  • mee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee
Cara-cara
  • UTK KUAH - basuh lada kering...kemudian toskan. panaskan minyak.goreng sebentar lada tuh.jgn lama sgt nnti hangit kuah jd tk sedap! dh tuh angkat n toskan minyak.
  • blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
  • masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan.
  • pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer!
  • bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!
  • UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
  • dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
  • perap adunan selama 1 jam.
  • panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.
  • CARA HIDANGAN - susun semua bhn sampingan n tepung td belah empat.curahkan kuah! siap! :)

Monday, 21 June 2010

Double yeayy!!!not triple yeayyy..

Salam...nape double yeay!! not triple yeay..??sob..sob..sob..alkisahnye, dari last tuesday duk la memberhentikan BF twin nih. Mula dari tengah hari bawakla ke petang, berjaya membuat diorang xnak BF. Suke...suke...rahsianye...jeng..jeng..jeng..saya duk letak asam jawa kat n*** tuh. At first diorang tengok jugak..ala2 macam nak hisap pun ade. Tapi, bila saya kate..eiii..ini ulat la..mama takut..mama sakit ..terus diorang xjadi nak hisap. Twin ni memang takut dengan benda yg hitam2 nih.(but i'm feeling like a bad mama) ..Alhamdulillah..sampai ke petang diorang xmintak...Yeayy..

Bila malam pulak, sebelum diorang ni nak tidur, mesti nak ngempeng dulukan. Jadi, bila diorang mintak sekali lagi (actually berkali2 diorang mintak), saya kate la mama sakit..ade ulat nih (sambil tu tunjukan la jugak)..hehehe. Diorang takut dan terus mintak susu formula( walaupun minum sikit, tapi kami suke)..Akhirnye, berjaya tidurkan diorang tanpa BF..Double yeay!!

Selalunye tengah malam or awal2 pagi diorang akan bangun tuk menyusu lagi..jadi, kami dah prepare la susu kat dalam botol..(cuma perlu tambah air je)..Bila diorang bangun, buatla susu tu, tapi, diorang xnak..menangis2 la pepagi buta tuh...haihhhh..pujuk punye pujuk xjalan jugak, last choice bagi jela BF...uwaaa...xdapat pun triple yeayyy!!!..

Sekarang ni macam tu la rutin twin n mama diorang nih..Sekurang-kurangnye, bila waktu siang tu saya bole buat kerja lain..:))

p/s:may be within this week nak toilet train Amni pulak..wish me luck~~

Saturday, 19 June 2010

CUSTARD RAISINS BUN

source: Kak Noreen UK

Bahan-bahan:
75gm tepung roti
75gm tepung kek
1 camt instant yeast
60gm susu segar
1/2 biji telur
30gm gula pasir
25gm mentega

Bahan2 custard:
1 camb custard powder
1/2 camb gula pasir
85gm susu segar
10gm mentega
1 camt esen vanila

20gm raisins / mixed fruits
1/2 biji telur - dipukul untuk sapuan atas roti

cara:

1. untuk custard: masukkan kesemua bahan2 custard ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat. tutupkan api dan biarkan sejuk. coverkan dengan cling film
2. masukkan semua bahan2 roti di dalam mixing bowl sehingga sebati. uli sehingga menjadi doh, elastik dan tidak melekat di tangan
3. boleh juga dipukul semua bahan dengan menggunakan mixer
4. setelah siap masukkan ke dalam mangkuk yang telah digris dan biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda dalam 45 min ke 1 jam
5. atau kaedah lain masukkan semua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting doh. biarkan doh siap
6. setelah siap tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan angin dan biarkan doh rehat selama 15 min
7. kemudian canaikan doh menjadi oblong shape dan sapukan dengan custard, taburkan raisins. gulungkan seperti swiss roll dan potong ikut ketebalan masing2
8. susunkan ke atas pan yang telah digris dan biarkan doh naik sekali lagi
9. sapukan bun dengan telur dan bakar pada suhu 180C selama 15 min atau sehingga keperangan
10. setelah masak sapukan dengan mentega agar bun menjadi kilat

Thursday, 17 June 2010

Mexican Bun

Source: Kak Noreen UK ( c n p ye kak, tuk rujukan..tq)

Bahan-bahan (14 biji):

400gm tepung roti
2 camt yis
1 camt garam
50gm mentega - dicairkan
60gm gula pasir
1 biji telur
100ml susu segar
110ml air sejuk

Bahan2 topping:
100gm mentega
100gm tepung kek - tepung gandum pun boleh
80gm gula aising
2 biji telur
1-2 camt serbuk kopi segera/nescafe - dibancuh dengan 1 camt air panas

cara:
  1. cara membuat topping: pukul mentega dan gul aising pada kelajuan sederhana selama 5 min sehingga adunan ringan dan gebu
  2. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  3. setelah itu masukkan serbuk kopi
  4. kemudian masukkan pula tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati
  5. masukkan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia digunakan
  6. cara membuat roti: masukkan kesemua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan setting untuk doh
  7. tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
  8. setelah siap keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  9. tumbuk2kan doh tadi dan bentukkan menjadi bulat yang besar
  10. rehatkan doh tadi selama 10-15 min
  11. setelah itu bahagi2kan doh kepada setiap satu seberat 50gm dan bentukkan menjadi bola
  12. susunkan doh tadi di dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu dan pastikan jarak di antara doh supaya ianya tidak melekat
  13. kemudian tutupkan loyang tadi dengan cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45 min
  14. pada yang tinggal di negara sejuk bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven tanpa on kan dan letakkan dua cawan air panas dikiri kanan loyang tadi
  15. tutupkan oven dan biarkan doh naik dua kali ganda
  16. setelah itu bolehlah dipaipkan dengan topping tadi dengan bentuk spiral bermula dari tengah
  17. lakukan sehingga habis doh tadi dipipekan dengan topping
  18. bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak
  19. enak dihidangkan ketika masih panas

Tuesday, 15 June 2010

Majlis Bacaan Yassin + twins birthday

Venue:Ueda Matsunomi
Date:12.6.10
Time:7.45pm-10pm
Faeiz n Faeiq...

Juadah tuk malam tu..nasi pilau, rendang daging, pulut kuning, acar, sambal ikan bilis n ayam panggang ala2 pakcik Kenny Rogers

hadiah dari abang2..Faeiznye xsempat nak snap...mekaceh abang..

Amni pun dapat jugak...:))


Monday, 14 June 2010

World Cup fever hits Morioka...

Uwaaa...ngantuknye...ni sume gara2 world cup...xcukup tido..penat..Haihhh...Actually,saya ni xdela tengok sangat pun..Cuma ari sabtu aritu, lepas kenduri kat rumah ni, duk temankan hubby tengok world cup ni ha..xdela tido lewatnye pun..kul 1 am saya dah tido..xtahan mata ni..penat memasak siang tu pun xilang lagi kan..:((

Selalunye hubby tengok bola ( EPL or UEFA) kat pC je (live streaming)...tapi bile tibe world cup's season ni, tibe2 la pulak xleh nak tengok tru internet..sib baikla ade live kat TV nih ha.., jadi terpaksala tengok kat TV je..Ok..PC ni kat living hall n TV pulak kat dalam bilik tido kami..Jadi, bile dia duk tengok TV tu, mestila saya pun tertengok sekalikan..(sebenonye xdpt tido duk dgr die asyik mengomel je..kononnye jd commenteter la kot, xpun jd coach tuk country tuh)...

Faeiz sibuk nak amik gamba gak..

Punyela bersemangatnye pasal world cup nih, adik2 kat sini siap tempah jersey lagi (from M'sia)..tapi, bukan yang ori ye.hehehe..siap buh nama kami kat belakang jersey nih..PIC jersey ni pilih jersey Argentina..dapatla jersey tu, tapi bukan home jersey..dapat away jersey..lagipun bulan 7 ni ade game kat Sendai, so nanti kami sume dari Iwate akan pakaila jersey ni beramai2...

jersey ni yang kami order

inila jersey kami

rase cam poyo giler...huhuhu

hubbynye..

p/s::pagi tadinye game(Germany) hubby x tengok..die kate die dpt melawan nafsu tuk tengok bola nih....bagus2..nnt kot die tengok,konpem keje kat lab tu xsiapnye..::

Thursday, 10 June 2010

yeay..yeay...dah berjaya membuat carrot cake..memang sedap sangat cake ni..bila makan tu rasa puas sangat..nyum..nyum..bab deco tu bole abaikan ye..ni 1st time la cik puan ni buat deco..nak buat deco yang senang ni pun tangan menggigil, ditambah lagi pulak dengan sesi kacau mengacau dari asisstant xbertauliah kat umah ni..sibuk la diorang ni cuit sana, cuit sini..usik sana sini..grrrr..rase nak makan je diorang nih..

Resipi ni dari umah K.Hana..pastu g umah Ika..ni amik dari umah Ika la ni..mintak ijin nak c n p ye..TVM to both of u..muah..:))

Tuk cream cheese frosting pulak amik dari umah K.Nor..mekasih banyak2 kak..sedap..ank2 saya sampai jilat2 jari tau..yummy la mama..:))

CARROT CAKE

Bahan-bahan
  • *1 cawan tepung
  • *1/2 sk soda bicarbonat
  • *1 sk baking powder
  • *1 sk serbuk cinnamon
  • * 1/2 sk nutmeg
  • 11/2 cawan carrot - parut
  • 1/2 cawan butter
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula putih - x ltk, cume lebihkan gula perang 1/2cwn
  • 1/2 cawan gula perang
  • 2 sb susu segar - resepi asal rum
  • 1/2 sk esen vanila
  • 1/4 cawan - kismis - cincang kasar
  • 1/4 cawan pecan - cincang - gune walnut
  • 1 1/2 sk Madu>>yg ni kita tmbh
Cara-cara
  • Rendam kismis ke dalam susu segar lebih kurang setengah jam.
  • Ambil dua sudu dari sukatan tepung dan gaul dengan lobak merah.
  • Ayak bahan2 yang bertanda * dan ketepikan. Panaskan oven suhu 180.
  • Pukul gula dan butter hingga gebu. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan esen dan bahan2 yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit. Masukkan kismis dan susu segar skali, mix sebentar dan masukkan lobak dan juga kacang. Kacau sebati.
  • Sediakan tin/loyang,masukkan adunan tadi dan pakar pada suhu 180 C..Bakar selama 40-45 minit atau keperangan...Nak tahu dah masak atau belum, amik lidi sate, cucuk di bahagian tengah2..Kalu bersih, dah masakla tuh..:p
Untuk topping guna CREAMCHEESE FROSTING resepi asal dr Kak Nor..
bhn2>>

125g Creamcheese
60g Butter
60g castor sugar>nak kurang pun boleh kita letak 40g
Lemon juice>kita letak 1 1/2 sk suke masam! :D

Cara>>

Pukul creamcheese dan butter hingga kembang dan gebu.
Masukkan gula icing dan pukul lg hingga betul2 kembang.
Boleh la disapu atau deco atas carrot cupcake td.
Nak lg sedap, sejukkan dulu dlm peti ais.

Wednesday, 9 June 2010

2nd birthday..

Hari ni birthday Faeiz n Faeiq yang ke 2 tahun;9.6.2010..Selamat hari lahir sayang...muah..muah..semoga jadi anak yang soleh, sentiasa diberkati Allah dan dilimpahi rahmatNya..Semoga Faeiz n Faeiq menjadi insan yang baik,cerdik,berakhlak mulia dan berjaya..Aminn..kalau dipikirkan balik, macam semalam je diorang ni lahir..uwaaaa..diorang dah besar sekarang...

Mesti ramai yang tahukan macam mana dok menjaga anak kembar ni..cabaran dan dugaan memang banyak sangat..Bermula dari mengandung, bersalin hinggalah nak membesarkan diorang ni..Alhamdulillah, semua tu dapat kami lalui denagan rasa sabar n tabah..(kadang2 ade gak rasa ......-:(

waktu ni baru masuk 24weeks..xlarat sbnrnye nak dukung Amni..

seminggu selepas lahir..Faeiq (blue mitten)..agak susah nak bezakn

sebulan/2 bulan kot..:)

oppppss..kakak Amni pon ade gak..:p

Monday, 7 June 2010

How to Slim Down

Semalam tanya hubby::
kamalia:"bi,kite ni dah gemuk ye??"
Dan dengan jujurnya dia menjawab..
hubby:"mmmm..memang dah gemukla..dah lama dah " ..pastu gelak2..(geram je..grrr)
kamalia:"betul ke??" (Tanya sekali lagi..saje je..kot die bergurau)
hubby:"yela betula..xkan tipu pulak..tu, thighs dengan punggung tu dah bertambah besar..dah mcm beranak 5 dah.." gelak lagi..uwaaaa..geram je..
kamalia: "ala dia ni..mana ade.."(kononnya xnak mengaku tapi,bila belek diri balik,memang,nampak mzczm dah besar je..)

Pagi ni,dengan bersemangat waja, terus menggoogle video how to slim down.; thighs n hips..


Exercises to Slim Down Your Thighs & Hips -- powered by eHow.com


How to Get Rid of Fat Below Your Belly Button -- powered by eHow.com


Quick Ways to Flatten Your Stomach -- powered by eHow.com

p/s: exercises ni memang easy n simple...senang sangat nak buat..tak memerlukan materials yg pelik2..i can easily feel the burn..:))

Friday, 4 June 2010

Our 4th wedding anniversary

Today is our 4th wedding anniversary;4.06.10. Happy anniversary bi..you are the love of my life(alamak,jiwang karat la pulak..).Alhamdulillah, dalam tempoh 4 tahun ni banyak pengalaman pahit manis yang kami lalui bersama..Anak pun dah 3 orang..hehehe..macam tak caya je..Syukur ke hadrat Ilahi atas segala apa yang saya lalui ini..Semoga perhubungan suci ini berkekalan hingga ke syurgaMu Ya Allah..amin.

Bi (Mohammad Kamil),you are a wonderfull husband to me and i will always love you with all my heart forever..This is for you :x



Inilah pengikat kasih antara kita..kan.kan.kan..:))

Amni

Faeiq n Faeiz

Thursday, 3 June 2010

aPam BaLik

resipi::kak Hana..mintak izin nak c n p ye kak..maceh..:))::

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum- klu ade tpg self rising bleh juga
  • ½ cawan gula- hana ltk 1/4 jer sbb lebih utk tabur
  • 1 sudu teh soda bicarbonat - klu tknk ltk lebihkan baking powder
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air- hana gune susu segar
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar, gula, jagung cream (hana blender jerk jagung manis tin tuh!)
Cara-cara
  1. Mesin@blend gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)- adunan agak pekat bkn cair yer!
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. sapu ngan mentega@planta utk lebih berkilat dan tak kering.
NOTE dr hana: utk mendapatkan permukaan yg cantik cam yg jual2 tuh, gunekan kuali non-stick, masa mmula jerk glis marjerin@butter. pehtu utk yg seterusnya tkyah dah! klu ader kuali tembaga yg kaler kuning2 lg senang! mmg cun! ketebalan ikut suka la yer!

Wednesday, 2 June 2010

Mop terbang??

Mop bole terbang ke??Jangan tertipu..hahaha..ni bukan mop, tapi anjing..wakakaka...memang, bulu anjing ni memang macam mop..Anjing ni jenis Komondor..kalau Hungarian panggil anjing ni Komondorok(plural)..kuikuikui...dah macam bunyi jawa la pulak..Tapi yang bestnya anjing ni natural guardian instinct dia powerful betul..selalunya omputih lagi suka bela anjing ni tuk jadi jaga/guardian livestock and other property...

nak tengok gambar mop itam x??ni die mop itam yang boleh berjalan..kuikuikui...:p

pictures from google image...::tq mr google::

p/s::maapla ye cite pasai anjing pulak..dok menggoogle bnda lain,tibe2 trnmpk anjing ni..funny sbnrnye tgok bulu anjing macam mop..ni n3 saje2 je tau..:: ~~peace ~~

Tuesday, 1 June 2010

Roti munge kacang merah

Ni la brekpes kami pagi ni...memang sedap..dah lama nak buat tapi, malas..Biasala, kalau roti moti ni yang suka makan mama n twin je..Amni n babah tak suka sangat..takpola, janji korang bahagiakan..amek resipi dari sini..jadi, mintak izin c n p dari E-na @ Lovely Kitchen..mekaceh..sayang akak..:p


p/s::saya guna tips yang kat bawah tu,memang menjadi sangat2..selalunya letak depan heater or kat luar rumah(kot cuaca panas)::

Roti Bunga Kacang Merah

Bahan untuh doh :
  • 160 ml air/ fresh milk + 1 biji telur (asingkan 2 sudu kecil telur untuk di sapu pada roti nanti)
  • 250 gram tepung roti
  • 30 gram gula
  • 30 gram butter
  • 20 gram susu tepung
  • 5 gram garam
  • 3 gram dry yeast
Bahan untuk inti :
  • inti kacang merah secukpnya
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam BM di mulai dengan fresh milk+telur ,separuh tepung roti, garam, butter, susu tepung, baki tepung roti dan di akhiri dengan dry yeast.
  2. Pilih menu 'dough' dan on kan BM.
  3. Apabila selesai keluarkan doh dari BM.
  4. Tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
  5. Bahagikan doh kepada 12 bahagian. Bulat2 kan.
  6. Rehatkan doh dalam 10 - 15 minit.
  7. Kemudian leperkan doh dan masukkan satu sudu kecil inti kacang merah, tutup dan bulatkan semula.
  8. Tekan dengan tapak tangan bahagian atas doh tadi supaya menjadi sedikit leper.
  9. Dengan menggunakan doh cutter atau pisau potong 6 atau 8.
  10. Susun di atas tray dan biarkan doh naik sekali ganda lebih kurang 40 minit. Boleh rujuk tips di bawah.
  11. Gliskan permukaan roti dengan telur untuk nampak cantik berkilat. Tapi bagi yang tidak sukakan bau telur boleh spray kan sedikit air supaya tidak terlalu kering.
  12. Bakar dengan suhu 180 degree selama 10 - 12 minit atau hingga keperangan.
  13. Angkat dan boleh sapukan sedikit marjerin di atas permukaan roti.
  14. Sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas yang bertutup.Selamat mencuba.
Cara Uli tangan
  1. Bahagikan tepung kepada 2 bahagian.
  2. Satu bahagian tepung di gaul dengan garam dan satu bahagian lagi di masukkan semua bahan dan di gaul rata.
  3. Masukkan tepung yang bercampur garam tadi ke dalam adunan doh dan uli selama 10 - 15 minit.
  4. Ketepikan dan tutup dengan plastic cling supaya udara tidak keluar. Biarkan doh naik dua kali ganda atau selama 45 minit - 1 jam.
  5. Seterusnya ikut cara nombor 4 di atas. Selamat menguli!

TIPS
Cara untuk pengembangan doh di negara 4 musim. Boleh juga di praktikkan di Malaysia jika cuaca sejuk atau meroti di tengah malam.
  • Panaskan oven dengan suhu 180 degree selama 3 minit. Masukkan doh yang telah siap di bentuk ke dalam oven dan biarkan doh naik tanpa ON kan oven.
atau
  • Masukkan doh ke dalam oven TANPA ON kan oven dan letakkan 1 mangkuk air panas di bawah tray doh tadi. Tutup pintu oven dan biarkan doh mengembang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...