Pages

Friday, 25 June 2010

ASBABUN NUZUL

Salam dipagi Jumaat..arini xde n3 tuk masak2 or pasal anak2..cuma nak share sedikit tentang Asbabun Nuzul..Sebenarnye saya pun tak tahu ape Asbabun NUzul tu..huhuhu..tapi, Alhamdulillah, nasib baik ade laling kat rumah ni yang memberitahu serba sedikit tentang Asbabun Nuzul ni...Note ni saya dapat dari Che Azie Naro..Terima kasih akak kerana membantu memahami lebih mendalam tentang Asbabun Nuzul ni dan buku yang patut dibeli..:D

Di zaman dahulu Asbabun Nuzul tidak asing bagi orang Islam..Tapi kini berapa peratuskah orang Islam yang mengetahuinya?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya; Apa itu Asbabun Nuzul?

Mungkin ramai yang berkata; tidak pernah dengar perkataan itu!


Asbabun Nuzul atau dalam tulisan Arabnya “سباب النزول” bermaksud:

1. Satu ilmu memahami tafsir Al-Quran mengenai sebab-sebab turunnya sesuatu ayat Al-Quran.
2. Ilmu Al-Quran yang membahaskan mengenai latar belakang atau sebab penurunannya.

Mengapakah umat Islam perlu mengetahui Asbabun Nuzul?

1. Kerana sebahagian besar ayat Al-Quran itu diturunkan secara umum dan tanpa sebarang sebab atau peristiwa.
2. Kerana sebahagian ayat Al-Quran melalui beberapa peristiwa atau sebab menjadikannya sah dan sesuai ketika diturunkan.
3. Kerana sebahagian ayat Al-Quran mempunyai sebab-sebab khusus ketika penurunannya.

Mengapa pentingnya bagi kita mengetahui Asbabun Nuzul?

Di zaman Rasulullah (SAW) terdapat beberapa peristiwa penting yang mana telah mencetuskan beberapa pertanyaan dari para sahabat dan orang Islam mengenai hukum -hakamnya peristiwa itu. Maka Allah Ta'alla telah menurunkan wahyuNya sebagai jawapan ke atas peristiwa yang dikenali sebagai Asbabun Nuzul itu.

Peristiwa dan jawapan Allah melalui wahyuNya dapat membantu kita menjelaskan kepada anak-anak,saudara mara dan orang lain mengenai hukum hakam ayat ini dalam menghadapi kehidupan harian adan apabila berdepan denagn permasalahan atau cabaran-cabaran yang boleh merosakkan nama baik Islam.

Mengapa umat Islam perlu mengetahuinya?

1. Agar mudah memahami tafsir ayat Al-Quran dengan tepat dan tidak silap menerangkannya kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan saudara baru (mualaf).
2. Ianya merupakan jihad pendidikan ke arah mendalami ilmu Al-Quran.
3. Saya ingin berkongsi cerita mengenai perbincangan oleh dua rakan sekerja dalam tahun 2002
mengenai isu di bawah ini – seorang kawan Melayu Islam dan seorang lagi mualaf.

Firman Allah: “Dan milik Allah timur dan barat: kemana pun kamu menghadap, disanalah wajah Allah, Sungguh Allah Maha luas, Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: ayat115)

Dalam perbincangan tersebut kawanku keturunan Melayu Islam sejak lahir tidak dapat menjawab pertanyaan dari kawan saudara Baru (mualaf) yang baru 6 bulan memeluk Islam dan mula menjinakkan diri mempelajari tafsir Al-Quran. Beliau bertanyakan rakan Melayu Islam itu kenapa sembahyang mengadap kiblat sedangkan ayat yang diatas (Al Baqaah:115) yang pada fahamannya bermaksud kiblat dimana-mana. Sayangnya kawanku yang Melayu Islam tersebut tidak mampu menerangkan maksud ayat ini berlandaskan Asbabun Nuzul dan hanya cuma mampu berkata, “ustaz mengajarku sejak di bangku sekolah kiblat mengarah ke Mekah, dan orang Islam jangan banyak tanya, ikut sahaja apa yang di ajar ustaz!”. Tentulah saudara baru itu tertanya-tanya kerana beliau bukan belajar agama Islam sejak kecil dan selama hiduonya berlandaskan fakta dan akal fikiran. Pastinya beliau tidak memahami maksud tafsir tersebut dan yang ruginya kaum Melayu Islam sendiri yng tidak mampu memberi jawapan yang jelas kerana tidak memahami Asbabun Nuzul. Bukankah jawapan seperti ini boleh mengoncangkan keimanan saudara baru yang baru mengenal Islam yang mana selama hidupnya hanya mengenal fakta?

Memang benar sekali baca atau sekali pandang, ayat ini mengharuskan kita mengadap ke mana-mana arah ketika hendak solat. Tetapi kita mesti ingat bahawa salah satu dari syarat sah solat ialah mengadap kiblat. Jika kawanku Melayu Islam itu memahami maksud ayat ini melalui pengertian Asbabun Nuzul, pastinya beliau akan megetahui bahawa ayat ini diturunkan kepada mereka yang bermusafir dan dapat menambahkan ilmu dan memantapkan iman saudara baru tadi!.

Secara ringkas, ayat ini tidak bersifat umum, tetapi hukumnya hanya khusus di gunakan dalam situasi mereka yang tidak mengetahui arah kiblat ketika sedang bermusafir. Ke mana juga arah mereka yang sedang musafir, ianya dikira sebagai arah kiblat, dan solatnya diterima.

Bagaimana cara untuk menegtahui keseluruhan Asbabun Nuzul?

1. Terdapat dalam tafsir-tafsir yang muktabar.
2. Buku khusus karangan ulama mengenai Asbabun Nuzul seperti karangan-karangan
Al-Wahidi (M 427H), karangan Ibnu Hajar Al-Asqolani (M 852H), Lubab Al-Manqul Fi Asbab
An-Nuzul, karangan Imam As-Suyuti (M 911H) dan lain-lain lagi.
3. Hari ini terdapat sebuah buku berjudul “TAFSIR AL-QURAN & ASBABUB NUZUL” karangan
DR. AHMAD HATTA M.A dalam pasaran. Ia boleh di dapati di premis Yayasan Pendidikan ABIM dengan harga sebuah RM120-00. Sesiapa berminat mendalami ilmu Al-Quran sila hubungi saudara
k.anuar76@gmail.com/+60172041010

Walaupun anda membaca naskah ini, saya tetap menyarankan dan menasihati untuk mendapatkan bantuan mereka yang pakar mengenai ilmu Al-Quran untuk membimbing anda memahami Asbabun Nuzul dengan lebih berkesan. Terdapat universiti dan akedemi swata serta masjid dan surau yang mengajar ilmu ini. Dapatkanlah khidmat mereka ini untuk membimbing anda semua dalam menghayati sepenuhnya ilmu Al-Quran.

WAULAHUALAM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...