Pages

Thursday, 8 July 2010

Ayam Goreng Kepsi (KFC)

Yeehaaa..(ala2 Stacie kat dlm Toy Story tu..:p)...Wallaweea..memang best ayam goreng ni..rasa cam kepsi betul pun ado gak..ke sebenarnye dah lama xmakan kepsi??..:p Amik resipi ni dari rumah Kak Yatie dan Kak Yatie pulak amik dari rumah Ijan..Sesapa yang rasa cam dah lama xmakan kepsi tu, bole la cuba...kot yang kat Mesia tu, beli jela kot, xyahla susah2 nak buat...:D

(c n p dari Kak Yatie..mntk izin ye kak..:D )
Bahan Untuk Perap Ayam
  • 6-8 ketul ayam (saya guna 1 ekor-dipotong 12)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
Bahan untuk tepung
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk(saya guna garlic powder)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
=> 2 biji telur(dikocok2 je)

Cara-cara

  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
  2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.(saya goreng dengan minyak yg banyak dlm periuk)
  6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

6 comments:

anie,Nagoya said...

halalkan kkanie copy resepi ni ya...kalo kita perap gn serbuk cili mesti sedap..nk cuba le...terima kasih, muuuuahhh...

Lovely Kitchen said...

memang boleh ganti KFC utk kita di perantaun ni...he he

Nadiah Sidek said...

nadiah pun tgk juga resipi tu kat blog kak yatie. ingat nak buat la nnt ;)

Kamalia said...

k.anie:ok kak anie..mmg sedap kak..ala kepsi hot n spicy pun ado gak..(kes da lm x mkn,dah igt rs kepsi cmne)

k.ena:mmg bole ganti kepsi sesape yg duk di ober the sea..:p

Kamalia said...

nadiah:2 la..akak tgok cm sedap je..trus cube..nadiah cuba gakla..mmg berbaloi..:D

Idayu said...

tak penah buat..ghajinnyer kamalia nih msk2, akk dl ms mula2 sampai ghajin gak, la nih bnyk sgt xtbt nk buat..msk simple2 jek. bagus, teruskn minat memsk ek..nnti akk dtg umh:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...