Pages

Friday, 18 March 2011

A quick update

Salam semua..maaf sudah beberapa hari tak update situasi kami di sini. Alhamdulillah, sekarang, kami, semua rakyat Malaysia di Iwate sudah selamat berada di Tokyo..Pada hari Rabu lepas, pihak embassy bersetuju untuk mengeluarkan kami semua dari Iwate..Ini merupakan satu sahaja cara yang boleh bagi kami sampai ke Tokyo memandangkan semua perkhidmatan awam tidak dapat berfungsi seperti biasa. Untuk pengetahuan semua, bagi membolehkan pihak embassy sampai ke tempat kami melalui jalan darat, mereka memerlukan satu pas khas yang hanya boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun.

Walaupun perjalanan mengambil masa selama 11jam dan anak pun agak cranky sewaktu perjalanan, apa pun kami tetap bersyukur kerana sampai dengan selamat. Insya Allah, esok 19.3 kami akan pulang ke Malaysia buat sementara waktu. Semoga kami sampai dengan selamatnya.

Jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang tidak jemu mendoakan keselamatan kami dan seluruh rakyat Malaysia serta Jepun di sini..Insya Allah, semoga kita semua selamat dan berada di bawah lindungan Allah..

p/s: maaf kepada semua, buat masa ni memang tak dapat langsung tuk BW..Insya Allah, bila keadaan sudah kembali reda, saya akan buat kunjungan balas..Terima kasih kerana sudi menjengah dan bertanya khabar.

Monday, 14 March 2011

Tragedi 11.3.2011..

Jumaat,11.3.2011..waktu lebih kurang 2.35++ pm..saya tengah baring2 kat tilam dan anak-anak pulak waktu tu tengah duduk depan komputer..Tiba-tiba, rumah ni bergoyang, mula-mula perlahan..saya diam je dan anak-anak waktu ni pun tak perasan dengan keadaan sekeliling..Pastu, saya rasa makin lama makin kuat pulak bergoyang rumah ni..FYI, rumah saya di tingkat 2..Apato (Apartment) ni ada 3 tingkat, 6 buah rumah..3 rumah Malaysian, 3 lagi Nihonjin..Waktu tu ni, anak-anak dah mula pandang-pandang saya dan terus saya panggil mereka duduk kat tilam je..Nak suruh duduk bawah meja tak muat pulak, nak berlari turun bawah, saya memang tak berani waktu tu..memang waktu tu saya macam blur sekejap..Tak tahu nak buat ape, mungkin sebab panik yang teramat sangat..Saya kata dengan Amni, Amni baca Al-Fatihah je..(ye, saya tahu lebih senang suruh dia sebut Allahu Akbar, tapi waktu tu saya terfikir, suruh jela dia baca ayat yang dah biasa dia baca)..Saya terus berdiri sambil mulut bertakbir; Allahu Akbar..Allahu Akbar..capai telefon, cuba telefon Mr K..saya ingat dia kat sekolah Amni, sebab kebetulan waktu tu memang ade PTA meeting..telefon banyak kali tak dapat..cuba telefon adik depan rumah, tak dapat jugak..Cuba tinjau kat tingkap takde pulak orang kat bawah (sume ni dalam 30 saat kot)..Waktu ni gegaran makin lama makin kuat, terdengar bunyi kaca pecah kat luar, dengar bunyi barang-barang kat dapur jatuh..Amni dah mula menjerit ketakutan..dah tak boleh nak baca lagi dah..twins pulak dah mula rasa takut dan akhirnya semua menangis..Terus saya datang balik kat tilam , pujuk diorang ni..kebetulan, pintu wardrobe saya dah rapatkan, sebab kat dalam tu banyak toys dan barang-barang yang berat terletak kat tempat tinggi..Rasa memang nak nangis sangat, tapi tahan je, demi anak-anak..Waktu ni rasa memang nak lari turun bawah, tapi saya ade 3 orang anak waktu ni..Tak tahu macam mane nak handle..Saya pujuk Amni supaya berhenti nangis, kata dengan die mama nak tengok ade tak abang atau kakak kat bawah..Dia berhenti nangis tapi sisa-sisa nangis tu masih ade, dan terus die pujuk adik-adik..Saya berdiri sekali lagi, dan telefon pun berbunyi..Rupanya Nik, dia pesan suruh turun bawah, akak jangan panik ye..Saya tinjau sekali lagi kat tingkap (itupun berdiri jauh-jauh,sebab takut tingkap tu pecahkan) dan ternampak adik Nayo..terus saya suruh dia naik atas tolong ambik anak-anak..Suruh anak-anak bangun, dan pergi ke pintu..nasib baik pintu masih boleh di bukak lagi (mmg waktu jishin ni, pintu kena di buka untuk elakkan pintu tersekat sewaktu rumah bergoyang)..Bila adik Nayo dah sampai je depan pintu, jishin pun berhenti....

Rupa-rupanya waktu tu hanya saya dan jiran bawah je yang ade kat apato ni..yang lain-lain sume takde di rumah..adik Nayo pulak berlari balik dari lab sebab teringatkan saya dan anak-anak. Kebetulan, jiran kami yang kat bawah tu pun ikut sekali naik atas sebab dengar anak-anak saya dah mula menangis balik..Dia suruh pakaikan socks tuk anak-anak dan siap sedia tuk second time jishin..Masuk dalam balik, ambik baju panas anak-anak, pakaikan socks..Dah siapkan anak-anak terus saya terduduk kat meja komputer..Air mata mengalir dengan laju tanpa henti..terus saya lap takut Amni nampak..seolah-olah waktu tu rasa macam tak percaya je yang saya dan anak-anak masih selamat tanpa sebarang kecederaan..Bersyukur sangat-sangat..

Selang beberapa minit lepas tu, jishin kedua pun mula.. Terus berlari ke pintu, pakaikan kasut anak-anak (walaupun terbalik kiri kanan) dan terus turun ke bawah..Sampai di bawah, jishin makin lama makin kuat, terus ke tempat parking..Berdirila kami di situ sambil pandang tiang-tiang elektrik semua bergoyang macam pokok kelapa kena tiup angin je..Tak lama tu barula Mr K sampai..Nampak je die rasa nak menangis..Bersyukur yang die selamat dan kami masih dapat berkumpul bersama-sama. Rupa- rupanya dia tersekat kat bandar sebab waktu jishin tu die baru je keluar dari bangunan City Hall..Tapi, redah je la pergi ke parking bawah tanah ambik kereta..Die kata bila jishin yang pertama tu terus teringat saya dan anak-anak..Risau yang teramat sangat sanggup ambik risiko pergi ke tempat parking tu..

Agak lama jugak kami duduk kat tempat parking tu..hari tu kebetulan cuaca memang sejuk suhu dalam -2C..Tak lama lepas tu yuki(snow) pun turun..Dah la saya pakai baju tak tebal sangat, memang menggigil kesejukkan + ketakutan..Twins sibuk main yuki dan Amni dah sibuk cakap nak balik Malaysia..Takut sangat die kata..Kami tunggu lagi dalam 20 minit dan memang waktu tu takde gegaran susulan yang kuat, kami pun decided nak naik ke rumah..Terus siapkan barang-barang tuk di bawa (pasport, diapers dan baju sepasang tuk anak-anak, makanan kering sikit dan susu anak-anak) waktu ni, bekalan air, elektrik dan gas memang automatically shut down..Tak sempat saya nak masak air panas tuk bekalan anak-anak..Anak-anak pulak naik rumah terus tertido..talian telefon semua dah tak leh guna..Jadi, tak dapat nak contact Malaysian yang lain nak tanya keadaan diorang..Nasib baik yang rumah berjauhan tu datang ke rumah kami dan buat keputusan tuk berkumpul satu tempat je malam tu iaitu kat rumah kami..

p/s: nanti saya sambung lagi..nak kemas rumah, sekejap lagi pihak dari embassy nak datang hantar bantuan..alhamdulillah, kami yang di sini tidak dilupakan..memang keadaan kami tak teruk, tapi bekalan makanan semakin berkurangan..tak boleh nak ke mana-mana memandangkan minyak kereta pun tak dapat nak di isi sebab stesen minyak kehabisan bekalan..
p/s lagi: terima kasih kepada kawan2 yang sentiasa mendoakan keselamatan kami di sini..

This is so embarrassing..



Sungguh memalukan tuk kami rakyat Malaysia yang berada di sini..semalam lagi dah tahu pasal berita ni, tapi tak berkesempatan tuk meluahkan rasa malu dan sedih tu..Betul-betul memalukan..Mungkin sesetengah orang rasa oh, benda ni lawak jela...Chief Editor, takkan la tak terfikir pasal kesedihan dan keperitan yang di alami oleh rakyat Jepun dan rakyat Malaysia sendiri kat sini? Di manakah sikap prihatin anda? Kenapala mesti nak buat lawak yang tak pandai tu? ishh..tolonglah..saya malas nak mengotorkan blog suci saya ni dengan perkataan yang buruk..Saya banyak tengok di Fb mostly (bukan Fb saya, tapi FB kwn2 yang kat sini), adalah 2, 3 orang yang membuat lawak pasal tsunami di Jepun ni..Sungguh sedih bila baca status yang di buat oleh mereka ni..rasa sedih yang teramat sekali..Mereka fikir, mereka kat Malaysia, akan selamat..Ingatlah, bila tiba masanya, kemungkinan kita pun akan menglami benda yang sama..Jangan waktu tu baru nak menyesal..Bencana alam boleh berlaku bila-bila masa..

Walaupun berita harian officially dah mohon maaf, tapi benda ni memang bagi saya cukup melampau..kenapa mesti kita berlawak di atas musibah yang melanda orang lain? Sekarang, students di sini dah rasa begitu tebal muka nak pergi ke uni..Malu nak berjumpa sensei dan kawan-kawan..:(

p/s:akan cuba menyiapkan cerita mengenai pengalaman saya sepanjang 28 jam tanpa bekalan air, elektrik dan gas..

Wednesday, 9 March 2011

Setelah sekian lama, kau kembali lagi..(earthquakemode)

Ya Allah, baru 20 minit yang lepas ade jishin (earthquake) yang sangat kuat kat sini..tak pernah lagi rasa macam ni sebenarnya..Kuat dan lama sangat..tak tahula sampai 1 minit atau lebih seminit..Memang menakutkan..rumah kami tingkat 2, memang nampak rumah kami ni bergoyang-goyang..twins ape lagi, terus datang peluk kuat-kuat..siap berhenti sekejap, pastu bersambung lagi..memang lama dan tak tahula nak cakap ape..terus terfikir, kalau teruk ni, macam mana ni?diorang tak bagi keluar, suh duduk bawah meja..macam mana kalau waktu tadi tu dah sampai nyawa tuk dicabut?Astaghfirullah....(pinjam kata-kata Nik, sebab memang termuhasabah diri ni sekejap)..call Mr K, tak angkat pulak..ni tadi,baru die call balik..rasa nak menangis je..air mata dah bergenang, tapi nasib baik die buat lawak, terus tak jadi..hahaha, die kat lab bawah waktu tu, memang duduk diam jela..

Kalau kat Jepun ni, memang biasala earthquake ni..cuma besar atau tidak je skala ritcher die..ni saya ambik dari link yang Kak As bagi tadi..

Tsunami Warning/Advisory

Issued at 11:48 JST 09 Mar 2011

******************Headline******************
Tsunami Attension has been issued.
PACIFIC COAST OF TOHOKU
*******************Text********************
Tsunami Advisory

PACIFIC COAST OF AOMORI PREF.
IWATE PREF.
MIYAGI PREF.
FUKUSHIMA PREF.

***********About Tsunami Forecast************

Tsunami height is expected to be about 0.5 meters, Pay attention to tsunamis.

Kek Coklat dan Red Velvet Cupcakes

Ni antara yang sempat saya buat sempena majlis makan-makan Amni hari sabtu lepas..

Kek Coklat Kukus Munira..
tuk resipi boleh klik sini ye..

takde seberapa cantik sangat..
tapi, ini pun Amni dah puji berbakul-bakul..ekeke
terus die nak letak api (lilin) waktu tu jugak..
penatla cakap,kena tunggu malam, baru bole tiup api ye..

yang ni pulak Red Velvet Cupcakes saya..
muahaha, 1st time buat cupcakes y'all
deco macam hape ntah..
tapi yang penting Amni suka..ini pun sama gak..berlori-lori Amni puji:p
Faeiq siap ambik satu tanpa pengetahuan kitorang lagi..hahaha
RVC ni memang sedap sangatla..:)

terpaksa buat macam2 bentuk..
yela, nak bagi kanak-kanak riang makan kan..
twins ni keje diorang duk makan cream cheese frosting tu je..
haisshhh..

donut kentang feveret mama dan anak-anak..
saje jela celup dengan cekelat tuh..
motip utamakan nak bagi kanak-kanak makan..

Red Velvet Cake
Source:Rima
Copy: Kak Nor

Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder - i used berry callebaut
1 tbsp red colouring - I used 1 1/2 tsp wilton red paste(no taste)
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar - i used heinz distilled white vinegar 5%
1/2 tsp baking soda

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
110g powdered sugar - i reduced it to 80g

Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
3. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
4. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
5. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
6. Let cool on wire rack.
7. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs..

Cream Cheese frosting:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula.


Tuesday, 8 March 2011

Geng Kembar..

yeayyy..tak sangka sebenarnya ade blog untuk geng kembar..ni semua terjadi hari khamis yang lepas..hahaha, saya tahu dah lama, tapi nak buat camnekan, sibuukk sangat2..

Mula2 kena pi kat sini dulu..Mr Huszaini (Amrafahan) adela duk promote blog saya ni kat blog ni..malu2 kamben saya jadinya(sambil2 duk lap air mata..ekeke)..glemer sekejap..hahaha..

Kalau nak tahu, Mr Huszaini ni ade 4 orang anak, seorang lelaki dan anak perempuan kembar 3..ye, kalu tak caye pi tengok kat blog beliau..sungguh comel tau..Auni Faqihah, Auni Haziqah dan Auni Naqibah..
gambar ni dari blog abah mereka..tq..
cute sgt2kan..
geram je..:)

Kat blog Amrafahan ni, bole la jumpa banyak lagi geng kembar yang lain..nak kembar berapa?kembar dua, kembar tiga..kembar empat pun ade tau..selain tu, kalau nak baca pengalaman macam mana nak besarkan anak kembar, nak tahu cabaran susah dan senang bole je baca kat sini dan blog kembar yang lain..tapi, tips untuk dapatkan anak kembar takde kot?hehehe...

Terima kasih buat Mr Huszaini yang memberi peluang kepada saya untuk berkenalan dengan lebih ramai lagi dengan geng kembar ni..tapi, memang bestla kan..selalu je ade gathering bersama geng kembar..uwaaa..jelesnya..

p/s: ceritala dgn Mr K psl kembar 3 ni, terus die tanya: ha, nak kembar 3 tak?
saya pun cakapla: takpe2..yang 2 ni pun dah cukup..hahaha

Monday, 7 March 2011

Makan-makan bersama Amni

Alhamdulillah, hari sabtu yang lepas (5.3.2011), Amni selamat menyambut hari kelahiran Amni yang ke 4..Jadi, malam tu, mama dan babah buat majlis makan-makan untuk kawan-kawan Amni..sekarang ni Amni dah ade ramai kawan kat sini tau..Terima kasih mama dan babah yang bersungguh-sungguh menjayakan majlis ini..tak lupa juga buat adik Faeiz dan Faeiq yang memberi kerjasama dan sokongan pada malam tu..kat bawah ni, ade sedikit gambar kenangan sempena majlis pada malam tu..

Amni turns 4

yang ni pulak Mr Clown..babah Amni yang tiup semua belon ni tau..:)

yang ni pulak kawan babah dari Egypt..
from left: uncle Mahmoud, uncle Abdullah

aunts from Egypt..black shawl auntie Dahlia yang sebelah tu mama tak ingat nama
auntie Lisa tiada dalam gambar

uncle Ijo, Iman , Ilmi dan kami adik beradik..

chocolate cake dan red velvet cupcakes..
semua ni mama buat..terima kasih mama..
yummy..yummy

masa tuk potong cake..
campur kami 3 beradik, ade 9 orang kanak-kanak riang malam tu
memang seronok..

masakan yang mama masak..
nasi lemak dan aksesori, sambal sotong, sotong goreng tepung..

sambal sotong mama..

sotong goreng tepung babah...

bihun pun ada jugak

popia..
popia mama memang sedap..
oishii!

donut..yummy!
tiada dalam gambar puding cocktail dan buah-buahan..

hadiah tuk Amni..
banyaknya Amni dapat baju malam tu..:D

ni pulak kakak Ema yang bagi..
adik Faeiz dan Faeiq pun dapat jugak..
terima kasih semua..

Amni sayang mama dan babah..:D

p/s:terima kasih mama sebab sudi tolong ceritakan majlis Amni kat dalam blog mama ni..


Friday, 4 March 2011

Kek Pisang Marble Coklat

Kak As dan Izah..meh2 tengok..saya dah berjaya buat ini kek pisang jugak..ekeke..orang lain dah lama buat dah, saya barula terhegeh2 nak buat..beli pisang bukan main banyak, tapi yang dapat dihasilkan ni la satu..yang lain2 tu sume dah masuk perut anak2..

kek pisang yang dah tinggal separuh..


Kek Pisang Marble Coklat
Bahan-bahan
  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum- campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)
  • 180g gula halus
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar susu segar (kite letak 2 sudu air pisang)
  • 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes
Cara-cara
  • Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak.
  • Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
  • Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.


yang ni pulak pulut panggang tak menjadi..
tetiba teringin, terusla gagahkan diri ni buat..
bila dah masak, makan pun tidak..
cuma makan pulut yang baru siap kukus sebelum tu je..
entah, tetiba rasa taknak makan..
uwaaa...:(

Thursday, 3 March 2011

"Tiger Mom"

Baru hari ni dapat buat entry pasal tiger mom ni..Ni bukan ibu harimau yang mengaum-ngaum kat zoo or hutan tau.. ni cara ibu2 yang mendidik anak2..Actually ternampak article Confessions of tiger mothers di NST.. article ni menceritakan Amy Chua yang membesarkan 2 orang anak perempuannya dengan cara yang begitu strict sekali..Buku tulisan beliau Battle Hymn of The Tiger Mother memang menjadi kontroversi sebab di dalam buku tu beliau menceritakan bagaimana cara beliau mendidik anak2nya..contohnya seperti tak bole tengok TV or bermain computer game, tak bole attend a sleepover, tak bole dapat grade less than an A, hanya bole bermain alat muzik piano dan violin dan macam2 lagilah..


Buku tu saya rasa macam nak baca je..sebab Amy Chua mengatakan itulah cara terbaik untuk mendidik anak2 dan menjadikan anak kita berjaya, cemerlang dan terbilang (yang ni saya tambah sendiri..hehehe)..Cara saya pulak, saya jadi garang/strict bila bab mengajar diorang membaca dan mengaji..yang tu memang Mr K pun kalah..hehehe..Semua orang mesti nak anak jadi pandaikan, cuma ikut cara masing2 bagaimana nak mendidik anak2 kita sendiri..mungkin ade sesetengah yang berpendapat, oh, diorang kecik lagi, masa tuk bermain2..Tapi, kalau kat Malaysia ni, rasanya Amni dah jauh ketinggalan ke belakang berbanding kawan2 dia yang pergi ke kindy kat Malaysia tu..Jadi, nak tak nak, saya memang suruh dia belajar, walaupun dia akan menangis..bila dah menangis tu, memang berhenti sekejap, lepas tu sambung balik..hahaha, terasa diri ni kejam sangat, tapi rasanya ini yang terbaik untuk dia..Untuk twin, alphabets dah kenal..cuma nak menyebut je tak berapa clear lagi..:D

Ini antara yang saya jumpa di dalam article tu, tapi nak buat tu, rasanya tak sampai hati kot.."I have three children. When my eldest daughter Khalesa was slightly over a year old, I sent her to play school. She cried the first two days and I gave in. When she cried on the third day, I slapped her in front of the teacher."
wow..saya terkedu sekejap..bila cerita dengan Mr K, dia kata mungkin itu salah satu cara yang betul..Mungkin penat pujuk, nak menangis2 tak nak tinggal, terus kena sedass..tapikan anak tu baru 1 tahun lebih..uwaaa..kesiannya..:(

Lagi satu yang ni:"If any one of my children is rude, I will slap them no matter where they are. I don't care if they are embarrassed".
Yang ni memang saya bersetuju sebab kami praktikkan benda yang sama kepada anak2 kami, cuma kami tak lempang tapi kami cubit or jentik je telinga dia (tengok kes tu berat atau tidak, kalau setakat mengada2, marah je pun dah cukup)..Kami pernah guna cara yang lembut, tapi tak jalan langsung..memang ada je yang rasa tak selesa bila kami marah anak depan orang ramai, tapi, kalau kita tak marah dia waktu tu, nak marah bila balik rumah, mesti dia dah tak ingat pengajaran yang sepatutnya dia dapatkan..Kalau nak marah pun, kami memang tak pernah guna harsh words..Lagipun itukan anak kita, nanti kalau tak tegur lama2 dah jadi kebiasaan kat diorang pulak..Masing2 nak yang terbaikkan..:)

Apa yang ditekankan kat sini, disiplin tu memang penting kita ajar kepada anak2 semenjak mereka ni kecil lagi..Kita pun kena la sama2 berdisiplin macam mereka jugak, kalau tak, tak berkesan..betul tak?..Jadi, to those yang nak baca articles lain; tiger mum vs flexi mum..is tiger parenting the way to go?


Tuesday, 1 March 2011

Donut Kentang

ye, kawan2 ye..jangan tertipu..
ini bukan kentang
ini ialah lesung batu..hahaha(klakar la sgt ye tak...hmmm)
balik aritu sempat lagi tu saya membeli (tak beli pun, orang yg hadiahkan) lesung batu ni...
free baggage allowance kami 100 kg..jadi, bolela sumbat dalam baggage tuh..
muahaha, rasa puas je hati ni dapat bawak balik si lesung batu ni
padahal, dulu takdela serajin mana nak menumbuk pun
tapi, sejak duk kat sini, bila takde lesung batu
rasa macam tak lengkap je barang kat dapur tuh...:p
hohoho, jangan fenin2..dari airport, kami pos je baggage sume tu sampai depan pintu rumah..
jadi, takyah nak berpeluh badan bagai nak mengangkat sume yang beratnya 99.12kg tuh..

ni la rupa si donut kentang kegemaran anak2 dan mama die sekali..
memang sedap sangat..
gebus..yang ni memang tak tipunye..
cubela korang buat..

see, memang gebuskan..
terima kasih kak Yatie..donut ni memang sedap sangat..
dah banyak kali buat dah..
Donut Kentang
source: copy Kak Yatie

Bahan-bahan

4 1/2 cwn tepung gandum
1 cawan susu suam
1 biji telur
1 sudu besar yeast(bancuh dngn sedikit air suam)
3 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin/butter
1 cwn kentang rebus dan lenyek halus
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

1.Tepung gandum digaul dengan butter dan kentang lenyek sehingga rata dan tuang yis yg di bancuh dngn sedikit air suam.
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu yg dibancuh bersama gula(tuang susu sikit2 biar doh tak lembik sangat)
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh.
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda.
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin.
6.Bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing(saya bulat2kan doh dan leperkan sedikit,biarkan naik...bila nak goreng baru saya lubangkan tengahnya..)
7.Panaskan minyak dan goreng dngn menggunakan api perlahan.
8.Angkat dan toskan...gaul dengan gula halus atau salut dngn coklat dan di hias.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...