Pages

Thursday, 3 March 2011

"Tiger Mom"

Baru hari ni dapat buat entry pasal tiger mom ni..Ni bukan ibu harimau yang mengaum-ngaum kat zoo or hutan tau.. ni cara ibu2 yang mendidik anak2..Actually ternampak article Confessions of tiger mothers di NST.. article ni menceritakan Amy Chua yang membesarkan 2 orang anak perempuannya dengan cara yang begitu strict sekali..Buku tulisan beliau Battle Hymn of The Tiger Mother memang menjadi kontroversi sebab di dalam buku tu beliau menceritakan bagaimana cara beliau mendidik anak2nya..contohnya seperti tak bole tengok TV or bermain computer game, tak bole attend a sleepover, tak bole dapat grade less than an A, hanya bole bermain alat muzik piano dan violin dan macam2 lagilah..


Buku tu saya rasa macam nak baca je..sebab Amy Chua mengatakan itulah cara terbaik untuk mendidik anak2 dan menjadikan anak kita berjaya, cemerlang dan terbilang (yang ni saya tambah sendiri..hehehe)..Cara saya pulak, saya jadi garang/strict bila bab mengajar diorang membaca dan mengaji..yang tu memang Mr K pun kalah..hehehe..Semua orang mesti nak anak jadi pandaikan, cuma ikut cara masing2 bagaimana nak mendidik anak2 kita sendiri..mungkin ade sesetengah yang berpendapat, oh, diorang kecik lagi, masa tuk bermain2..Tapi, kalau kat Malaysia ni, rasanya Amni dah jauh ketinggalan ke belakang berbanding kawan2 dia yang pergi ke kindy kat Malaysia tu..Jadi, nak tak nak, saya memang suruh dia belajar, walaupun dia akan menangis..bila dah menangis tu, memang berhenti sekejap, lepas tu sambung balik..hahaha, terasa diri ni kejam sangat, tapi rasanya ini yang terbaik untuk dia..Untuk twin, alphabets dah kenal..cuma nak menyebut je tak berapa clear lagi..:D

Ini antara yang saya jumpa di dalam article tu, tapi nak buat tu, rasanya tak sampai hati kot.."I have three children. When my eldest daughter Khalesa was slightly over a year old, I sent her to play school. She cried the first two days and I gave in. When she cried on the third day, I slapped her in front of the teacher."
wow..saya terkedu sekejap..bila cerita dengan Mr K, dia kata mungkin itu salah satu cara yang betul..Mungkin penat pujuk, nak menangis2 tak nak tinggal, terus kena sedass..tapikan anak tu baru 1 tahun lebih..uwaaa..kesiannya..:(

Lagi satu yang ni:"If any one of my children is rude, I will slap them no matter where they are. I don't care if they are embarrassed".
Yang ni memang saya bersetuju sebab kami praktikkan benda yang sama kepada anak2 kami, cuma kami tak lempang tapi kami cubit or jentik je telinga dia (tengok kes tu berat atau tidak, kalau setakat mengada2, marah je pun dah cukup)..Kami pernah guna cara yang lembut, tapi tak jalan langsung..memang ada je yang rasa tak selesa bila kami marah anak depan orang ramai, tapi, kalau kita tak marah dia waktu tu, nak marah bila balik rumah, mesti dia dah tak ingat pengajaran yang sepatutnya dia dapatkan..Kalau nak marah pun, kami memang tak pernah guna harsh words..Lagipun itukan anak kita, nanti kalau tak tegur lama2 dah jadi kebiasaan kat diorang pulak..Masing2 nak yang terbaikkan..:)

Apa yang ditekankan kat sini, disiplin tu memang penting kita ajar kepada anak2 semenjak mereka ni kecil lagi..Kita pun kena la sama2 berdisiplin macam mereka jugak, kalau tak, tak berkesan..betul tak?..Jadi, to those yang nak baca articles lain; tiger mum vs flexi mum..is tiger parenting the way to go?


7 comments:

MummyEcha said...

macam best jer buku tu.....betul tu akak disiplin tu sangat2 penting..masing2 ada cara tersendiri cam ner nak didik ank..macam saya,saya lebih strict berbanding hubby.:D

Hanis MY said...

wow wiii bestnya entri ni i likeee... hanis selalu duk koya2 cemana la nk jg anak nanti nk guna pendekatan apa dn sebagainya... nasib boleh berguru kat sini tapi kan sedihla takde rezeki lagi huhu..

Kamalia said...

mummyecha:ye,kalu dah beli,dah abih baca,bgtau akak tau..ye,yg pntg disiplin..garang tu pun kena bertempat..jgnla kita asyik nak garang sepanjang masa ye tak..ni pun ade gak yg xbrsetuju,kate kalu garang,nnt bila ank2 dah mmbesar diorg mmberontak..think -ve betul la diorg ni..cuba dlm ms yg sama tu,kita bagi kasih syg sepenuhnya n terangkan nape kita kena tegas dgn diorg,iA,diorg boleh pahamkan..hehehe,itula kan,lain org,lain cara..

Kamalia said...

hanis my:hahaha,setakat yang baik tu boleh la diambik sbg panduan..kalau rs ade yg xsesuai,tinggalkan je..iA,adela rezeki tu, mungkin tahun depan ke?tahun ni jugak ke? sape tahukan??

Farah Kamal said...

kt setuju sgt dgn cara ni sbb mak kt dulu besarkan kt pun mcm tu. Org skrg ni kebanyakkan terlebih manjakan anak smpaikan bebudak jd manja n mengada2. Lg satu, klu kt marah ank dpn org ramai diaorg slalu pandang2 mcm diaorg x pernah marah anak...I was like, "apa hal korg nk pandang2? suka atilah klu aku nk marah ank aku, ko jagalah ank ko sndiri!". Blh x mcm tu? hahaha

Idayu said...

alamak, akk terlepas entry best nih...

akk mmg garang mcm singa, suami n org2 yg rapat mmg tahu sgt psl tuh..
kalu ajo dada ngaji tuh, siap meleleh2 air mata ats kertas iqra' tuh...tapi bacab tetap baca. betul la kata kam tuh, kita mak nih mmg garang time ajo ank, ntah knapa ek..may be sbb darah daging sendri..

akk pun selalu marah n pukul kalu diorng rude sgt, time kcik2 nih la pon kalu nk buat suma tuh kan..esok beso dh x dpt dah...

tp yg pasti, w/pon akk garang mcm singa, bila nk tdo mlm ank2 akan dtg n nk peluk mama dia jugak, nk ngaji n blaja ngan mama yg garang nih jugak...hahahaha
papa tak moh!!

Kamalia said...

kak farah:ye kan kak..kalu tak nanti, bdk2 tu akan lebih mengada2..hahaha,mmglah slalu org akn pndg kita seolah2 kita ni mcm dera ank pulak..

kak idayu:biasala tuh kak, bab meleleh air mata time mengaji bnda biasa..time kecik2 nila nak mengajar ape yg patutkan, dah besar nnt,susah la pulak..
hahaha...ye,ape2 hal tetap cr mama jugak..babah tu utk nak g jalan2 or time nak main2 je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...