Pages

Sunday 22 May 2011

Bila 2F pergi ke Hoikuen

Salam semua..Hari ni kita bercerita pasal 2F pulak ye..Faeiz dan Faeiq budak manja, especially Faeiz. Ni memang tak dapat dinafikan sampaikan Mr K pun naik pening macam mana la Faeiz ni nanti bila baby dah ade..manja yang agak terlebih kot..kalau Faeiq, kadang2 kalau Mr K ajak tido sama dengan dia, mahula jugak..Faeiz taknak langsung..Pernah sekali rasanya, itupun sebab dia mengantuk sangat, dah tak mampu nak lawan mata..Kalau mama dia tido dengan kakak Amni, mesti dia akan menyelit kat tengah2..siap bawak bantal dan selimut dia bagai..haishhh..

Memandangkan yang kandungan saya dah masuk 7bulan, jadi bolelah hantar diorang ni ke daycare/nursery/kindergarten (Hoikuen). Selalunya pihak kerajaan bagi kita hantar anak ke hoikuen ni 2 bulan sebelum bersalin hingga 2 bulan selepas bersalin. Amni pun kami hantar ke sini sama. Dah berhenti dari hantar dia ke youchien..kami nak hantar semua sekali ke youchien, memang tak mampu..Mahal untuk 3 orang anak..Kalau 1 or 2 orang sekali masih mampu rasanya..Kat bawah ni adelah sedikit kisah 2F pergi ke hoikuen dari 1st day (nangis) hingga hari diorang dah tak nangis lagi..

1st day..
Untuk 1st day - 3rd day selalunya sensei akan bagi kita hantar selama 2jam sahaja..
2F masuk je kelas ok lagi. Bila babah dah keluar bilik dan sensei tutup pintu, apalagi mulala menangis tak ingat punya..Siap jerit2, menangis sambil teran2 suara sampai ketuk2 pintu nak keluar..Babah cuba nak masuk balik ke kelas tapi sensei tak bagi..Mereka kata mereka akan pujuk, walaupun niat Mr K nak masuk semula tu sebab nak pujukla..Sebelum tu, waktu sesi temuduga, kami dah bagi la tip kat sensei2 ni..kalau 2F nangis, bagi jela Amni duduk sekali dengan diorang..Tapi, sensei tak bagi jugak. Amni pun sedih bila tengok 2F nangis macam tu sekali..Akhirnya diorang terpaksa gak panggil Amni masuk kelas 2F bagi diorang berhenti nangis. Bayangkan Mr K yang dengar diorang nangis sampai macamtu sekali pun bole rasa sedih, nasib baik saya tak ikut sekali..Kalau tak, ade yang menangis sama macam anak dia sekali..huhuhu..Bila ingat balik, memang sedih.sob.sob..sob..saya tak pernah berpisah dengan diorang sebenarnya..hukhukhuk. Lepas tu, bila nak balik rumah pulak, Faeiz nangis lagi. Yela, kakak dia tinggal kat sekolah. Amni kata dia nak balik petang, tu yang tak ikut balik sekali..Sampai rumah, Faeiq pulak yang nangis suruh ambik Amni kat sekolah..haishhh..agak pening..Petang tu bila nak nap pun, Faeiz nangis lagi. Pujuk bagaila siap telefon babah, sampai babah dia janji nak bawak dia ambik kakak nanti..haru..haru..

2nd day..
Macam biasa, menangis lagi..Tapi, lepas tu kebetulan Amni masuk ke kelas diorang nak cari babah dia, nak tanya pasal kasut..Jadi, babah pun pujukla 2F, jangan nangis kakak Amni ade sekali kat sini..Kurangla sikit diorang nangis, tapi bila babah dah keluar kelas je, nangis balik..Amni pun belajarla kat kelas diorang ni..Bila Amni nak balik ke kelas dia balik, menangis lagi la 2F..Bawak pulak pergi ke kelas Amni..

3rd day..
Menangis lagi..Pagi2 memang bersemangat sungguh nak ke sekolah, bila dah masuk kelas je, terus nangis..Kali ni, babah terus balik, tak tunggu dan pujuk pun..Sensei pujuk sendiri dengan cara macam mana tak tanya pulak..hehehe

pagi2 macam ni la..bersemangat sungguh nak ke sekolah..
4th day..
Kali ni ambik diorang selepas lunch..Jadi, bila pagi tu, Alhamdulillah Faeiq dah okay..Masuk kelas terus pergi kat tempat mainan tu, main2 kat situ. Cuma Faeiz je la yang masih menangis lagi, Kan saya kata, dia memang manja dan agak anti-sosial sebenarnya..hahaha..Bento langsung tak luak sikit pun..Mungkin waktu ni tak biasa lagi nak makan kat tempat lain tanpa mama dan babah. Yang habis cuma buah je.

Faeiq
5th day..
Ambik lepas lunch jugak..Macam biasa, Faeiz je yang masih cembeng bila babah tinggalkan diorang kat kelas. Faeiq dah boleh terima dengan keadaan macam tu. Seolah- olah `okla aku pasrah je kena tinggal dengan babah ni'..ekeke..Bento tuk hari tu ada la berusik sikit. Mungkin sensei yang suap diorang, kalau nak harap diorang suap sendiri, konpem tak makan nya..adela sesudu 2 je kot diorang makan nanti..Ye, 2F agak susah untuk diberi makan. Tak macam Amni yang suka makan.
Faeiz
6th day..
Kali ni dah bole tinggal hingga ke petang..Pagi tu dah tak nangis lagi dah..yeayy..yela, kalau tak mama yang kat rumah ni asyik jela risau macam mana la keadaan diorang tu..Siap pesan dengan sensei, kalu diorang nangis waktu nak tido tu, telefonla. Nanti ambik bawak balik rumahkan..dan, sampai petang sensei tak telefon pun..Maknanya diorang da bole tido sendiri tanpa mama..Tapi, mama kat rumah pulak takleh tido..hahaha..dah biasakan tido dengan diorang, tup2 kena tido seorang pulak..
yeayy..saya dah tak nangis lagi..
saya suka pergi ke sekolah..
(Feiz bersama beg bento..:p)

10 comments:

Aziela said...

Salam perkenalan. Follow di sini. Sangat teruja masuk sini. Mesti bestkan dok kat Jepun. Teringin nak ke sana.... Hubby was in Ichinoseki.

Hanis Azla said...

alal siannya.. mujur dah okey kan.. Alhamdulillah.. akak pun klu anak2 nangis gitu, sayu sebak rasa dada ni.. nak buat kerja apa pun hati tak senang..

ijayuji said...

Salam lia! waaaaaaa...ibu boleh bersenang lenang tp sekejap jerrr sbb bb dah nak kuar jugak tuu hihihi.. itterashai 2F!!!! :D ganbatte!!!

Acik Erna said...

asalam kamisah..nasib baik jugak dah tak nangis..kalau tidak..sama2 la nangis dengan maknya..

Nadiah Sidek said...

yay..good job 2F! :)

munna said...

alhamdulillah..dah tak nangis ....

Kamalia said...

Aziela:Salam kembali.terima kasih..hehehe,best jugakla duk kat negara sndrik..dtgla..hubby b4 ni study or keje kat sini?

hanis azla:tula kak..mmg rs sayu sungguh bila babah diorg cite nangis tiap kali anta tu.

Kamalia said...

ijayuji:salam ikaaa..mmg bersenang lenang betul..nak buat ape2 pun dah sng dah..tp,lg bbrapa minggu je yg lagi satu ni nak kuar dah..tq aunty ikaa..

acik erna:salam kak..hahaha,konpem nye..skang ni bgn pagi dah xsbr2 nak ke sekolah pulak..dah seronok g sekolah..

Kamalia said...

nadiah sidek:yeayyy..tq aunty..


munna:hehehe..mama dia pun dah sennag ati dah..

Asmara said...

kan2!! bagi tempoh seminggu je, lama2 dah biasa la tu. silap2 tiap hari tak sabo nak gi sekolah. haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...