Pages

Saturday 28 May 2011

Mexican Bun

Salam semua. Ni kali kedua kot buat bun ni..1st time tahun lepas..hahaha, lama sungguhkan. so, lepas ni tak tahu bila lagi nak buat. bulan depan dah takleh, dah nak bersalin , tak tahu larat nak buat lagi ke tak..

Ni guna resipi dari my resipi je..sebelum ni guna resipi lain. nak tengok resipi lagi satu, klik kat sini.

sebelum dibakar

selepas dan sebelum habis dimakan oleh mak bapak dan hanak2.

Mexican Bun
source: my resipi;Lilydvalley

Bahan-bahan ( 17 biji bun )
  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

7 comments:

ADEEYA said...

hihihi dapnyeeeeeeee :D

Idayu said...

dh mcm bakery dh jdknya..bnyknya 500grm..buat 200 grm jrk buleh??

anie,Nagoya said...

rajin dia.tgk jelah.buat mgkn tak kot.dah mlz nak meroti....

Juwita Jamaludin said...

Kam lamanya akak tak buat roti ni .. Sejuk2 hujan minum kopi panas sedap ni roti ni.. Yummy

wida said...

sis..sedapnya.
gebu2 pulak tu..

mintak izin amik resepi yer (sy suka salin resepi jer..buatnya x jugak.. he)

Kamalia said...

adeeya:sedap...

idayu:boleh kak..buat 100gm pun bole kot.tp,dptla dlm 2bijik gaknye..hik3..

anie:kak anie,kena rajin ni..nnt dah cuti sebulan,ha,pandang jela org lain mkn roti.

Kamalia said...

juwita:aah kak..time sejuk2 mkn roti pns n kopi panas..om.nom..nom..nom

wida:ha,amikla..xpe,xbuat pun xpo..nnt dah rajin,buatla tukan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...