Pages

Monday, 30 May 2011

Orang lain makan, dia pun nak makan sama..

Salam semua. Baru je balik dari hospital, takleh nak tido la pulak. Oh, hari ni checkup mengambil masa 2 1/2 jam je..Okla kan, selalu 3 jam ko.

Rendang daging (kecur air liurku)
Buat rendang ni dah lama. Kat fesbuk pun dah tayang lama kot. Duk tergoda dengan cerita Kak As, terus la terkecur air liur nih. Kali ni guna resipi dari Kak Liza. Selalu buat rendang tu guna je resipi omak den, cuma kununnya kali ni nak tukar selerakan, cubalah resipi orang lain. nak buat rendang cam Kak As buat, rempah rendang tak beli lagi waktu tu, tp,skang dah ade dah..wiii..suka2.

Nak jugak tepek resipi kat sini, manala tau, sok2 kot Amni nak buat rendang tuk mama dia ke, bole je refer kat sinikan.

RENDANG AYAM (CHEF HANIELIZA a.k.a KAK LIZA)
source: Kak Ummi -home sweet home.
Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)- saya tukar daging
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
  • 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-

  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api

Cara Memasak:-

  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.
Pastu, kita makan keropok lekor pulak. Ni pun dah lama, awal bulan aritu. eh, tak..tak, yang ni saya tak buat pun, ni keropok lekor fresh terbang dari T`ganu ni. Adik Fido la bawakkan tuk saya. Dari kg lagi dah tanya, akak nak ape? saya dengan pantas menjawab KEROPOK LEKOR tanpa malu dan segan tau..ekeke
bak kata kopok ni-dari jauh saya datang
dari terengganu pastu naik pulak kapal terbang
dah sampai tokyo, naik pulak shinkansen
barula sampai ke rumah orang ni..
hahaha xlawak sungguh..:p
berebut-rebut tau makan kopok lekor nih..
nak buat sendiri, ntah bilala kot..
nextweek my SIL nak datang, siap kirim sata dan kopok lekor lagi.
berdoa semoga ada rezeki untuk saya makan sebelum bersalin.:)

ni pulok all time feveret Mr K.
actually saya yang teringin nak makan (kes tgok org len buat la ni)
nama dia " Kuih Lopez i sayang you kuat-kuat"..ececeh
anak2 pulak mcm2 ragam.
Amni xnak kelapa, Faeiz nak yang ade kelapa, tapi xnak kuah..
Faeiq?macam babah dia..makan je sume benda..good boy..:D

Puding Caramel..
yang ni bukan saya buat.
kohai yg baru sampai tu bagi..
sedap sungguh korang, saya buat pun xsemolek macam ni..
terer la dia buat puding nih..nak kena belajar ni
tak pun, beli barang, suruh je dia buatkan..sonang kojo den..:p

15 comments:

Hanis MY said...

dedua pun best, kuih Jlopez tu sungguh menggiurkan...

munna said...

faveret munna puding caramel tu....

myra said...

seng x buat puding caramel tu mksu???

izahdaut said...

nah campak healthy donut kat mak yung tu.. hehehe.. sihat ke mama tomei???

a ah la..lawa halus je puding dia tu. geram nengok nye

Juwita Jamaludin said...

dalm2 banyak2 nak kuih lopes tu nampak sedap

Asmara said...

wiwi... mmg molek bebeno rupa caremel tu. pandai tol adik2 tu buat eh. cer mintak resepi dan tanya camne dia buat leh jadik cantik cenggitu. jeles aii.. hihi...
*hari ni ahkak menu rendang ayam beb!

anie,Nagoya said...

kuih lopez dah lama tak mkn.n tak penh buat.nama kuih pun dah lupa.gahahahaha....thn depan...thn depan ya...nak cuba2 kuih mesia le.bg laling ai mkn.

Idayu said...
This comment has been removed by the author.
nur easy said...

keropok itu sungguh mnggoda.. owhhh nikmatnya kalau dpt makan ;)

Acik Erna said...

kamalia..banyaknya makanan..
puding dengan lopes..memang akak suka..

Kamalia said...

hanis my:hahaha,puding tu mmg best sgtla..

munna:ramai yg suka kan..tp,bila nak buat,asyik xjd jek..

myra:hahha,dulu mksu penah buat skali,tp xjd sgt.

Kamalia said...

izah:yeayy,aku dpt smbut..alhamdulilah,sihat sokmo.kan..kan..lawa je dia buat..

juwita:bule2..nnt sy pos ke umah akk..

asmara:hehehe,nnt sy tye die camne die buat smpai jd cantik camtu skali..nyampah,nak sikit..eh,wktu pantang nnt bole mkn rendangkan?

Kamalia said...

anie:kak anie,smpai ati dah lupe..tp,xpo,sy phm deh..lmnye nak tunggu tahun depan.bukan posa akak posa kat melisya ke?konpem ade jual kat param ni..

nur easy:mmg nikmat sgt..waktu mkn tu kena tutup mata demi menikmati kesedapannya..

Kamalia said...

acik erna:akak,tu dah kumpul bape lama dah gambar tu..kan..kan..puding caramel mmg sodap..lopez tu mmg feveret..

Umie said...

ko tau masa aku pantang kat m'sia last year..akak aku ada beli kuih lopes nie..pastu aku pun bantai makan seketul tp rasa dia macam lain sikit..setelah diselidik, rupa2xnya ubi kayu yg diparut & dimasak & then dibentukkan pulak ala2 kuih lopes... masak le aku dalam pantang mkn ubi kayu.. nasib baik angin meroyan tak datang...isk3x...patut le sedap lain mcm..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...