Pages

Friday 20 May 2011

Donut, Burger Malaysia, Sosej Roll

Salam semua..Hari ni cerita pasal resipi ni pulak..Satu resipi boleh buat macam2 jenis kuih..hahaha..ye, saya suka cari resipi yang boleh menghasilkan berjenis2 hasil masakan..Contohnya kalau roti, suka guna Basic Dough Kak Nor. Korang nak roti ape, bole je guna basic dough tu..Tapi, bun kentang takleh la ek..Yang ni nampak kat umah sapa ye aritu guna resipi ni, saya pun buat gakla. Actually, ramai dah cuba resipi ni. Resipi ni dari tahun 2008 lagi tuh. Saya agak ketinggalan la..ekeke..2011 baru jumpa :) 1st time buat, satu adunan tu semua donut je..Sampai naik juling mata ni tengok donut2 je..Pastu,2nd time, barulah buat 3 jenis kuih dari satu adunan ni..(panjang ek mukadimah. padahal nak cerita pasal kuih je pun..pffft)
Donut pintal-pintalan..

Donut bulat-bulatan..

Burger Malaysia..(timun xdo,ganti salad)
selalu guna resipi kak yani-myresipi
cuma kali ni saja cuba resipi baru ni pulok..

Sosej roll tanpa mekap..

yeayyy..dah letak mekap..
tapi, mak andam die si tangan kejung..
agak comot,
jadi package mekap tu dipotong harga..
hmmmpp..:p
Resipi..
Sumber: Hasue Myresipi

Donut..Donut..
Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut)
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok; saya guna 1/2 tepung gandum, 1/2 tepung roti)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara- cara:
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
* memang tak perlu perap pun adunan ni, kuih tu memang jadi gebu-gebu dan lembut sangat..
* cuma tuk burger malaysia tu, kena goreng guna api yang kecil..Kalau yang ni mungkin kena penaik sikit adunan tu ..

12 comments:

Idayu said...

x penah buat lg donut yg pintal2 tuh..mcm menarik n tertarik jek..

mmg penggemar donut korang nih gamaknya ek!

Hanis Azla said...

akak tak pernah buat donut sendiri.. ada resepi ni boleh cuba buat nnt.. tentu anak2 suka..

Kelab Kembar Malaysia said...

sedapnya!! tak buat! nak makan jer! hehehe

shima said...

harus saya copy dulu hehe..nk buat bila tak tau ..ahhaha

Hanis MY said...

menyelerakan...sedapnya kak... cayalah boleh bukak kedai...

munna said...

kuih feveret munna burger malaysia... klu jumpa kuih ni mesti nak beli

MummyEcha said...

variasi betul donut akak..tp semua nampak cam sedap....sosej roll nie budak2 cukup suka..tanpa makeup pun menyelerakan tambah la kalu duk kat opiz petg2..pastu hujan perghhh...nikmat rasanyer..

Kamalia said...

idayu:hahaha,xdela smpai tegar gitu sekali..cuma baru2 ni je ank2 suka..kot xsuka,mmg maleh nak buat kak..

hanis azla:dulu saya pun xpenah buat sndirik..skang mmg kena buat sndrik..hehehe,kot rajin,bole la cube ek..

Kamalia said...

huszaini:ye,lg senang beli..xyah susah2 nak buat..:D

shima:dah copy xpe..nak buat bila tu pun,bergantungla kot rajin..hahaha,nnt mn tau tahun depan bole cuba ke..

Kamalia said...

hanis my:tula,jauh sgtla hanis..kot x,bole bg rs ni..huk3..malu,jgn smpi suh bukak kedai pulak..

munna:tula,kot kat mesia pun,sy mesti beli punye kuih tu..

mummy echa:sosej roll tu mak pak budak pun suko..mmg,time hujan camni,perut sntiasa je la lapo..

Unknown said...

Kalau sosej roll tu xpyah salute ngn telur k?

Unknown said...

Kalau sosej roll tu xpyah salute ngn telur k?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...