Pages

Thursday, 31 May 2012

Baked Blueberry Cheesecake

Salam wbt..lagi satu resipi yang best..hehe. Kalau kat rumah ni, cheesecake sangat laku. Kalau saya buat besar ni (18cm), satu hari habis. Kami laki bini dapatla sorang secubit..haha, ok tipu dapatla sorang 1 slice, yang lainnya budak bertiga ni yang makan. sobs!
nampak sangat malaskan..
tengokla blueberry tu,berketul-ketul macam tu je..:p
terima kasih buat penyumbang resipi..:)

Baked Blueberry Cheesecake
source:ancoo journal
sourcezachoes.myresipi / zachoes blog


Bahan base biskut:
100g biskut marie, dihancurkan 
100g butter, dicairkan (saya guna 70g)
*Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat(saya sejukkan dalam peti ais)
Bahan cream cheese:
250g cream cheese, suhu bilik
65g whipping cream 
30g gula kastor 
3 kuning telur Gred A
1/2st esen vanila
1/2st jus lemon

30g gula kastor
3 putih telur Gred A
1/4st cream of tartar (optional- tak letak)

200g blueberry filling (saya letak lebihan filling yang ada)
Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (saya tak bakar).
2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana.
3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.
4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu).
5. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak)...yang ni saya tak buat..tak berani deh
7. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) untuk 1 jam (ku buat 55 minit, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan)
8. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.

edited: untuk buat marble/swirl kat dalam kek tu ambil 1/3 adunan dah siap, tambah 2sb blueberry filling. adunan yg lebih tu tuang dulu dlm loyang, pastu dot-dotkan adunan berfilling atas permukaannya. nak lagi cantik, biar yg berfilling tu tenggelam sikit ke dlm adunan tak berfilling. pastu guna pisau/lidi buat corak. 

Wednesday, 30 May 2012

Kuih Talam Gula Merah

Salam wbt. Juadah untuk minum petang. Kuih talam gula merah kegemaran sekeluarga. Anak-anak saya kalau buat kuih ni mesti diorang cakap mama buat kek!.hehe. Penatla ajar twins tu, ini kuih bukan kek tapi still diorang nak panggil kek jugak.yolah, kek pun kek la. Twins ni ingat yang gula merah tu adalah coklat..:p


Terima kasih buat kak yatie di atas resipi yang sedap ni. Memang kena dengan selera saya dan nak buat pun agak mudah. Banyak kali buat tapi asyik jela terlupa nak abadikan kat sini. Last week buat sekali lagi baru teringat nak ambik gambar.

Kuih Talam Gula Merah
source: Kak Yatie


Bahan utk lapisan bawah
* 200gm gula merah
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur *tak letak*

Cara-cara
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.

Lapisan Atas
* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam

Cara-cara
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong. 

Hanami 2012 # Takamatsu Ike

Salam wbt. Ini pulak kami pergi ke tasik yang rasanya ikan-ikan dan itik tu semua dah kenal kami kot..haha, lawak yang tak kelakar. Seriusly, kami selalu pergi ke sini. Bagi ikan makan roti, bagi itik makan roti. Tapi kalau dah masuk summer ni itik dah berkurangan, kalau nak tengok itik dan swan yang banyak boleh datang musim luruh sampai musim bunga. Ini hari isnin, 23 hb tu. Pergi pun dah petang lepas babah diorang ni free. Actually sedih jugakla tahun ni tak dapat berhanami sakan. Sebabnya cuaca yang tak menentu , banyak hari jugak hujan turun. Bila pergi ke sini daun-daun dah keluar menghijau..hukhuk..Hanami * flower( sakura) viewing*. Kalau dah keluar daun masih boleh je berhanami tapi views tu dah tak cantik sebabnya kalau boleh nak berhanami di bawah pokok sakura yang penuh dengan bunga sahaja..:))
koinobori, koi = carp, nobori = streamer/banner
Ini adalah traditional decoration yang digantung 
sempena Children's Day (kodomo no hi) yang jatuh pada 5th May setiap tahun.
untuk maklumat lebih lanjut boleh baca di sini.
sakura

best jugak datang petang, orang pun dah tak ramai..'))
wuwuwu..tahun ni mama tak dapat naik pun.
takut nak bawak Afiya,
bukan sebab Afiya yang takut tapi mama yang cuak lebih-lebih..hehe
1 jam cuma 600 yen sahaja..murahkan.pusingla sekeliling tasik yang besar itu.
gerai yang jual macam-macam makanan yang tak semuanya kita boleh beli dan makan..
saya suruh Mr K beli jagung bakar, pastu sempat la dia tanya saya balik..
nak jugak ke jagung tu..sebabnya dia bakar daging kat grill yang sama jugak..
gagaga..telan air liur je la lepas tu..
saya tak pergi pun ke sebelah sana..kat situ lagi cantik, 
tapi ahkak tak larat nak jalan jauh sambil dukung Afiya ni ha..
perasankah anda tiang lampu merah itu..
kat mana-mana koen/park mesti ada tiang lampu itu
barisan perahu/ paddle boats..
bila masuk musim sejuk, semua perahu dan boats akan dibawa naik ke atas pelantar bagi mengelakkan ianya jadi rosak..semua tu akan dibalut dengan plastik/kanvas dan dibungkus sehingga musim bunga tiba..
sakura yang masih ado..daun pun dah banyak keluarkan
sakura lagi..
hahaha..korang hado mamat camni?
Fahim yang tersangat terserlah kejatian kemelayuannya..*sori, perosak bahasa sungguh*
jejaka Melayu berkain pelikat di bumi sakura..
cotton candy dengan pembungkus yang sangat cool..
ada otomen, kamen rider, smile precure! 

Tuesday, 29 May 2012

Popcorn Chicken

Salam wbt..popcorn chicken, sangat sedap dan yang penting anak-anak dan mak bapak suka. Udah lama dibikin, sebulan yang lepas jugak rasanya. Banyak kali jugak dah diulang buat. Saya tak pernah makan yang kfc punya tu, so tak dapatla nak bandingkan. Bagi saya memang dah cukup sedap dah ni. Resipi ambik dari rumah Kak Hana. Terima kasih kak. 

Popcorn Chicken
source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 keping dada ayam@peha ayam tanpa tulang - potong dadu
  • *2 sudu besar tepung serbaguna @ tepung rempah ayam
  • *1/2 sk serbuk lada sulah
  • *1 sk serbuk kari @ rempah lain yg digemari - resepi asal secret herb
  • *sedikit garam dan gula
  • *1/2 sk serbuk bawang/onion powder - hana parut bwg putih 1 ulas
  • *1-2 biji putih telur - hana guna satu biji telur
  • *1-2 sb susu segar
  • 3/4 cawan breadcrumbs
  • olive oil utk spray - jika bakar gune oven
  • lada hitam kasar @ garam - utk taburan selepas goreng
Cara-cara
  • Gaul ayam dengan bahan bertanda * sebati. Perap sebentar. Cara masak boleh pilih kaedah di bawah. hana guna kaedah satu.
  • Kaedah satu : Masukkan breadcrumbs ke dalam plastik bersih/ziplock. Masukkan ayam perap tadi dan goncang2kan sehingga ayam bersalut sepenuhnya dengan breadcrumbs. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Kaedah dua : Spray baking tray dengan minyak zaitun.. letakkan ayam perap tadi. Spray lagi minyak ke atas ayam. Bakar suhu 475°F selama 5 minit. Kemudian balikkan ayam.. dan sambung bakar lagi 5-7min atau sehingga masak.
  • Kaedah tiga : Perap ayam dengan lada sulah, garam dan gula, serbuk onion, serbuk kari.. Golek2kan ayam dengan tepung serbaguna. Kemudian celupkan ayam ke dalam campuran telur dan juga susu segar. Kemudian g0lek2kan pula ke dalam mangkuk breadcrumbs. Untuk coating yang agak tebal ulangi proses menyalut telur dan juga breadcrumbs. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  • Kaedah empat : Jika tak nak salut breadcrumbs, selepas perap goreng terus ayam hingga masak.
  • Apabila dah masak, taburkan dengan serbuk lada hitam kasar dan juga garam jika suka.Hidangkan dengan sos kegemaran.




Monday, 28 May 2012

Hanami 2012 # Iwate Park

Salam wbt. Dah masuk summerkan, barulah ahkak nak update entry hanami. Hanami 2012 hujung bulan 4 hari tu: 22hb tak salah saya. Macam tahun lepas jugak, kami berhanami di Iwate Park. Last minute punya hanami sebenarnya, nasib baik jadi jugak sebab hari isnin tu dah keluar daun..huhu. Alhamdulillah, berhanami jugak kami. Insya Allah hanami yang terakhir di bumi sakura ni. Semoga kenangan sepanjang berada di sini akan kekal di dalam blog yang tak seberapa ini. Banyak jugak gambar yang saya letak. Semoga gambar yang tak seberapa ni dapat saya kongsikan dengan sesiapa yang membacanya..
the weather was fine and the views were splendid!
see.. i told ya yang daun dah mula keluarkan dirinya..
sakura alley..:))

the kids and bubbles..:)) 
 twins..faeiz (yellow shirt) faeiq (stripe shirt)
princess Amni..
abaikan her comotness..haha
gegirls..
Afiya, an adorable girl..haha*mama yang perasan :p*
candid moments..:))
breathtaking views..;))
susah sungguh nak ambil gambar 1 family..
macam-macam gaya ado..:p
ahkak bawak nasik lemak
bawak jugak popcorn chicken..
ni antara pot luck yang dibawa oleh kohai..
bihun satu piyuk..
karipap, keropok..lagi dah tak ingat dah..



Sunday, 27 May 2012

Itu kare la Faeiz

Kelmarin, saya tengah tidokan Afiya dalam bilik..
Faeiz datang sambil bawak 2 bungkus serbuk Kari Ayam dan Daging cap Adabi..
Terus dia cakap dengan saya, "mama,ayeiz nak ni"..
Mama terus nak tergelak tapi masih boleh tahan..mesti dia ingat jajan ni.:p
"ayeiz,itu tak boleh makanla. itu mama nak kena masak dulu.."
so,dia pun keluar..
tak lama lepas tu dia datang balik sambil ulang ayat yang sama..
mama pun 2x5 bagi jawapan yang sama jugak..
saya ingatkan dia pahamla tapi dia tetap nak makan jugak..siap suruh bukak lagi serbuk kari kat situ..(-_-)
pastu baru mama dia teringat, dia ni kena bagi jawapan yang dia suka dan boleh puaskan hati dia..
"ok faeiz, ini tak boleh makan sekarang. mama kena masak kare(kari)..nanti faeiz boleh makan dengan chicken..faeiz suka kare kan?"
"oh,yeke mama..nak masak kare ye"
dah dapat jawapan yang boleh puaskan hati dia, baru dia keluar dari bilik..haha

Anak-anak saya suka makan kare.
masakla apa jenis kare pun konpem dia akan makan nasi banyak sungguh..
Semenjak duduk sini tetiba kami semua terasa macam ada darah keturunan anak mami..:p

Sent from my iPhone

Wednesday, 23 May 2012

Yong Tau Fu Perantau

Salam wbt. hari ni mak rajin uols..haha, actually agak takde mood nak mengajar anak-anak hari ni. Twin ni ketegaq semacam je, haishhh. geram mama dia ni, dah tukar jadi hulk pun. Dari pagi ada je benda yang diorang buat.

Yong tau fu dah lama bikin, sebulan lebih dah kot. 1st attempt buat ni jadi saya ikutla resipi tu bulat-bulat. Pedas yang teramat sebabnya saya terlupa cili kering saya ni jenis pedas yang terlampau. So, kuah saya pun jadi pedas la jugak tak boleh la anak-anak nak makan. Takpe, next time kalau rajin buat lagi, kena kurangkan kuantiti cili kering tu. Apapun rasa dia memang sangat sedap cuma tula pedas sikitla..Terima kasih kepada penyumbang resipi.
ni jela bahan-bahan yang ada..okla kan dari tak merasa langsung..:)
takde kangkung, kita gantikan dengan bayam pun ok je.;p
Kuah Yong Tau Fu
resipi: myresipi; minami
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto
Cara-cara
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).

  6.  masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Person Of Interest, Desperate Housewives, Suits

Salam wbt and morning peeps..Terima kasih kepada yang masih sudi datang walaupun tuan blog tak sempat nak update. Hari ni saya buat entry tak berilmiah..haha. Nanti saya update entry pasal hanami yang entah bila akan diupdate tu. Harap-harap  berkesempatan la hendaknya.


Memula kita cerita pasal person of interest. Series ni sangat awesome. Saya terjumpa review pasal series ni, tengok 1st episode macam best, terus download for the whole season. Tak pasal-pasal laki binik marathon tengok series ni sampai habis..ekeke. Selagi tak habis, selagi tu rasa gatal je nak tengok lagi. Semalam baru kami sempat habiskan season finale..For me series ni sangat amazing. Selepas ni kena tunggu bulan Sept baru dapat tengok season 2. "You are being watched. The government has a secret system: a machine that spies on you every hour of every day. I know because I built it. I designed the machine to detect acts of terror, but it sees everything. Violent crimes involving ordinary people, people like you. Crimes the government considered irrelevant. They wouldn't act, so I decided I would. But I needed a partner, someone with the skills to intervene. Hunted by the authorities, we work in secret. You'll never find us, but victim or perpetrator, if your number's up...we'll find you."
Opening voice-over by Mr. Finch...
For those yang nak tahu lebih lanjut pasal series ni boleh baca di sini. jap..jap, saya tak tahu series ni dah tayang belum kat Malaysia, maybe belum lagi kot. Kat US pun baru last week habiskan, so selalunya agak lambatla kot tayang kat Malaysia. Nanti dah ada, tengokla tau. 

Desperate housewives pulak..Ok, yang ni saya dah tengok from the 1st season sampaila season 8. Dah habis  pun 2 minggu lepas. Terukkan saya ni. Jangan ikut tau adik-adik. Sangat tak berfaedah ok. Tapi takpela, masing-masing ada favorite masing-masing kan. Yang ni pulak bila dah kahwin terus Mr K pun berjangkit dengan penyakit saya ni..haha. Kesian dia. Sangat berpuas hati dengan ending dia..Happy ending uols. Boleh baca la kot review di sini. Bila desperate housewives ni dah  sampai ke series finale dia, barula saya duk google apa lah series baru yang best untuk gantikan DH saya ni. Itula terjumpa Person Of Interest tu..

Suits pulak ye..suits ni bila terbaca review dari makcik rehan. Dah dia kata best and fast moving drama dan-dan saya terus download series ni. Kami laki binik suka cerita macam ni yang menunjukkan kebijaksanaan sebabnya kita pun terus terasa bijak sekali macam lawyer-lawyer ni..haha. Gila sadiskan. Yang tak puas hatinya series ni untuk season 1 sikit sangatla pulak. Ada 12 episodes je..haishh tak pueh hati sungguh kami. tapi takpe, season 2 dah nak start bulan june nanti..yeayyyy..ada benda nak ditengok..

Sorila ye, hari ni saya cerita pasal favourite series saya..Saya ni memang dari kecik suka tengok cerita omputih kekdahnya tapi speaking tetap ke laut. sadiskan..Selain dari series kat atas ni, saya adalah peminat tegar Grey's Anatomy. Memang dari kecik cita-cita nak jadi dokter, tapi disebabkan tak layak untuk jadi dokter tengok jela series camni. feeling jadi doktor pun okla kan. Yang ni pun dari season 1 saya duk follow. Ok, yang ni pun baru habis season 8. Sesapa yang memang follow series ni, Lexie dah mati uols..sangat sedih bila dia mati tu sambil Mark pegang tangan dia..Tak puas hati acik dengan season finale ni. Suka buat cliffhanger camtu, buatkan kita tertunggu-tunggu sampai next season. Harap-harap semuanya masih hidup dan Derek masih boleh jadi surgeon lagi. Christina and Owen get back together ke..Alex tak jadi pegi Hopkins dan macam-macamla ..haha

House pun dah nak habis uols..Ni pun saya duk follow dari 1st season pastu ada berenti tengok sekejap sekarang ni on off la saya duk follow. Mr K je yang pastinya jadi hard fan House..Dulu saya tengok CSI tu semua tapi bila dah masuk season 8 saya dah malas dah nak tengok..Lama kot cerita ni masuk tahun ke sebelas dah..selain tu tengok jugak Criminal Minds..Okla series ni, sangat best dan membuatkan kami kadang-kadang jadi paranoid jugak macam pelakon diorang..ekeke. 

Itu jela kot series yang saya duk tengok sekarang ni. Kalau glee, vampire diaries tu semua acik tak layan sebab Mr K tak suka tengok cerita macam tu..Mr  K pulak dulu adalah ketagih kepada cerita Prison Break dan Heroes tapi tula tetiba je series tu semua diorang hentikan macam tu je..kesian dia. 

Nak tahu tak, kalau kami dah habis tengok series tu kan..selalunya kami akan cakap,"teruknya kita ni kan..kalau tengok ceramah agama ni, dah banyak ilmu kita dapat ni..".hehe,pastu dua-dua gelak dalam keadaan bersalah..Kalau adik-adik nak tiru perangai kami ni, pastikan jangan tinggalkan solat dan ibadah yang lain. Tangunggjawab kepada anak-anak jugak jangan dilupakan tau..pesanan dari kakakmu yang kadang-kadang terasa jadi macam doktor, kadang-kadang lawyer,kadang-kadang scientist..hehe

p/s:terima kasih nuffnang..ada BE baru jugak walaupun saya update seminggu sekali je kot...terima kasih jugak kepada yang sudi datang membaca..

p/s lagi: Incik Kamil..hari ni entry tak berilmiah sungguhkan..ye, dia hari tu ada cakap update blog macam tak nak update je..huhu

p/s lagi dan lagi: saya BW petang sikit naa..nak kena ajar anak-anak sekejap.yela homeschooling camnila, terkejar-kejar dengan anak-anak punya program..tapi sempat lagi tu tengok series bagaikan. kena pandai bagi masa uols..:p

Thursday, 17 May 2012

Garlic Finger Bun

Salam wbt. Update cecepat, nanti bebudak bangun. Tadi duk menjaga anak-anak yang tetiba jadi 6 orang..haha. takdela, jiran ni dia nak pergi hospital so dia mintakla tumpangkan ank dia 2 orang. Anak yang bongsu dia bawak sekali, kalau tak mahu anak bertambah jadi 7orang..kuang kuang..Nasib baikla senang nak handlekan, dah besar pun. Umur 7 tahun dan 5 tahun.

Garlic bread ni buat dah lama sungguh kot. Time roti ni tengah hangat di pasaran time tula saya pun duk buat sama cuma tak de masa je nak update, nak edit gambar bagai..dasar pemalaskan..Suka resipi yang ni, simple dan sedap..dari dulu memang suka cari resipi yang simple bagi memudahkan saya untuk membuatnya. .ecece..sapalah yang tak suka resipi yang senang ye tak..hehe
sangat sodap makan time panas-panas bersama mushroom soup..
mushroom soup guna instant je pun..
bawak dari tahun lepaih tak habis-habis lagi..
sekarang ni memang rajin la buat roti ni duk bagi perabihkan instant soup tu..
kalau tak nanti ada orang bising kalau dia tahu ada benda tak habis lagi tapi dah expired..huhu

Terima kasih buat penyumbang resipi..resipi ni saya ambik dari rumah Kak Nor..terima kasih semua..:))
GARLIC FINGER BUN (GARLIC ROLLS)
olahah dr resipi asal oleh Yatie
resipi : Suhaina @My Singapore Kitchen
sumber : Umm MymoonahMadiha

Bahan2 :
3 cawan tepung gandum ~ Yatie guna tepung roti (k.nor juga) saya guna tepung gandum ja..
1 cawan air suam
1 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar olive oil

Cara-Caranya
Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik.
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit. Doh akan naik sekali ganda.
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread.
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap.
Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
Bahagikan pula kepada 7 bahagian setiap bahagian, jadi dpt 14 ketul semuanya.
Gelek doh dengan kayu pencanai berbentuk empat segi memanjang.
Sapukan sedikit Garlic Spread di tengahnya (mcm intilah kiranya)dan gulung memanjang semula.
Buat kaedah yang sama pada doh yang lain juga.
Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis.
Tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di atas permukaan doh tadi.
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan sedikit serbuk lada hitam jika suka.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit.

Panduan
Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan

GARLIC SPREAD
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar 

Gaulkan semua bahan
Siap utk digunakan.


Wednesday, 16 May 2012

The Corridor of Snow - Hachimantai # Part 2

Salam wbt..sambungan yang lepas (ingat nak publish semalam, tapi tak sempat la pulak). Selepas pit stop yang pertama tu, kami cepat-cepat masuk kereta nak gerak ke bahagian atas pulak. Takdela berapa jauh sangat cuma itula jalan bengkak bengkok tu yang melambatkan perjalanan. Kali ni saya letak jela mana gambar yang menarik, malas la pulak nak buat sampai part 3..

mula-mula kami lalu ke wall yang tinggi macam ni, memang agak takut jugak.
manala tahukan tetiba runtuh pulak walls ni nanti..hehe
saya suka dengan bentuk gambar yang atas sekali ni..
berlekuk-lekuk lagi bahagian atas tu..
lekuk yang terbentuk dari angin*saya agak je, malas nak google*..:p
makin lama makin tinggi walls of snow ni..
tapi, di Hachimantai ni masih tidak boleh tandingi walls of snow di Tateyama, Nagano.
Di Tateyama- Kurobe Alpine Route, walls of snow boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter.
Memang sangat tinggi..hoho


dua gambar di atas ni ambik dari fb je. Malas nak edit bagai, tengok jela gambar dari instagram ni ye..

Mr K membuktikan ketinggian dinding itu..sangat tinggi..huhu
itupun dia dah jengketkan kaki masih tak boleh capai sampai ke atas tu..
laluan ni memang dibuat bagi membolehkan kita pergi ke RnR kat bahagian atas tu..
ada parking space di situ, letak kereta dan jalan sambil gedik-gedik ambik gambar..haha

Subhanallah..Mount Iwate..
kat tepi jalan tu adala satu lubang ni tau..
takde pun nihonjin yang bergambar kat situ
tapi memandangkan kami ni semua jakun, sanggup melintas jalan semata-mata nak ambik gambar dalam lubang ni..ni bukan snow tunnel..apa tujuan diorang gali pun kami tak tahu, takde orang yang boleh ditanya.
ni gambar dari kohai..
gambar atas nun gambar sebelum kejadian angin kuat yang menyerang kami..
ni gambar gedik tuan belog..abaikan.
gambar Mr K..tengok batu di belakang tu..boleh tersembul macam tu je.
gambar kanan bawah tu la waktu kejadian angin kuat datang tu..haha..sangat lawak gambar ni, serius macam berlakon pun ada..siap kena membongkokkan badan dan kena pusing mengadap ke sana..
nasib la ada signboard tu boleh dijadikan pelindung angin sekejap..
gambar hanak-hanak..
berdiri kat tebing yang bawahnya ada gaung yang sangat dalam..kowaii
waktu ni pun angin kuat tapi masih boleh berdiri tegak macam tu lagi..
kalau kat tepi sebelah sana tu masih ada lagi yang berskiing..
diorang cuma turun je kat tepi tu dan meluncur terus ke bawah..
ingat nak pergi tengok tapi bila pikirkan nak mengadap angin sejuk lagi pastu nak kena pegang kamera lagi, terus abaikan perasaan tu..haha.

ok..ni je gambar yang ada..itu pun agak penim nak pilih gambar yang ado..
semoga gambar ni dapat menyimpan segala kenangan sewaktu pergi ke sini..
saya sekarang ni adalah masalah penyakit pelupa..haisshhh..
kena rajin update blog untuk simpan kenangan di sini, kalau tak konpem saya lupa nanti..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...