Salam wbt. Update cecepat, nanti bebudak bangun. Tadi duk menjaga anak-anak yang tetiba jadi 6 orang..haha. takdela, jiran ni dia nak pergi hospital so dia mintakla tumpangkan ank dia 2 orang. Anak yang bongsu dia bawak sekali, kalau tak mahu anak bertambah jadi 7orang..kuang kuang..Nasib baikla senang nak handlekan, dah besar pun. Umur 7 tahun dan 5 tahun.
Garlic bread ni buat dah lama sungguh kot. Time roti ni tengah hangat di pasaran time tula saya pun duk buat sama cuma tak de masa je nak update, nak edit gambar bagai..dasar pemalaskan..Suka resipi yang ni, simple dan sedap..dari dulu memang suka cari resipi yang simple bagi memudahkan saya untuk membuatnya. .ecece..sapalah yang tak suka resipi yang senang ye tak..hehe
sangat sodap makan time panas-panas bersama mushroom soup..
mushroom soup guna instant je pun..
bawak dari tahun lepaih tak habis-habis lagi..
sekarang ni memang rajin la buat roti ni duk bagi perabihkan instant soup tu..
kalau tak nanti ada orang bising kalau dia tahu ada benda tak habis lagi tapi dah expired..huhu
Terima kasih buat penyumbang resipi..resipi ni saya ambik dari rumah Kak Nor..terima kasih semua..:))
olahah dr resipi asal oleh Yatie
resipi : Suhaina @My Singapore Kitchen
sumber : Umm Mymoonah, Madiha
Bahan2 :
3 cawan tepung gandum ~ Yatie guna tepung roti (k.nor juga) saya guna tepung gandum ja..
1 cawan air suam
1 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar olive oil
Cara-Caranya
Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik.
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit. Doh akan naik sekali ganda.
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread.
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap.
Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
Bahagikan pula kepada 7 bahagian setiap bahagian, jadi dpt 14 ketul semuanya.
Gelek doh dengan kayu pencanai berbentuk empat segi memanjang.
Sapukan sedikit Garlic Spread di tengahnya (mcm intilah kiranya)dan gulung memanjang semula.
Buat kaedah yang sama pada doh yang lain juga.
Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis.
Tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di atas permukaan doh tadi.
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan sedikit serbuk lada hitam jika suka.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit.

Panduan
Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan
Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan
GARLIC SPREAD
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar
Gaulkan semua bahan
Siap utk digunakan.
12 comments:
asslm Mama...mmg sedapkan garlic bun ni...QH pon dh penah buat jugak...bile tgk ni...trasa blum puas lagi menikmati kelemnbutan roti tu...
Waduh...
Cma suka mkn garlic bread..
nk buat tak reti lagi..
tunjuk2 kat kedai je la..huhuhuh.....
tq for share the recepi :)
nyum2 sedapnya. sama la kat rmh ni kdg tak perasan benda dah expired, masa beli mcm nak bukak kedai kat nihon, mmg kene check, kdg tu sbb nak habiskan sebelum tarikh, semingu tu dok mkn yg tu je la. haha..
ya ampunn sedapnyaaa... i ambil resipi garlic spread jela resipi roti tu kompem tak jadik nanti wuwuwu...
oishii sou
ada lagik???
ai bab roti malaih sebab kena uli guna tangan BM x beli lg pong
selalu buat donut jer ngeee
Assalammualaikum...:))
wahhh.. macam mana tu handle 6 orang.. kalau sha aje memang pengsan dan pitam takut kekanak tu yang jaga hhehhe...
roti tu sedappp... sapu mayo.. wahh sedapnya....
saya suka garlic bun...tengok gambar pun tahu betapa lembutnya roti yang Lia buat nih.
kombinasi hebat roti ni gn sup tu kan.. slurpp..;) hehe cemana la gayanya jaga sampai 6/7 anak kan..;)
Salam kenal.
Terima kasih berkongsi resepi...nanti bolehlah saya cuba buat.
nmpak lmbut yumm yumm....
meriah lah rumh ye!
mmg sedap roti garlic ni cicah dgn mushroom soup
Salam.. Apa khabar Kak Kamalia? Lama tak ke blog akak ni.. Sedapnya menu akak ni.. Nur selalu beli je.. buat tak pernah lagi..
Post a Comment