Pages

Thursday, 31 May 2012

Baked Blueberry Cheesecake

Salam wbt..lagi satu resipi yang best..hehe. Kalau kat rumah ni, cheesecake sangat laku. Kalau saya buat besar ni (18cm), satu hari habis. Kami laki bini dapatla sorang secubit..haha, ok tipu dapatla sorang 1 slice, yang lainnya budak bertiga ni yang makan. sobs!
nampak sangat malaskan..
tengokla blueberry tu,berketul-ketul macam tu je..:p
terima kasih buat penyumbang resipi..:)

Baked Blueberry Cheesecake
source:ancoo journal
sourcezachoes.myresipi / zachoes blog


Bahan base biskut:
100g biskut marie, dihancurkan 
100g butter, dicairkan (saya guna 70g)
*Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat(saya sejukkan dalam peti ais)
Bahan cream cheese:
250g cream cheese, suhu bilik
65g whipping cream 
30g gula kastor 
3 kuning telur Gred A
1/2st esen vanila
1/2st jus lemon

30g gula kastor
3 putih telur Gred A
1/4st cream of tartar (optional- tak letak)

200g blueberry filling (saya letak lebihan filling yang ada)
Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (saya tak bakar).
2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana.
3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.
4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku (bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Pastikan tiada walaupun secubit/setitik pun kuning telur atau minyak dalam putih telur sebelum memukul. Kalau tak 'meringue'- nama putih telur yang dipukul kaku ini- tak jadi. Kalau ada sedikit kuning telur, boleh dibuang dengan sudu).
5. Ambil satu senduk meringue dan kaup balikkan ke dalam adunan cream cheese (stage ini boleh kasar sikit sampai tak nampak jalur/streaks putih telur). Ambil lagi sesenduk dua meringue dan kaup balikkan perlahan-lahan dalam adunan cream cheese. Buat dalam 3-4 kali.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar (kalau tak nanti nampak lubang-lubang di atas atau di dalam kek bila sudah masak)...yang ni saya tak buat..tak berani deh
7. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang sikit oklah) untuk 1 jam (ku buat 55 minit, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan)
8. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.

edited: untuk buat marble/swirl kat dalam kek tu ambil 1/3 adunan dah siap, tambah 2sb blueberry filling. adunan yg lebih tu tuang dulu dlm loyang, pastu dot-dotkan adunan berfilling atas permukaannya. nak lagi cantik, biar yg berfilling tu tenggelam sikit ke dlm adunan tak berfilling. pastu guna pisau/lidi buat corak. 

17 comments:

munna said...

belum pernah lagi buat kek cheese.... ntah bila nak cuba buat agaknya...

yatie chomeyl said...

dapnyer..lama x buat sejak2 angin malas menyerang diri huhuhu

Qasey Honey said...

sama la blum penah cuba lg buat chhese kek ni...takut xmjadi aje...tp geram bile tgk org lain yg buat...hihi...nmpk sedap sgt kek tu...dgn limpahan bluberry filing kt atas tu...

zila norazila said...

salam
saya pernah buat nie sekali jew kot..mmg sedap sgt2..tp takut nk makan byk..nnt gemukk..he hehe

Amie said...

Allahu Akhbar....sukanya kita dengan blueberry cheesecake....suka sangat kalau makan sampai tak ingat perut sebu!

hana said...

salam lia... akak kabar baik.. lia ngan anak2 sehat?? akak dah lama betui tak mkn kek cenggini... bukan rindu nak buat, tapi rindu nak makan.. hihihihi

Asmara said...

budak2 mmg suka cheesecake eh. hihi.. tp yg letak coklat tak suka pulak kan! bagus suka makan buah. air tgn mama mmg sedap sgt la. ;D

sabar dubai said...

kak liaa...kak liaa....kite slu kembar resepi kan....kite br aje tgh edit gambo utk blueberry cheesecakeni jgk..hahaha nasib kite pki resepi alongroz..hehehe...tp nmpk sedap ajee yg kak lia punyee

FnF Simple Life said...

ayoooo...ku terguda...hmmmm..harus dicuba...syedapnye...

FnF Simple Life said...

Lia...yg dalam adunan cream cheese tu letak buah blueberry ke nmpk pepel2 gitu...

Mixed-family in da house.... said...

Aduuhhhh...kak lia !

saje tau buat org terliur...sob sob sob!

Fav nih cheesecake...aduh tentu sodappp ni....

p/s: afiya geng dgn amzar laa tuh kan...berat susah naik....huhuhu

Nadiah Sidek said...

nanti boleh cuba buat cheesecake ni pula. suami nadiah hantu cheesecake :p

♥ Cmª shIemª ♥ said...

waduh..bluberi chez kek..peberet my mum..

xpndi buat..pndai beli je..
untung jd surirumh ni..:)

nk cket!

nur easy said...

ada2 je jamuan mata di sini.. looks nyummy

Kamalia said...

fnf:actually nak buat marble/swirl tp xjadik..hehe
saya ambil 1/3 adunan dah siap, tambah 2sb blueberry filling. adunan yg lebih tu tuang dulu dlm loyang, pastu dot-dotkan adunan berfilling atas permukaannya. nak lagi cantik, biar yg berfilling tu tenggelam sikit ke dlm adunan tak berfilling. pastu guna pisau/lidi buat corak.
*ni tips yg saya ambik dr myresipi tu..

アヌムちゃん said...

oishisouuuu...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

terliur tgk..sbb eija pun peminat cheese cake..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...