Pages

Sunday, 27 May 2012

Itu kare la Faeiz

Kelmarin, saya tengah tidokan Afiya dalam bilik..
Faeiz datang sambil bawak 2 bungkus serbuk Kari Ayam dan Daging cap Adabi..
Terus dia cakap dengan saya, "mama,ayeiz nak ni"..
Mama terus nak tergelak tapi masih boleh tahan..mesti dia ingat jajan ni.:p
"ayeiz,itu tak boleh makanla. itu mama nak kena masak dulu.."
so,dia pun keluar..
tak lama lepas tu dia datang balik sambil ulang ayat yang sama..
mama pun 2x5 bagi jawapan yang sama jugak..
saya ingatkan dia pahamla tapi dia tetap nak makan jugak..siap suruh bukak lagi serbuk kari kat situ..(-_-)
pastu baru mama dia teringat, dia ni kena bagi jawapan yang dia suka dan boleh puaskan hati dia..
"ok faeiz, ini tak boleh makan sekarang. mama kena masak kare(kari)..nanti faeiz boleh makan dengan chicken..faeiz suka kare kan?"
"oh,yeke mama..nak masak kare ye"
dah dapat jawapan yang boleh puaskan hati dia, baru dia keluar dari bilik..haha

Anak-anak saya suka makan kare.
masakla apa jenis kare pun konpem dia akan makan nasi banyak sungguh..
Semenjak duduk sini tetiba kami semua terasa macam ada darah keturunan anak mami..:p

Sent from my iPhone

6 comments:

Marya Yusof said...

As salam Lia,

Kita pun bz gak ni... curi2 masa je ni... Eh, org jepun sebut kari - kare ke?

Nak tnya ni, knp xboleh beli roti kat sana Lia? Tak jual atau non halal? Nak jgk tau... Maklumlah jakun xpernah pergi Jepun... Kat sini ada byk roti2 ni...mcm2 jenis...heheee

Marya mmg nak sgt klau dpt posting belah2 Jepun, China ke, Beijing ke atau Korea... Tp hubby nak sgt pergi belah Arab nun...huhuu... apa2 pun ikut perintah je kami ni...hehehe ;)))

♥ Cmª shIemª ♥ said...
This comment has been removed by the author.
♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam kak Lia..
oo..kare tu kari upenye..

hohoh..sedap weh kari..nyam3...
tapi kari kat jepun x pedas sgt kan?

LYAfrina said...

hehe... pgemar kari rupanya..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Hahaha, lawak la Faeiz ni,
tp betul la kan budak2 ni kena bg jawapan yg memuaskan hati baru dia phm.

anak eija penggemar kari gak, tp kari mamak...huhu

Asmara said...

hehe.. kelakar la. hari tu Haqem lagi dahsyat, beriyer2 nak suruh bukak paket serbuk lada, bungkus elok je dlm kotak comel (baticrom punya) ingat jajan agaknya. tak puas hati selagi tak tengok tu, bukak jugaklah bagi tengok isi, tersengih je dia, nasib baik tak masuk mulut. hehe..
*Batrisya pun suka kare, tp lagi 2 org tu x pulak. tahan pedas bdk2 ni ye. ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...