Pages

Wednesday 23 May 2012

Person Of Interest, Desperate Housewives, Suits

Salam wbt and morning peeps..Terima kasih kepada yang masih sudi datang walaupun tuan blog tak sempat nak update. Hari ni saya buat entry tak berilmiah..haha. Nanti saya update entry pasal hanami yang entah bila akan diupdate tu. Harap-harap  berkesempatan la hendaknya.


Memula kita cerita pasal person of interest. Series ni sangat awesome. Saya terjumpa review pasal series ni, tengok 1st episode macam best, terus download for the whole season. Tak pasal-pasal laki binik marathon tengok series ni sampai habis..ekeke. Selagi tak habis, selagi tu rasa gatal je nak tengok lagi. Semalam baru kami sempat habiskan season finale..For me series ni sangat amazing. Selepas ni kena tunggu bulan Sept baru dapat tengok season 2. "You are being watched. The government has a secret system: a machine that spies on you every hour of every day. I know because I built it. I designed the machine to detect acts of terror, but it sees everything. Violent crimes involving ordinary people, people like you. Crimes the government considered irrelevant. They wouldn't act, so I decided I would. But I needed a partner, someone with the skills to intervene. Hunted by the authorities, we work in secret. You'll never find us, but victim or perpetrator, if your number's up...we'll find you."
Opening voice-over by Mr. Finch...
For those yang nak tahu lebih lanjut pasal series ni boleh baca di sini. jap..jap, saya tak tahu series ni dah tayang belum kat Malaysia, maybe belum lagi kot. Kat US pun baru last week habiskan, so selalunya agak lambatla kot tayang kat Malaysia. Nanti dah ada, tengokla tau. 

Desperate housewives pulak..Ok, yang ni saya dah tengok from the 1st season sampaila season 8. Dah habis  pun 2 minggu lepas. Terukkan saya ni. Jangan ikut tau adik-adik. Sangat tak berfaedah ok. Tapi takpela, masing-masing ada favorite masing-masing kan. Yang ni pulak bila dah kahwin terus Mr K pun berjangkit dengan penyakit saya ni..haha. Kesian dia. Sangat berpuas hati dengan ending dia..Happy ending uols. Boleh baca la kot review di sini. Bila desperate housewives ni dah  sampai ke series finale dia, barula saya duk google apa lah series baru yang best untuk gantikan DH saya ni. Itula terjumpa Person Of Interest tu..

Suits pulak ye..suits ni bila terbaca review dari makcik rehan. Dah dia kata best and fast moving drama dan-dan saya terus download series ni. Kami laki binik suka cerita macam ni yang menunjukkan kebijaksanaan sebabnya kita pun terus terasa bijak sekali macam lawyer-lawyer ni..haha. Gila sadiskan. Yang tak puas hatinya series ni untuk season 1 sikit sangatla pulak. Ada 12 episodes je..haishh tak pueh hati sungguh kami. tapi takpe, season 2 dah nak start bulan june nanti..yeayyyy..ada benda nak ditengok..

Sorila ye, hari ni saya cerita pasal favourite series saya..Saya ni memang dari kecik suka tengok cerita omputih kekdahnya tapi speaking tetap ke laut. sadiskan..Selain dari series kat atas ni, saya adalah peminat tegar Grey's Anatomy. Memang dari kecik cita-cita nak jadi dokter, tapi disebabkan tak layak untuk jadi dokter tengok jela series camni. feeling jadi doktor pun okla kan. Yang ni pun dari season 1 saya duk follow. Ok, yang ni pun baru habis season 8. Sesapa yang memang follow series ni, Lexie dah mati uols..sangat sedih bila dia mati tu sambil Mark pegang tangan dia..Tak puas hati acik dengan season finale ni. Suka buat cliffhanger camtu, buatkan kita tertunggu-tunggu sampai next season. Harap-harap semuanya masih hidup dan Derek masih boleh jadi surgeon lagi. Christina and Owen get back together ke..Alex tak jadi pegi Hopkins dan macam-macamla ..haha

House pun dah nak habis uols..Ni pun saya duk follow dari 1st season pastu ada berenti tengok sekejap sekarang ni on off la saya duk follow. Mr K je yang pastinya jadi hard fan House..Dulu saya tengok CSI tu semua tapi bila dah masuk season 8 saya dah malas dah nak tengok..Lama kot cerita ni masuk tahun ke sebelas dah..selain tu tengok jugak Criminal Minds..Okla series ni, sangat best dan membuatkan kami kadang-kadang jadi paranoid jugak macam pelakon diorang..ekeke. 

Itu jela kot series yang saya duk tengok sekarang ni. Kalau glee, vampire diaries tu semua acik tak layan sebab Mr K tak suka tengok cerita macam tu..Mr  K pulak dulu adalah ketagih kepada cerita Prison Break dan Heroes tapi tula tetiba je series tu semua diorang hentikan macam tu je..kesian dia. 

Nak tahu tak, kalau kami dah habis tengok series tu kan..selalunya kami akan cakap,"teruknya kita ni kan..kalau tengok ceramah agama ni, dah banyak ilmu kita dapat ni..".hehe,pastu dua-dua gelak dalam keadaan bersalah..Kalau adik-adik nak tiru perangai kami ni, pastikan jangan tinggalkan solat dan ibadah yang lain. Tangunggjawab kepada anak-anak jugak jangan dilupakan tau..pesanan dari kakakmu yang kadang-kadang terasa jadi macam doktor, kadang-kadang lawyer,kadang-kadang scientist..hehe

p/s:terima kasih nuffnang..ada BE baru jugak walaupun saya update seminggu sekali je kot...terima kasih jugak kepada yang sudi datang membaca..

p/s lagi: Incik Kamil..hari ni entry tak berilmiah sungguhkan..ye, dia hari tu ada cakap update blog macam tak nak update je..huhu

p/s lagi dan lagi: saya BW petang sikit naa..nak kena ajar anak-anak sekejap.yela homeschooling camnila, terkejar-kejar dengan anak-anak punya program..tapi sempat lagi tu tengok series bagaikan. kena pandai bagi masa uols..:p

5 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

dulu kat mesia mmg layan eng series ni sbb AXN selalu siar mcm2...suka number,jane done, chuck, prison break, 24, CSI bla bla byk giler nak list kat sini tgk on9 jer la

Aziela said...

Akak sukaaa DH juga..tapi sangat x ada masa nak follow. Nak download sangatlah susahnya di sini. Nak menonton pun x ada masa. Tapi kalau terjumpa DVD dia, harus akak beli untuk collection... Suits pun nice... So brilliant! Unexpected solutions biasanya kan...

Untungnya Lia ada BE baru. Akak langsung x pernah dapat BE. Sedihh... Penat update everyday...

Asmara said...

ye tahniah ahkak Kamalia, berjaya bahagikan masa itew. hehe.. Fringe pun best!
*u lama kita x bersembang tak berilmiah kan. hahha.. nnti kalau tak bz dan ada masa free give me a call ye. ;D

☾SHiemaCMa786☾ said...

hehe..cma cukup addict ngan citer ghost whisperer ngan heroes.. :)

eija_sweetmama said...

Ala samala eija pun lately ni BZ x berkesempatan nak update blog...heheh

Dah lama x layan series2 ni..asik berebut TV ngan anak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...