Pages

Wednesday, 27 June 2012

Header blog yang cantik dan Avocado juice with chocolate

fuh....fuhhhhhhhhhhhhh..fuhhhhhhhhhhh *tiup habuk*. 

Hari khamis lepas tetiba dapat message dari Lady Ayu yang ayu itu, dia bagitau saya yang dia ada buatkan header blog. Bila saya tengok, mak ai..super cantik! Terperanjat mak tau, tetiba tanpa disangka ada orang tolong buatkan..weeee..suka sangat. Yela, nak buat sendiri tak pandai, tangan keras, tak kretip..huhu. Actually dia bagi 2 header, so this time saya guna yang ni dulu..Sangat suka, ada butterfly bagai tau..warna pink lagi..hakhak..Terima kasih banyak-banyak ayu. Arigatou gozaimasu, merci..Semoga bakat Ayu terus berkembang dan dimurahkan rezeki selalu. Hugs ketat-ketat.*pinjam ayat ayu..;p* Semoga cepat sembuh ye babe!

Dah masuk musim panaskan, saya rasa juice avocado/alpukat ni mungkin sesuai jugak untuk diminum waktu ni, pastu jangan lupa letak ais banyak-banyak! Walaupun juice ni dah lama saya buat, winter dulu kot tapi takpe, gambar tak basi deh..;p Resipi ambik dari Kak As, gigih tu call dia time nak buat..haha, yela buat tu nak pastikan sedap dan menjadi.*padahal buat juice je kot..kahkah*
memang sedap diminum bersama chocolate syrup..
 kalau anak-anak yang minum habisla segelas tu sebabnya ada coklat tu kan..:)
avocado yang dah masak sangat best dimakan begitu sahaja atau boleh dibuat juice..
sebijik dalam 98 yen..sekarang tak tahu pulak berapa harga dia, maybe masih sama kot..

Avocado juice with chocolate

Bahan-bahan:
1 biji avocado
2 cawan fresh milk
2 sdb gula (kalau nak lagi manis bolehla ditambah lagi gula)
chocolate syrup Hersye's

Cara:
  1. Blendkan semua bahan kecuali chocolate syrup. (sekira terlalu pekat boleh ditambah air sedikit..ikut citarasa sendiri)
  2. Masukkan dalam gelas lepas tu baru dituang chocolate syrup.
  3. Bolehla diminum dengan tertib..:p

Thursday, 21 June 2012

Hirosaki Castle 2012

Salam wbt. Ingat hari ni nak update cerita pasal Copenhagen tapi bila belek-belek draft yang ado baru perasan, saya dah buat draft ni awal bulan hari tu, tapi asyik terlupa je la nak publish. Gomen ne..So, hari ni kita bagi laluan kat post ni dulu ye. Hirosaki Castle kami pergi 3 May lepas. Sebulan lebih dah kan. Kalau nak diikutkan kami nak pergi dalam 2hb tapi disebabkan ada kawan yang tak boleh pergi pada hari tu, kami tukar keesokkannya. Memang bukan rezeki kami kali ni sebab hari tu hujan turun dari tengah hari sampai la ke petang. Dah alang-alang sampai sana, kami berjalan jugakla dalam hujan. Jauh kot kalau nak patah balikkan. Ini kali kedua kami ke sini, untuk cerita yang dulu boleh baca kat sini.

Hirosaki Castle ini telah mula dibina pada tahun 1611 dan siap keseluruhannya pada tahun 1811. Kalau tengok senibina castle ni, ia dibina menggunakan hirayama-style. Hirosaki Castle juga dinobat antara 7 castle yang ternama di Jepun oleh historian Shiba Ryotaro.

Sekarang kita tengok gambar sepanjang kami berada di sana. Walaupun hujan, tapi tetap gigih mengambil gambar. Sila guna payung untuk lindungi kamera anda. Rosak kalu mahu nangis weh..hehe
Hirosaki Castle
sakura ada yang dah gugur dan pokok pun dah mula menghijau
macam biasa. berbagai aksi ..haha



sana sini berpayung
air yang memutih dengan sakura






                          orang sangat ramai..nak ambik gambar depan bridge ni pun kalut..haha
tahun 2010 kami berpeluang naik sampan itu..
tahun ni hanya mampu pandang je..huhu
haha..lantakla..

lagi sekali Hirosaki Castle..

p/s:sorila ye..tuan rumah malas nak tulis caption..tak tahu nak cerita ape dah..;p

Wednesday, 13 June 2012

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

Salam wbt. Lagi satu resipi kek yang telah dicuba. Baru terperasan ada dalam photo folder, tak ingat bila maybe dalam bulan Mac aritu kot. Jangan ditanya kenapa nama kek ni sebegitu rupa yang penting rasa memang sangat sodap! Ada gabungan cream cheese dan coklat, memang menari-nari lemak di badan ni..yeehaaa..makanan, kata si lemak.ekeke! Kalau nak puas makan, sila guna resipi dibawah ni sebabnya kalau nak ikut resipi yang sebenar kek ni jadi nipis dan kecik. Kak Yatie dah double kan bahan2 tu, jadi saya ikut resipi yang ni. Actually buat 2 kek, satu untuk rumah dan lagi satu buat untuk anak kawan kami dari Egypt, Afnan. Sangat suka dia bila dapat kek ni, Alhamdulillah. 

yang ni untuk Afnan..
saya tak ingat guna loyang berapa inci sebabnya guna yang pakai buang tu ja..
yang ni saya buat separuh dari adunan di bawah..
yang ni pulak kek untuk rumah sendiri
saya malas buat kek macam ni 
sebabnya nanti anak saya akan makan topping dan cheese je..
lepas tu yang tergolek kat dalam pinggan tinggal  la kek coklat..
mama jugak yang kena habiskan..:(

Devil's Food Chocolate Cake
source: Kak Yatie
Bahan-Bahan (Yatie guna loyang 9x9 utk resepi di bawah) saya guna loyang 20cm
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 / 2 cawan cocoa powder
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 / 2 sudu kecil garam
  • 1 / 2 cawan gula pasir
  • 1 / 2 brown sugar
  • 125 gm mentega
  • 2 biji telur gred A
  • 2 sudu kecil vanili ekstrak
  • 1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
  • 1 cawan air suam
Kaedah:-
  1. Set oven 170C. Siapkan tin kek anda. Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
  2. Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
  3. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
  4. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan2 kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cair(buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
  5. Terakhir masukkan vanili estract. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.
Cream Cheese Frosting:-
  • 125gm Philadelphia cream cheese
  • 60gm mentega
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 sdt vanili ekstrak
  • 1 sudu kecil jus daripada lemon
Caranya
  1. pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.
Chocolate Ganache:
  • 100ml double cream/ whipping cream
  • 250gm coklat gelap dicincang halus
  • sedikit garam
Caranya.
  1. Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, Angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting krim keju & tuangkan coklat ganache diatas.
  2. From:-cupcakeschek.blogspot.com

Tuesday, 12 June 2012

Kek Batik Arora dan Strawberry Shortcake

Salam wbt. Kek Batik Arora. Pertama kali buat selepas saya makan bila pergi Ryusendo hari tu. Time tu kohai bawak kek ni dan saya tengok anak-anak pun suka, saya pun mencuba la. Macam yang sesapa yang pernah cuba dan makan, kek ni memang sedap. Saya cuma letak perisa orange je pun *itu je yang ado* Nak mengulang buat tu mama dia agak malas sikit..haha, lagipun banyak guna pewarna kan, tak berapa elok untuk kesihatan gamaknya. Maybe boleh buat yang plain color je kot, rasanya takde bezakan..kan..kan..betul tak? Saya teringin jugak nak buat rainbow cake tu tapi kena guna sampai 6 pewarna terus jadi malas..Takpe, bolehla cuba sekali nanti kot.

Resipi saya ambik dari Cida de' Nuanza. Saja letak kat sini nanti mana tahu Amni dah besar teringin nak buat kek ke..ataupun Faeiz dan Faeiq rajin nak cuba ke..haha. Terima kasih buat penyumbang resipi.
Kek Batik Arora

Bahan2:
250 g mentega
100  gram gula castor
1/2  cawan susu pekat manis- leh guna 3/4 cwn utk lebih manis
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa

cara:
pukul mentega + gula sampai kembang memutih
masukkan susu pekat manis
pukul sebati
masukkan telur sebiji dan pukul lagi..ulang sampai semua telur habis
ayak tepung + baking powder
masukkan kedalam adunan
pukul lagi sampai adunan sebati

bahagikan adunan kpd 5 bhgn..
warnakan + perisakan ikut kesukaan
sediakan loyang...
tompok2an setiap warna dlm loyang sampai habis
(setiap tompok 1 senduk)

bakar pd suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam
(aku guna api bwh shj)

*********************************************************************************

yang ni pulak strawberry shortcake.
lama dah buat ni..
ada satu waktu tu satu minggu sampai 2 kali saya buat.
tengah musim buah dia, senangla nak beli buah yang besar-besarkan..
sekarang ni kalau nak beli harga dah mahal sikit pastu buah pun tak berapa nak besar..


Afiya # 11 months

Salam wbt. dah lama tak cerita pasal budak tecik ni ha. Mama agak malas nak cerita, tapi kena jugak update dalam ni takut nanti mama lupa.

Sekarang berat masih 7kg lagi..mama dah risau ni, camno  ni nak oi, berat tak ideal ni ha..sejak 3 minggu lepas, susah sungguh nak bagi dia makan. Penim mama fikirkan menu untuk dia. Macam-macam dah bagi, paling banyak pun dia makan adalah dalam 5 suap. ye,kena suap kalau makan guna spoon dia tak nak okey. Sungguh kemelayuan la Afiya ni. Bulan depan nak pi check up, konpem doktor bising ni. Apapun, Alhamdulillah. Afiya aktif dan sihat. Semoga membesar dengan sihat hendakNYa.
time ni dalam 3 minggu selepas lahir..
bila tengok gambar ni, sangat sebak tau..
dah besar dah baby mama ni, bau baby pun dah hilang..
sekarang bau masam peluh pulak, tapi mama tetap suka ..haha
Afiya kan start merangkak dari 8 bulan, so mama dan babah ingat dia akan cepat la berjalan. hehe, belum lagi nampaknya. Maybe nak ikut macam kakak Amni, masuk 13 bulan baru nak berjalan kot. So far, dia dah boleh panjat meja. Hehe, Afiya sangat aktif dan lasak. Kalau setakat nak berjalan pegang meja atau dinding dah lepasla. Lagi satu, dia suka berjalan guna lutut dia, kira macam berlutut tu, dia gerak laju-laju..sangat comel.:)) Takpe nak, lambat atau cepat mama tak kisah pun. Mama lagi suka macam ni kot, sebabnya awak mesti suka berdukung je dengan mama ni. Terasa awak masih kecik baby lagi.
bila tengok kaki yang comel ni, lagi bertambah sebak..
2 tapak kaki muat dalam sebelah tapak tangan mama..
semoga bila dah besar jadi anak yang solehah ye sayang..
Afiya dah pandai guna iphone. Sebelum ni iphone mama rosak sebab dia duk hisapla. Terus home button jadi rosak, pastu speaker dah tak keluar bunyi langsung. Kalau ada call masuk pun kadang-kadang tak sedar. Lama jugak rosak sampai babah terpaksa belil iphone baru, pastu babah bagi mama guna iphone lama babah. Tup-tup bila kami baru tahu (sadis sungguh!) yang Apple store ada kat Sendai, apa lagi terus la tukar. Alhamdulillah, dapat tukar yang baru..yeayyy..tak pasal-pasal pokok Apple kat rumah ni terus berbuah lebat..hehe. Sekarang ni kalau dia nak pegang mesti kena tengokkan, kadang-kadang lepas jugak tu masuk dalam mulut dia. Babah dan mama rasa air liur dia tu  berbisa la. Apa-apa yang dia hisap, habis semua rosak. Charger iphone la..aritu ipod pun dia punya speaker ada problem gak. Terus mama cecepat pi vacuum kat speaker tu, nak bagi air liur dia kering. Yang tu sempat diselamatkan..;p
tangan yang sangat comel dan mulus sungguh..
geramnya bila tengok gambar ni..
sebak lagi..*terus nangis T_T *
Bila pandai guna iphone tu, kami pasangkan lah lagu aliff ba ta tu..Sangat suka. Sekarang ni vocab pun dah bertambah. Mama, babah., nak, taa..semua benda jadi taa..taa..kalau tengok aliff ba ta tu dia macam geram je dengan budak kecik berdua tu..haha. siap macam nak ramas-ramas tu. Kalau bukak kat pc konpem dia duk tunjuk-tunjuk monitor tu..haha sambil cakap ta..ta..taa..sangat chomell :))
jari yang sangat panjang, ikut jari-jari babah..
panjang dan runcing
tapi, bila dah besar ni terus jadi kontot..kenapa ek? *ikut jari mama ke* haha
Dia ni nampak sangat girlish tau. Bila pakaikan baju tu sebukla duk belek-belek lengan baju dia, pastu tengok baju kat badan dia. Kalau nampak ada gambar flower ke, ribbon, polkadot ke terus senyum lebar..haha, babah kata memang ikut sungguh perangai kakak Amni dia. Sekarang ni (summer) waktu yang sesuai beli baju dia banyak-banyak. Memandangkan badan dia ni agak kecikkan, so kalau bawak balik tahun depan konpem masih muat kot.*haha, mama yang kedeks*
haisshh..rindunya time ni..bau baby yang sangat best!
sekarang pun best jugak..
sebabnya dia dah pandai demand apa yang dia nak..
lepas tu berlagak macam orang besar pun ye jugak..:))
saya yang comot!
baru lepas makan..miam..miam yummy :))
Alhamdulillah.


Nanti mama update lagi. Banyak je kot cerita pasal dia ni. Takpe, mama pun kena update cerita kakak dan abang twins awak jugakkan. Itu entry lainla ye.

Sunday, 10 June 2012

Ryusendo Cave

Salam wbt. Update cerita berjalan ke ryusendo pulak. Yang ni kami pergi dengan kohai, satu kereta je pun. Bertolak dalam pukul 9.20 pagi dan perjalanan mengambil masa dalam 2jam: 82km (kena lalu gunung-ganang dan jalan yang kecik bengkak-bengkok-rasa-lepas-tu-penim-nak-muntah). Dari Morioka kami ikut jalan ke Lake Gando dan terus ke Iwaizumi. Terima kasih kepada Mr Navi yang meng'guide' kami sepanjang perjalanan. Mr Navi memang dah banyak sungguh berjasa kepada kami sepanjang kami duduk di sini. Setakat ni masih boleh dipercayai lagi..hehe.

Serba sedikit tentang Ryusendo. Ryusendo= dragon cave. Ryusendo adalah salah satu the Three Great Limestone in Japan and national natural monument. Keluasan gua ini adalah melebihi 3100 meter tidak termasuk bahagian yang belum diterokai lagi. Di dalam gua ni kita boleh tengok adanya air tasik yang begitu jernih airnya dan juga air sungai yang mengalir begitu deras. Lebih kurang macam Gua Kelam kat Perlis jugakla. Saya pernah pergi Gua Kelam zaman kecik dulu. Tak tahu sekarang macam aman keadaan gua tu sekarangkan. Ok, sambung lagi. Di dalam gua tu ada empat kolam cuma yang dibuka hanyalah 3 sahaja. Untuk permandangan yang cantik sekali adalah di kolam yang ke 3 dengan kedalaman 98 meters dan ketiga-tiga kolam di situ menunjukkan emerald- green water yang sangat cantik. Masya Allah. Air tu memang sangat jernih dan dikatakan Ryusendo merupakan salah satu air yang paling jernih di dunia. Satu ujian juga telah dibuat untuk menguji kejernihan air di sini. Selain itu kita boleh jugak tengok bentuk unik stalactites dan stalagmites (sila ingat balik macam mana 2 benda ni terbentuk.;p). Dalam masa yang sama, kalau ada rezeki kita boleh jugak jumpa kelawar telinga panjang. Serius, sangat panjang. Takut saya tengok sampai tak selera nak ambik gambar dia..huhu.

ingat tak saya pernah pergi sini time winter dulu..tempat paling sejuk di Honshu
kalau nak ke Ryusendo tu kami akan lalu Lake Gando ni.
Masya Allah, sangat hijau permandangan di sini..
tak berhenti pun, ambik gambar dari dalam kereta ja. 
dah sampai..
setelah penim lalu gunung-ganang, jalan bengkang-bengkok..
bagus anak-anak, takde yang muntah..syabas betey..

mula-mula sampai kami disambut dengan bunyi deruan air sungai yang mengalir deras 
eceh..bersastera la pulop ye..haha
air yang sangat jernih..
terbayang kalau mandi best ni..tapi for sure air sejuk beku lagi..huhu
salah satu kelebihan Ryusendo dengan adanya mata air ini..
boleh diminum begitu sahaja..
air ni sangat sejuk, bila lalu kat tekak tu rasa nyaman sungguh..:))
Amni tanya"kakak, kenapa air ni tak boleh berhenti?"..haha
kakak pun menerangkan jawapan yang diminta..
mama sebenarnya minum sikit ja pun..gambar tu eksen ja lebih..ekeke
twins toksah cakapla bila nampak air ni..
manjang duduk depan tu ja..main air.
anak sapala tu..hoho
ni saya rasa di tasik yang pertama kot..
nampak tak terang sangat pulak..gomen
apapun, kalau tengok depan mata memang sangat cantik..
mesti ada pelancong sebelum ni yang throw coins kat dalam tu kan..
tu sebab diorang terpaksa letak signboard tu kot..hehe
ni suhu kat dalam tu..memang sangat sejuk tapi takdela sampai gigil pun
dah biasa pun ye jugak kot..
a
saya ni imaginasi tersangat tinggi..
time saya lalu kat sinikan, waktu saya agak ketinggalan jauh di belakang tau..
saya terpikir, kalau saya jatuh kat dalam ni camne ye?
dahla tengah dukung Afiya sekalikan..haha.
ntah ape-apekan saya nih..tapi serius waktu lalu kat jambatan ni sangat menakutkan..
Afiya time ni dah macam ngantuk sangat ..
mama gigih lagi nak ambik gambar bagai..
balik rumah tengok camera, beria la belek kot2 ada entity/makhluk lain kat belakang tu ke..huhu
takuitt mak..:p
ni saya tak tahu lorong mana dah..
saay rasa pict ni nampak cool dan awesome so saya letakla kat sini..tq incik kamil..:p
yang sebelah kanan tu rasanya dari tasik nombor 3..
pantulan cahaya menunjukkan gambar tangga naik ke atas..
Masya Allah..jernih sungguh
stalactites dan stalagmites di mana-mana sahaja..*dah nama pun masuk gua kan.mestilah ada dak.haha*
tengok, baju saya pun basah sikit-sikit..air menitik di sana sini..
gambar atas tu menunjukkan kedalaman tasik tu..
ok..ni nak cerita pasal tangga pulak..
balik dari trip ni kan, kaki saya sakit sangat..yela,dah lama tak exercise kan,
jadi bila kena turun naik tangga yang tinggi lagi curam, 
memang terperanjatla otot kaki ni..
serius, lepas keluar dari gua ni kan, mental dan fizikal sanagt penat..haha
mental penat sebab penat nak bagitahu diri sendiri..ok, you can do it babe..you can do it babe!..
..haisshh..rasa nak pitam ok.
see..tangga ni sangat tinggi dan curam yang amat.lepas tu kecik-kecik je tangga tu..
ni tangga nak naik ke atas tau..memang mencabar sungguh..
kesian anak-anak, takut..dah la gelapkan, pastu kena naik tangga yang tinggi pulak..huhu
sorila anak-anak ye..mama dan babah tak tahu pulak ada tangga yang menakutkan ni..
yang dibawah tu adalah tasik no 3..
nak tunjuk tangga lagi satu tu, tapi takdela pulak tangga untuk turun tu..
tangga yang tu pulak rasa nak nangis tau..
budak  bertiga ni dah sibuk nak pegang dengan mama dan babah, tapikan tangga tu boleh muat seorang je..
berbuihla mulut ni bagi kata semangat kat diorang..haha
yang bestnya trip dengan kohai ni diorang sangat ringan tulang tengok-tengokkan anak kami..hehe
jadi, takdela penim sangat nak menjaganya..
terima kasih uolss..
wajah ceria sebelum kena naik tangga yang tinggi..
memang sangat cantik..
sungai yang sangat bersih dan air yang sangat jernih..*agak2 berapa kali dah saya ulang word jernih?*
anak-anak time ni nak turun dah tapi nasib la banyak batu kat situ..
agak susah jugakla kalau diorang nak curik2 turun tu..haha, tak dapat main air..:p.
dragon...makan budak ni..
sesuai dengan nama dragon cave, jadi harusla ada patung dragon di situ..
Mr K pantang nampak ikan salai begini..feveret dia tau.
ikan tu hanya dilumur dengan garam je, pastu dibakar..jangan tanya ikan apo.mak tak tahu nama ikan..;p
lagi satu tu tauhu bakar, boleh dimakan, hanya disalut dengan kuah kacang ja...Amni suka tau.
yang bahagian depan tu mochi bakar disalut dengan kuah kacang jugak..
lepas keluar tu, semua kebulur..
makan time..
macam biasa, mak kan agak femalas, mak buat nasik lomak jo, ayam masak merah, ayam goyeng
adik2 ni buat bihun goreng yang super sedap..banyak sungguh saya makan..
orang lain masakkan memang sodap..
pastu adala kek batik arora yang sedap jugak..anak-anak suka..
pastu bubur kacang hijau yang sodap gak..
haisshh..sume sodapla..

p/s: ok..yang ni memang serius penat buat entry ni..banyak sungguh gambar, tapi malas nak buat lagi terus masuk sekali sume..hehe.sorila ye.banyak sangat gambar..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...