Pages

Tuesday, 13 July 2010

Pain Au Lait

Bon jour..Comment allez-vous...hohoho..pagi ni brekpes roti je..so, pas makan roti ni, terus je lidah ni langue francaise..lidah ni dah keras nak menyebut n speaking francaise ni..dah lama tak praktikkan..rasa dekat 7 tahun dah tak speaking bahasa ni..ngehehehe..Je suis desole, Mademoisselle Theresa..:D ------>[rasa cam poyos giler, ntah botul ntah tidak grammar tu..gedeganggg-hantuk pale kat dinding..:p]

Roti ni ternampak kat umah Kak Hana..memang sodap roti ni..(eh,cakap negori sembilan la pulak.:p )...so, next time bole buat lagi roti ni..Macam biasa, saya c n p je dari dapur Kak Hana..kak, halal ye..i post it here for my future reference..mekaseh..:D

Bahan-bahan
  • 230g tepung gandum
  • 60g tepung roti
  • 125g susu segar
  • 4g yis kering
  • 50g telur (1 biji)
  • 38g gula
  • 5g garam
  • 63g butter
  • Gula kasar
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  • Masukkan susu, garam dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan juga telur. Kemudian tepung dan yis.
  • Setting menu Dough dan ONkan.
  • Bila adunan doh telah sebati, masukkan butter dan biarkan breadmaker terus menguli sehingga habis lebih kurang 11/2 jam sehingga kembang.
  • Bahagi2kan doh kepada 10 ketul dan rehatkan lebih kurang 15minit.
  • Ambil sebiji dan canai membentuk circle atau oval, lebih kurang 8 cm. Gulungkan doh dan cantumkan. (rujuk step by Pook)
  • Tutup doh dan biarkan naik sekali ganda lagik lebih kurang 30-40 minit.
  • Sebelum bakar, sapukan doh dengan campuran telur dan susu segar serta madu setitik. Kemudian guntingkan sedikit atas permukaan roti.Tabur gula.
  • Bakar suhu 170-180 selama 10-15min atau hingga keperangan.
  • Angkat dan sejukkan di atas redai.

2 comments:

Nadiah Sidek said...

pos sini sikit kak! hehe. nadiah teringin nak buat roti sendiri tapi takde breadmaker. nak gi survey la nnt

Kamalia said...

hehehe..bole2..nadiah,dolu2 akak uli gune tangan ni je..jgn risau,kot buat tu ikut format(resipi) mesti jadinye..Insya Allah..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...