Pages

Monday, 30 May 2011

Orang lain makan, dia pun nak makan sama..

Salam semua. Baru je balik dari hospital, takleh nak tido la pulak. Oh, hari ni checkup mengambil masa 2 1/2 jam je..Okla kan, selalu 3 jam ko.

Rendang daging (kecur air liurku)
Buat rendang ni dah lama. Kat fesbuk pun dah tayang lama kot. Duk tergoda dengan cerita Kak As, terus la terkecur air liur nih. Kali ni guna resipi dari Kak Liza. Selalu buat rendang tu guna je resipi omak den, cuma kununnya kali ni nak tukar selerakan, cubalah resipi orang lain. nak buat rendang cam Kak As buat, rempah rendang tak beli lagi waktu tu, tp,skang dah ade dah..wiii..suka2.

Nak jugak tepek resipi kat sini, manala tau, sok2 kot Amni nak buat rendang tuk mama dia ke, bole je refer kat sinikan.

RENDANG AYAM (CHEF HANIELIZA a.k.a KAK LIZA)
source: Kak Ummi -home sweet home.
Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)- saya tukar daging
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
  • 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-

  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api

Cara Memasak:-

  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.
Pastu, kita makan keropok lekor pulak. Ni pun dah lama, awal bulan aritu. eh, tak..tak, yang ni saya tak buat pun, ni keropok lekor fresh terbang dari T`ganu ni. Adik Fido la bawakkan tuk saya. Dari kg lagi dah tanya, akak nak ape? saya dengan pantas menjawab KEROPOK LEKOR tanpa malu dan segan tau..ekeke
bak kata kopok ni-dari jauh saya datang
dari terengganu pastu naik pulak kapal terbang
dah sampai tokyo, naik pulak shinkansen
barula sampai ke rumah orang ni..
hahaha xlawak sungguh..:p
berebut-rebut tau makan kopok lekor nih..
nak buat sendiri, ntah bilala kot..
nextweek my SIL nak datang, siap kirim sata dan kopok lekor lagi.
berdoa semoga ada rezeki untuk saya makan sebelum bersalin.:)

ni pulok all time feveret Mr K.
actually saya yang teringin nak makan (kes tgok org len buat la ni)
nama dia " Kuih Lopez i sayang you kuat-kuat"..ececeh
anak2 pulak mcm2 ragam.
Amni xnak kelapa, Faeiz nak yang ade kelapa, tapi xnak kuah..
Faeiq?macam babah dia..makan je sume benda..good boy..:D

Puding Caramel..
yang ni bukan saya buat.
kohai yg baru sampai tu bagi..
sedap sungguh korang, saya buat pun xsemolek macam ni..
terer la dia buat puding nih..nak kena belajar ni
tak pun, beli barang, suruh je dia buatkan..sonang kojo den..:p

Isnin dan Selasa

Salam semua..saja je nak membuang waktu jap. kang kul 10 nak pi hospital. biasala pregnancy checkup-35 weeks. Harap2 hari ni sudah awal.Last 2 weeks rasanya 3jam baru sudah.Nyampahkan.Berkematu rasanya punggung ni. Berharap jugak berat taknaik sangat. Sepanjang minggu lepas banyak sangat makan benda yang berkolestrol tinggi dan berlemak2. Nak bawak lemak + baby kat badan ni pun dah tak larat..

Esok, pukul 10 pagi jugak ada 2nd appointment dengan dentist. Sambungan dari sabtu lepas tuk Root Canal Treatment. Alhamdulillah, mula dari doctor tu buat sampai hari ni takde langsung rasa sakit walaupun dia duk korek2 kat bahagian akar gigi tu tuk clearkan dan letak ubat sekali. Apa yang saya duk baca dari komen2 orang kat Malaysia/obersi, diorang kata treatment ni amat menyakitkan. Even kakak saya pun kata sakit, itupun dah 3 hari lepas buat still rasa sakit tau. Mungkin rezeki saya dapat doctor yang cukup bagus kot walaupun dia dah tuo..hehehe. Kos pun takdela mahal sangat, mungkin sebab kat sini dah tolak insurance 30% kot..

Oklah tu je. Nak bekpes jap, pastu mengemas, pastu gosok baju n tudung. Eh, kat sini dah 3hari berturut2 hujan. Ada taufan kan.Angin kuat, bergegar2 rumah ni.

p/s: komen tuk previous entry pun tak reply lagi. nnt saya reply. BW lepas balik hospital kay.

p/s lagi: petang semalam rasanya hari yang paling rajin. Saya masak nasi tomato, ayam masak merah madu, sticky caramel chicken wings dan telur bungkus yang tak jadi bungkusnya..hahaha..banyak sungguhkan, ni sebab semalam satu hari Mr K tak pi lab, jd masakla sama2 dengan dia..gambar nanti saya upload kay..

p/s lagi dan lagi: motip entry ni dibuat?entah...rasa macam dah nak bersalin sebenarnya..ekeke, tp EDD lambat lagi..

Saturday, 28 May 2011

Mexican Bun

Salam semua. Ni kali kedua kot buat bun ni..1st time tahun lepas..hahaha, lama sungguhkan. so, lepas ni tak tahu bila lagi nak buat. bulan depan dah takleh, dah nak bersalin , tak tahu larat nak buat lagi ke tak..

Ni guna resipi dari my resipi je..sebelum ni guna resipi lain. nak tengok resipi lagi satu, klik kat sini.

sebelum dibakar

selepas dan sebelum habis dimakan oleh mak bapak dan hanak2.

Mexican Bun
source: my resipi;Lilydvalley

Bahan-bahan ( 17 biji bun )
  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

Friday, 27 May 2011

Fukushima Daichi: Demimu Negaraku.

Salam semua. Baru terbaca kisah ni kat sini. Serius saya memang tabik dan terharu sungguh dengan sekumpulan pesara (160 orang++) yang menawarkan diri mereka untuk bekerja di dalam reaktor nuklear Fukushima bagi membantu menamatkan krisis yang masih belum lagi selesai. Mereka menggelar diri mereka " Skilled Veterans Corp" ataupun "Kor Veteran Terlatih". Kesemua mereka ini berusia linkungan 60 hingga 72 tahun. Ye, saya tahu umur mereka dah tua, tapi, orang Jepun ni kalau setakat umur linkungan ni masih aktif lagi bekerja. Mereka semua ni adalah bekas jurutera awam dan jurutera nuklear yang dulunya bekerja di sini.

Yasuteru Yamada

Menurut wakil dari Skilled Veterans Corp, Encik Yasuteru Yamada (72), mereka terpanggil untuk menjadi sukarelawan berani mati setelah mendengar laporan yang mengatakan ramai pekerja muda di situ bakal mati kerana terdedah kepada kesan radiasi yang merbahaya. Selain itu, Encik Yasuteru jugak berkata, sekiranya pekerja muda ini ingin mempunyai anak di masa hadapan, jadi mereka sepatutnya tidak boleh terdedah kepada radiasi. Tambah beliau lagi, kebanyakkan diantara mereka sebenarnya bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung kepada terbinanya loji ini. Bak kata Encik Masahiro Ueda, 69 (bekas pekerja yang mempunyai pengalaman lebih 40tahun di dalam bidang water pumps on cooling water systems), "saya dah tua. saya tak kisah bila saya akan mati. Biarlah tugas membaik pulih ni diberikan kepada yang lebih berpengalaman seperti kami semua."

source:here and here.

p/s:tahukah korang yang PM Jepun, Naoto Kan enggan terima paychecknya hingga keadaan di Fukushima selesai sepenuhnya. Buat waktu ini, dia hanya terima allowance as a lawmaker. Gaji beliau sebagai PM adalah sebanyak lebih kurang USD 20K sebulan hokey.hmm..berbeza sungguhkan dengan pemimpin2 negara lain, termasuk negara kita sendiri kot..

Thursday, 26 May 2011

Malaikat di Rumahmu

Salam semua. Hari ni nak jadi ibu mithali pulak..saja nak share kisah ni. Duk tengah googled sana sini terjumpa pasal artikel ni.

Malaikat di rumahmu.

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahwa besok engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah"?

Dan Tuhan menjawab, "Saya telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."

"Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."

"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."

"Saya mendengar bahwa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."

"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."

Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?

"Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu."

Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa.

*******
Selain tu nak share jugak bagaimana hendak tahu saiz janin di dalam kandungan kita mengikut usia kandungan..(source:here)

Saiz Janin Anda
  • janin dari minggu ke-5 hingga enam, saiz sebesar biji buah epal (6mm)
  • minggu ke-7, saiz sebesar sebiji anggur kecik (1.3 cm)
  • minggu ke-8, saiz sebesar sebiji strawberi (2.5 cm)
  • minggu ke-12 (3 bulan-4 bulan), saiz 6.5 cm
  • minggu ke-16 sebesar 16 cm kira-kira 135 gram ajek
  • minggu ke-20 sebesar 20 cm seberat 340 g
  • minggu ke-24 sebesar 33 cm (satu pembaris panjang)
  • minggu ke-28 sebesar 37 cm seberat 900-1000 g
  • minggu ke-32 sebesar 40.5 cm seberat 1.6 kg
  • minggu ke-38 sebesar 46 cm seberat 2.5 kg
  • minggu ke-40 sebesar 51 cm (setengah mtr) seberat 3.4 kg
Untuk saya pulak, hari tu checkup tuk minggu ke 31, berat baby dalam 1.66kg. Alhamdulillah, doktor kata tumbesaran mengikut skala yang sihat. Pada mula agak risau jugak sebab kat Malaysia hari tu check up tuk 28 weeks berat baby cuma 800g++ je. Memang agak risau lepas tu. Dan dan terus makan benda yang berkhasiat je (kununnya..hahaha, padahal ade je makan fatty food yang tak berpaedah tu).

Selalunya usia janin di dalam kandungan kita memberi kesan kepada berat bayi ketika dia dilahirkan. Contohnya, untuk bayi pra-matang, perkembangan fizikal bayi tersebut dikira pada hari sepatutnya dia dilahirkan bukan pada hari dia dilahirkan. Selain itu, kajian pun ada dibuat, saiz dan berat bayi tidak banyak mempengaruhi IQ bayi itu sendiri. Oleh itu, sekiranya bayi kita kecik ke jangan la risau selagi bayi tersebut di dalam skala berat bayi normal.

Tuesday, 24 May 2011

Tulip-tulipan

Salam semua..pergi tengok ni dua minggu lepas..Memang hajat sebelum bersalin nak pergi jugak tengok tulip..sebelum ni asyik tengok yang sejemput sana, sejemput sini, so tahun ni mintakla pergi ke tulip festival..Subhanallah, sungguh cantik..memang mata naik juling tengok bunga tulip ni..tempat ni di utara Iwate..boleh klik di sini tuk map or information about Karumai town. Kalau ikut highway, normal speed dalam 1 jam 30 minit jugak. Kami pergi 1 family je. Yang lenlain taknak pergi dah..hahaha, biasala budak laki, mana la berkenan dengan bunga2 ni kan. Malam sebelum pergi tu, perut ni dah macam sakit2 je..biasala, false alarmkan. Mujur tak bersalin malam tu.:p


yang ni fancy frills..sangat suka dengan tulip jenis ni..

purple flag.
yang ni pun cantik.

white flag..


tak tahu nama dia..

Faeiz

Faeiq

red, pink..


windmill


Amni menghirup udara segar berbauan tulip..
windmill dari tepi








sangat menakutkan lalu jambatan ni..
bawah ada empangan..
angin kuat pulak kat sini,
goyang2..

p/s:kalu nak tengok lagi gambar tulip, boleh tengok kat sini..

Sunday, 22 May 2011

Bila 2F pergi ke Hoikuen

Salam semua..Hari ni kita bercerita pasal 2F pulak ye..Faeiz dan Faeiq budak manja, especially Faeiz. Ni memang tak dapat dinafikan sampaikan Mr K pun naik pening macam mana la Faeiz ni nanti bila baby dah ade..manja yang agak terlebih kot..kalau Faeiq, kadang2 kalau Mr K ajak tido sama dengan dia, mahula jugak..Faeiz taknak langsung..Pernah sekali rasanya, itupun sebab dia mengantuk sangat, dah tak mampu nak lawan mata..Kalau mama dia tido dengan kakak Amni, mesti dia akan menyelit kat tengah2..siap bawak bantal dan selimut dia bagai..haishhh..

Memandangkan yang kandungan saya dah masuk 7bulan, jadi bolelah hantar diorang ni ke daycare/nursery/kindergarten (Hoikuen). Selalunya pihak kerajaan bagi kita hantar anak ke hoikuen ni 2 bulan sebelum bersalin hingga 2 bulan selepas bersalin. Amni pun kami hantar ke sini sama. Dah berhenti dari hantar dia ke youchien..kami nak hantar semua sekali ke youchien, memang tak mampu..Mahal untuk 3 orang anak..Kalau 1 or 2 orang sekali masih mampu rasanya..Kat bawah ni adelah sedikit kisah 2F pergi ke hoikuen dari 1st day (nangis) hingga hari diorang dah tak nangis lagi..

1st day..
Untuk 1st day - 3rd day selalunya sensei akan bagi kita hantar selama 2jam sahaja..
2F masuk je kelas ok lagi. Bila babah dah keluar bilik dan sensei tutup pintu, apalagi mulala menangis tak ingat punya..Siap jerit2, menangis sambil teran2 suara sampai ketuk2 pintu nak keluar..Babah cuba nak masuk balik ke kelas tapi sensei tak bagi..Mereka kata mereka akan pujuk, walaupun niat Mr K nak masuk semula tu sebab nak pujukla..Sebelum tu, waktu sesi temuduga, kami dah bagi la tip kat sensei2 ni..kalau 2F nangis, bagi jela Amni duduk sekali dengan diorang..Tapi, sensei tak bagi jugak. Amni pun sedih bila tengok 2F nangis macam tu sekali..Akhirnya diorang terpaksa gak panggil Amni masuk kelas 2F bagi diorang berhenti nangis. Bayangkan Mr K yang dengar diorang nangis sampai macamtu sekali pun bole rasa sedih, nasib baik saya tak ikut sekali..Kalau tak, ade yang menangis sama macam anak dia sekali..huhuhu..Bila ingat balik, memang sedih.sob.sob..sob..saya tak pernah berpisah dengan diorang sebenarnya..hukhukhuk. Lepas tu, bila nak balik rumah pulak, Faeiz nangis lagi. Yela, kakak dia tinggal kat sekolah. Amni kata dia nak balik petang, tu yang tak ikut balik sekali..Sampai rumah, Faeiq pulak yang nangis suruh ambik Amni kat sekolah..haishhh..agak pening..Petang tu bila nak nap pun, Faeiz nangis lagi. Pujuk bagaila siap telefon babah, sampai babah dia janji nak bawak dia ambik kakak nanti..haru..haru..

2nd day..
Macam biasa, menangis lagi..Tapi, lepas tu kebetulan Amni masuk ke kelas diorang nak cari babah dia, nak tanya pasal kasut..Jadi, babah pun pujukla 2F, jangan nangis kakak Amni ade sekali kat sini..Kurangla sikit diorang nangis, tapi bila babah dah keluar kelas je, nangis balik..Amni pun belajarla kat kelas diorang ni..Bila Amni nak balik ke kelas dia balik, menangis lagi la 2F..Bawak pulak pergi ke kelas Amni..

3rd day..
Menangis lagi..Pagi2 memang bersemangat sungguh nak ke sekolah, bila dah masuk kelas je, terus nangis..Kali ni, babah terus balik, tak tunggu dan pujuk pun..Sensei pujuk sendiri dengan cara macam mana tak tanya pulak..hehehe

pagi2 macam ni la..bersemangat sungguh nak ke sekolah..
4th day..
Kali ni ambik diorang selepas lunch..Jadi, bila pagi tu, Alhamdulillah Faeiq dah okay..Masuk kelas terus pergi kat tempat mainan tu, main2 kat situ. Cuma Faeiz je la yang masih menangis lagi, Kan saya kata, dia memang manja dan agak anti-sosial sebenarnya..hahaha..Bento langsung tak luak sikit pun..Mungkin waktu ni tak biasa lagi nak makan kat tempat lain tanpa mama dan babah. Yang habis cuma buah je.

Faeiq
5th day..
Ambik lepas lunch jugak..Macam biasa, Faeiz je yang masih cembeng bila babah tinggalkan diorang kat kelas. Faeiq dah boleh terima dengan keadaan macam tu. Seolah- olah `okla aku pasrah je kena tinggal dengan babah ni'..ekeke..Bento tuk hari tu ada la berusik sikit. Mungkin sensei yang suap diorang, kalau nak harap diorang suap sendiri, konpem tak makan nya..adela sesudu 2 je kot diorang makan nanti..Ye, 2F agak susah untuk diberi makan. Tak macam Amni yang suka makan.
Faeiz
6th day..
Kali ni dah bole tinggal hingga ke petang..Pagi tu dah tak nangis lagi dah..yeayy..yela, kalau tak mama yang kat rumah ni asyik jela risau macam mana la keadaan diorang tu..Siap pesan dengan sensei, kalu diorang nangis waktu nak tido tu, telefonla. Nanti ambik bawak balik rumahkan..dan, sampai petang sensei tak telefon pun..Maknanya diorang da bole tido sendiri tanpa mama..Tapi, mama kat rumah pulak takleh tido..hahaha..dah biasakan tido dengan diorang, tup2 kena tido seorang pulak..
yeayy..saya dah tak nangis lagi..
saya suka pergi ke sekolah..
(Feiz bersama beg bento..:p)

Friday, 20 May 2011

Donut, Burger Malaysia, Sosej Roll

Salam semua..Hari ni cerita pasal resipi ni pulak..Satu resipi boleh buat macam2 jenis kuih..hahaha..ye, saya suka cari resipi yang boleh menghasilkan berjenis2 hasil masakan..Contohnya kalau roti, suka guna Basic Dough Kak Nor. Korang nak roti ape, bole je guna basic dough tu..Tapi, bun kentang takleh la ek..Yang ni nampak kat umah sapa ye aritu guna resipi ni, saya pun buat gakla. Actually, ramai dah cuba resipi ni. Resipi ni dari tahun 2008 lagi tuh. Saya agak ketinggalan la..ekeke..2011 baru jumpa :) 1st time buat, satu adunan tu semua donut je..Sampai naik juling mata ni tengok donut2 je..Pastu,2nd time, barulah buat 3 jenis kuih dari satu adunan ni..(panjang ek mukadimah. padahal nak cerita pasal kuih je pun..pffft)
Donut pintal-pintalan..

Donut bulat-bulatan..

Burger Malaysia..(timun xdo,ganti salad)
selalu guna resipi kak yani-myresipi
cuma kali ni saja cuba resipi baru ni pulok..

Sosej roll tanpa mekap..

yeayyy..dah letak mekap..
tapi, mak andam die si tangan kejung..
agak comot,
jadi package mekap tu dipotong harga..
hmmmpp..:p
Resipi..
Sumber: Hasue Myresipi

Donut..Donut..
Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut)
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok; saya guna 1/2 tepung gandum, 1/2 tepung roti)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara- cara:
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
* memang tak perlu perap pun adunan ni, kuih tu memang jadi gebu-gebu dan lembut sangat..
* cuma tuk burger malaysia tu, kena goreng guna api yang kecil..Kalau yang ni mungkin kena penaik sikit adunan tu ..

Thursday, 19 May 2011

Tepung takoyaki


Salam semua...arini cuma nak upload gambo tepung takoyaki je..Buat kak Juwita, ni la tepung yang saya guna..Insya Allah, bole guna..sila guna tanpa was2 ye ;D

Nanti akak cubala cari kat supa2 kat sana dulu, kalu takde, saya bole poskan dari sini..oh, kepada yang lelain jugak, kalu nak, jangan malu2 segan, bole bagitau..nanti saya poskan..;)

p/s:sat g nak g maternity class..harap2 Mr K tak tido dalam class..semalam die tido kat lab, nak siapkan paper..huhuhu.

Tuesday, 17 May 2011

Makan..makan..selera macam...

Salam semua..hahaha, tengok ko..dah macam batak dengan internet je..yela, petang kang bila anak dah balik kang, dah takde maknanya duk depan Pc ni lagi dah..so, kita buat draft awal2 ..pastu, scheduled entry (motip ??)

Ni sejak balik dari Malaysia ni, masak macam rajin sangatla..tapi, bukan masak lauk pauk tau..masak2 kuih la..kek la..benda yang manis2..ikut tekak nak makan apo..

Ni takoyaki..ye,perasan tak, kat labels tu takdo pun pasal japanese food..padahal duk sini dekat 2 tahun dah..bukannya tak buat, tapi, bila nak amik gamba je macam tak menyempat..makan tu memang sempat sangatla kan..pastu, maki sushi pun takdokan..hahaha, yang tu memang jarang buat..sebab saya buat onigiri je..nak makan sushi, pegi jela kat kedai pakcik tu..sushi die memang sodap..tetiap minggu, muka kami jela..dan pakcik tu pun naik kenal dengan muka2 budak Mesia nih..
dalam proses memasak..
ye, memang ade yang macam hangus sikitkan..
biasela orang laki yang masak..
ecece, time nila nak salah kan orang laki..

dah siap..
cuma takde nori yang halus2 gitu..kite letak je apo yang ado..
kalu nak tengok resipi bole tengok kat sini..
saya guna tepung die je..so, cuma letak telur, bawang, kobis n air je

Pastu ni pulak tauhu sumbat..banyak sungguh saya makan..dekat 6 keping tuh..Mr K pun saya rasa makan 2 or 3 ketul jek..hahaha, kan saya kata..bila saya nak tu, bila buat jadi pulak..konpem makan macam gajah..
yang ni memang sedih sangat..
punyala teringin nak makan, tapi tuk cream die tak jadi sangat..uwaaa..
oh, ni adelah "Strawberry Shortcake saya yang tak menjadi" nama die..
eh,tapikan, yang ni habis dimakannye dek hanak2 dan bapak hanak skali tu..
walaupun ghupe paras memang out, tapi rasa memang sodap..
hahaha, yela, Mr K kate sodap..sodaplakan..:p
ari ahad aritu cakapla ngan Mr K, Amni nak makan kek ni, tolong belikan..
hahaha, padahal bini die yang makan..guna nama anak..

ni pulok Chili crab..
balik Mesia aritu memangla makan ketam, tapi masak lemak cili api..
bila balik sini, memang ade ketam ni, cuma alahai..cinonet je saiz die..
beli gak, pastu masak macam ni..memang sodap weh..

tuk resipi bole tengok kat sini..

Oklah..nanti kita sambung lagi ye..memang banyak sangat gambar yang tengah tunggu turn nak upload ni ha..jangan korang sampai naik muntah tengok cukupla..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...