Pages

Monday, 28 November 2011

Cream Puff @ Shu cream

Salam wbt..Arini sejuk yang teramat. Membuatkan perut mengeluarkan bermacam-macam bunyi lagu gitu. Cerita pasal masak-masak pulak. 1st time buat shu cream sebab sebelum ni selalunya beli je kat eki tuh. Kedai tu saya berani nak beli shu cream dia sebab bahan-bahan yang digunakan kita boleh makan. Yakin pun sebab adik-adik kumpulan dakwah ni yang sarankan pergi ke kedai tu je. Kalau tak yakin, memang saya tak berani beli. Yela, kalau kat Beard Papa's tu bole pandang ajela, sebab bahan yang digunakan tak boleh dimakankan..
Senang je rupanya nak buat ni ye, cuma takla segebu macam yang beli kat kedai tu kan. Anak-anak memang suka shu cream ni cuma next time kena buat dua adunan la kot. Tak cukup berebut-rebut makan 3 beradik..hehe
Ni yang sebelum dibakar..comelkan saya (^~^)

 
Ingat nak pipekan kat dalam terus tanpa dipotong, tapi cari benda alah yang panjang lurus tu bolela pulak hilang..*eh,paham ke benda ape? buat2 paham jela ye (ala,nozel yg lurus tu je)*


buat comel-comel, senang anak-anak nak ngap terus..

Cream Puff

source:my resipi; yani

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

1.Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
2.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api. 
3.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
4.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.  
5.Masukkan telur, kacau cepat-cepat 
6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.  
7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. 
8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.  
9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.  
*UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer. 

Custard cream- my resipi; honey

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
  psst: arini agak sibuk, petang baru saya jalan-jalan naa..daa :p

27 comments:

Papa Mifz said...

kalo papa mifz pun berebut...hehe

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sedapppp ai pow suker gak
baru perasan yg cover meja kiter sama la...munger2 gituew ngeeee...daiso jer khen hahaha

Lady Lavender said...

waa...nampak comey & sedapp. Sebelum buat rasa mcm susah tapi bila dah try buat sendiri baru tahu camana kan..saya pun dah try buat sekali tapi anak mcm tak berapa suka. Yg terlebih makan ibu dia :-)

Amie said...

kalau dah sejuk, memang cepat rasa lapar ye Kamalia,
lawanya...memang comel lote...mesti anak-anak seronok nak makan, untung 3 beradik tu dapat ibu yang rajin sediakan cream puff shu yang tentunya sangat sedap!

~ yus ~ said...

mmg nampak sedap tu lia...patutlah berebut...:)

アヌムちゃん said...

nmpk comel dan sedap..bila la nk try..huhuuu

-wos- said...

sumpah, nampak sangat sedapppppp!

Asmara said...

tadi dah tengok ingat nak buat gak. sekali papa dia balik bwk roti berjenis2 dari 7e. terus kulupakan hasrat nak mengepuff. haha..

Ucu Faridah said...

belum rasa dah tahu ini memang sedap...ucu copy n paste ye resipi ni..

Umie said...

kam...aku nak gakkkkkk!!!

teringin nak mkn tp pemalas nak buat...heehehe... kalau aku gi iwate thn dpn, aku nak mkn nie tau...muahahahahaha

Acik Erna said...

kamalia..cantiknya..kalau dah camni cantik jadinya..tak perlu beli dah ni..boleh buat sendiri je..acik ambik resepi ye..nak buat belum tau bila..he he

Jue said...

hebat!!clap..clap..buat masa ni aku xde kerajinan dan keberanian nk buat cream puff ni..sbb aku adalah pemalas lagi2 musim2 sejuk ni..sgt2 malas nk bergerak..nk berhibernasi je kejenya..hehehe

nur easy said...

untungnya anak2 dia..mama hebat memasak ;)

wahida said...

sedapnya.......terliur tahu tak????

huhu...

munna said...

comelnya cream puff kamalia....

Hanis Azla said...

akak pun suka cream puff.. tp tak pernah buat sendiri sbb mak mertua akak pakar cream puff.. he..he..

Juwita Jamaludin said...

Yum yum .. Akak pun suka resepi ni.. Senang dan sedap

Yan said...

salam kenal..

yess..this is what i have been looking for.. suka sangat cream puffs ni.

Cik TeN10 said...

wahh nmpak sedap !! bleh try la pasni.. ;p

Kamalia said...

papa mifz:mmg,kami pun sama,tp amik satu jela..haha

ayu:muahaha..dah brg daiso,konpem sama punye.

LL:mmg,tgok step mcm susah je tp dah cube mmg sng..kami ank beranak mmg suke.:p

Kamalia said...

amie:kak,sy kdg2 boring xtahu nak buat ape,jd masak jela yg bole dibuat..

yus:hehe,kak yus bolel a beli nnt ngan saya..tetiba je kan.lempang diri sendiri..

anum:buatla anum..xpun,dtg sini je.

Kamalia said...

wos:sumpah,kombang idung den..haha

asmara:uwaa..dah lama xbeli roti yg cam tu tau..asyik mkn roti kosong yg kena dipelbagaikan rs die.

ucu:bole ucu..nnt free,buatla

Kamalia said...

umie:eh,nnt ko dtg aku beli yg kat eki tu je..mmg lg sodap dr aku buat ni..aku pun mls gak..kahkah

acik:hehe..ni buek kombang vontot setaman ni cik..

jue:aku skang tetiba je rajin..tp,nnt dah tiba ms malas die,msk nasi pun aku xnak..haha

Kamalia said...

easy:rajin msk sbb diorg suka..klau xsuke tu mmg mls nak buat.

wahida:haha..dah pi beli..

munna:arigatou munna san.

Kamalia said...

hanis azla:bestnye kak..mak mertua akk duk mana ye?nnt nak order jugakla..

juwita:sy nmpk kat rumah akk aritu, itu yg rajin nak buat gak..

yan:salam kenal..ok,jom buat ..

Kamalia said...

cik ten10:try la fatin..jd punye.:p

So Shy Lady said...

nk buat nk buat feveret niii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...