Pages

Thursday, 1 December 2011

Sea Paradise..

Salam wbt..Macam biasa ni cerita dah lama, sayakan suka peram cerita dan gambar..haha.. Yokohama Hakkeijima Sea Paradise ni kami pergi sewaktu buatkan sijil kelahiran dan pasport Afiya. Kalau dah turun Tokyo tu memang kena jalan-jalan sikitla, kalau tidak macam rugi jekan..Dah la jauh nak ke Tokyo tu.:p Jadi, lepas dah siap semua urusan tu kami pergila ke Yokohama. Tidur kat sana dan esoknya baru pergi ke sini. Anak- anak memang suka tengok binatang ni, tak kisah la liar ke, laut ke, asalkan binatang diorang suka je..

 Aqua Stadium
 whita whale..
saya suka whale ni..sangat comel :D
white whale atau Paus Beluga ini adalah salah satu haiwan yang terdapat
di wilayah perairan laut kutub utara dan sekitarnya..
untuk memastikan ia selesa dan hidup seperti di habitat asalnya, pihak ini mesti menyediakan kolam dengan suhu air yang dingin.
selain itu, ia turut dikenali sebagai kenari laut kerana suaranya yang begitu tinggi..
pitching tinggi ala-ala Steven Tyler gitu..kahkah

 
 kalau tengok badan die nampak macam lembut lembik je kan.
tapi sebenarnya badan dia sangat keras tau..
panjang boleh mencapai sehingga 5-6 meter.
kalau kita ke Fureal Lagoon, kita berpeluang tuk beramah mesra dengan white whale dan dolphins.
Jadi, bolela pegang-pegang, tapi orang yang beratur tu sangat la ramai..huhu
kalau ada sesapa yang nak tengok white whale secara live, bolehla pergi ke negara jiran kita je..
Gelagang Samudera Ancol, Jakarta.

 
dolphins yang pintar.
boleh melompat setinggi 6 meter.

shark whale..
sangat besar..

muka gumbira..:p

 
walrus..
misai macam inspector sahab..ekeke
Dolphin Fantasy
 ini pulak di dalam Dolphin Fantasy.. 
Subhanallah, sangat comel tau dolphins ni.

Aqua Museum
ikan bilis..:p
sangat suka tengok ikan-ikan ni.
duduk satu aquarium dengan shark dan ikan pari.
jadi,kalau 2 jenis ikan ini nak lalu,
ikan bilis ni akan duduk di bawah ataupun duduk di belakang.
senang cerita, tak nak jadi makanan untuk shark dan pari.

Amni bersama ikan kembung..haha
ok, saya tipu tapi tak tahula ikan ape ni..

shark..
makan budak..grrr.

si ikan pari..
inila ikan yang membunuh si crocodile hunter itu..biasa dia ni, babab dia..:p

from L to R       : tunnel ke tingkat atas, si sotong
                           japanese mermaid??, obor-obor
Fureal Lagoon.

dua di atas ni dekat Fureal Lagoon.
boleh bagi makan dolphins dan beramah mesra dengan white whale .

di paksa bergambar:))

dah habis..babai..:))


psst..banyak lg gambar, tapi malas nak tepek kat sini..sesapa yang teringin nak tengok, pergila jengah Fb saya tuh.

13 comments:

ADEEYA said...

Ya Allah lawanyaaaa. Me suka dolphin. :D

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

dah byk kali terjah yokohama but x pernah terjah sini....darl ajak byk kali si bini x excited sgt bab2 ikan ngeee...cuba ajaq gi outlet laju jer hahahaha

nur easy said...

waaa dolphin putih.. cam licin sungguh kulitmu itu...;)

munna said...

BESTNYA KE SINI...KLU ANAK MUNNA MESTI SUKA SEBAB DIAORG BERDUA TAKSUB DGN IKAN

Asmara said...

kitaorg mmg suka la masuk kaiyukan ni. tp yg kat yokohama x smpt lagi, next time visit. InsyaAllah..
*budak2 mmg suka tengok binatang.hehe..

Hanis Azla said...

ternganga akak tgk white whale tu lia, sbb first time tgk.. he..he.. bestnya tmpt tu.. klu anak akak dpt pergi situ tentu dia org suka..

Unknown said...

tengok shark yang bintik2 putih tu comel lah pulak..:)

lady lavender said...

kalo anak kita yg datang sini sah tak nak balik :-)

So Shy Lady (SSL) said...

salam kamalia,

wah ank akk pun truja tngok gmbar2 tu. bdk2 kt rmh ni mmng suka sgt2 ikan. dh byk kali jnji nk bw ke aquaria...t.pgi2 lg hehe

Acik Erna said...

kamalia..seronoknya tengok..kalau dapat tengok live mesti lagi best kan..kalau ditv ada keluar cerita yang melibatkan ikan ni..acik mesti tunggu..jadi penonton setia..

Cik TeN10 said...

ohh i love dolphin !! tgginya dia bleh lompat smpai 6 meter !!!

☾SHiemaCMa786☾ said...

byknye ikan2..
ade dolpin putih? huhu..
besh2

Hanis MY said...

sukanyaaa nak pergi! mesti jumpa dengan kak ita kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...