Pages

Wednesday, 9 November 2011

Rangkuman cerita masak2..

 Pengat/bubur makaroni
1st time saya makan dan jumpa pengat ni. Makan di rumah Kak Su (ex jiran Umie Saitama). Memang sedap plus jakun..haha. Selalunya makaroni ni kalau berkuah pun sebab buat sup makaroni kan, ni dibuat jadi pengat memang lain dari yang lain..Tak tahulah kalau korang sume pernah makan, mungkin la dah biasa, tapi kami berdua memang agak jakun dan terus suka dengan resipi macam ni. Minggu lepas buat la, sib baik jadi..hehe.
Nak buat die senang sangat.. Ni resipi campak2 je tau, takde nak sukat bagai. Ikut citarasa masing2 dan bilangan yang makan..Rebus makaroni dulu, dah empuk angkat dan toskan..Pastu buatla bubur/pengat die..masukkan santan sesuka rasa, gula dan daun pandan..kalau nak letak sagu pun boleh..Dah mendidih bolela masukkan makaroni tuh..Makan time panas2 memang sedap..
Kak Su kata, waktu dia kekecik dulu, orang kampung die memang selalu buat pengat nih..kira macam makanan tradisi la..Pastu bila dia dah keluar dari kampung dia, bila nampak makaroni goreng, dia agak pelikla jugak..Tak sangka yang makaroni tu bole dibuat makaroni goreng..haha..kelakar la pulak bila dengar cerita tu, yela kalau saya macam pelik dibuat pengat yang dia pelik bila digoreng..Oh, kak Su tu orang Miri Sarawak (kalau tak salah saya la..kot salah ampun kak Su)

 Mee Sup Daging

DSC_1770
Chicken Pie..
ni dah lama buat..
sebelum bersalin..


 Roti Tuna Sandwich
ni pun dah lama buat..lama sungguh sebelum Afiya lahir lagi..
resipi ni dari CMG tapi saya jumpa kat rumah Kak Ummi..
sedap sangat sampai kalau buat tu dah naik hafal bahan2 die..
tapi sekarang dah malas nak buat..haha..

ROTI TUNA SANDWICH
source: Kak Ummi. HomeSweetHome.
BAHAN DOH :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 gram mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)

  • 1 camca besar mentega, dicairkan
  • 1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur (akak guna Tuna Mild)
  • 2 1/2 camca besar Mayonnaise
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
  • 1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
  • 1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan (*akak x tabur pun lada hitam, just masukkan dlm tuna jek)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2). Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....

7 comments:

nur easy said...

uniknya pengat tu.. apa ya rasanya

desperate mama said...

roti tuna itu nampak sungguh menggiurkan.....

*teringinnya buat roti... tapi... tapi... tapi....*

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

mee sup daging oishii sou
mmg fav.....kalo ai suker letak sambal pedas tue...org kedah katakan mmg suka pedas2 ngeee

Acik Erna said...

Kamalia acik pun belum pernah..dan teringin nak mencuba..mesti rebus dulu bagi lembutkan..
insyaallah acik nak cuba buat sikit..sebab acik ni peminat pengat..
teima kasih kamalia bagi tau disini..yang macaroni boleh dibuat pengat..

Hanis MY said...

Uwaaa nk jugakkkk wuwuwu...sori rite tk smpt singgah.. Lenkali I kompem awal2 na...

Kamalia said...

ez:rasa dia mc pengat tepung gentel tuh..xtaula ape nama pengat tu tepung tu kita gentel2 masukkan dalam tu..rasa mcm tula lagpun pastakn buat dari tepung..

fidza:beli je la fidza..tapi klau rajin buat jela kan..


ayu:hehe..sedapkan mkn pedas2..trlupe letak sambal tuh,tp mmg buat skali

Kamalia said...

acik erna:cubela cik..mmg sedap.tapi itu ape yg saya rasala.sbb saya suka mkn pengat bubur gentel tuh..rasa die lebih kurang sama..


hanis:mehla dtg..ok,xpe dear..nextime okeh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...