Pages

Tuesday 29 May 2012

Popcorn Chicken

Salam wbt..popcorn chicken, sangat sedap dan yang penting anak-anak dan mak bapak suka. Udah lama dibikin, sebulan yang lepas jugak rasanya. Banyak kali jugak dah diulang buat. Saya tak pernah makan yang kfc punya tu, so tak dapatla nak bandingkan. Bagi saya memang dah cukup sedap dah ni. Resipi ambik dari rumah Kak Hana. Terima kasih kak. 

Popcorn Chicken
source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 keping dada ayam@peha ayam tanpa tulang - potong dadu
  • *2 sudu besar tepung serbaguna @ tepung rempah ayam
  • *1/2 sk serbuk lada sulah
  • *1 sk serbuk kari @ rempah lain yg digemari - resepi asal secret herb
  • *sedikit garam dan gula
  • *1/2 sk serbuk bawang/onion powder - hana parut bwg putih 1 ulas
  • *1-2 biji putih telur - hana guna satu biji telur
  • *1-2 sb susu segar
  • 3/4 cawan breadcrumbs
  • olive oil utk spray - jika bakar gune oven
  • lada hitam kasar @ garam - utk taburan selepas goreng
Cara-cara
  • Gaul ayam dengan bahan bertanda * sebati. Perap sebentar. Cara masak boleh pilih kaedah di bawah. hana guna kaedah satu.
  • Kaedah satu : Masukkan breadcrumbs ke dalam plastik bersih/ziplock. Masukkan ayam perap tadi dan goncang2kan sehingga ayam bersalut sepenuhnya dengan breadcrumbs. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Kaedah dua : Spray baking tray dengan minyak zaitun.. letakkan ayam perap tadi. Spray lagi minyak ke atas ayam. Bakar suhu 475°F selama 5 minit. Kemudian balikkan ayam.. dan sambung bakar lagi 5-7min atau sehingga masak.
  • Kaedah tiga : Perap ayam dengan lada sulah, garam dan gula, serbuk onion, serbuk kari.. Golek2kan ayam dengan tepung serbaguna. Kemudian celupkan ayam ke dalam campuran telur dan juga susu segar. Kemudian g0lek2kan pula ke dalam mangkuk breadcrumbs. Untuk coating yang agak tebal ulangi proses menyalut telur dan juga breadcrumbs. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  • Kaedah empat : Jika tak nak salut breadcrumbs, selepas perap goreng terus ayam hingga masak.
  • Apabila dah masak, taburkan dengan serbuk lada hitam kasar dan juga garam jika suka.Hidangkan dengan sos kegemaran.




11 comments:

Asmara said...

sangat sesuai untuk bentou ni. mcm ayam goreng breadcrumbs tu kan! cuma ni banyak bahan tmbahan. anak2 mesti suka nih! boleh cuba la senang mkn kecik2. selalu guna boneless tu kene potong lepas goreng. ;D

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam MamaTomei.. wahh ini nampak sedap dan garing! kalah KFC.. :))

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai pong suker....
now suka buat nasik goreng popcorn chicken plak...laju thyeols makan..ala2 nasik goreng siam tue...oishii sukaaaa

LYAfrina said...

yum..yum..sedapppnyer!!!
kna buat utk asya ni..dia msti suka sgt ni...

kamalia... aritu tnya brahi tu apa kan?? hehehe... leh tgk kat entri smlm.. lya dh jwb tu.

☾SHiemaCMa786☾ said...

waduh...nak ckit! :)

Myra Jay said...

My hubby suka makan popcorn chicken ni..
Kadang beli yg segera je, lepas ni boleh la try nak buat ;)

Hanis MY said...

terus teringat kepchi tapi yang kat sini nampak lagi super duper yummy!

ucubakery said...

salam lia....
makan masa panas2 dengan nasi kosong jer dah cukup..tapi mana sosnye lia...?

Acik Erna said...

salam kamalia..nak cuba jugak ni..dah tentu anak2 acik suka ni..janji ada ayam.
terima kasih kamalia..sudi kongsikan resepinya disini

Nur-nba said...

Menarik.. Tentu laju je makan, especially time perut tengah lapar.

eija_sweetmama said...

sedapnye..
sekali hadap jerk boleh abis ni..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...