Pages

Monday 4 June 2012

Jakun

 Salam wbt..hari ni officially kipas kat rumah ni telah digunakan.
Amni dah mula bising-bising kata "Amni panasla mama, dah peluh-peluh ni".
 Lepas subuh babah pergi ambik kat dalam stor bawah nun.
Pagi tadi mama pun bawakla kipas letak kat dalam bilik ni. Wah, semua menjakun..haha.
Macam tak penah tengok kipas, lainla Afiyakan. Dia lepas 2 bulan lahir dah tak guna kipas dah, la ni baru dia nampak rupas paras kipas sebenar.
Teruja budak tecik ni duduk depan kipas.
Penatla abang dengan kakak dia duk mengalihkan dia sebab takut dia masukkan jari ke dalam tu. Sebenarnya abang dengan kakak dia yang menjakun lebih. Nak main-main kat depan kipas sambil bukak mulut lebar-lebar.
 Lepas tu ambik tisu koyakkan pulak kecik-kecik terbangkan depan kipas..macam-macam bebudak ni tau..
Kipas ni akan digunakan sampaila awal bulan 10 nanti. Lepas tu dah boleh simpan balik dan keluarkan heater pulak. Itula rutin kami sepanjang duduk di sini.
Hari ni pun cuaca agak panas dan suhu setakat ni 24 C.
Malam bila nak tido dah mula kena bukak tingkap bagi angin malam masuk untuk sejukkan bilik.
Sangat nyaman tau tapi yang tak bestnya pulak bunyi bising kereta lalu lalang dekat jalan besar tu..

tengokla tu..
bukak mulut besar-besar  sambil bercakap depan kipas..
sapa kecik-kecik suka buat macam ni?haha
percubaaa Afiya nak duduk di depan kipas berjaya di halang oleh Faeiz..
tapi, sekejap tu jela..lepas tu dapat jugak dia duduk depan..

13 comments:

Mixed-family in da house.... said...

Salam Kak Lia,

dolu-dolu dok depan kipas pastu bercakap....hahhaha...sama laaa ngn depa tuh....hikhikhik...

wah 24 C dah kira panas??? kalau la Malaysia dapat suhu camtu, sure nyaman jerk.....hehehhe...

zila norazila said...

ha haaa perangai sama cam kita kecik2..jakun btl masa tu baru ada kipas..he hehe asik tadah muka depan2 jew:)

izla said...

kalau kat malaysia 24C tu sejuk lagi..hehe

p/s: salam kenal :)

yatie chomeyl said...

kitorg dr last week dh bwk keluar kipas..halakan kat SN sbb berpeluh2 di atidur malam. mmg bising klu bukak sliding door kan..so tpaksa buka kipas je...dah summer nanti, kipas pun xcukup..nk kena on aircond jugak rasanya

Asmara said...

dah keluarkan kipas ke? kami belum lagi, siang terasa gak panas, tp malam sejuk lagi. futon tebal pun masih guna. rmh ni mcm best bukak pintu angin sejuk masuk. nyaman gitu. ;D

Aziela said...

Seronoknyaaa tengok macam tu... hehehehehhe

Unknown said...

salam kenal Lia, budak2 mmg gitu selalu jakunis sikit rasa nya semua orang pun sama lah ckp2 depan kipas sbb ia berdengung tu yg nak b uat lagi dan lagi kan ...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

hahahaha besa budak2 ni ikut musim jakun tue ngeeee....kat sini dah 3 bulan weols bawa kuar kipas....mmg hangat sgt

Qasey Honey said...

haha...spe la dlu kecik2 xpenah cmtu rugi oooo...tu la perangainye bile didpn kipas kat umh dlu...siap nyanyi2 lagi...konon suara dpn kipas tu sedap sgt...haha...mmg kelakor kenangan tu...

Nadiah Sidek said...

sini pun panas kak. tak tahan..huuu. nadiah dulu suka juga duduk depan kipas. bersuara depan tu sebab suka dengar suara jadi lain..hihi..

nur easy said...

hahha rasanya cam pernah jg buat dulu.. hehe

☾SHiemaCMa786☾ said...

kat sana dah panas ke? huhu..
comel tgk diorg dok ramai2 depan kipas tu.. :p

eija_sweetmama said...

cuaca dekat sini lagi la panas..skrg ni malam pun rasa bahang..huhu

anak eija Ziqry pun cukup suka mghadap kipas, lebih2 lagi skrg dah pandai mencapai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...